January 15, 2013

8 Flip Flop Flip Flop Isu Kalimah Allah Dalam Bible Melayu


Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Flip!

08 Januari 2013:


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam. Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

Sumber - Berita Harian.

Flop!!

15 Januari 2013


Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu. Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa."


Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu:

Flip!

04 Januari 2013

PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. “Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah."



Flop!!

15 Januari 2013


"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Sumber - Utusan Malaysia.

Hehehe ... anda nilaikan sendiri.



8 comments:

Anonymous said...

plip plop plip plop
macam bunyi najis depa jatoh .....

Alahai PAS.......adakah semua ini krn Islam ataupon krn undi?..hny N Ajis dan Mad Sabur*t yg tahu...

Presiden PAs pengeluar Laknat Dajal dah kesorgn atau masih ada yg nak bela?

Dex Banner said...

The scholars have different views on the legal use of the word " Allah "among the non-Muslims.

Idealis Malaysia said...

http://idealismalaysia.blogspot.com/2013/01/sokong-kalimah-allah-diguna-kristian.html

Anonymous said...

MINTA HAJI HADI MENARIK BALIK KENYATAAN BELIAU TENTANG MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH AGAMA LAIN SELAIN ISLAM.

usin said...

tahaluf siyasi cara pas sudah menjadi tahayul sia-sia.

Anonymous said...

Dex Banner & Idealis Malaysia, only in Malaysia the different views arises and its purely because of politics. As far as Christians are concerned, they believe in the Trinity (the Father, the Son Jesus and the Holy Spirit being God) and this belief was mooted by Constantine during the Roman Empire. In those days here was a Christian sect that doesn't subscribe to this belief but they are treated as deviationists and are not true Christians. 1,434 years ago Christians never accepted the teachings of Islam prophesized by Prophet Mohammed where Allah is the one and only God. Since Christian Gods have always been enshrined in the Trinity and through Jesus, and never once in the Bible was Allah used for thousands of years, why now? Why don't Malaysian Christians seek the guidance of the Pope instead of debating based on human logic? Are they taking the route of deviationism ye all Malaysian Christians?

Anonymous said...

kenapa dekat2 pilihan raya ni baru nak timbulkan isu2 nie.. sbnrnya ni adalah strategi politik nk dapat undi.. maklumlah.. isu2 agama ni kan isu yg snstf...

Anonymous said...

kenapa plak islam je blh guna kalimah 'Allah'..?? tak ada dalam peraturan pun.. tak lojik lah korang ni..

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates