January 15, 2013

13 Pakar Matematik Kangkung Anggar 700,000 Sertai #KL112? Al Jazeera Pun Hanya Lapor 45,000!


Terkejut membaca portal Keldaiandaily, di sini yang memetik seorang kononnya pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, hari Sabtu yang lalu. Universiti manalah Prof Dr ini belajar? Kalau taksub sangat dengan Pakatan Pembangkang sekalipun, bagilah angka yang logik sedikit.

Sedangkan media antarabangsa Al Jazeera, baca di sini, hanya melaporkan "At least 45,000 people" atau sekurang-kurangnya 45,000 orang sahaja yang hadir di Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112. Campur tolak kurang lebih kalau mengikut perkiraan tidak mungkin melebihi 50,000 orang.

Laporan antarabangsa Al Jazeera selari dengan berita yang dilaporkan oleh media-media arus perdana dan juga laporan daripada PDRM. Al Jazeera berpengalaman melaporkan berita-berita demonstrasi besar seperti di Mesir, Tunisia dan beberapa negara yang lain bersetuju dengan perangkaan angka yang dilaporkan oleh media arus perdana tempatan. 

Apalah hendak diambil berat perangkaan yang dibuat oleh Haprakdaily, Keldaiandaily dan juga Prof Kangkung di atas. Nampak gayanya selepas ini pasti ada tuduhan bahawa BN dan UMNO telah membeli Al Jazeera. Pastinya juak-juak Pakatan Pembangkang akan mengatakan Al Jazeera penipu.

13 comments:

AMIRUDDIN ALI said...

Aku dah agak dah..100k pon xsampai dlm firasat aku..sbb rakyat nak keamanan seperti yg diperjuangkan oleh pakatan bkn perhimpunan sabtu lepas..naper la benda2 cam ni pon diaorg nak kencing..

Anonymous said...

Al Jazeera ambil statement dari Ketua Polis sebab tu 45K, Prof buat secara ilmiah dan kajian dalam ilmu matematik nya, itu yg beza nya.

Anonymous said...

Kawan saya kata: "Saya lebih mempercayai anggaran yang dibuat Prof Dr Shahrir Md Zain daripada anggaran yang dibuat oleh ahli politik. Sebab, dia memiliki ijazah kedoktoran matematik tulen ( pengkhususan fizik kuantum), pemegang anugerah berprestij Fulbright Scholar, dan ahli matematik pertama yang menjadi fellow di Akademi Sains Malaysia. Maaflah ye sesiapa yang terlibat. Nak yakinkan saya ttg hal tu, p belajaq bidang topologi, kalkulus dan paling kurang teori pengoptimuman dulu."

Anonymous said...

dia mungkin pakar matematik, tapi bukan pakar statistik.

gila apa, kita cuma perlukan keluasan 2kaki persegi utk bgerak selesa. korang tahukah, ukuran 2kp tu? 2kaki x 1kaki sahja. lebar bahu aku yg kategori kurus ni dgn berat cuma 50kg ialah kira2 1.5kaki. kalau sekali langkah biasa, jarak tumit belakang dgn hujung ibu jari kaki depan kira2 2kaki. jadi utk aku bergerak spt robot(tanpa menghayunkan tangan), aku keluarsan diperlukan ialah;
1.5kaki x 2kaki=3kakipersegi. itu bergerak mcm robot. takknlah para peserta bergerak macam robot dan setiap langkah peserta akan menyentuh kaki peserta dihadapannya dan bahu mereka akan bergesel antara satu sama lain. itu 3kaki persegi. itu utk org yg tinggi kira2 169cm dgn berat cuma 50kg. inikan pula 2kaki persegi spt kata doktor itu...memang gila dan menampakkan kebodohan diri sendiri dikhalayak ramai...cuba bayangkn org yg bersaiz lebih besar?
entah berapa agaknya duit dia keluarkan utk dapatkan gelaran profesor tu?

nak tipu pun agak2la...tgok sikap pencacai di atas, hny kerana gelaran seseorng dgn mudah dia tertipu sbb tidak pandai atau malas nak gunakan akal fikirn utk berfikir dan menganalisa...

Anonymous said...

khairulryezel, enko add math dpt berapa? ke tak ambik add math, ok lah, matematik spm dpt brapa atau kalau kau student U, calculas engko dpat brapa, saja nak tahu, nak compare dgn prof kangkung atau kau yg kangkung.

Anonymous said...

memang prof kangkung pun kalau alasan dia hanya menggunakan teori jalan 7km..

tunjuklah cara pengiraan yang betul.

apatah lagi jika kepakaran diterap dgn smgt politik.. maka 1 orang dikuasaduakan.. anggaran 50k boleh jadi 700k...gila..pakar apa nih? jangan2 dia ada nampak hantu dan jin turut serta kot?

Anonymous said...

PhD DARI MANA PROF NIH? DISSERTATION / THESIS PASAL APA? PASAL STATISTIK?

Anonymous said...

itu adalah himpunan kebangkitan rakyat...jangan nak kelentong dengan sebut perhimpunan shamsidar...rasanya takde satu banner pun sebut pasal shamsidar...aljazera pun tak sebut perhimpunan shamsidar..sekarang siapa yg menipu...cuba baca yang ni pulak.

Police estimated Saturday's crowd at around 45,000, but organisers said more than 100,000 people showed up. The rally ended peacefully after more than three hours.

Anonymous said...

Hello bro...pikir secara waras la.... klu stadium boleh memuatkan 30k + yg duduk kat tangga + dlm padang + kat luar yg tak boleh masuk + yg tak dapat naik LRT, monorail... agak-agak berapa jumlahnya.... klu fanataik sgt kat BN pun jgn memperbodohkan diri sendiri macam anak yatim ye... haa haa....dia tu buat-buat bodoh tapi dah kaya....

Anonymous said...

Ermmmmm..... Mana ada ramai... Tak sampei 100 pun... (Profesor lg senang nk menipu pasal dia tau org akan percaya apa yg dia ckp disebabkan title profesor yg dia pegang tuh)

-pak lebai pun senang menipu (dia menipu kepada kite yg tak tau hadis dan baca quran, jadi kite akan anggap semua yg diperkatakan adalah betul, kerana pada sangkaan kite takkan la pak lebai nk menipu kottttt......)

-org² korporat pun sama (kite akan percaya segala penipuan mereka kerana kite akan diberi bukti dgn gaya korporat mereka, kejayaan mereka, kekayaan mereka)

-nelayan pun senang nk menipu (mereka adalah golongan yg pakar tentang kaedah penangkapan ikan, tp bila mereka tipu kite tentang kaedah menangkap ikan yg salah, kite tetap akan mempercayai mereka, kerana pada kite, mereka nie pakar tentang perihal nelayan)

P/S: jadi, kalo org tuh nk menipu, dia akan menipu juga... Sume nyer bergantung pada akal kite utk mempercayai atau tidak... Jgn cepat menerima apa yg dikatakan oleh seseorg itu begitu sahaja, gunakan akal kite, fikir dulu...

Anonymous said...

himpunan shamsidar pun depa salah kira jugak..

mkini estimate cuma sekitar 63k monyet je yg hadir. itupun kemungkinan besar masih silap kira..

dulu kemain lagi letak kononnya lebih 100k..

dan ini bukti sahih itu mamat 'pakar matematik' memang tak boleh pakai..habuk pun tarak...700k konon...pakar apebodonye tu?

hhahahaha..

Anonymous said...

prof ni pakai excel kot bila nak kira berapa ramai hadir ke perhimpunan ni. maklumlah, bila silap kira, boleh disalahkan excel, kononnya ada technical glitch seperti sebuah parti tu ehehhe

Anonymous said...

orang sendiri tak percaya... al jazeera orang luar percaya bulat2... jadilah blogger al jazeera kan senang...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates