January 28, 2013

6 Menjelang PRU-13 - Sudahkah Barisan Nasional Bersedia?



Tidak sampai 60 hari lagi, InsyaAllah Parlimen akan dibubarkan. Tidak dapat tidak, negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Haram tidak mempunyai pilihan lain kecuali turut membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. CTS ingin mengingatkan diri CTS dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain, kita hanya mempunyai sedikit masa untuk membantu Kerajaan yang kita sayangi, Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengharungi Pilihanraya yang dikatakan terhebat sejak merdeka.

Bersandarkan kepada tren keputusan pilihanraya kecil yang lepas kita yakin transformasi yang dibuat oleh BN bersama Perdana Menteri DS Najib Tun Razak telah membuahkan hasil. Pelbagai inisiatif yang dilaksaksanakan. DS Najib bekerja amat kuat semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesannya, sebanyak 5 pilihanraya kecil yang terakhir berturut-turut telah dimenangi oleh calon BN. DS Najib merupakan satu produk dan ikon terbaik untuk diketengahkan di dalam kita hendak "menjual" nama BN kepada Rakyat.

Kita lupakan PRU-12 yang menyaksikan undi protes rakyat terhadap BN kerana kita yakin sejarah PRU-11 akan berulang kembali. Majoriti masyarakat Melayu sudah kembali. Begitu juga dengan masyarakat India. Usaha perlu dipertingkatkan untuk memenangi undi masyarakat Cina. Sama-samalah kita berusaha, rapatkan barisan, jauhkan persengketaan sesama sendiri dan teruskan berjuang membantu DS Najib dan kepimpinan BN untuk mendapatkan kembali majoriti 2/3. Insya Allah, BN mampu kuburkan PR pada PRU-13 nanti!!!

6 comments:

Anonymous said...

saya sekeluarga akan mengundi BN semula. In Sya Allah.. sangat menyesal undi PR pada PRU12 lalu.

Anonymous said...

BN boleh memang dengan majoriti 2/3. Resepinya kene bersatu padu dan jangan ada unsur sabotaj antara ahli untuk menjatuhkan calon pilihanraya. MCA kene kerja lagi kuat, jangan mengharapkan kenangan masa lalu. Dulu anda kuat, sekarang anda yang paling teruk prestasinya dalam parti komponen BN. Terimalah hakikat ini dengan hati terbuka...

Anonymous said...

Ntah la...mana pemimpin UMNO...? Aku bukan sesapa, hanya mampu bagi 1 undi utk depa...Tapi sebenarnya depa gagal utk meyakinkan aku pentingkah undi aku nanti...

Banyak masalah UMNo masih berlegar tanpa penyelesaian...Kesian DS Najib... Di kala dia ke hulu ke hilir meningkatkan populariti Umno di saat dia masih terpaksa mengendong 'beban besar' (apa mungkin dia xnampak itu sbg beban) y dia sendiri gagal selesaikan, pemimpin negeri terus gali kubor sendiri...

Ya,aku menyesal undi PR pada PRU lepas...Aku dah rasa perit bila puak PR berasa bangga memijak kita bila depa menang...Atas faktor itu nekad aku tiada lagi undi utk PR...

Tapi...................pemimpin UMNO masih gagal yakinkan aku bahawa mereka adalah y terbaik

Aku Dah Goyang...

Anonymous said...

peliknya manusia. bnyk pemimpin umno di buktikan sebagai penerima rasuah dan tak ada kredibility. khir toyo, rasuah, kes scorpenw, kes lembu, kes tanah tentera, kes bagi kontrak ke company tak ada pengalaman, kes mb tak pandai cakap org putih, sebab tu bawak duit bnyk keluar australia. org bom perempuan tanpa motif...mcm mcm ada....tapi masih lagi gembira dgn pemberian br1m yg ciput. brg naik, rumah naik, expwnses naik tak kesah sangat...

Anonymous said...

kami sekeluarga mmg undi BN :)

Anonymous said...

peliknya manusia. bnyk pemimpin pr di buktikan sebagai pembuat dan tak ada kredibility. anugerah tuhan, rasuah, kes tanah kelantan, kes porshe, kes pasir, kes LGBT, kes kalimah Allah, kes bagi kontrak ke company tak ada pengalaman (ini bukan kes tender baju kat perak tu ke?), kes kaunseling 3 pagi... dan paling hebat kes video itu besi.....mcm mcm2 ada....tapi masih lagi jadi bodo macam vavi main sondol je... rumah urut naik, manifesto bukan janji.. ikuuuut je...bodo bebenor..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates