February 10, 2013

0 Ribuan Rakyat Pengkalan Chepa Menyambut Gelombang Merah - Nik Aziz Tukar Bateri Jantung Selepas Ini





Ini adalah Pengkalan Chepa, Parlimen di mana yang berjawatan MB Kelantan dan dua EXCO tinggal dan bertanding. Malam tadi malam bersejarah buat penduduk di Pengkalan Chepa. Tidak pernah berlaku sebelum ini ribuan Rakyat membanjiri himpunan Gelombang Merah. Disaat PAS membuat replika patung Datuk Mustafa Mohamed dan memukul replika patung berkenaan dengan rotan di sebelah petangnya, di sebalah malam pula ribuan Rakyat Pengkalan Chepa berhimpun menyatakan sokongan pada Tok Pa dan Tok Dali serta angkatan pemimpin seluruh Pengkalan Chepa.

Walaupun CTS lahir di Kedah dan menetap di Shah Alam, Selangor, CTS mengakui gelombang Rakyat untuk menukar Kerajaan Pakatan Haram di Kelantan jauh lebih besar daripada Kedah dan Selangor. Ramai yang mengakui gelombang untuk menukar Kerajaan kali ini sangat kuat. Ini didorong oleh tokoh Bakal Menteri Besar Kelantan yang diketengahkan iaitu Tok Pa sendiri, yang mampu membawa Kelantan ke satu arah kemajuan dan kemodenan tanpa meninggalkan nilai-nilai keIslaman dan cara hidup Rakyat Kelantan selama ini. Ini kalilah!

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates