January 4, 2013

3 Keldaiandaily Sekali Lagi Cuba Memfitnah Ulama PAS, Dr Harun Din Mengenai Isu Baca Utusan Haram!


"Haram Baca Utusan, Tegas Dr Harun Din", itulah antara berita Keldaiandaily yang disiarkan hari ini yang menarik minat CTS. Sila rujuk di sini. Perkara ini bukan perkara baru. Keldaiandaily pernah memfitnah Dr Harun Din dengan isu yang sama pada tahun 2011. Hari ini isu ini diulang-ulang kembali. 

CTS merasakan ini adalah fitnah busuk yang dilemparkan kepada Ulama PAS yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS. Sama-sama kita tunggu penafian Dr Harun Din sekali lagi selepas ini. Tidak serik-serik Keldaiandaily menabur fitnah saban hari seolah-olah Rakyat Malaysia buta IT dan tidak mampu mencari maklumat semudah di hujung jari. Pemimpin sendiripun hendak difitnah, apatah lagi orang lain.

Bagi melihat kembali betapa busuknya fitnah Keldaiandaily terhadap Dr Harun Din, kita baca kembali apa komen beliau di Utusan Malaysia, sehari dua selepas beliau difitnah pada tahun 2011:
Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram
27/04/2011 1:56 pm
 KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.
Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.
"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.
"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan.

3 comments:

Anonymous said...

sebenarnya antara yang haram dibaca oleh manusia yang rasional ialah Haramjadah Online, Haprak online, MI , MC, MK dan blog-blog yang sekata dalam merasuk, menipu, memusing, memfitnah, mencarut, melucah dan macam-macam me.... yang mengarah kepada kefasikan!
Wallahualam.

Zharif said...

bukan diorang ikut ajaran nabi?
Zaman nabi2 dulu fitnah berleluasa.

Tapi bukan nabi2 la fitnah. Keh2.

Anonymous said...

Kita tahu apa nak buat pada PRU13 nanti kepada pemfitnah-pemfitnah ini. Kita nobatkan mereka ni ke dalam tongsampah...agar semua wakil rakyat mereka semua mula berbiaga roti canai sebab dah kehilangan punca pendapatan. Mereka ini terlalu riak, mari kita ajar mereka yg kurang ajar ini. HARAM mengundi pakatan haramjadah.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates