January 21, 2013

1 Bukti Bergambar Medium Media Sosial Penting Untuk Menawan Kelantan


Selama ini sesetengah pemimpin baik dari BN atau PR memandang rendah peranan yang dimainkan oleh medium media sosial untuk menentukan kemenangan sesebuah parti di dalam PRK mahupun PRU. Kata mereka, peranan yang dimainkan oleh medium media sosial seperti bloggers, facebookers dan twitterers adalah kecil berbanding penceramah-penceramah bebas.

Nah! Sekarang bukti di depan mata. Gambar di atas menceritakan segala. Sehinggakan Kakak yang menjual barangan harian di Pasar Khadijah, Kota Baru, Kelantan, turut memiliki Galaxy Tab 7.0 untuk mengikuti isu politik harian. Gambar ini diambil semperna lawatan 1 hari Perdana Menteri ke Kelantan semalam. Lain kali jangan dok pelece no peranan bloggers dan cybertroopers yang membantu kedua-dua belah pihak.

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comments:

Anonymous said...

love the pic very much....so real. wajah terkejut wartawan dan ketawa najib membuatkan kita tersenyum!!

wann

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates