August 16, 2013

70 Keluhan Kenaikan Gred Jawatan Peringkat Tertinggi Kerajaan cc. DS @AliHamsa55

Berikut adalah e-mail yang CTS terima daripada Bayu Idaman, Kajang, yang memohon agar e-mail beliau disiarkan untuk mendapat perhatian pihak berwajib:

Struktur Perjawatan dalam sektor Kerajaan 10 dan 15 tahun dahulu adalah sangat tersusun dan efektif untuk ianya berfungsi. Bilangan Penjawat Awam tidak pernah melebihi angka 1 juta walaupun sebilangan besar darinya adalah untuk tujuan SosioEkonomi dan dalam sektor Keselamatan seperti Guru, Anggota Perubatan, Polis dan Tentera serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Perjawatan di Kementerian juga sangat efektif dan berpadanan bagi melaksanakan fungsi Perkhidmatan Awam di Peringkat Persekutuan. 

Jawatan KSU JUSA A, Timbalan KSU JUSA B atau C, Setiausaha Bahagian (SUB) Gred 54, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Gred 48 atau 52, Penolong Setiausaha (PSU) Gred  41 atau 44, Ketua Kerani (CC) Gred 22 dan Kerani Gred 17. Jawatan-jawatan bawahan seperti Jurutrengkas, Office-Boy, Pencari Fail, Operator Mesin Pemprosesan Data (OMPD) dan Tukang semuanya dijumudkan (bubar) dengan kepesatan Teknologi Maklumat yang meningkatkan kecekapan bekerja. 

Cuma KSU Kementerian yang besar seperti MOF dan Ketua Pengarah beberapa Agensi Pusat seperti JPA, EPU, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera yang jumlahnya sekitar 7 atau 6 termasuk KSN diisi dgn Gred TURUS atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil STAFF. 

Struktur organisasi sedemikian adalah sangat cantik, praktikal, sesuai dan dapat berfungsi sebagaimana yang dikehendaki. Tidak berlaku pertambahan Jawatan dan Naiktaraf Jawatan dengan sewenang-wenangnya yang menjadikan Perkhidmatan Awam sekarang terlalu besar. 

Namun sejak perlantikan Tan Sri Zabidi Zainal selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru, beliau ingin mengecilkan struktur perjawatan di semua peringkat dengan menghapuskan jawatan-jawatan yang beliau katakan tidak penting melalui Audit Perjawatan Yang Kejat (Towards A Lean Civil Service). Beberapa alasan telah dilontarkan bagi menyokong tindakan beliau ini yang antaranya adalah pembayaran Emolumen Gaji dan Elaun yang semakin tinggi dan membebankan Kerajaan. 

Hakikatnya beliau telah menyembunyikan fakta Struktur Perkhidmatan Awam yang kini 'Top Heavy' dengan Gred Jawatan yang tinggi di peringkat atasan! Ketua Jabatan sewenang-wenangnya dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (Special To Holder) walaupun sebenarnya perjawatan mereka adalah lebih rendah. Berikut adalah ilustrasi keterangan bagi menjelaskan fakta ini.

Senario Sekarang

Kerani yg bekerja melebihi 15 tahun boleh mendapat Gred 22 atas konsep Khas Untuk Penyandang (Special To Holder) menjadikan Kerani itu sama gred dengan CC. Penambahbaikan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak mendatangkan sebarang masalah bagi mengiktiraf kemajuan kerjaya Kumpulan Kerani.   

SUB pula semua dinaiktaraf menjadi JUSA C. KPSU dan PSU masih kekal sama. Namun untuk mengisi Gred 54 yang dikosongkan SUB, maka wujudlah jawatan baru dipanggil Timbalan SUB (TSUB). Kebiasaannya setiap SUB mempunyai 2 orang TSUB yang hakikatnya tidak signifikan dan tidak mempunyai fungsi khusus dalam melaksanakan tugas. TSUB hanya bertindak membantu SUB untuk menghadiri mesyuarat mewakili SUB. 

Tugasan hakiki Bahagian berkenaan masih kekal dilaksanakan oleh KPSU atau PSU. Semua surat yang masuk akan dibaca SUB dan di-'Minit'kan kepada salah seorang daripada 2 orang TSUB seperti 'Untuk Tindakan Susulan' atau 'Sila ambil tindakan' dan sebagainya. TSUB kemudian pula akan me-Minitkan kpd KPSU atau PSU menggunakan 'Minit' yang hampir serupa seperti 'Minit' SUB! Kewujudan TSUB hanyalah untuk mengisi 'vacuum' jawatan Gred 54.

TKSU pula masih kekal sebagai JUSA B ataupun dinaiktaraf kepada JUSA A. Sebagai contohnya seperti di MINDEF yang dahulunya mempunyai 2 TKSU, sekarang pula terdapat tambahan seorang lagi TKSU menjadikan jumlahnya 3 orang. 2 TKSU adalah JUSA B dan seorang lagi adalah JUSA A. Kalau di KDN pula, terdapat seramai 5 orang di peringkat TKSU iaitu 3 TKSU dan 2 TKSU Kanan (TKSUK). 

Bukankah 5 orang TKSU di sesebuah Kementerian terlalu ramai??? Pada masa yang sama KDN juga mempunyai beberapa Jabatan yang mempunyai Ketua Pengarahnya masing-masing!  Ketua Pengarah masih boleh berfungsi di bawah kawalan KSU dan Menteri. TKSU hanyalah satu peringkat fasilitasi dalam membantu dan mewakili kuasa KSU sahaja. 

Gred Turus

Sudah menjadi amalan bahawa semua KSU di 22 buah Kementerian adalah Gred Turus. Jumlah KSU pula adalah seramai 23 orang kerana Kementerian Pendidikan mempunyai 2 orang KSU walaupun setelah Kementerian Pengajian Tinggi digabungkan. Namun kenapa selepas penggabungan Kementerian jawatan KSU Kementerian Pengajian Tinggi tidak pula dihapuskan?? Sesebuah Kementerian boleh mempunyai 2 orang Menteri seperti yang berlaku di MOF tetapi tidak pernah dalam sejarah Perkhidmatan Awam boleh terdapat 2 orang KSU. 

Selain dari itu JPM sebagai sebuah organisasi yang besar seperti sebuah Kementerian, fungsi KSU dilaksanakan oleh KSN yang juga menjadi Ketua kepada semua KSU Kementerian. Urusan Pentadbiran di JPM dilaksanakan oleh seorang yang bertindak seperti Timbalan KSN iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM (TKSUK) Gred JUSA A. Namun tidak sampai 2 tahun di jawatan berkenaan, KSN telah memberikan ganjaran Gred Turus (Special to Holder) kepada TKSUK JPM! Kemungkinan kekosongan gred JUSA A tersebut akan dibuat pengisian dengan tambahan seorang lagi TKSU JPM yang sekarangnya telah diisi oleh 2 orang??? Wallahualam.  

Terdapat beberapa agensi yang mempunyai Ketua Pengarah di Gred Turus. Salah satu darinya adalah seperti MARA yang merupakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Jawatan Ketua Pengarah MARA dahulunya adalah JUSA B sahaja tetapi sekarang telah dinaik taraf menjadi Turus! Kemungkinan TKSU di Kementerian Luar Bandar & Wilayah juga akan dinaiktaraf menjadi Gred Turus??? Wallahualam. 

Sektor Perkhidmatan Awam Yang Besar

Sejak jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam diisi bagi menggantikan Tan Sri Abu Bakar Abdullah yang dibersarakan akibat kemelut SBPA, Tan Sri Zabidi Zainal bertekad untuk mengkaji semula semua perjawatan Sektor Awam. JPA berpendapat ianya adalah terlalu besar dan perlu disusun semula (Rightsizing). JPA sedang dalam proses membuat Kajian Audit Perjawatan untuk semua Sektor Perkhidmatan Awam di Peringkat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. 

Perbendaharaan yang menyediakan peruntukan untuk bayaran emolumen juga bersetuju dengan penyusunan semula ini kerana Kerajaan perlu menyediakan peruntukan Emolumen yang besar kepada Perkhidmatan Awam. Mana tidaknya, sebagai contoh gaji pokok Gred JUSA A  adalah sekitar RM15,000++ tidak termasuk Bayaran Elaun yang menjadikan 'Take Home Pay' sekitar RM23,000 hingga RM25,000. Susah pula untuk membayangkan Emolumen bagi Gred Turus yang sekarangnya terdiri tidak kurang daripada 30 orang keseluruhannya! 

Sebagai langkah permulaan dalam Transformasi Perkhidmatan Awam, Ketua Penolong Pengarah di JPA yang setaraf dengan Jawatan KPSU di Kementerian sedang secara berperingkat-peringkat diletakkan di dalam sebuah Bilik Besar secara 'Pool'. Manakala Setiausaha Pejabat (PA) pula dikongsi oleh 2 orang Pengarah Gred 54. Langkah ini sememangnya sesuai untuk dilaksanakan. Akan tetapi JPA cuba untuk tidak menumpukan sebarang perhatian kepada Gred-Gred Turus yang banyak tersebut! "Real Problem But Wrong Solution!"

Mengapakah JPA mengurangkan bilangan Kerani, bilangan PSU, bilangan KPSU tetapi mereka terlupa senario menaiktarafkan Jawatan SUB, TKSU dan KSU??? Mengapa berlakunya Double Standard sedemikian??? Perjawatan Kerani, PSU dan KPSU akan dikorbankan namun jika dikaji dari segi nilai Emolumen, sememangnya tidak akan setimpal!

Cadangan

Sebagai slogan Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk Merakyatkan Perkhidmatan Awam, beliau boleh di-akses melalui Laman Facebook dan Twitter untuk menjawab semua persoalan ini. Beliau mungkin boleh memberikan definisi Jawatan Utama Sektor Awam ataupun JUSA. Tetapi apakah definisi Gred Turus sebenarnya??? 

Kajian menyeluruh terhadap Perjawatan JUSA dan Turus lah yang sepatutnya dibuat! JUSA perlu dikekalkan di peringkat KSU, TKSU dan Ketua Pengarah sahaja. Jawatan SUB ke bawah cukup sekadar Gred 54.

Rasional Cadangan

Sebagai mengiktiraf konsep Jawatan Setara Perkhidmatan Awam dengan ATM, Brigadier Jeneral (1 bintang) setara Gred 54, Mejar Jeneral (2 bintang) setara JUSA C, Leftenan Jeneral (3 bintang) setara JUSA B dan Jeneral (4 bintang) setara JUSA A. Struktur baru sesebuah Kementerian bagi peringkat SUB adalah Brig Jen, TKSU adalah Mej Jen atau Lt Jen (mengikut kesesuaian dan kekananan) dan KSU adalah Jeneral!

Gred Turus perlulah terhad dan secara premium diberikan kepada yang betul-betul Kanan dalam Perkhidmatan Awam seperti Jawatan KSN, KPPA atau KSU Kementerian yang besar seperti MOF sahaja. Amalan dahulu sepatutnya dikekalkan.

Mohon bantuan Cucu Tok Selampit bagi menghentikan amalan tidak sihat ini.

70 comments:

anakketam said...

Sewaktu berkhidmat sebagai pegawai kerjaan satu masa dahulu tidak dibafikan bahawa pasukan PTD merupakan satu pasukan yang membentuk secara kolompok tersendiri yang hanya memikirkan golongan mereka sahaja.

Contoh , apabila tiba masa untuk memberikan kenaikan panbgkat dikalangan pegawai pegawai PTD , mereka sentiasa mencari peluang dn ruang khususnya di Jabatan Kerajaan yang tertutp seperti Kastam , Imigresen dll untuk menghalalkan cara dengan membuat kertas kerja bagi membri peluiang kalangan mereka diubah dan dilantik menjadi ketua pegarah dan sebagainya dengan mengambarkan mereka adalah pegawai 'superb' pengkhususan dalam pentadbiran tetapi jabtan jatan bekenaan dengan kekuatan kesatuan berjaya menahan sikap nafsu serakah pegawai pegawai PTD dari menghantar orang orang mereka walaupun tidak berjaya untik menduduki jawatan atas sebaliknya masih menyusup masuk walaupun sebagai SUB unit pentadbiran dengan keduukan gaji yang lebih tinggi atau setara dengan jawatan KP Jabatan berkenaan.

Sikap sebegini lah yang merosak struktur organisasi sesebuah jabatan malah menyebabkan sebilanga kakitangan bukan PTD yang sepatutnya layak menjawat jawatan berkenaan didalam jabatan mereka mengundur diri dan bersekongkol denganpembangkan jika Melayu akan lari ke PAS atau PKR dan bukan melayu akan lari ke DAP.

Itu lah senario yang berlaku dahulu dan kini tanpa disedari oleh pemimpin atasan. Sgala apa yang berlau dihalakan oleh KSN sendiri secara tidak langsung kerana mereka adalah golongan 'PTD"

Fikir fikir lah...

Anonymous said...

Secara jujurnya; inilah fenomena yang berlaku di Malaysia khususnya sejak ekonomi Malaysia berada dalam situasi mewah. Satu kumpulan yang bergelar PTD bermaharajalela memerintah negara ini dengan bertopengkan R&D dan pelbagai jenis 'paper' yang disogokkan kepada semua menteri yang kadangkala tidak punya waktu untuk menyemak, lantas bersetuju dengan semua cadangan mereka. Kumpulan elit PTD ini merasakan diri mereka superb dan pegawai lain bukan PTD tidak tahu apa2 maka Lantas PTD hendaklah berada di puncak. Ibarat kata itik nak urus ayam. Contohnya di dalam jabatan polis, kastam, imigresen dan lain-lain lagi. Ramai pegawai veteran yang layak naik pangkat tetapi tersekat kerana jawatan no1 no 2 sampai 10 dibolot oleh PTD. Mereka rasa kecewa dengan kerajaan dan akhirnya mereka protes dengan menyertai pembangkang. Inilah sebenarnya the hiden issues yang berlaku. Sebab itu parti kerajaan gagal di kawasan urban kerana tahu segala kerenah ini. Maka kami merayu YAB Perdana Menteri ambil tahu semua ini secara erius kalau tak mahu kecundang di dalam PRU14. Yang berharap.

Anonymous said...

Satu je nak ckp psl PTD ni... MELUAT TERAMAT SANGAT DGN PTD NI....

Anonymous said...

Aku pun meluat dengan PTD ni, ala kerja tak kemana pun belagak je lebih, lebih2 lagi yang melayu, tu ingat pejabat bapak dia yang punya, belagak macam tuan, sedangkan dia pun kuli batak macam orang bawahan juga, VIP konon, cukup bulan beratur jugak depan bank nak cucuk gaji....

Anonymous said...

Kumpulan PTD mmg amat dibenci oleh kumpulan penjawat awam lain. Sebelum wujud skim2 pjawatan baru ni, gred dg48 bpeluang disandang oleh PTD ketika umur di awal 30 an lg. Sedangkan dalam perkhidmatan pendidikan contohnya, lg 2 tahun nak bersara baru merasa dg 48 nie. Maknanye klu si anak keje PTD dan si bapak keje cikgu, si bapak dh nk dkt pencen baru gaji dkt sama dgn si anak yg baru 5, 6 tahun kerja. Ini la cara PTD mbolot emolumen dan pjawatan utk kumpulan mereka. Pastu berlagak yang amat sgt mcm malaysia ni bapak dia yg punya.

Anonymous said...

Kesilapan yg paling besar apabila JPA yg kononnya merasakan mereka adalah pakar human resource sebenarnya langsung tiada kepakaran dlm HR...banyak projek HR diserahkan kpd konsultan...dan berkenaan dgn kerakusan PTD membuat landasan kerjaya mereka sehingga ada yg baru kerja tak sampai 10 tahun telah menjawat jawatan Gred 54...sedangkan skim perkhidmatan lain yg lebih profesional dpd Pegawai Tidur Duduk ini hanya mampu berada di jawatan Gred 44 atau 48...JPA pula melalui BPO dgn mudah je menerima kertas cadangan perjawatan atau penstrukturan semula bagi PTD dan meluluskannya dalam kadar masa segera kalau skim lain...dicantas2nya meskipun justifikasi sgt kuat...selain itu dari aspek tatatertib PTD yg terlibat dgn masalah disiplin tidak dikenakan sebarang tindakan malah dinaikkan pangkat lagi...maka jadilah PTD M 48 M 52 yg tidak berfungsi dan hanya memerah tenaga PTD M 41 malah ada dikalangannya tak masuk pejabat....lebih main Golf sahaja...kemudian buat PR dgn KSU....JPA juga tidak adil dari aspek pemberian HLP...kalau PTD nak belajar luar negara walhal ambik MBA je pun dpt buat kat overseas...kalau skim lain...walaupun dah dapat IELTS band 7 pun JPA akan menolak dgn justifikasi karut mereka yg tidak berasas...bila buat analisa JPA masa buat persidangan bengong mereka akan menyatakan galakkan utk melanjutkan pelajaran ke luar negara....apa2pun mereka yg menjawat jawatan PTD bukanlah bersalah...yg bersalah ialah JPA....

Anonymous said...

Semua yg komen di atas adalah bodoh sbb xdpt jd ptd..

-Anti Anti PTD

Anonymous said...

PTD jugak yang korang dengki...haisshhhh... sampai kiamat pun tak habis nak bincang masa depan kalau nak asyik nak salahkan PTD..inilah kerjanya hari-hari. Sampai dalam teksi aku pun korang duk mengumpat dengkikan PTD. Daripada aku tak tahu apa PTD, bertahun2 aku dengar sampai telinga aku pun naik lali mendengarnya. Alahai kakitangan awam, kerjalah bagi perkhidmatan terbaek untuk rakyat bukannya dengkikan skim lain.

Pak Ngah Teksi Limo

Anonymous said...

Ada jugak skim DG dipinjamkan ke skim PTD..tak boleh buat kerja jugak..zaman 2013 ni PTD dah tak cepat naik pangkat pon..boleh buat kerja atau tak..tu bergantung kepada orang..bkn skim..ade je skim DH tipu phd, ade je skim KP ambil rasuah, ramai je cikgu kena tatatertib sebab meniru dalam exam..fikirkan lah...

Anonymous said...

Nape nak meluat sangat ngn PTD ni.. Aku ni dah bertahun M41..rilek je pun..yg naik cepat zaman dulu je..sekarang skim DG lagi cepat dari PTD ok..

Sabar je la.. rezeki tu dari Allah..

Anonymous said...

Yess ramai sungguh penjawat yang HATI BUSUK kat PTD hahahaah macam manalah negara nak maju jika ada orang yang hati busuk ni ... Kesimpulannya jangan salahkan PTD salahkan diri dulu pasal kenapa ??? Siapa suruh tak belajar betul2 waktu belajar .. Dan paling jelas tak terima atas pemberian rezeki dari Allah swt

Anonymous said...

Masalah Manusia adalah kita tak fikir bahawa kita ni menumpang atas dunia ni..
Kita sekrang dlm barisan menuju mati .. entah esok ..entah lusa.. entah bulan depan.. kita MATI
Kalau semua fikir semua yg Terjadi adalah ATURAN ALLAH .. bukan aturan PTD ke.. DG ke.. sapa ke
Manusia semua tu perantara je ... ALLAH lah yg mengatur semuanya dan selepas itu ALLAH suruh kita BERFIKIR ..
bukan suruh berdengki REZEKI org org lain .. PTD ke DG ke DH ke etc etc..
Kalau kita tahu kita mati esok.. kita pasti x fikir pasal pangkat/gaji org lain..

Cubalah JADI Manusia yg BERSYUKUR dan FIKIR HIDUP KITA LEPAS MATI ... Hidup kt Dunia ni sekejap je..
Tengok.. dah ramai yg mati muda... x yah tunggu tua..

Anonymous said...

salam. PTD zaman sekarang tak mcm dulu. dulu mungkin 5 thn dah naik 48, tetapi sekarang tidak. siapa kata ptd senang dpt biasiswa HLP? ada boss saya tiga kali mohon hlp tak dpt. dpt band 7, first class pun msh juga tak dpt. bersyukur dengan rezki masing-masing. setiap jawatan ada sumbangannya terhadap negara.

Anonymous said...

Cadangan saya mungkin radikal sikit. Hasrat sebenar KPPA, KSN dari zaman dahulu sampai sekarang adalah melicinkan pentadbiran kerajaan. Tetapi, setiap kali pengubahsuaian dilakukan, matlamat asalnya mungkin masih jauh tersasar.

Tetapi, yang pasti semua pihak memberi fokus kepada gred perjawatan yang akan menentukan tangga gaji daripada tujuan sebenar penstrukturan perjawatan.

Cadangan saya ialah setiap peringkat jawatan ditetapkan dengan tangga gaji sedia ada. Tetapi, mereka ini dinilai dengan KPI yang ditetapkan kerajaan yang akan menentukan pendapatan tambahan kepada mereka.

Contohnya, Polis Trafik yang berjaya menyaman sebanyak mungkin pesalah trafik (dan berjaya disabitkan sekiranya melalui proses mahkamah), akan diberikan sebahagian kutipan saman (katakan 1%) yang dikeluarkan.

Cawangan narkotik dan kongsi gelap yang berjaya menyelesaikan kes gangster di mana harta mereka ini dirampas, diberikan sebahagian daripada harta rampasan ini setelah dibuat penilaian.

Pegawai Kastam yang mengutip cukai di pintu-pintu masuk negara diberi peluang berkongsi hasil kutipan cukai.

Pegawai lapangan Kementerian Pertanian yang berjaya memastikan sawah padi di bawah seliaan mereka yang menghasilkan yield lebih tinggi, akan diberi perkongsian keuntungan.

Doktor-doktor dan jurutera yang berkhidmat dalam bidang pentadbiran, diturun-padangkan di mana pencapaian mereka dinilai dengan bilangan pesakit yang tidak kembali, dan juga projek pembinaan yang tidak sakit. Nilai penjimatan kepada kerajaan ditukar kepada bonus kepada golongan profesional ini.

Jabatan-jabatan yang berpencapaian tinggi diberi bonus tambahan sebagai insentif.

Saya ingat mungkin lebih banyak lagi faedah dan bentuk motivasi yang boleh difikirkan.

Matlamatnya supaya menggalakkan pegawai kerajaan turun padang. Dengan khidmat yang mereka berikan, mereka boleh hidup senang tanpa perlu menipu dan terima rasuah,, tidak perlu berebut untuk naik pangkat yang menjadi punca gred perjawatan diubah setiap kali KPPA baru dilantik.

Persoalan seterusnya, adakah dengan membayar 'working level' kerajaan ini akan menggandakan lagi perbelanjaan kerajaan? Saya melihat dari segi keberkesanan sistem penyampaian kerajaan yang dapat ditingkatkan dan hasil pulangan kepada kerajaan yang dapat digandakan.

Bayangkan kutipan cukai di pintu masuk negara dapat dinaikkan 10 kali ganda. Bayangkan kerugian daripada kemalangan jalan raya yang dapat dikurangkan. Bayangkan hasil bumi seperti sawah padi, ternakan, tangkapan ikan dapat ditingkatkan tanpa perlu kita membeli daripada negara jiran (sekaligus menyumbang kepada aliran wang keluar negara). Bayangkan projek-projek siap mengikut jadual. Bayangkan produktiviti negara dapat ditingkatkan kerana rakyatnya sihat.

Cadangan saya banyak kelemahannya, perlu penambah-baikan dan mungkin makan masa untuk dilaksanakan. Apa lagi dengan dasar kerajaan dan banyak surat pekeliling perolehan yang mungkin perlu dipinda.Tetapi, kita sebenarnya perlu memahami pemikiran manusia. Motivasi setiap orang itu, selain kepuasan bekerja, adalah wang ringgit.

Cuba fikirkan, sekiranya seorang pegawai kerajaan itu bekerja dengan produktiviti tinggi. Apakah ganjaranmya mengikut amalan sekarang? Yang ada hanyalah peluang kenaikan. Itupun perlu bersaing dengan mungkin 10 orang lagi. Ada yang pandai kipas bos, mungkin peluang lebih cerah. Bonus pula ikut belas ihsan kerajaan. Kalau dekat pilihanraya, tinggi sedikit.

Jika ikut cara ini, mereka hanya perlu fokus kepada produktiviti. Mereka boleh mendapat lebih lagi daripada pegawai yang berjawatan pengarah dan ke atas. Yang lebih molek ialah, pendapatan mereka adalah melalui cara yang halal. Mungkin tidak timbul lagi persoalan nak mansuhkan jawatan Turus atau tidak.

Ahmad Z

Anonymous said...

sbg sorg PTD saya melihat isu ini melalui beberapa sudut..PTD akan merasakan sememangnya wajar kita mendapat imbuhan kenaikan pangkat dgn lebih cepat berbanding skim lain...kononnya kita ini adalah cream of the cream...malangnya sebilangan kecil dpd kita telah mencemar nama baik PTD dgn tidak mempunyai kompetensi yg baik dlm tugas yg dilaksanakan....kedua...dari sudut pandangan non PTD...mereka merasakan mereka layak utk dipertimbangkan kenaikkan pangkat..tetapi disebabkan skim perkhidmatan mereka tidak berkembang menyebabkan mereka sukar naik pangkat sbg contoh Pegawai Sains berada di tangga C 41 melebihi 15 tahun sebab tiada perubahan atau peningkatan.kerjaya...di sinilah peranan JPA selaku Jabatan kpd penjawat awam...untuk mengkaji dan meluluskan...cadangan penambahbaikkan skim non PTD...ini tidak JPA hanya menolak cadangan non PTD dgn alasan kejat...!..tapi bila skim kita yg membuat cadangan mudah je JPA upgrade JUSA A ke TURUS III...tanpa ada sebarang justifikasi yg kukuh...Kita sbg PTD pun perlu muhasabah diri kita kerana di akhirat kelak kita akan disoalkan semula akan tindakan kita....

PTD Batch 1/2002....PTD M 52

Anonymous said...

Sudah2 lah benci PTD. Apa yg korang dapat? Dosa je.. Depa yang dapat pahala. Kenapa Allah x berikan kita rezeki naik pangkat? Sebab mungkin Allah kata belum tiba masa yg sesuai. Kita patut muhasabah diri bukan menyalahkan orang lain. Sebab sikap suka menyalahkan orang lah yang rezeki kita tak ke mana. Perancangan Allah ke atas diri kita adalah baik. Cuma kesabaran tu yang penting. Kawan2 saya ramai je jadi PTD tp mereka tidak berlagak pun. Takkan kerna nila setitik, rosak susu sebelanga. Wahai penjawat awam sekalian, Besatulah kalian tanpa mengira skim, pangkat dan kedudukan terutamanya orang Melayu. Biasanya yg dengki ni mmg orang melayu. Kaum lain bertepuk tangan tengok perpecahan kaum kita. X perlu nak ugut untuk pilihanraya akan datang. Sama je kesannya. Allah Yang Maha Berkuasa. Jika Allah tidak izinkan benda2 yg buruk berlaku, maka tidak berlakulah keburukan itu..Kaji diri sendiri dulu. Yang penting, bekerja kena ikhlas dan amanah serta rajin. X perlu nk dengki kat orang lain. X berkat hidup kita. Saya tengok kebanyakkan mereka yg benci PTD ni, anak2 mereka, menantu and saudara rapat mereka pun jadi PTD. Hidup KSN ....Kami bersama anda...

Anonymous said...

Jgn dengki mendengki... Tak baik. Nanti ada yg membedil mengebom

Panglima Tentera Darat (PTD gak)

Anonymous said...

nak tau kenapa skim lain cukup takut PTD masuk jabatan depa? sebab PTD tu nak betulkan balik pengurusan kewangan yang dikeluarkan Perbendaharaan. bila PTD masuk betulkan, maka terjumpalah beliau dengan ketirisan dan ketidakamanahan skim2 lain ni dlam menguruskan duit rakyat. maka mulalah syaitan2 iblis ifrit ini memulakan tohmahan dan fitnah bagi memastikan PTD tak masuk jabatan dioranggggg. sekian tengkiu. hahahahahahahahahahahahahaha kantoi!!

Anonymous said...

Kenapalah Tan Sri Zaini di PTD kan untuk jawat jawatan KSU? Nampak sangat PTD terlalu takut untuk bukakan jawatan-jawatan tertinggi. Bukakan jawatan-jawatan tertinggi tersebut. Tak kan lah dalam ramai-ramai Dr. di MOH tak ada yang layak jadi KSU? Begitu juga guru-guru di MOE, jurutera di KKR. Jangan lah jadikan alasan mereka tidak pandai pengurusan dan penggubalan dasar? Hebat sangat kah PTD dalam menggubal dasar? SBPA pun kantoi? Tapi tak insaf-insaf. dan berdasarkan pemerhatian saya memang ramai penjawat awam non PTD yang sokong PEMBANGKANG. Hanya kerana kebajikan dan kemajuan kerjaya mereka tidak terbela. Wahai PM, bilangan PTD sekitar 9000 orang sahaja (jika semua undi BN). Sejuta lagi non-PTD. Generasi muda Y/Z merupakan golongan yang bercita-cita tinggi. Jangan lah halang cita-cita mereka hanya disebabkan sistem sedia ada tidak memberikan peluang untuk mereka maju. Ubah lah sebelum terlambat. PERKHIDMATAN AWAM BUKAN UNTUK PTD SAHAJA.

Anonymous said...

Guru dilantik sebagai pengajar, pendidik. Doktor pula berperanan merawat dan mengubati. Jurutera dilantik untuk melaksanakan tugas seperti merekabentuk dan membina. Polis dan tentera untuk menjaga keamanan negara. So please carry on tugas yang telah diamanahkan mengikut jawatan masing-masing dan janganlah pupuk semangat membenci ptd.

Obviously peranan dan tugas ptd ialah sebagai pegawai tadbir....so sememangnya layak dan berperanan dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan organisasi. Ptd tak berminat pun nak merampas tugas tuan puan sebagai guru, doktor, jurutera, polis dan tentera. Ptd tak pandai mengajar student dan merawat pesakit pun, and that's a fact. Tapi janganlah pula seorang guru yang dibayar gajinya untuk mengajar dan seorang doktor yang dilantik untuk merawat pesakit membenci ptd kerana mereka tak boleh jadi pengarah atau jawatan tertinggi di dalam kementerian masing-masing. Ptd menghormati peranan semua penjawat awam tidak kira apa jua skim perkhidmatan tuan puan.

I'm a lover, not a fighter.

DG48 (memangku) said...

Saya sebagai DG48 (memangku) yang juga penerima APC tahun 2010 serta pemenang pertandingan pantun kebangsaan 2010 harap suatu hari jawatan KPPA, KSN dan KSU dibuka kepada kami DG. Sumbangan kami terlalu banyak berbanding PTD khususnya berkaitan aktiviti selepas sekolah.

terima kasih dan harap ambil perhatian.

Anonymous said...

Secara keseluruhan tulisan adalah secara andaian sebab ia menunjukkan ketidakpuasan hati kearah kejatan perjawatan, kenaikan pangkat/gaji dan kemajuan kerjaya. Pertamanya perlu diingatkan, setiap skim perkhidmatan ada KETUA PERKHIDMATAN (KP) masing2..dalam hal ini KP guru adalah KP pelajaran, KP doktor adalah KP kesihatan dan lain2..antara tggjwb KP ini adalah menyelia juga kebajikan skim berkenaan termasuk juga kemajuan kerjaya..maka pada hakikatnya KP jugalah yang sepatutnya 'merancang dan membawa cadangan' kpd KPPA untuk dibincangkan bersama bg kelulusan dan kemashlahatan perkhidmatan awam...diperingkat KPPA, sudah tentunya beliau akan mempertimbangkan pelbagai aspek, terutamanya dr aspek emolumen dan pencen...saya yakin kalo kita ada sumber yang tak terhad, semua permintaan skim akan ditunaikan..

Dalam pada kita memperjuangkan kemajuan kerjaya masing2, jgn dibanding2kan dengan skim2 lain dengan niat memburuk2kan orang lain, akibatnya pekung sendiri akan dibukakan org lain..jika dilihat, seorg guru besar/guru pakar boleh naik pangkat ke peringkat JUSA dengan hanya menjaga sebuah sekolah berpopulasi 1000-2000 org guru termasuk murid, tp pernah tak kita lihat gred ketua polis negeri, ketua pegawai penguatkuasa (JPJ, JPAM dll - extra ordinary people sebab kerja mereka mempertaruhkannya dari kerja kita yang hanya 'keyboard warrior' dlm pejabat) yang menjaga keseluruhan negeri..pada 1 tahap ketua polis negeri hanya gred 54,perlu dilihat jg pegawai daerah yang menjaga segala2 hal ttg daerah, YB SUK (JUSA) yang menjaga kesluruhan hal negeri dr aspek pengurusan ekonomi, pembangunan, pentadbiran dll....mereka semua tadi ada tikanya merisikokan bukan sahaja nyawa sendiri, tp kdgkala keselamatan keluarga kerana perlu melaksanakan segala dasar dan undang2 yang tidak disenangi oleh golongan yang tidak bertanggjawab...jd apakah relevannya 'demand' guru2 hendak naik pangkat smpi jusa sdgkan hanya menjaga pentadbiran sekolah? Anda juga perlu lihat pensyarah2 di Universiti2 yg pencen gred 45 sedangkan mereka ada kepakaran diperingkat industri~ bukankah mereka ini juga layak? hakikatnya, kembali kpd tggjwb KP untuk membantu meningkatkan kemajuan kerjaya sesuatu skim...jgn menuding 1 jari pd org lain, 4 jari tuding kpd perkhidmatan sendiri..

Namun saya tidak menafikan jasa guru2 krn merekalah yg mendidik sehingga adanya semua skim..secara peribadi, saya cuma kurang bersetuju dengan kenaikan pangkat kpd guru2 mengikut time base (akibatnya skim2 lain turut minta atas alasan, mereka juga banyak berjasa sekaligus meningkatkan lg peruntukan emolumen), yg saya setuju adalah tangga gaji @ elaun yg lebih sbg penghargaan kpd mereka TERUTAMA KPD MEREKA YANG PAKAR DAN BERPRESTASI TINGGI..xla guru2 smpi kene suruh anak murid mencari pusat2 tuition diluar walhal semasa disekolah hanya mengajar ala kadar sahaja ataupun buat perniagaan kecil2an (ini segelintir saja)...dan tidak juga la negara perlu menanggung bayaran pencen gred 54 hampir seramai 400,000 orang pada 1 hari kelak~ Untuk segelintir guru2 yang kurang puas hati, saya lontarkan soalan, jika ada 2 calon, 1 adalah mula pengalaman tugas gred 41 dengan mengajar,naik mengajar jd guru pakar, naik jd guru besar, naik jd pengarah pelajaran naik sehingga jd KP Pelajaran, dan 1 lg yang berpengalaman dari gred 41 buat paperwork kabinet, buat bajet kementerian, buat perancangan/pengurusan sumber manusia, buat rundingan dengan syarikat/delegasi luar, rancang dasar2 (melibatkan kajian2 dll), mana 1 yg layak jd KSU/KSN? Maaf kata yg tidak puas hati adalah segelintir, yg ramai adalah mereka yg kurang jiwa mengajar dan terdesak untuk cari pekerjaan lalu ambil kursus KPLI/DPLI.

Anonymous said...

Berbalik kepada isu pokok berkenaan kemajuan kerjaya smmgnya banyak, tp ramai yg lebih cenderung dengan intelektual dan peraturan memandangkan ramai yg tertakluk kpd pekeliling perkhidmatan awam..berkenaan kenaikan pangkat diperingkat turus, bagi saya tiada isu memandangkan tggjawabnya adalah besar..KSU2 adalah PEGAWAI PENGAWAL KEWANGAN (sila rujuk pekeliling dikeluarkan bagi tggjawab seorang pegawai pengawal) dlm sesuatu kementerian, bermakna jika terdapat sesuatu yg perlu ditanggung melalui 'potongan' gaji sbg gantirugi kpd kerajaan, merekalah orang pertama yg akan dikenakan jg.. besar tggjwb KSU2 ni, namun orang nampak yg sedap saja iaitu, gaji, kelebihan2..orang lain xkan bercerita ttg keburukan jwtn berkenaan...kejatan perlu dikaji/dilaksanakan bukannya semata2 nak jimat perbelanjaan mengurus negar, tp dilihat/di'benchmark' dengan perkhidmatan awam luar negara lain spt Korea, Jepun, Australia dan lain2. Walaupun mempunyai bilangan rakyat yang besar, namun ia mempunyai perkhidmatan awam yg kecil (kalau xsalah; Korea: 36 juta rakyat, perkhidmatan awam lebih kurang 500k; maaf tak dapat berikan fakta sbnr dr negara2 lain ttg bilangan sbb tidak ingat, tapi boleh cari di internet)..kejatan bg saya relevan memandangkan banyak perkara di zaman sekarang boleh dilakukan dengan 1 orang pegawai gred 41 keatas)..Ya, di Korea, seorang driver perlu ada degree dan boleh naik pangkat sehingga ke peringkat pegawai~ dan ada kaedah2mnya, sila cari maklumat ini~ )

Kita kene berfikir 'for the greater good'..seandainya kejatan (lean civil service) itu, boleh memajukan negara, mengurangkan bebanan kewangan negara, bukankah itu lebih bagus? dalam kita melihat sesuatu isu, lihat keburukan dan kebaikan, lihat jg yg tersirat dan bukannya tersurat sahaja..jgn smpi kita menjadi bankrup spt Greece baru kita nak buat kejatan...rasional perbandingan dengan tentera adalah kurang sesuai memandangkan pd 'tanggungjawab semasa' ia adalah tidak sama (saya tidak menyatakan tugas tentera adalah ringan), tp saya kira, perbandingan perlu dilakukan dgn kemudahan-kemudahan lain yang diterima dan juga dasar negara yang berkecuali dan juga rutin tugas tentera...bagi saya perbandingan yang perlu dilaksanakan adalah antara KSU2 dan CEO2 yang menguruskan syarikat...YA mungkin anda kata kurang sesuai sbb ia adalah berorientasikan keuntungan, tp tggjawab mereka sbnrnya adalah sama sbb mereka perlu mengelakkan syarikat/kementerian daripada 'bangkrup'....jika dibandingkan dalam dunia skrg tugas selaku pegawai kerajaan adalah lebih berat dr swasta, cuba tanya eksekutif di petronas sebagai cth, berapa ramai (%) yang bawa kerja balik rumah, meting sampai malam, outstation sepanjang minggu dan lain2...jika penulis nampak hal ini di syarikat2 besar lain jg dan bandingkan dengan kerajaan, tentu akan lebih kuat fakta penulisan...

Berkenaan satu komen ttg UNDI/POLITIK: jgn disebabkan nk dpt sokongan politik, kita membuat keputusan yg merugikan...penjawat awam adalah mereka yang melaksanakan dasar2 kerajaan semasa, namun mereka ada hak untuk mengundi siapa yang mereka rasa layak....mereka MENYOKONG DASAR SEDIA ADA dengan MELAKSANAKAN apa jua arahan stakeholders selaras dengan slogan SAYA YANG MENURUT PERINTAH...dalam pilihanraya, kerajaan baru akan dipilih, dasar baru akan dilaksana (jika tertukar), maka adakah anada masih fikir kene ikut dasar kerajaan lama??...kita tiada hak mempersoalkan hak individu asalakn ia mematuhi agama dan undang2 tanah air..mereka (penjawat awam) jugalah yang nampak apa yg belaku di dalam pentadbiran...pada hakikatnya kerajaan YAB Dato' Seri Najib Razak boleh lebih maju asalkan segala pelaksanaan dasar2 dilakukan dengan baik sbb kehebatan dasar2 kita adalah sehingga di benchmark oleh negara lain~~ tp jgn smpi hendak menguntungkan 10% kita merugikan 100% lain (jumlah 110%)~ ikhlas: 'senjata ulama/agama - alif ba ta'~~~

Anonymous said...

Betul rezeki Allah bagi... tapi kalau dapat PTD kabel mak bapak sedara mara tak payah berlagak lah... aku kenal 5-6 ekor PTD. kat univ x menonjolpun... tak ada karisma n ketokohan... x aktif or jadi student leader pun... dapat PTD. Yg aktif vokal n outspoken masa assesment PTD x lepas tapisan. Org kata nak jadi PTD kena jadi lembu cucuk hidung... jenis org ikut je arahan... bru dapat. Patut majoriti PTD X boleh pakai... digelar Pegawai Tidur Duduk....

Anonymous said...

Belah lah lu... nak guna alasan bersyukur konon... pirahhhh... lu ingat org akan marah PTD klu perform... atau adil dlm kenaikan jawatan... ini tak...asyik PTD je naik jawatan melantun-lantun... dah lah keje x bagus mana... x payah guna agama nak cover la bro... tau la PTD banyak PAS... jangan guna Agama halalkan benda salah yg PTD dah buat... bubar kan je skim PTD ni...

Anonymous said...

kepada yang memberi jawapan

"Betul rezeki Allah bagi... tapi kalau dapat PTD kabel mak bapak sedara mara tak payah berlagak lah... aku kenal 5-6 ekor PTD. kat univ x menonjolpun... tak ada karisma n ketokohan... x aktif or jadi student leader pun... dapat PTD. Yg aktif vokal n outspoken masa assesment PTD x lepas tapisan. Org kata nak jadi PTD kena jadi lembu cucuk hidung... jenis org ikut je arahan... bru dapat. Patut majoriti PTD X boleh pakai... digelar Pegawai Tidur Duduk...."


Keciknya dunia mu. Aku rasa mu punya dengki kat PTD sebab mu selalu FAIL dalam exam.Kalau mu dapat PTD aku rasa mu tak dak lah nak mengomel bak sedap tangan saja...Yang pakai kabel tu, betul ker? Jangan nak tuduh sembarangan. Jangan nak fitnah bro..selidik betul2...Apa yang mu tulis ni ditanya akhirat kelak..bukan mu tak tahu...Pakai akaiiii la broooo... Jangan tinggi sangat hasad dengki tu sampai lupa dunia akhirat...

Aku kuli cabuk pun aku tak kesah, sebab dulu aku memang malas belajar...
Walaupun begitu nak dengki dengan skim PTD jauh bebenor le teman...
Dapat kerja dah hampir 20 tahun ni pun alhamdulillah dapat sara anak isteri.

Sudahlah tu....Marilah kerja bagi perkhidmatan untuk rakyat yang kat bawah sana tuuu...

Anonymous said...

Nampak komen yang kat atas ni????? semua berebut nak jadi KPPA, KSN dan KSU...almaklumlah...
Ukur baju kat badan sendiri lah bro..

Anonymous said...

bro/sis...bukan ke PTD yg selalu guna justifikasi utk menghalalkan cara..skim lain bukan takut untuk disemak oleh PTD cuma PTD demi meluaskan perkembangan kerjaya tembolok perut mereka..mereka sanggup cantas SKim lain utk naik...sbg contoh Ketua Pengarah Kebajikan at one time diisi oleh PTD kononnya Pegawai Kebajikan yg sedia ada masih di JUSA C dan belum confirm...tapi untuk PTD selamba je JPA luluskan kenaikan pangkat dpd Gred M 54 terus ke JUSA B....dari JUSA C terus ke TURUS III...sedih.....bullshitlah korang PTD ni....PPTD boleh plak sesuka hati membenarkan ahlinya klaim kelab gym kpd ahli dgn guna duit kerajaan...bodoh!!!!!

Anonymous said...

bro...ko ingat KSN yg sebelum ini pun bagus sgt ke...kerja asyik pool kan org je...emosi lebih mcm tu ke cara kerja seorang yg di groom jadi leader...poodah....

Anonymous said...

TAN SRI KSN....TOLONG TEGUR JPA UNTUK LEBIH ADIL DAN SAKSAMA KPD SKIM PERKHIDMATAN LAIN...JANGAN JADI JABATAN KPD PTD...JADILAH JABATAN KPD PERKHIDMATAN AWAM......MALULAH SIKIT....KATA MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM.....

Anonymous said...

betul setuju...jpa seolah2 hanya layan kehendak PTD dan jaga PTD...bodoh punya jpa....Perdana Menteri jangan sampai skim A,B,C D E F G J KP L N Q S U W....sokong pembangkang akibat kegagalan JPA utk bertindak adil....KATA KEJAT....tapi jawatan PTD banyak yg di upgrade!!!!!! .....mcm SHIT

Anonymous said...

Keje ko ni asyik kondem org je.. Dgn ayat yang x profesional...patutlah x naik pangkat.. Emo je lebih.. X sesueii jadi ketua.. Cuba lagi hokayyyy... Perbaiki diri tu...

Anonymous said...

barulah saya faham kenapa majoriti pegawai kerajaan tidak menyokong KERAJAAN SEKARANG. Mari kita perbaiki perkara ini.

Anonymous said...

barulah saya faham kenapa majoriti pegawai kerajaan tidak menyokong KERAJAAN SEKARANG. Mari kita perbaiki perkara ini.

Anonymous said...

halo anak syaitan. sila apikan lagi fitnah anda. persoalan saya pun tak terjawab tapi dok canang benda lain. ahak cucu ifrit. ko mmg tak layak kerja sebagai pegawai kebajikan kalau sibuk nak naik pangkat as ketua pengarah.

Anonymous said...

ala. kata meluat dgn PTD bukan apa..si kerani dgn pegawai yg bukan PTFD hanya [andai emngulat..time keje ambik anak la..hntra bini gi hospital la.gi shopping pampers la..skim lain punya la mengarut

Anonymous said...

Taik ko. Saya lebih suka orang yang betul2 tahu bidang tugas mereka jadi bos. Ptd pada pemerhatian saya cuma pandai bercakap dan berlagak pandai. Lebih baik doktor yg berpengalaman dan lebih arif tentang perkembangan teknologi perubatan yang jadi bos besar (absolute decision maker) daripada ptd yg langsung tak tau pasal perubatan.

Anonymous said...

Maaf ye tapi semua andaian di atas boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. tidak mengira skim perkhidmatan. Rezeki kita Allah yang tentukan. Kalu nak jadi PTD, usaha sungguh2.. sebab saya nak lepas exam pun memang susah apalagi PAC dan pelbagai lagi ujian. Setiap skim ada kekuatan masing2. Doktor dengan ilmu kedoktoran, guru2 dengan ilmu mendidik. dan PTD hanya mengurus dan mentadbir sahaja. Sama-samalah kita menerajui skim perkhidmatan masing2 supaya perkhidmatan awam kita disegani di peringkat antarabangsa. Bukan setakat aktiviti lepas sekolah. elakkan perasaan hasad dengki and cemburu mencemburui. tidak kemana bangsa kita kalu kekal dengan sikap sebegini.

Kalu nak rezeki lebih, JOM berniaga. Lagi puas hati. Sendiri jadi Ketua. sendiri jadi staff.hehehe..


Wassalam.

p/s: ada sahabat PTD yang berkahwin dengan kakitangan sokongan.. hhmm..diaorg bergaduh tak pasal ni..?? hihi just curious.

Anonymous said...

Abih kenapa ambik Tan Sri Zaini Ujang ex-TNC UTM jadi KSU? Sebab....PTD tak larat dan tak reti nak berdepan dengan Prof-Prof di Universiti-universiti sebab mereka bijak pandai. Bagilah teknikal punya agensi kat skim-kim yang betul-betul ahlinya..... Setakat skill pengurusan dan pengubalan dasar...boleh dibangunkan. Bukan payah mana pun... bertahun belajar medic, tak jadi masalah pun. JANGAN TAMAK... Bagusnya setiap jawatan yang penting-penting ni dibuka. Lagi bagus ada iklan, macam kat luar negeri. Sapa rasa yang layak boleh memoho, tak kira lah PTD ke atau tidak. Bagi peluang...jangan eksklusifkan.

Anonymous said...

eiii..bijak nye korang-korang ni..

Anonymous said...

perkara ini perlu diketengahkan ke peringkat tertinggi. Pemimpin perlu selesaikan kemelut ini yg menjadi duri dalam daging akibat kemerosotan sokongan yg lepas sebelum menjelang PRU14 nanti!

Anonymous said...

eksklusif mana nye.. semua PTD pun background lain2..ada yang background engineer/medic/economics/ukur tanah/architect dan lain2.. sekarang ni pun org private dah boleh masuk jadi PTD. kalu rasa diri tu bagus, apa lagi sahutla cabaran. mai masuk jadi PTD. jangan pandai gebang ketuk tin je. semua skim pn ada susah senang nye. PTD yang berlagak/sombong tu..itu diri masing2. tak de apa yang kita nak berlagak sangat pun jadi PTD. Kumpulan PTD ni kecil je kurang dari 10,000 orang..tapi cikgu adalah dalam 400,000 orang. apa la nak takut. hhmm... kesian tul bangsa kita nie.. suka sangat dgn penyakit PHD.

Anonymous said...

x yah dengki medengki...aku dh buruk duk kt M41...x confirm pn lagi dh dekat 4 thn...bagi aku...skim lain lagi best..2 thn lebih dh confirm..tak yah kena lulus kursus DPA baru bleh confirm..ingat best ke PTd...tapi dah rezeki ALLAH bagi...aku jadilh PTD...kalau rezeki ALLAH bagi aku jadi DG ke, U ke, UD ke, apa ke tetap aku redha..

Anonymous said...

Anonymous said...

Taik ko. Saya lebih suka orang yang betul2 tahu bidang tugas mereka jadi bos. Ptd pada pemerhatian saya cuma pandai bercakap dan berlagak pandai. Lebih baik doktor yg berpengalaman dan lebih arif tentang perkembangan teknologi perubatan yang jadi bos besar (absolute decision maker) daripada ptd yg langsung tak tau pasal perubatan.

Aku nak komen pasal mamat Anonymous ni...ko pernah kerja kat Jab kesihatan ke..kalau kau keje kt situ baru ko tahu betapa bodohnya doktor-doktor yang pakar tapi buat keje pentadbiran dan mengurus..langsung x leh harap..menyalahkan org lain nombor satu..mentang mentang doktor..

Anonymous said...

memang RAMAI doktor kat MOH tak layak jadi KSU. baru suruh buat kira-kira pasal nak anjur event dan songlap duit buat benda lain. nama jek ade MBBS. tapi bila bab duit gelap mata

Anonymous said...

skang ni banyak culture yg di appoint secara kontrak (confirm la ada yg terdiri daripada kroni2 kan). Cukup masa, dibawa masuk secara rasmi melalui JPA, then dptla tetap kan. Pdhal candidate lain kene Q and attend exam sengal.
Lagi satu trend aku tengok,skang goverment ni bawak masuk pegawai kontrak beramai-ramai, kononnya dalam usaha transformasi, cukup dua tahun, panggil candidate berbondang-bondang g interview, last-last yg dapat jawatan tetap semua pegawai kontrak tu jugak.
Then bawak la pulak masuk konon2 "mereka yg pakar" gaji toksah cakap la, x lebih 10-20k x sah kan. Dtg pejabat suh org bwh buat keje, tanda sikit2, bawak kat bos kata dia buat.

Anonymous said...

perkara ini perlu diketengahkan ke peringkat tertinggi. Pemimpin perlu selesaikan kemelut ini yg menjadi duri dalam daging akibat kemerosotan sokongan yg lepas sebelum menjelang PRU14 nanti!

SOKONG SANGAT 200%.SILA BUKA MATA DAN TELINGA WAHAI PEMIMPIN !!LAKSANA TINDAKAN SEGERA SEBELUM PARAH..!!

Anonymous said...

WE ARE THE NATION OF WHINERS. CONGRATS!

Anonymous said...

Sudahlah PTD..eksyen jer lebih, sombong pulak tu..
Bila tuntut semak perjawatan selalu bagi alasan. time motion kerja tak betulla, tak ada dasar la, tiada punca kuasa laa, tak ada kelulusan JPA laa..kepala hotak!!

Anonymous said...

Pegawai Tidur Duduk (PTD) ni saya sifatkan macam Zionis Yahudi sentiasa berlaku zalim pada yang lemah, yang tiada kuasa, mengambil kesempatan di atas kuasa yang mereka ada tidak adil kepada semua pegawai kerajaan di mana2 skim yang diperkenalkan keuntugan mesti menyebelahi mereka PTD ... cuma Allah yang Maha Kuasa dan Maha Adil yang akan membalasnya

Pinky Moves said...

Skim baru ni bagus. Pegawai y betul betul kerja akan dinaik pangkat. Ada KPI. apa yg nak takut? I sokong this way.

Anonymous said...

Baru ternampak this blogpost. I dont see why pegawai kerajaan nak merungut. I bukanah gred tinggi but sistem ni boleh cepatkan proses naik pangkat. - Sara

Anonymous said...

Yup betul..mentadbir adalah urusan PTD..cikgu atau doctor boleh bg pendapat mengikut kepakaran masing2 n PTD yg seharusnya mengambil tindakan yg sewajarnya berdasarkan pandangan, cadangan dan pendapat guru, doctor tersebut sb guru dan doctor tidak mempunyai kepakaran mentadbir urus urusan pentadbiran..cikgu kursus utk mengajar pelajar n bila masuk pejabat, xtau nk buat kerja pejabat asik suruh kerani buat..kursus semua pg utk jln2 pastu balik nothing change!!

so PTD sebagai pegawai tadbir yg menyelaras n guru atau doctor sbg penasihat..itu yg sepatutnya berlaku...

ini tidak, dh belajar bertahun2 utk mendidik anak bangsa pastu g buat kerja ofis??? apa makna dia kursus PERGURUAN @ KEDOKTORAN kl setakat nk dok ofis? blajar la PENGURUSAN, pastu nk dengki n takut kl PTD masuk ofis?

sy cuma kerani, n mmg betul ramai yg PTD yg 'masuk pintu belakang' ni xreti buat kerja n dkategorikan sbg 'bodoh sombong'..still ada yg perform n x dinafikan ada yg kaki kipas utk cpt naik pangkat..kerja dia kerani byk cover tp award dia yg dpt..bkn award yg dipandang tp sikap pegawai tersebut yg dipertikaikn..

sjak kemasukkan KPPA baru ni, ramai yg kena keluar, kena turun pangkat sb bercakap tentang kebenaran yg dinafikan oleh mereka di atas..unit dimansuhkan tp di wujudkn unit baru d pejabatnya..mcm2 kes yg tak didedahkan.

berikutan dengan itu, ramai yg option utk pencen secepat yang mungkin..

wallahualam

Tho Ha said...

Anonymous said...
skang ni banyak culture yg di appoint secara kontrak (confirm la ada yg terdiri daripada kroni2 kan). Cukup masa, dibawa masuk secara rasmi melalui JPA, then dptla tetap kan. Pdhal candidate lain kene Q and attend exam sengal.
Lagi satu trend aku tengok,skang goverment ni bawak masuk pegawai kontrak beramai-ramai, kononnya dalam usaha transformasi, cukup dua tahun, panggil candidate berbondang-bondang g interview, last-last yg dapat jawatan tetap semua pegawai kontrak tu jugak.
Then bawak la pulak masuk konon2 "mereka yg pakar" gaji toksah cakap la, x lebih 10-20k x sah kan. Dtg pejabat suh org bwh buat keje, tanda sikit2, bawak kat bos kata dia buat.

KOMEN SAYA :-

Bila Cukup Masa Tu ?? Dua Tahun ??Saya Sudah 10 1/2 Tahu Kerja Kontrak. Masih Lagi Sambung Setahun-Setahun. Takde Pun Ditetapkan.

Oh Silap, Mungkin Saya Tidak Termasuk Dalam Kategori Yang Dimaksudkan Sebab Saya Dapat Kontrak Ni Tak Pakai Kroni. Menyesalnya Aku. Kalaulah Aku Pakai Kroni Untuk Jawatan Kontrak Ni, Sudah Bertahun Aku Diserap Tetap.

Anonymous said...

PTD NI MEMANG BERLAGAK.ADA SATU JABATAN TU PTD BARU MASUK PUNYA BERLAGAK PADAHAL KERJA BARU SETAHUN JAGUNG.

Anonymous said...

Jangan nak hakimi apa yang PTD kena lalui dalam hidup diorang. Nampak hidup diorang macam glamour, tapi ingat senang ke kerja PTD ni? Tak dinafikan ada PTD yang rosak, tapi salah PTD lain juga yang melindungi mereka, dan selalunya dalam keadaan itu akan ada PTD lain pulak yang kena buat segala kerja.

Anonymous said...

Mcm tak betul je perbanding grading antara ATM and perkhidmatan awam.

Panglima ATM adalah jeneral 4 bintang..& bertaraf Turus 2...
mana mungkin Jeneral 4 bintang sama dgn JUSA A...

Periksa la dulu fakta sebelum mengulas....kalau yg basic mcm tu pun salah.....data2/fakta2 lain yg berikan entah betul entah tidak...

dan apa salahnya...kementerian pendidikan ada 2 KSU...dan kedua2nya bertaraf Turus 2....

Anonymous said...

Sokong sgt2 jabatan sy pun sama..dulu ptd seorg je sekang dah ramai..dulu unit kewangan hanya gred w sekang dah ptd m48..kami hanya nganga je la..

Anonymous said...

He3 kajian apa PTD buat mostly out source .. tuk strategi yg besar2 tu PTD atas sikit dr kerani je. Kerja yg mereka pentingkan ialah event bila banyak event n meeting heboh kata banyak keje

Anonymous said...

Marah skim M atau mana2 skim umpama marahkan Allah swt yang menentukan rezeki setiap hambaNya.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, Insya Allah bertambah rezeki kita.

Anonymous said...

salam tuan tanah.

kebanyakan ptd di jabatan2 tertutup spt imigresen dsb boleh dikatakan ok. bahkan mereka menghormati kami pegawai skim kp. saya tahu pegawai berwajib dah usaha macam2 cara upgrade perjawatan kami, yg mana majoriti pegawai senior kami pun trlibat sama. cuma halangannya ialah jpa. tak taulah knapa ptd di jpa jumud sgt. tak smpai hati saya nk ngutuk ptd imigresen. kesian gak diorg. dtg pagi balik malam.

Anonymous said...

dok dengki org lain naik pangkat tapi diri sendiri tak tgk dulu ke? tepat jam 5:30 balik. datang opis surf internet buat blog gosip pegi surau berjam2 mekap jual shaklee tapi ada hati nak dengki org lain. patutla penjawat awam ni mcm bangsat rupanya sesekor.

Anonymous said...

Komen bodoh dari seorg yg mungkin bodoh..pasal apa ko nak menyalahkan PAS kat sini

Anonymous said...

"Siapa suruh tak belajar betul2 waktu belajar "
Tergelak aku baca komen yg ini..PTD ni bukan semua budak2 yg bijak pun wktu kat U..
Batch aku sendiri yg seringkali repeat subject pun ada yg jd PTD..
Mungkin ko boleh baca buku "A" students work for "C" students"

zex kay said...

Negara greece muflis disebabkan unbalance factor gov servant..

Anonymous said...

NAK PTD dihormati dan eLIT senang ja.
M41 Degree plus Diploma INTAN
M44-M48 Wajib add Masters.
M52-Turus Wajib add PhD.

BARU LA ELIT


Di GLC

Anonymous said...

Cik adik oi jgn dok hina geng2 mbbs oi..diaorg bersengkang mata siang malam dok merawat pesakit..gaji pn tak seberapa..geng2 hang belaja pn stkt 4 tahun..keja belek fail ngn pegi mesyuarat jer

Anonymous said...

Saya sudah bekerja di pelbagai jabatan dan kementerian. Saya berpandangan wajar Skim PTD dimansuhkan dan digantikan dengan Skim di bidang yang berkaitan. Mereka yang layak sahaja wajar mengetuai sesebuah kementerian dan jabatan dalam bidang khusus masing-masing. Down Right Sizing wajar dilakukan kerajaan untuk elakkan pembaziran emolumen. Jika kewangan, wajar dipegang Gred W, Pengurusan Sumber Manusia dipegang Gred S, Keselamatan oleh Gred K masing-masing, Audit bagi Skim W dan seterusnya.

Fikirkanlah....

Anonymous said...

Kita ada Skim Audit untuk betulkan jabatan. Oleh itu, tak perlu Skim PTD masuk mana-mana jabatan atau agensi.

Mudah bukan?

humaira yusof said...

Rasanya dah tak ramai gred DG yang terasa dianaktirikan... dulu mungkin la sebab peluang kenaikan gred / pangkat sangat terhad. kena tunggu kekosongan jawatan pentadbiran (pengetua, penolong kanan atau pegawai di PPD, JPN, KPM). lagipun tak banyak pun kekosongan jawatan yang ada. ada yang sampai pencen dengan gred 41.

Sekarang ni, ramai gred DG yang tak berminat utk menjawat jawatan pentadbiran. Mereka lebih suka kekal utk mengajar Rasanya ramai cikgu-cikgu dah berpuashati dengan skim yg ada sekarang. 25 tahun berkhidmat (umur dalam 50 tahun) akan merasai gred 54. Itu guru biasa, kalau jadi guru cemerlang (GC) boleh sampai gred 54 dalam masa 15 tahun. Malah boleh sampai gred JUSA. Alhamdulillah, itu rezeki yg ada utk gred DG. Bolehlah tumpukan masa utk mengajar dan mendidik yg cabarannya semakin besar. Murid-murid sekarang tak macam dulu,kurang adab dan akhlak walaupun baru darjah 1. Parents pun x macam dulu, selalu cari salah pada cikgu..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates