January 26, 2013

9 Panas! Ustad Azhar "McD" Idrus Sesuka Hati Keluar Hukum UMNO Sesat Kekal Di Dalam Api Neraka

video

Siapa Ustad PAS PIS PUS ini yang suka-suka menghukum siapa yang layak masuk syurga neraka? Sebab isu BERSIH lahanat yang disokongnya, habis ulama-ulama muda di dalam ILMU dikafirkannya. Lagak beliau seperti ulama muktabar yang dijanjikan syurga Allah. Sudah pastikah beliau sebagai ahli syurga? Syurga Nik Aziz Nik Mat tak pastilah pulak. 

Setakat menjawab soalan yang telah disediakan terlebih dahulu, membuat hukum mengikut rasional hukum akal dan logik, ditambah dengan lawak bodohnya di saban ceramahnya, siapapun boleh. Beliau memfitnah Ustaz-Ustaz muda di ILMU dibayar RM15,000 sebulan. Benarkah dakwaan beliau atau sekadar fitnah? Beliau berceramah tu percumakah? Tak kena bayarkah? Kalau percuma tidak mungkin beliau dapat hidup mewah dengan kereta mewah dan motor besar. 

Al Hafiz, penghafal Al Quran, terjemahan dan Hadith Sahih seperti Ustaz Kazim Elias sekalipun tidak pernah menghukum sebarangan. Siapa Ustaz McD ini untuk melakukan sebaliknya? Siapa gurunya? Di mana belajarnya? Dari seorang bekas pemuzik, tiba-tiba muncul dengan jubah dan janggut panjang. Tiada siapa yang bertanyakan "curriculum vitae"nya!

Cuba lihat gambar di bawah. CTS pernah meletakkannya di laman Facebook. Kelihatan di gambar ini Ustaz Ismail Kamus sedang mendengar sambil menulis nota kuliah daripada Tuan Guru Ustaz Harun Din di sebuah masjid di Taman Kosas. Inilah manusia yang tawwadhuk, ikhlas dan merendah diri. Bukan seperti Ustaz Mc D yang rasa dirinya sempurna. 


Walaupun Ustaz Ismail Kamus sendiri sudah bertaraf ustaz yang berilmu tinggi dan sering memberi kuliah, namun dia masih mengambil ilmu, manfaat dan kelebihan dari ilmu ustaz-ustaz yang lain. Beliau tidak malu mengakui dirinya masih ada kelemahan dan kekurangan. Ustaz MacD ada buat macam ini? Sudah cukup ilmu agama di dada? Setakat belum Hafiz Al Quran, belum tentu dijanjikan syurga Ustaz McD ooi.

9 comments:

Anonymous said...

Menyedihknnya, bila dia pi mana pn, mcm goreng pisang panas. Org suka lawak dia, org suka die ngata org. Kalau xde lawak, xde ngata org...mungkin x ramai kot. Pnh baru2 ni aku hadiri ceramah Sheikh Nuruddin Al-Banjari. Die juga turut menegur cara ustaz Azhar ni yg gemar sgt keluar hukum suke2 hati.

Aku setuju, Ustaz2 yg lagi tinggi ilmu dia...lagi lebih tawaduk. Ustaz2 half cook (separuh masak) ni pulak mcm ustaz azhar idrus yg selalu bawa masalah.

Anonymous said...

Ingatlah wahai Ustaz,,,,,,,,,,,,syurga dan neraka itu adalah HAK ALLAH,ustaz pun belum tentu akan dicampakkan kemana,jangan komfiden sangat yang syurga milik ALLAH itu akan diberikan kpd ustaz tanpa hisab!malah semua ulamak pun belum pasti kesana termasoklah POK NIK dan Hj Heading kelapa!beserta pengikut2nya.
Ingat KEBESARAN dan KEKUASAAN ALLAH,jangan Takkabur!Tugas kita hanya mengabdikan diri kpd nya.Ente nak hidup mewah dgn ceramah teruskannnnnn.

Zack said...

Juak2 Pakatan berfikiran macam ni :
Dah namanya datang dari PARTI ISLAM SEMALAYSIA, mestilah betul, kan? Ostazah dan ostaz segera, separuh masak boleh je keluarkan fatwa dan hukum. Ulamak Malaysia kan semua dah kena beli dengan UMNO.
--------------------------
Ustaz yang dah berzaman hidup dan bgus tiba2 jadi x valid disebabkan si Azhar iderus ni.

lagi satu,
Bila datang dari PAS semua ISLAMIK, bila datang dari UMNO semua KAFIR dan MUNAFIK.

Anonymous said...

Salam
Hairan bin ajaib, di Malaysia ini orang ramai suka dengar ceramah agama yang mana latar belakangnya tah apa apa..ramai Ustaz PhD di Universiti bagi pandangan tak nak dengar pulak..kerana tidak sama fikrah.. dituduh macam-macam oleh puak-puak ini..dah lah jahil, bodoh sombong lak tu..dunia akhir zaman.

Anonymous said...

Mung hok bodo nyer UAI weiiii...

Duk ngate orang sekuler yang PAS tu wak mende? Bodo tokleh nok ajor. Yang PAS gi bertanding pilihanraya tu pasal apa? Bukan proses pilihanraya tu proses sekuler ke? Doh kalu PAS bertanding dlm proses sekuler maknaya dia pun iktiraf ler sekuler dan PAS pun sekuler jugok? Bodo mung ni....

Mung hok baham pitihnyer..

CIKGU RAUP said...

Apa benda mengarut ni ...gelar org tak tent pasal ...sempat ke minta maaf sebelum ajal tiba .. Tn Guru Nik Aziz dan Tn Guru Hari Awang pernah Ke ngata kat awak , Yg awak marah sangat ni...... Lain kali Kalau nak kluar kenyataan ingat-ingat la sikit . Jgn ikut sedap hati je...silap-silap org tu tak Apa-apa, kita Yg pikul dosa dia...Ingat, Kalau marah pun bar la bertempat

Anonymous said...

Orang kita mmg suka cari kelalaian... tu la contohnya. tKder lawak tak minat dtg dgr ceramah. bukan tk boleh melawak tp jgn melawak sindir org..

Anonymous said...

kena hafiz Quran dulu ke baru boleh masuk syurga?? jahil agama org2 umno ni..nk bcakap pasal agama tapi lari 180 darjah, sbb tuh org yg cerdik menilai jer boleh nampak umno tuh mmg parti politik yg teruk..rakyat takkan buta lagi, lg2 org muda..yg xreti menilai tuh pasti dah buncit telan duit umno bg, dah jadi darah dgg..tuh buta hati n mata.

Anonymous said...

Assalamualikum,


Kepada anon January 28, 2013 4:38:00 PM ,

Sedapnya anda mengeluarkan kata2 menghina, anda pasti anda akan ke syurga, anda yakin tuduhan anda itu benar2 belaka , tepuk dada tanya selera bro.


Wassalam,

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates