January 14, 2013

2 Kenapa Haji Hadi Tidak Jelaskan Amanat Sesatnya Di #KL112?



Himpunan Selamatkan Shamsidar #KL112 Sabtu lepas menjadi bukti bahawa Haji Hadi Awang, Presiden PAS, sama sekali tidak akan menarik kembali amanat songsang yang pernah dikeluarkan oleh beliau pada tahun 1981. Haji Hadi yang pernah meminta slot selama 1 jam di TV3 atau TV1 itu tidak mengambil peluang langsung walau seminit untuk menjelaskan tentang amanat songsang sepertimana yang beliau nyatakan sebelum ini di pentas #KL112 di Dataran Merdeka.

Jika Haji Hadi menggunakan kebijaksanaannya, pasti beliau boleh dan telah menjelaskan tentang amanat songsang tersebut kerana beliau mendapat liputan yang lebih luas daripada TV3 mahupun TV1 pada ketika itu. Berikut adalah media-media gergasi selain media-media tempatan yang juga turut hadir untuk membuat liputan pada hari kejadian:

1. Channel News Asia
2. Al-Jazeera
3. Wall Street Journal
4. Edmonton Journal
5. Oman Daily

Penjelasan Haji Hadi berkaitan amanat songsang ini bukan sahaja akan disebarkan diseluruh Malaysia malah ia juga pasti akan tersebar diseluruh dunia. Namun, di mana kebijaksanaan beliau dalam mengambil peluang itu? Apakah beliau jujur untuk memberi penjelasan atau sekadar bermain wayang? Benarkah Haji Hadi ingin menjelaskan hal amanat songsang seperti yang beliau nayatakan sebelum ini? Atau apakah ia adalah helah yang dipelajari daripada Anwar Ibrahim untuk mengalihkan isu amanat sonsangnya yang kian memakan diri di hujung usia tuanya?

Anda nilaikan sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

Tak dak akai ka? rakyat malaysia nak live tv1 tv3, bukan kena gunting dlm lipatan mcm lu.. bodoh























youtube downloader

AMIRUDDIN ALI said...

Lu bodoh anon..lu jgn samakan rakyat malaysia yg sehaluan dgn lu dgn rakyat yg xsehaluan dgn lu..ramai lg rakyat malaysia xnak siaran langsung utk hj. Hadi lu tu..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates