January 5, 2013

2 Promosi Penipu Rakyat Oleh Pasaraya Tesco


Ini adalah gambar promosi sebuah pasaraya terkenal yang dikirimkan kepada CTS pagi tadi. Harga promosi ikan merah ini diambil daripada pasaraya besar Tesco, Taiping, pagi tadi. Untuk makluman pembaca, kita tidak mempertikaikan harga ikan merah berkenaan per kg iaitu sebanyak RM36.98. Apa yang kita marah adalah penipuan kepergunaan yang cuba dilakukan oleh pasaraya berkenaan. Bukan masalah harga mahal. Itu semua orang sedia maklum. Tapi promosi tipu yang dilakukan. 

Letak sajalah berapa harga yang hendak dijual. Tidak perlulah meletakkan penjimatan (save) yang pengguna perolehi iaitu sebanyak RM0.01!!! Diandaikan kita hanya membeli ikan merah ini sebanyak satu kilo berharga RM36.98. Semasa membayar nanti setelah digenapkan harga pembelian (round up total price), kita kena tambah 2 sen pulah dan membayar dengan harga RM37.00. Mana penjimatannya?

2 comments:

Anonymous said...

Penjimatan 0.01 sen
ini penipu dan bangang..
byk pasaraya letakan harga yg kurangkan 0.02 atau 0.03 sen, baik dari segi pakaian atau keperluan harian.Masa bayar kat kaunter baru tahu...

Anonymous said...

Pakat ramai ramai buat aduan untuk membela nasib pengguna. Elok di adakan kaunter bebas bersebelahan TESCO agar pengguna senang membuat aduan. Biar pihak pengurusan ni panas tempat duduk sebab sesuka hati nak menipu rakyat. Jika berterusan, elok boikot saja...baru mereka tahu kuasa pengguna.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates