December 7, 2013

14 Gambar-Gambar Tengku Puan Pahang Di Dapur Kawasan Penempatan Banjir, Daulat Tuanku

Bertuah Rakyat Pahang mempunyai Tengku Puan yang amat prihatin dengan permasalahan Rakyat. Gambar-gambar ini CTS ambil untuk dikongsi bersama betapa begitu merendah diri Tengku Puan untuk turun memasak untuk Rakyat di kawasan penempatan sementara mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang. Amat jarang bagi orang kenamaan, pemimpin-pemimpin politik dan isteri-isteri mereka untuk turun memasak untuk Rakyat yang dalam kesusahan. Yang datang tunjuk muka ramailah.

Dari memotong, mengisar, mencampur bahan untuk memasak, memasak di kuali besar kesemuanya Tengku Puan lakukan tanpa rasa janggal dan kekok. Semoga Allah memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk Tengku Puan Pahang. Patik Rakyat Kedah merapat sembah kagum dengan Tuanku. Daulat Tuanku.









14 comments:

Anonymous said...

Rakyat negeri JOHOR berbangga mempunyai Puteri Johor berjiwa Rakyat sihat dan panjang umur Tuan Puteri.

Anonymous said...

wan jijah pulak pi kipas apek2 kapir takde baju...

Anonymous said...

RAJA BERHATI RAKYAT....................ALHAMDULILLAH.
KERABAT JOHOR......

Anonymous said...

Tahniah tengku...you are the best we love you....

Anonymous said...

Nampak kesungguhan Tengku Puan,tiada senyum dan tidak gerak yg di buat buat di hadapan camera.Semuga kedaulatan raja yg sudah mula di persendakan sebelum ini dapat bersinar kembali hasil dari keikhlasan seorang putri.

Anonymous said...

Kak ros dah pegi ke belom?

Anonymous said...

Alahai, Si Fuziah pun tak nampak rope juge

Anonymous said...

Saya benar2x lebih dari berbangga(maaf tak ada lain perkataan yang tepat untuk menggambarkan apa yang Tengku Puan Muda Pahang (TPMP)lakukan).
Bila ditunjukkan foto2x ini kpd isteri saya dia hanya mampu berkata "MASYA ALLAH".
Nota:
Berdasarkan foto, kami berdua dapat merasakan kesederhanaan & keikhlasan TPMP lakukan. Semoga TPMP & keluarga sentiasa dirahmati.
Daripada:
Ahmad Fauzi Mohamed & Isteri

Ana syg Tun M said...

....ameen....

Anonymous said...

Rakyat Johor bangga dengan TPP..irwan

Anonymous said...

Hidup stf

Anonymous said...

So sweet...

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara.. izinkan saya untuk copy gambar2 TPP untuk dibuat album di facebook... buat tatapan rakyat negeri Pahang... saya akan kreditkan tuan sebagai empunya gambar... http://www.facebook.com/ilovepahang

Norihan Nordin said...

HALANG 100% demi Islam. Nauzubillah http://www.jomgelakfm.my/2013/12/pendedahan-gempar-adakah-ini-bukti-bala.html

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates