January 30, 2013

0 Cerita Husam Musa Temui Minyak Di Kelantan Bermula Tahun 1992 Lagi! Mari Baca



Cerita mengenai penemuan minyak di Kelantan telah dimulakan oleh Husam Musa sejak tahun 1992 lagi. Jadi bukanlah satu perkara yang aneh apabila baru-baru ini Husam Musa telah mengumumkan bahawa minyak telah ditemui pula di dataran Kota Bharu! Kemungkinan besar di bawah rumah Menteri Besar. Tidakpun di Stesen Minyak keluarga Nik Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Tajuk Harakah "Minyak Ditemui Di Pantai Kelantan" bertarikh 28 Ogos 1992 ini adalah tulisan Husam Musa sendiri. Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan tetapi Blok PM 3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih Vietnam. Hasil daripada perundingan Kerajaan Malaysia dan Vietnam maka wujudlah persefahaman pertukaran suratcara antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area). Jadi apa "locus standi" Kelantan untuk tuntut minyak yang didapati disini? Minyak bukan sahaja ditemui di luar perairan Kelantan malah ia juga di luar Wilayah Malaysia dan berada di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia. Husam ... Husam ...

0 comments:

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates