January 6, 2013

8 Adakah Pengajuran Pameran Kondom Di Dataran Pahlawan, Melaka Bertujuan Memalukan DS @mohd_ali_rustam?




Riuh rendah blogger-blogger dan cybertroopers pembangkang menyiarkan gambar-gambar di atas kononnya Kerjaan Negeri Melaka (yang pasti salah UMNO lagi) telah mengajurkan "fashion show" atau pameran fesyen berunsur kondom di Dataran Pahlawan, Melaka. CTS tidak pasti apakah tujuan mereka mengeluarkan kembali gambar-gambar bagi pameran yang diadakan pada 18-20 Mac 2011.

Sebenarnya pameran ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran AIDS dan HIV. Kempen ini dianjurkan dan dihadiri oleh kebanyakannya bukan Islam. Sila lihat di sini untuk foto-foto yang lain semasa pameran fesyen itu diadakan. Mungkin pihak pembangkang tidak ada isu-isu terkini untuk mengenakan Barisan Nasional dan Ketua Menteri Melaka khasnya sehingga terpaksa mengorek gambar-gambar lama.

6 Timbalan Menteri Populis KPT Menekankan Tidak Perlu Bersungguh Belajar Dengan Berkata, "Bill Gates CGPA Berapa?"


Perbualan di atas berlaku di dalam ruangan media sosial Twitter dalam kira-kira tengah malam semalam. Perbualan direkodkan selepas selesai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri forum PRU13: Agenda Mahasiswa anjuran Gerakan Mahasiswa 13 di  Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Forum ini dianjurkan oleh Mahasiswa Pengikut Tegar Anwar Ibrahim, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Turut hadir Pengerusi Soilidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang serta bekas aktivis pelajar, Ahmad Shukri Razab.

Mungkin kerana marah apabila seorang pemilik Twitter yang bernama Khairul Rizal Osman bertanyakan keputusan yang mereka perolehi iaitu Cummulative Grade Point Average (CGPA), Datuk Saifuddin seperti mempertahankan SMM bertanya kembali, "bill gates berapa cgpa?" Adakah soalan ini wajar ditanya oleh seorang Timbalan Menteri KPT? Menurut Timbalan Menteri KPT lagi, seseorang mahasiswa wajar dibenarkan bertanding di dalam PRU13 yang akan datang disebabkan Bill Gates, seorang tokoh perisian IT yang terkenal di dunia tidak pernah mempunyai CGPA. Dan menurutnya lagi, jikalau mahasiswa tidak dibenarkan bertanding, maka Ahli Parlimen yang melanjutkan pelajaran di peringkat Masters juga harus meletakkan jawatan.

Amat malang bagi Kabinet Malaysia mempunyai Timbalan Menteri yang berpemikiran seperti ini. Buat pengetahuan Timbalan Menteri KPT, Bill Gates bukannya gagal di dalam pelajaran. Sebaliknya beliau telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajiannya di Universiti disebabkan kecintaannya kepada apa yang dilakukannya ketika itu iaitu mencipta perisian komputer. CTS merasakan Timbalan Menteri KPT mesti mempunyai anak yang sedang belajar di IPT tempatan atau luar negara. Adakah beliau sebagai seorang bapa akan menasihatkan anak-anaknya supaya tidak perlu belajar bersungguh-sungguh kerana Bill Gatespun tiada CGPA? Dan tindakan beliau membandingkan Bill Gates untuk mempertahankan mahasiswa jalanan SMM yang kerap kali menganjurkan demonstrasi jalanan, rusuhan dan sebagainya amat tidak masuk akal. Siapa mahasewel-mahasewel SMM berbanding Bill Gates?

January 5, 2013

6 Magika Yang Dibuat Tokong Joseph Lim Guan Eng Di Dalam Keputusan CEC Gagal Mengubah Kenyataan Zairil Anak Cina!!

DAP membuat lawak antarabangsa apabila mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti yang dilakukan pada pertengahan Disember lalu. Lebihan hampir 500 undi yang diterima oleh Zairil Khir Johari selepas pengiraan semula dibuat merupakan satu keajaiban dan magika terbaik yang pernah dibuat oleh Tokong Joseph Lim Guan Eng.

Jumlah undi yang dikira semula itu amat tidak munasabah. Bagaimana Zairil yang mendapat undi awal sebanyak 305 boleh naik mendadak kepada 803 undi? Apakah dengan menipu sebegini DAP berjaya memasukkan seorang "Melayu" di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP?

Orang-orang lama di Kampung Kanchut, Alor Setar, Kedah memang mengetahui bahawa Pak Khir Johari mengahwini Che Tom Abdul Rahman (Puan Seri Kelsom) pada tahun 1943. Che Tom meninggal pada 20 September 1994. Umum juga mengetahui bahawa hasil perkahwinan Che Tom dan Pak Khir Johari  mempunyai 7 orang cahaya mata.

Selepas Che Tom meninggal dunia, Pak Khir Johari berkahwin semula dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996. Jika Zairil di lahirkan pada 1996 atau 1997 maka Zairil sekarang berumur 17 atau 18 tahun. Sebaliknya, umur Zairil sekarang 30 tahun. Maka sahlah Zairil bukan anak kandung Pak Khir! Beliau adalah anak Chistine Lim bersama bapa kandung asalnya yang berbangsa Cina. Ini ula bukti kukuh. Nombor kad pengenalan Zairil Khir Johari adalah 821017-71-5183, maknanya dia lahir tahun 1982 bulan Oktober 17 haribulan sedangkan mak dia Christine Lim berkahwin ngan Pak Khir pada tahun 1996. Melayu mai kot mana???

Kenyataannya, walau bagaimana banyak sekalipun pembohongan yang cuba dilakukan oleh Tokong Joseph Lim Guan Eng untuk memasukkan Zairil Khir Johari sebagai ahli Melayu di dalam CEC, hakikat yang tidak boleh beliau ubah adalah Zairil Khir Johari bukan berbangsa Melayu sebaliknya berbangsa Cina. Ada faham?

0 Terkini!! "Chah Keting" Mula Melanda UMNO Kelantan?


Hari ini UMNO Kelantan menerima "kocakan" apabila sekumpulan yang mendakwa ahli-ahli Bahagian  Pengkalan Chepa membuat demontrasi di Lapangan terbang Sultan Ismail pagi tadi. Mereka mendesak agar Ketua UMNO bahagian berkenaan merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dali Hussin meletakkan jawatan segera. Tidak diketahui apa sebabnya namun sikap chah keting yang amat terkenal di kalangan orang-orang Kelantan harus dielakkan dalam UMNO Kelantan sedang menghadapi PRU13 yang bakal tiba bila-bila masa. 

Bukankah Datuk Dali sebagai Ketua Penerangan UMNO Kelantan dilantik oleh Datuk Seri Mustapha Muhammad sendiri. Kenapa Datuk Dali yang dikatakan "winnable candidate" mendapat tentangan ahli-ahli bahagiannya sendiri? Tidak cukup di Lapangan Terbang Sultan Ismail, kumpulan ini mula berkonvoi dengan menaiki lori.


2 Promosi Penipu Rakyat Oleh Pasaraya Tesco


Ini adalah gambar promosi sebuah pasaraya terkenal yang dikirimkan kepada CTS pagi tadi. Harga promosi ikan merah ini diambil daripada pasaraya besar Tesco, Taiping, pagi tadi. Untuk makluman pembaca, kita tidak mempertikaikan harga ikan merah berkenaan per kg iaitu sebanyak RM36.98. Apa yang kita marah adalah penipuan kepergunaan yang cuba dilakukan oleh pasaraya berkenaan. Bukan masalah harga mahal. Itu semua orang sedia maklum. Tapi promosi tipu yang dilakukan. 

Letak sajalah berapa harga yang hendak dijual. Tidak perlulah meletakkan penjimatan (save) yang pengguna perolehi iaitu sebanyak RM0.01!!! Diandaikan kita hanya membeli ikan merah ini sebanyak satu kilo berharga RM36.98. Semasa membayar nanti setelah digenapkan harga pembelian (round up total price), kita kena tambah 2 sen pulah dan membayar dengan harga RM37.00. Mana penjimatannya?

January 4, 2013

3 Keldaiandaily Sekali Lagi Cuba Memfitnah Ulama PAS, Dr Harun Din Mengenai Isu Baca Utusan Haram!


"Haram Baca Utusan, Tegas Dr Harun Din", itulah antara berita Keldaiandaily yang disiarkan hari ini yang menarik minat CTS. Sila rujuk di sini. Perkara ini bukan perkara baru. Keldaiandaily pernah memfitnah Dr Harun Din dengan isu yang sama pada tahun 2011. Hari ini isu ini diulang-ulang kembali. 

CTS merasakan ini adalah fitnah busuk yang dilemparkan kepada Ulama PAS yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS. Sama-sama kita tunggu penafian Dr Harun Din sekali lagi selepas ini. Tidak serik-serik Keldaiandaily menabur fitnah saban hari seolah-olah Rakyat Malaysia buta IT dan tidak mampu mencari maklumat semudah di hujung jari. Pemimpin sendiripun hendak difitnah, apatah lagi orang lain.

Bagi melihat kembali betapa busuknya fitnah Keldaiandaily terhadap Dr Harun Din, kita baca kembali apa komen beliau di Utusan Malaysia, sehari dua selepas beliau difitnah pada tahun 2011:
Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram
27/04/2011 1:56 pm
 KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.
Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.
"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.
"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan.

January 3, 2013

14 Terkini - 10,000 Mahasewel Berkumpul Di Dataran Merdeka Semperna Pra #KL112

Hebat gerakan mahasiswa yang pro kepada Pakatan Pembangkang. Semperna Himpunan Rakyat Selamatkan Shamsidar yang bakal berlangsung pada 12 Januari 2012, hari ini, pada waktu ini, golongan mahasewel-mahasewel telah berjaya menghimpunkan lebih 10,000 orang (kalau tidak percaya lihat gambar) membanjiri Dataran Merdeka bagi mewujudkan momentum dan memberi isyarat jelas kepada Rakyat Malaysia betapa mereka sayangkan Shamsidar Taharin. 

Himpunan Rakyat yang terkenal dengan singkatan #KL112 perlu dilaksanakan bagi menjaga air muka Shamsidar Taharin, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Lihatlah keletah bakal-bakal pembancuh kopi Anwar Ibrahim. Ada Safwan Anang, ada Adam Adli, cuma yang tiada di sini adalah mahasiswa-mahasiswa matang yang cintakan tanahair.






7 Cara Mudah Zarina Anjoulie Untuk Membersihkan Nama - Sertai Ustazah Segera PAS


Pelakon kontroversi Zarina An-Julie Mohd Fahizul, 26 buat hal lagi. Beberapa hari lepas, beliau telah ditahan bersama kekasih beliau di kediaman mewah mereka di Damansara Damai. Pelakon dan model ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram. 

Pelakon penuh kontroversi ini ditahan bersama teman lelaki Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Pelakon yang sama juga pernah ditahan dalam satu sekatan jalan raya ‘Ops Perayaan Tahun Baru Cina’ berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini bulan Februari 2012, dan disahkan positif dadah selepas menjalani saringan ujian air kencing.

CTS sebenarnya amat kesian dengan pelakon ini. Disarankan supaya selepas ini demi untuk mengubah persepsi masyarakat dan demi untuk membersihkan nama baiknya, Zarina disarankan agar menuruti jejak langkah kedua-dua rakan artisnya iaitu Abby Abadi dan Diana Amir untuk menjadi Ustazah Segera PAS. Sebelum bergelar Ustazah dan layak untuk mengeluarkan fatwa hukum hakam, perjumpaan dengan Mursyidul Am PAS harus diatur bagi menyucikan dosa-dosa yang lampau. Dan InsyaAllah, satu lagi Ustazah PAS dapat dilihat pada masa terdekat.








January 2, 2013

15 Buang Masa Betul Baca Tuduhan Terbaru @RafiziRamli Mengenai Pembelian Barang Kemas Mewah Oleh Rosmah Mansor

Riuh rendah hari ini di kalangan Bloggers baik dari pihak pembangkang maupun yang mesra Kerajaan. Ini angkara sidang media yang dibuat oleh gayboy PGayR, Rafizi Ramli mengenai kononnya dakwaan Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membeli barang kemas untuk DS Rosmah Mansor. Rafizi Ramli juga ada menulis panjang lebar di dalam blognya di bawah tajuk "Datin Seri Rosmah Mansor Perlu Jelaskan Dakwaan Bayaran Dibuat Oleh Deepak Bagi Pembelian Barang Kemas Mewah", baca di sini.

Rafizi Ramli telah mengemukakan 12 kononnya bukti pembelian barang kemas mewah oleh Deepak untuk Rosmah. Namun setelah meneliti keduabelas-duabelas dokumen berkenaan, hanya satu sahaja yang mempunyai nama Rosmah Mansor. Itupun hanya e-mail!!! Kalau setakat satu e-mail yang mempunyai nama Rosmah Mansor, siasatan perlu dilakukan oleh pihak SPRM dan PDRM, makanya CTS boleh buat 100 e-mail palsu yang sama yang boleh mengaitkan sesiapa sahaja di dalam PGayR. Lihat bukti e-mail yang diambil dari blog Rafizi Ramli:


Ini sahaja bukti yang mampu diberikan oleh Rafizi Ramli untuk mengaitkan pembelian barang kemas mewah oleh Deepak untuk Rosmah Mansor. Rafizi Ramli telah memperbodohkan kecerdikan kita sebagai Rakyat Malaysia yang berpelajaran. Sesiapa sahaja boleh buat dokumen di atas. Hanya sebuah e-mail "bodoh" yang ada nama "Datin Rosmah" dan kepilan (attachment) dalam Excel kononnya yang diberi nama "Datin Mansor Rosmah($116,000) Feb 12 08". Ini sahaja Rafizi Gayboy?

Letak sahaja "attachment" dan hantar e-mail nama Rosmah, semua boleh dijadikan bukti, begitu? Jadi boleh tunding jari itu memang Rosmah punya angkara? Kalau kita letak nama Wan Azizah apa macam? Adakah akan wujud persepsi mengatakan penerima barang kemas tu adalah Wan Azizah? Kalau orang-orang didalam PGayR kata video lucah China Doll Anwar Ibrahim adalah konspirasi besar-besaran, bolehkah kita katakan ini satu konspirasi besar-besaran jugak? 

Dalam e-mel di atas tidak dipaparkan hantaran terus (direct contact) dengan DS Rosmah. Hanya ditujukan kepada seorang yang menggunakan akaun gmail? Perniagaan berjuta-juta hanya guna e-mail akaun gmail? Bodoh piang!!! Sesiapa saja boleh buka dan guna e-mail melalui akaun gmail! Dan pertanyaan kedua CTS kepada Rafizi Ramli, untuk apakah tujuan pembelian di atas? Kenapa Deepak mesti bayar Rosmah Mansor? Deepak mahu bagi rasuah ke? Lucu betul Rafizi Ramli ini. Tidak pernah beliau serik setiap kali isu beliau dipatahkan oleh Rakyat Malaysia.

January 1, 2013

24 Gambar-Gambar Terbaru Pembangunan Kelantan Versi Nik Aziz Nik Mat



Hari ini 01.01.2013, lebih 20 tahun pemerintahan Nik Aziz Nik Mat dan Kerajaan PAS di Kelantan. Kalau CTS sebagai Menteri Besar Kelantan, CTS merasa malu dengan keadaan jambatan yang daif yang dilalui oleh Rakyat Kelantan. Bukan setakat menyakitkan mata, malah boleh mengundang kehilangan nyawa. Ini bukan gambar "superimpose". Gambar-gambar ini diambil daripada Fanpage Facebook rasmi Menteri Besar Kelantan. Gambar-gambar ini diambil berdekatan Kampung Pulau Gorek, Pengkalan Chepa pada pagi tadi.

CTS tidak faham bagaimana orang boleh membuat komen berkenaan gambar berkenaan bahawa Tok Guru amat prihatin dengan Rakyat kerana sanggup meniiti jambatan usang ini. Bagi CTS, prihatin apakebenda. Kalau betul-betul prihatin dengan masalah Rakyat, sebuah jambatan yang lebih sempurna harus dibina atau jabatan di atas dibaik pulih. Bukan dibiarkan jambatan ini uzur dan buruk! 

Kenapa Nik Aziz Nik Mat dan Kerajaan kelantan tidak baiki jambatan yang dah hampir runtuh ni. Inikah pembanguan yang dibawa PAS selama 23 tahun memerintah Kelantan. Kalau tanah 10,000 ekar boleh dipajakkan kepada Cina-Cina DAP di Perak,apalah sangat nilai untuk membina jambatan baru bagi mengantikan jambatan di atas?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates