January 6, 2013

6 Timbalan Menteri Populis KPT Menekankan Tidak Perlu Bersungguh Belajar Dengan Berkata, "Bill Gates CGPA Berapa?"


Perbualan di atas berlaku di dalam ruangan media sosial Twitter dalam kira-kira tengah malam semalam. Perbualan direkodkan selepas selesai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menghadiri forum PRU13: Agenda Mahasiswa anjuran Gerakan Mahasiswa 13 di  Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi. Forum ini dianjurkan oleh Mahasiswa Pengikut Tegar Anwar Ibrahim, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Turut hadir Pengerusi Soilidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang serta bekas aktivis pelajar, Ahmad Shukri Razab.

Mungkin kerana marah apabila seorang pemilik Twitter yang bernama Khairul Rizal Osman bertanyakan keputusan yang mereka perolehi iaitu Cummulative Grade Point Average (CGPA), Datuk Saifuddin seperti mempertahankan SMM bertanya kembali, "bill gates berapa cgpa?" Adakah soalan ini wajar ditanya oleh seorang Timbalan Menteri KPT? Menurut Timbalan Menteri KPT lagi, seseorang mahasiswa wajar dibenarkan bertanding di dalam PRU13 yang akan datang disebabkan Bill Gates, seorang tokoh perisian IT yang terkenal di dunia tidak pernah mempunyai CGPA. Dan menurutnya lagi, jikalau mahasiswa tidak dibenarkan bertanding, maka Ahli Parlimen yang melanjutkan pelajaran di peringkat Masters juga harus meletakkan jawatan.

Amat malang bagi Kabinet Malaysia mempunyai Timbalan Menteri yang berpemikiran seperti ini. Buat pengetahuan Timbalan Menteri KPT, Bill Gates bukannya gagal di dalam pelajaran. Sebaliknya beliau telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengajiannya di Universiti disebabkan kecintaannya kepada apa yang dilakukannya ketika itu iaitu mencipta perisian komputer. CTS merasakan Timbalan Menteri KPT mesti mempunyai anak yang sedang belajar di IPT tempatan atau luar negara. Adakah beliau sebagai seorang bapa akan menasihatkan anak-anaknya supaya tidak perlu belajar bersungguh-sungguh kerana Bill Gatespun tiada CGPA? Dan tindakan beliau membandingkan Bill Gates untuk mempertahankan mahasiswa jalanan SMM yang kerap kali menganjurkan demonstrasi jalanan, rusuhan dan sebagainya amat tidak masuk akal. Siapa mahasewel-mahasewel SMM berbanding Bill Gates?

6 comments:

Anonymous said...

hehe...bravo saifuddin...ur the idol if the idiot...terbaiek...

Anonymous said...

Dia terasa kot cts bile tanya bab cgpa.. Sbb dia pun dulu lulus cukup makan je..

yang benar sentiasa menang said...

bagi aku x salah pun mahasiswa nak join berpolitik...lagipun golongan diorang ni lah yang boleh membela masa depan rakyat dan membawa perubahan...jangan sempitkan pemikiran korang,lihat apa yang positif... diorang ni lebih bagus dari orang2 yang seperti katak didalam gelas kaca, yang mana dia hanya mampu melihat apa yg berlaku tapi x mampu nak membuat apa2.... so, plih lah apa korang nak jadi... mahasiswa mampu merubah negara!!!

Anonymous said...

hahahaha...terkedu si dato bodo tu..

nak bandingkan dgn bill gates ye..haaa..suruh semua budak tu berenti la. pastu cari idea buat inovasi baru macam bill gates. bukannya pegi buat demo sini sana menyusahkan org awam. ada berani dato?

fyi dato, bill gates tak terlibat demo2 bikin huru hara ye.

graduan cemerlang said...

ANON 12:02AM

bukan mahasiswa sahaja yang mampu merubah negara..

bekas2 mahasiswa dan para graduan seperti kami lebih dari mampu. kami sudah mempunyai kerja profesional kami sendiri dan ada pengaruh sendiri. malah cgpa kami membuatkan para mahasiswa yang sibuk berpolitik tu melopong nanti..

sebab itu, kami menasihatkan adik2 yang masih belajar agar tumpukan perhatian pada pengajian. bukannya turut serta dalam isu2 yang tidak sepatutnya seorang mahasiswa terlibat. lagipun, yang join SMM tu majoriti yang mempunyai cgpa mengecewakan..tak rasa malu ke? dahla pengajian tidak profesional, cgpa pun cukup makan, ada hati nak jadi pemimpin yang kononnya merubah negara? ubah negara yang maju dan makmur jadi hancur kot?

zackotaraya said...

Kepada Mahasiswa.

JIKA benar anda mempunyai idea2 bagus untuk memajukan negara, majukan diri anda dahulu. Buat apa masuk ke dalam pakatan pembangkang kemudian tak belajar dan bergerak ke hulu ke hilir. CGPA teruk dan masa depan x terjamin (bukan hancur).

Apabila anda berjaya menjawat apa2 pekerjaan, sama ada kerajaan mahupun swasta, jawatan tinggi ataupun rendah, tiada masalah untuk berkawan dengan orang2 dalam kerajaan atau melobi untuk menjadi wakil rakyat.

Kemudian masuklah ke dalam kerajaan dan usulkan cadangan. Perbincangan akan berlaku dan dipertimbangkan.

Pastinya hal ini memerlukan anda untuk mempunyai attitude yg bagus. Kalau dari U perangai x betul, macam mana ?

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates