January 22, 2013

5 AJK PAS Pusat, Idris Ahmad Kata "Negeri Sarawak Sekolah Dalam Reban Ayam"!


Kenyataan di atas dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad di dalam laman sosial Facebook beliau. Kenyataan kurang ajar dan tidak bertamadun ini dipetik dan disiarkan oleh Harakahdaily yang haprak. CTS tidak tahu kalau ini bukan penghinaan, apa lagi.

Idris Ahmad menulis, Negeri Pahang merempat! Idris Ahmad menulis negeri Sarawak bersekolah di dalam reban. Begitu hinakah Rakyat Sarawak sehingga sanggup melabelkan mereka bersekolah di dalam reban? Jadi tidak hairanlah apabila Rakyat Sarawak mengajar parti PAS ini dengan menolak secara besar-besaran parti PAS PIS PUS ini di dalam Pilihanraya Negeri yang lalu.

Rakyat Sarawak juga tidak lupa, sebelum ini Presiden PAS pernah menghina kaum Iban di Sarawak. Kenapalah hina sangat cawat kaum Iban di Sarawak di kacamata Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Haji Hadi berkata orang Iban di Batang Air yang bercawat tu tak reti (sama dengan bodoh) membuang undi. 

Bukankah itu pakaian tradisi sebilangan besar suku kaum di Sabah dan Sarawak, juga masyarakat Orang Asli di Semenanjung? Kenapa begitu sekali penghinaan pemimpin-pemimpin PAS terhadap masyarakat Sarawak. CTS yakin dan pasti, Rakyat Sarawak sekali lagi akan mengajar parti PAS PIS PUS di dalam PRU13 akan datang.

5 comments:

Anonymous said...

Memang betul dalam reban ayam sehingga berpusu pusu rakyat KELANTAN cari MAKAN di Sarawak reban ayam...

Anonymous said...

Yang PAS Kelantan biar rakyat merempat tinggal dalam reban kambing tak nak citer plak?

Anonymous said...

yang berduyun-duyun datang merempat kt KL ni ... org kelantan kan ... orang pahang walaupn dekat dgn KL tak datang merempat kat KL ni... ustaz jenis apa ni ni kata-kata pun tak tau nak jaga

Anonymous said...

I'M PROUD TO BE SARAWAKIAN

Alahai kesian nye..tak pernah dtg srwk ye bang? Tak mampu ke nk bli tiket flight? Nk kami org srwu derma kan ke?? Trnyata tak prnh dtg sarawak..shame on u man!!! Hahaha..sklh kami reban ayam ke? Tp xpe..kmi trn naik sklh pakai lif! Hahaha

Anonymous said...

Kat sabah pun ,sekolah pedalaman ja pun hapir nak pakai lif,pa lg kt bandar2 bsar.mewah bro..ustaz tai kucing tu btl2 katak bawah tempurung...jangan2 dye tk prnah dtng kat sabah & sarawak..main hentam je..terima kasi BN.(BELIA SABAH)

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates