May 1, 2013

10 Tanah Atas Nama @nikabdulaziz Adalah Merupakan Amanah Kepada PMBK, 13 Lot Tanah Atas Nama Isteri Beliau Bagaimana?


Kita menerima dengan hati yang tenang kenyataan akhbar di atas bagi membuktikan bahawa kezuhudan Menteri Besar Kelantan masih tidak terusik. Beberapa persoalan berikut perlu dijawab oleh juak-juak PAS bagi menjernihkan keadaan:

1. Kalau Nik Aziz Nik Mat dikatakan memegang amanah, bagaimana pula dengan tanah yang dinamakan atas nama isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak, yang turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak milik keluarga? Isteri beliau memegang tanah atas kapasiti PMBK juga kah?

2. Apa itu PMBK? Perbadanan Menteri Besar Kelantan!!! Kenapa bukan Perbadanan Kemajuan Negeri Kelantan? Atau kenapa bukan Perbadanan Kebajikan Rakyat Kelantan? Atau kenapa bukan Perbadanan Negeri Kelantan sahaja? Kenapa kena ada Perbadanan Menteri Besar Kelantan?Ramaikah MB Kelantan dan kenapa kebajikan MB saja diperbadankan?

3. Bukti secara terperinci surat Ikatan Amanah bertarikh 05 November 2007, yang ditandatangani oleh Menteri Besar dan Ahli Lembaga Pengarah PMBK, perlu diwartakan untuk tatapan Rakyat. Setakat teks kenyataan akhbar, siapa sahaja boleh lakukan. Tambahan lagi kalau diteliti senarai yang menduduki Ahli Lembaga Pengarah PMBK, yang terdiri daripada kroni dan anak beranak, status kedudukan tanah-tanah berkenaan untuk kepentingan Rakyat Kelantan masih boleh dipertikaikan.

10 comments:

Anonymous said...

Tanah tu atas nama PIIIMBK, Perbadanan Isteri atau Isteri-Isteri Menteri Besar Kelantan beb.

Anonymous said...

hai nik ajis..mare nampak..Datin Rosmah punya explaination tak nak juak-juak ni terima..dok kata dia punya cincin jugak..bila tang batang hidung sendiri baru rasa..pigi dah..ularmak

Anonymous said...

Tulah, orang buat perbadanan dia pun buat juga. Bila terdedah mulalah bersilat. Kat orang semua salah bila sendiri buat, pemegang amanah lah. Oklah, tanah atas nama isteri tok guru juga pemegang amanah ke? pulak...eloklah tu

Anonymous said...

Tok Guru NIPU sokmo...pthuii..tanah pajak kat Petronas...lepas perut anak beranak..rakyat kelantan dok papa kedana...miskin pulak tu..salah sapa tu...hampeh punya PAS

Anonymous said...

Baru lah kita faham kenapa nik ajis liat nak lepas jawatan mb.... Rupanya ada skandal yg cuba ditutupnya.

Anonymous said...

Jgn salah paham,walaupun dia akan behenti atau dibehentikan tanah tu tetap tak berubah pasal dah jadi amanah PBMBK pulak.
(Perbadanan Bekas Menteri Besar Kelantan)

Anonymous said...

Kes ni macam serupa mirip se akan akan kes NFC, yaani 1.insider trading
2.non disclosure 3.Vested interests
4.Abstain from voting.
Semua dari Companies Act 1967, dan Securities Commission.
Kalu betul fakta, kenapa tak rujuk pada DUN Negeri Kelantan,?
cukup kuasa ke EXCO ?
arjuna waspada
changkat lobak

Anonymous said...

Wah!! Nik Aziz bukan main pandai guna jalan belakang & kira menipu secara halal tu. .menukar status tanah untuk jualan secara segera. .Diam2 Millionaire ye!!!

Anonymous said...

PAS = Pastikan Ape2pun Sapu

Anonymous said...

Salam saudara...berhati2 dengan kata2. Kalau ilmu di dada hanya seperti setitis air di lautan jangan lah ulamak di pandang hina. Dunia hanya sementara. Semoga saudara di beri taufiq dan hidayah...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates