January 28, 2013

2 Benarkah Ustaz Azizan Menghalang Imigresen Dari Mengambil Tindakan Ke Atas ADUN Bakar Arang?

Ini berita panas yang CTS terima daripada rakan CTS yang bertugas di Bukit Aman. Pada 24 Januari 2012, jam 1800, di atas maklumat orang ramai satu serbuan mercun telah dibuat oleh pihak Jabatan Immigresen Malaysia, Cawangan Sungai Petani di premis YB Tan Wei Shu, ADUN Bakar Arang beralamat di 51D, Jalan Aman, Taman Aman, Sungai Petani. Bekas ADUN PGayR ini pernah mengemparkan situasi politik tanahair apabila mengumumkan untuk keluar parti dan menjadi ADUN Bebas menjelang PRK Parlimen Hulu Selangor.

Serbuan tersebut telah menemui hampir RM5 ribu nilai mercun pelbagai jenis. YB Tan diberitakan telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak dan MB Kedah berkenaan telah mengarahkan agar Jabatan Immigresen tidak mengambil tindakan kerana menganggap perkara itu sebagai kecil sahaja. Tidak dapat dipastikan kenapa MB Kedah mempertahankan ADUN Bakar Arang memandangkan YB Tan tidak lagi berada di dalam Pakatan Pembangkang.

Apakah yang ditakrifkan oleh Ustaz Azizan sebagai kes kecil? Apakah kecil disebabkan amaun jumlah rampasan atau kecil disebabkan perkara itu berlaku kepada ADUN yang pernah bernaung di bawah Pakatan Haram? Apakah Ustaz Azizan tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Kedah dengan menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas mereka. CTS menyeru agar kes ini dilaporkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Kalau bab mercun, selalunya Kastam yang berkuasa bukannya Imigresen. Tak gitu ???????


Kedahan Anti PKR

Anak Perelih said...

hhahaha kantoi.. imigresen pasai kes pasport la... kastam yang pasai rampas mercun.. btw RM5 ribu tu kecik je nilai rampasan.. setaraf geng yg jual mercun di pasar malam je...

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates