April 23, 2013

10 Fitnah Kononnya Anggota Polis Telah Mendapat Kertas Undi Sebelum 30 April Mula Disebarkan Cybertroopers PR



Facebookers dan bloggers Pakatan Haram telah mula memainkan isu untuk memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Kononnya, salah seorang anggota polis mendakwa telah diarahkan untuk mengundi hari ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam).

Anggota polis ini, kononnya, turut mendedahkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya. Kalau dilihat dari nama yang tertera di atas, anggota polis ini kononya mengundi di Parlimen Setiawangsa, di mana calon PGayR di parlimen tersebut adalah Ibrahim Yaacob manakala calon BN pula adalah Ahmad Fauzi Zahari.

Fitnah ke atas SPR ini dibuat dengan cukup baik. Namun ada beberapa keraguan yang perlu dijawab oleh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram sebelum ianya dapat diterima oleh Rakyat Malaysia yang bijaksana:

1. Kenapa ianya disiarkan di laman sosial Facebook dan blog-blog pembangkang dan bukannya merujuk kes ini kepada SPR dan laporan dibuat di balai polis.

2. Kenapakah peguam-peguam Pakatan Haram berdiam diri setakat ini. Bukankah ahli-ahli politik Pakatan Haram seperti Rafizi Ramli, S Surendran, Lateefa Koya dan lain-lain amat gemarkan pendedahan kononnya mengemparkan ini?

3. Beberapa panggilan yang dibuat ke atas rakan-rakan CTS yang bekerja sebagai anggota polis menafikan mereka telah menerima kertas undi. Mereka senada berkata undian untuk anggota polis hanya akan dilakukan pada 30hb April.

4. Nama calon yang dicetak atas kertas undi sepatutnyanya sama seperti dalam MyKad atau kad pengenalan. Dan setahu CTS, dalam MyKad dan kad pengenalan tiada nama gelaran seperti Ustaz, Dato', Tan Sri dan sebagainya. Kalau hendak mengedit gambar tu buatlah secara sempurna. Ini letak Dato' pulak!

5. Nama keluarga (nama Cina) dan Nama bapa (Muslim) juga akan ditulis sama. Tiada nama tunggal seperti "AHMAD" akan ditulis.

6. Bagi polis, kertas undi tidak boleh di bawa keluar dari tempat mengundi. Melainkan jika polis tersebut tidak memasukkan kertas undi ke dalam sampul undi, dan ke dalam kotak undi. Namun hal itu sedikit sukar untuk dilakukan. Jika kertas undi tak boleh di bawa keluar, bagaimana gambar kertas undi boleh di ambil?

7. CTS yakin, dalam Malaysia, bukan seorang saja petugas SPR dan Polis. Justeru, sepatutnya ada lebih ramai lagi dari mereka yang sudah pun mengundi pos, jika benar ianya telah berlaku.

Akhirnya, CTS kata lain kalilah kalau hendak menipu Rakyat Malaysia. Provokasi murahan hanya kepada mereka yang tak berilmu. Maaf, rakyat Malaysia terutamanya pengundi-pengundi Barisan Nasional semuanya pandai-pandai belaka.

10 comments:

Anonymous said...

Buat admin, INI ADALAH FITNAH SEMATA_MATA....Sila lihat gambar satu lagi yang ada dalam blog Milobasi. Gambar yang kedua tu adalah borang pengisytiharan identiti polis yang didakwa telah melakukan pengundian pada hari ini.

Jika dilihat dalam borang tersebut pada bahagian kad pengenalan, tertera perkataan "RF17" dan selebihnya ditandakan dengan warna merah. Untuk makluman rakan-rakan sekalian, semua anggota tentera dan polis sudah mempunyai nombor kad pengenalan awam dan untuk PRU-13 ni pihak SPR pertama kali akan menggunakan nombor kad pengenalan awam (12-digit) bagi polis dan tentera bagi tujuan pilihan raya. Jadi tiada lagi nombor polis atau tentera digunakan dalam borang berkenaan.

Oleh itu, saya harap pihak yang berkenaan tolong ambil tindakan sewajarnya atas penipuan yang telah dilakukan oleh blogger Milobasi itu. semoga ini akan menjadi pengajaran buat blogger2 fuckatan yang lain supaya tidak menimbulkan fitnah lagi terhadap pihak polis, tentera, SPR dan UMNO/BN.....

Harap maklum.

Anonymous said...

http://notakanan.blogspot.com/2013/04/undi-pos-polis-usaha-memburukkan-imej.html

Anonymous said...

polis dah mengesahkan memang ade pengundian arini..fitnah apenye?

jiwakita said...

memang ada undian hari..utk esok hari sape kena stayback bertugas..kihkihkih...

Anonymous said...

wahhh...awal dah cetak kertas undi dikaw titiwangsa yer....

sape dajjal kat pusat cetakan ambil gambar bagi pd pihak blogger pr yer..

Anonymous said...

KUALA LUMPUR 24 April - Kelewatan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Setiawangsa hadir ke majlis ceramahnya di Dataran Air Panas, Setapak menyaksikan pendengarnya hanya sekitar 100 orang malam tadi.

Terdahulu, majlis PKR Parlimen Setiawangsa yang bermula pukul 9 malam itu dipenuhi sekitar 250 orang, namun mereka beransur-ansur beredar apabila hujan semakin lebat, tambahan pula bosan kerana calon yang ditunggu masih belum tiba.

Calon PKR Parlimen Setiawangsa, Ibrahim Yaacob yang tiba di tapak ceramah itu pada pukul 11 malam hanya dapat berucap di hadapan khalayak kecil.

Selain itu, pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Bersih, Datuk S. Ambiga yang dicanang-canang mewarnai majlis pakatan pembangkang itu akhirnya tidak hadir.

Sepanjang pengisian majlis selama kira-kira tiga jam itu, beberapa penceramah telah melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengagungkan manifesto pakatan pembangkang.

Begitupun, tohmahan salah seorang penceramah terhadap calon BN Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Nordin telah menyebabkan kira-kira 50 orang pendengar lagi beredar.

Sebagaimana sikap lazim pemimpin dan ahli pakatan pembangkang, salah seorang pemimpin PKR Setiawangsa tanpa usul periksa telah mengherdik kumpulan yang beredar itu dan mendakwa mereka kumpulan Pemuda BN, namun hakikatnya penceramah itu yang memfitnah Zulkifli sebagai seorang yang bersikap perkauman.

Anonymous said...

Itulah menunjukkan keBAHALOLan cai-cai pembangkang ni. Beza undi pos dengan undi awal pun tak tau. Kalau dah kertas undi dah siap dicetak, tentulah pengundi pos akan dapat dulu dan mereka diberi kelonggaran untuk serah undi pos tersebut sebelum pukul 5.00 ptg hari mengundi. Pengundi pos ni hanya polis yang terpaksa bertugas diluar kawasan pada hari pengundian, itupun mereka sendiri yang minta. Takkan nak nafikan hak mereka sebagai pengundi pula?

Anonymous said...

SETAHU AKU, KALAU TAK SILAP LAH,

POLIS AKAN GUNA IC AWAM MILIK MEREKA UNTUK MENGUNDI KALI INI. TAKDE DAH GUNA RF, I ATAU G.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anonymous said...

Blog milo suam tu , wajar ditutup & ditangkap saje semua blogger2nya . kejahatan mereka menabur fitnah dlm alam blog ni tak payah diperkatakan lagi .

1 pendapat saya mengenai isu ini. Ini adalah fitah kpd pihak pdrm & spr yang bersusah pasayh sepanjang bulan pru13 ni . dasar tak sedar dek untung puak2 milo suam ni. orang2 mcm mereka , harus dihantar ke jolo untuk jd hamba abdi kiram sampai mati. baru dia kenal erti penyesalan .

christhoper said...
This comment has been removed by the author.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates