February 3, 2013

7 Ustaz Azizan Razak Bakal Dipecat Berikutan Politik Muafakat Rasmikan Program IM4U "Beautiful Malaysia"




Sejuk mata memandang apabila menonton Buletin Utama TV3 malam tadi yang memperlihatkan Menteri Besar Kedah, DS Azizan Abdul Razak berlapang dada dengan mengamalkan politik muafakat dan mengenepikan ideologi politik apabila bersama-sama dengan DS Dr Chor Chee Heung, Ahli Parlimen Alor Setar dan Dato Ahmad Bashah, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah untuk merasmikan program peringkat nasional "Beautiful Malaysia".

Hayat politik DS Ustaz Azizan di dalam PAS pastinya bagai telor di hujung tanduk apabila tindakan beliau hari ini pastinya mengundang kemarahan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat. Ini berikutan beberapa hari lepas Ahli Majlis Syura PAS dipecat apabila turut mengamalkan politik muafakat apabila mengiringi DS Najib Tun Razak ke Gaza. Apatah lagi Ustaz Azizan berbesar hati untuk memakai baju IM4U, satu projek Kerajaan BN untuk belia dan anak muda Malaysia.

Kita nasihatkan Datuk Nik Aziz Nik Mat agar bersikap terbuka di dalam hal ini. Apa salahnya jika Ustaz Azizan turut serta di dalam projek Nasional Kerajaan BN. Nik Aziz Nik Mat pun pernah beberapa kali turun padang mengiringi DS Najib Tun Razak. Malah Nik Aziz Nik Mat turut memakai baju lambang 1Malaysia, projek nasional Kerajaan BN. Kenapa beliau tidak "memecat" dirinya sendiri? Gambar-gambar di bawah sebagai buktinya.


7 comments:

Anonymous said...

Mesyuarat Majlis Syoru hamPAS dah berakhir, jadi nyawa politik Ostad Jijan dikira selamat buat masa ni sehingga PRU akan datang. Ostad Jijan jugak dikira bernasib baik kerana dalam Majlis Syoru hamPAs takde kelibat Mat Syabu yang memang berdendam dengan ostad Jijan ni, jika tidak awal-awal ostad Jijan kene tendang dari kerusi MB tu. Duduk kat kerusi MB selama ni pun hanya pandai sebut TAK TAU-TAK TAU.... membazir duit rakyat je

Anonymous said...

Ramai rakyat kedah yang atas pagar, juga ahli umno begitu kagum dgn sikap berlapang dada ust Azizan. Beliau sangat lunak dan mesra dgn sesiapa walaupun org umno. Sikap ini telah mengundang rasa dengki dan benci ramai penyokong pas. Jika ditakdirkan pas menang lagi diKedah, maka tak lain tak bukan hanya kerana sikap dan perwatakan ust azizan. Lain2 pemimpin memang tak boleh pakai.

Anonymous said...

saya minta majlis syura mangambil tindakan sewajarnya terhadap ustaz azizan kerana mengiringi DSNajib. Majlis Syura PAS wajib memecat keahlian ustaz azizan dengan segera. Majlis syura PAS harus akur terhadap keputusan ANwar Ibrahim, Azmin Ali dan Karpal singh. Pas wajar menyokong keputusan Majlsi Presiden Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Perangai Nik Aziz ni licik untung tang ke dia. Dia jenis org yg suka dilayan seperti pemimpin terhormat.....tak kisah pakai baju ada tagline 1M atau im4u pun, janji event tu dia diraikan dan dihormati.manusia yg kehausan glamour!Selepas dirakam event2 tu,esok kalau ada isu,boleh hentam celako3 pulak kpd musuhnya- Umno!

Anonymous said...

Jika saya pengundi atas pagar, saya akan undi PAS kerana sikap keterbukaan Ust Azizan.

Tapi undi saya akn berubah kepada BN jika Ust Azizan dipecat.

Fikir-fikirkanlah ...

Anonymous said...

Mat sabu marah sangat kat ust azizan sebab ust azizan tentang syiah... sapa tak kenai mat sabu syiah jadi jadian di malaysia.. pi la kampung sawa di pendang tengok sendiri bro

Anonymous said...

kes Ust Azizan ni lain kisahnya. UAAR ni datang atas nama KERAJAAN KEDAH bkn PARTI.begitu juga TGNA dan DSNR atas nma Kerajaan Pusat dan Negeri. Mana bijak ? soalan provokasi diberi dan jawapan diberikan (a) tak tau (b) goreng ? dah tentu (a) kerana da tutup pintu media arus porndana yg gemar putar belit kenyataan rasmi. jika xkn kena saman dek pembangkang. 5 thn xcukup utk lakukan perubahan. Selagi Kerajaan Pusat tak wujudkan suasana Islam kondusif (sekarang ni mana Islam sgt, tgk buku fardu ain da blh dpt jwpn), slagi tu akhlak rakyat sukar dibentuk. dari sudut pembangunan, mungkin slps PRU 13 akn nmpk hasil.cuma pa yg patut UAAR lihat adlh Pub yg rancak dibina. Seakan2x ada "tangan sial" dlm majlis bandaran/perbandaran cuba sabotaj kerajaan negeri.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates