January 5, 2013

0 Terkini!! "Chah Keting" Mula Melanda UMNO Kelantan?


Hari ini UMNO Kelantan menerima "kocakan" apabila sekumpulan yang mendakwa ahli-ahli Bahagian  Pengkalan Chepa membuat demontrasi di Lapangan terbang Sultan Ismail pagi tadi. Mereka mendesak agar Ketua UMNO bahagian berkenaan merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dali Hussin meletakkan jawatan segera. Tidak diketahui apa sebabnya namun sikap chah keting yang amat terkenal di kalangan orang-orang Kelantan harus dielakkan dalam UMNO Kelantan sedang menghadapi PRU13 yang bakal tiba bila-bila masa. 

Bukankah Datuk Dali sebagai Ketua Penerangan UMNO Kelantan dilantik oleh Datuk Seri Mustapha Muhammad sendiri. Kenapa Datuk Dali yang dikatakan "winnable candidate" mendapat tentangan ahli-ahli bahagiannya sendiri? Tidak cukup di Lapangan Terbang Sultan Ismail, kumpulan ini mula berkonvoi dengan menaiki lori.


0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates