August 5, 2013

9 Betulkah Penculik Wan Aisyah Adalah Bapanya Sendiri? #prayforaisyah


Update 12:30PM:

Ada cerita di sebalik cerita di sebalik kehilangan Wan Aisyah. Bukan bapa, tapi bakal bapa tiri rupanya. Hmm ... dunia, dunia. Baca kisah sinetron ini di MStar, di sini.

Update 1:30PM:




Alhamdulillah. Wan Aisyah sudah dijumpai. Keluarga lelaki berkenaan telah menghantar Wan Aisyah ke Balai Polis Sungai Nibong.

Posting Asal:

Sejak semalam pelayar-pelayar laman sosial Facebook begitu aktif mengemaskini berita seorang budak perempuan bernama Wan Aisyah bt Wan Exzan, 3, yang dilaporkan diculik di Jusco Rawang, Selangor pada 03/08/2013, oleh seorang lelaki. CTS difahamkan lelaki tersebut adalah kenalan rapat atau saudara terdekat kepada kanak-kanak tersebut. Kita faham keprihatinan masyarakat kita. Ini mungkin masalah keluarga. Jangan kita buat lelaki tersebut seperti seorang penjenayah sebelum pihak Polis mengesahkan cerita yang sebenarnya.

Secara logiknya, bagaimana maklumat tepat lelaki berkenaan boleh diperolehi dengan cepat seperti kereta apa, warna apa, nombor plet apa serta nombor kad pengenalan lelaki berkenaaan. Lagipun, cuba lihat gambar di atas. Kita boleh lihat betapa erat si anak memeluk lelaki berkenan dengan botol susu di mulut. Agak pelik tapi tidak mustahil bagi kanak-kanak rapat dengan orang yang tidak dikenalinya.

Tidak mungkin "penculik" berkenaan merupakan seorang yang tidak dikenali oleh Si Ibu yang bernama Arbaiyah Md Zin yang merupakan seorang Cikgu Matematik. Mungkin juga lelaki berkenaan merupakan saudara terdekat dengan keluarga atau kenalan rapat dengan si Ibu. Walau bagaimanapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Aisyah. Semoga beliau kembali ke pangkuan Ibunya menjelang Aidil Fitri.

9 comments:

Najwa said...

Sy ada bc komen ibu kpd Aisyah di fb... Yg culik tu bkn ayah kanak2 tu... Nama kanak2 tu Wan Aisyah binti Wan Exzam... Cikgu Arbaiyah & suami sedang berusaha mencari anknye... Kita doakan yg terbaik utk keluarga ini... Mudah2an dia dijumpai...

Anonymous said...

rasa mcm tak logik pulak si mak nak bgtau nama sebenar ayah Aisyah kang nanti kantoi pulak, apa pun.. elok tunggu siasatan polis atau tunjukkan bukti nama kat mykid Aisyah menunjukkan Aisyah bukan anak si 'penculik'

Anonymous said...

Sy rasa kalau xtau baiklah kita diam. Xperlulah menulis yg kita sndr xtahu kesahihannya... Lbh baik tunggu n lihat drpd keluarkn statement spt ini. Si ibu dah la runsing.. Tambah pula mulut org yg xreti nk jaga hati org lain.
Kenyataannya itu bukan ayah kpd si anak. Ayahnya yg tlg bntu buat report polis. Itu ialah kenalan mereka yg ntah ape niatnye.
Harap tiada lgcerita yg xsedap dibaca.
Tq - kenalan rapat si ibu.

Anonymous said...

Kalau nko kwn rapat mak dia beritahu ler apa yang nko tahu kat sini. at least ada pencerahan. bukan diam jer...ngok !

Anonymous said...

Sy bkn pembawa mulut. Biar yg berhak yg keluarkan statement.

Anonymous said...

apa yg tak 'logik' nya pulak nak dpt info mcm IC and plate no? Pernah dgr MyEG?

http://postimg.org/image/db63e7b6f/

Shefa Tinktink said...

No plat kereta kan ada cctv . Lagipun zaman dah maju sekarang ni . Yg itu penyangak k.

Anonymous said...

Owner blogger ni nak amk publisiti murahan ke dengan menyebarkan fitnah? Bulan ramadhan ni bro. Agak sikit.

Pedang-Bertuah said...

Bengap juga Anon 12:37pm August 5, kan dah masuk berita? Fitnah mende? Ada affair mengaku diculik pulak.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates