August 16, 2013

12 Himpunan Munajat 100K - Asal Berhimpun di Dataran ... Asal Berhimpun Di Dataran ... Itulah PAS!!!


Suka bebenor parti PAS ni dengan Dataran Merdeka. Asal demonstrasi, pilih Dataran. Asal berhimpun pilih Dataran. Satu himpunan besar-besaran akan diadakan esok bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman kerajaan Mesir yang bertindak kejam membunuh rakyat mereka. Himpunan yang dinamakan Himpunan Munajat 100K itu akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 4 petang hingga 9 malam esok. Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi pemimpin dijangka memimpin munajat ini.

Bukankah lebih baik perhimpunan diadakan di kesemua masjid-masjid di seluruh Malaysia? Eloknya hari ini, selepas Sembahyang Jumaat. Semua umat Islam hadir di Masjid, sembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai untuk keselamatan Rakyat Mesir. Kenapa mesti berhimpun di tengah padang, di tengah Bandaraya menganggu Rakyat lain yang mahu pulang dari kerja, beriadah dan aktiviti-aktiviti lain? 

Sudahkah permit dari pihak Polis dan DBKL diperolehi? Kalau tidak, bukankah ini perhimpunan haram? CTS rasa doa orang yang berhimpun, menghalang lalulintas dan mengganggu ketenteraman awam mungkin tidak dimakbulkan Allah, sekiranya disebabkan perhimpunan itu, kutukan dan cacian yang diterima daripada orang-orang yang terperangkap dalam kesesakan di bandar.

12 comments:

Anonymous said...

Stadium kan ada?

Anonymous said...

Kenapa tak buat d kota Bharu, itu bukankah Lubok PAS

Anonymous said...

kenapa tak buat di kota baru & stadium ??? sebab ahlul PAS semua BAHALOL !!!! mana boleh pikir se cara rasional...

Anonymous said...

Mereka nak membiasakan dataran merdeka jadi dataran demonstrasi

hanizam said...

aku ada dapat poster dari rakan yang memang totok PAS semalam...

aku Tanya, apesal tak buat kat Stadium??? contohnya Stadium Shah Alam sebab Selangor bawah PAKATAN, tentu senang nak dapat persetujuan...kawan aku tu diam je....

aku Tanya lagi, apesal nak buat kat dataran?? sebab dah sah2 DBKL tak luluskan penggunaan dataran...DEMO monyet2 terlepas kandang pun tak lulus, nikan pulak program macam ni...kawan aku diam gak...

aku Tanya lagi, ape pengisian program tu??? kalau DBKL tak lulus, sape PAS nak salahkan, walhal dah dari mula memang takan Berjaya program tu??? untuk modal politik gak kan??? Pun kawan aku diam....

last aku Tanya, poster tu, nape takda pimpinan islam PKR?? adakah orang PKR minat demo @ program macam ni takda class bagi pimpinan PKR?? kawan aku diam jugak...

pandangan aku, program ni memang sekadar modal politik PAS je...soalan simple macam ni pun kawan aku tak boleh jawab...

kata totok PAS, tapi macam haram je...

Anonymous said...

buat la kat "serambi mekah" korang tu....lebih afdhal. Jangan nak sesakkan tempat orang!

Anonymous said...

Adalah lebih elok jika Pas bersatu dengan Umno dan mana-mana pertubuhan Muslim dalam demonstrasi ini, buat lah dimana pun, di sepanjang PLUS pun tiada apa, tunjukkan lah kesatuan Muslim Malaysia masih mampu berdiri 1 saf, jangan lah dilakukan sendirian atau suku-suku, ini melibatkan nasib ummah, lagi bagus diadakan demonstrasi untuk Syria juga, penangan di Syria lagi hebat kerana ia melibatkan kuasa-kuasa besar proksi Yahudi, isu Sunni-Syiah, yang boleh mengakibatkan konflik akhir zaman, Pas tak berminat kah?

Anonymous said...

cara Islam ada. tapi cara yahudi yg mereka pilih . itulah ciri parti yg gunapakai nama Islam dalam parti mrk.

namun malangnya, ramai juga org Islam yg tertipu dgn pjuangan parti tsb hnya kerana nama Islam yg ada pada parti. kesiaaannn..

QalamQabut said...

Biarlah PAS nak buat apa pun. Lama sangat dah PAS tak glamer. Apa yang disentuh semua tak menjadi sejak jadi baghal DAP ni. Ini baru pertama kali nak buat sendiri2.

Biarlah PAS luahkan perasaan Islam dema terhadap apa yang berlaku di Mesir. Mana tau lepas ni ada telur nak luahkan perasaan dema terhadap penghinaan Islam di Malaysia pulak.

Dan mana tau satu hari nanti PAS betul2 boleh putuskan rantai yang terbelit di hidung dema, boleh berdikari dengan kekuatan sendiri, perjuangkan apa yang dipropagandakan selama ini.

Orang UMNO janganlah nak busuk hati pulak. Jangan nak ambik peluang cucuk hidung dema pulak. Buat kawan 'hai hai, bai bai' sudah. Biar saling sokong mana yang betul, sanggah mana yang salah demi kebaikan agama dan bangsa kita. Politik tak sepatutnya menjadi benteng pemisah antara kita.

Anonymous said...

QalamQabut,
Ikhlas ka Pas tu? Mcm pilih kasih la pulak nak brdemonstrasi, biasa la.. ada hubungkait dgn Ikhwanul, btul dah hang tulis tu, Pas xnak pulak buat demonstrasi besar2 keatas kawan baik dia DAP yg terang2 dh mperlekehkan Islam, anak dlm buai mati tercekek anak kera atas pokok dipopok dimanja dinetekkan, apa kata kita ramai2 turun dan kecam sekali musuh Islam yg ada kat Malaysia ni.

Anonymous said...

PAS kena ingat, apa yang berlaku pd Ikhwanul tu adalah sama dgn perjuangan PAKATAN yg Pas pun turut berpakat, mcmana Ikhwanul naik memerintah mcm tu la Ikhwanul jatuh, ini la fahaman yg dibawa Pakatan iaitu KUASA RAKYAT, bila kuasa rakyat melebihi segalanya, tentu korang xlupa pkataan Arab Springs, benda ni lah yg cuba dibawa masuk oleh PAKATAN yg Pas pn turut berpakat, Pas berkumpul menentang kejatuhan Ikhwanul bermakna Pas pun menentang perjuangan sendiri yg dah berpakat dlm PAKATAN, sedar-sedar le wahai Pas, elok kita berdoa dan membuat solat hajat dan banyakkan berzikir untuk rakyat Mesir, apa yg berlaku di Mesir adalah antara Muslim dan Muslim, utk apa brkumpul?

guy67 said...

haha. tipikal melayu meleis. bab kritik orang lain, kutuk orang lain memang no 1. kalau korang ada masa nak sembang kencang kat internet, rasanya mesti dah panjang berjela korang doa kat Allah untuk selamatkan Mesir kan? bagus korang ni~

dan aku sure korang mesti dah turun berdemo bantah pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Sisi di Mesir, korang for sure yang paling awal sekali buat macam tu kan? bagus korang ni~

sembang kemaih.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates