January 25, 2013

9 ADUN PAS Sanglang Akui Guna AP Khas Untuk Wakil Rakyat Untuk Beli Porsche Cayman Anaknya


Geli hati apabila membaca kenyataan naif ADUN PAS Sanglang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis apabila membuat kenyataan di Haprakdaily mengenai isu pemilikan Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya. Alhamdulillah beliau bersifat terbuka, sama ada disedari atau tidak apabila beliau mengakui bahawa beliau telah menggunakan peruntukan Permit Import (AP) yang diberikan kepadanya sebagai Wakil Rakyat untuk membeli sebuah kereta mewah Porsche Cayman untuk anaknya. AP untuk Wakil Rakyat, kenapa anaknya yang bukan Wakil Rakyat yang mengambil kesempatan? Sungguh amat beretika!

Wajarkah anaknya sebagai seorang Ahli Perniagaan menggunakan hak bapanya sebagai Wakil Rakyat yang dilantik oleh Rakyat untuk membeli kereta mewah untuk dirinya sendiri, yang bukan dilantik oleh Rakyat? Apakah boleh CTS katakan seorang Wakil Rakyat PAS telah menyalahgunakan hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan kroni dan keluarganya? CTS pertikaikan ini sebab pemimpin-pemimpin Pakatan Haram setiap hari melaungkan mengenai ketelusan dan tidak salah guna kuasa dan keistimewaan. Puak-puak ni siang malam dok bantai Kerajaan pasal AP. Apabila dapat untuk diri sendiri, rembat juga. Bagi anak pulak tu!

Kedua, betulkah harga kereta tersebut hanya berjumlah RM100,000 lebih sahaja? Diskaun cukai untuk Permit Import (AP) hanyalah RM60,000 sahaja. Rujuk kembali kenyataan Rafizi Ramli yang pernah membuat ananlisa isu AP ini. Mengikut tinjauan CTS mengenai harga "recond" Porsche Cayman bagi tahun 2007 adalah sekitar RM218-RM230 rribu manakala bagi tahun 2009 adalah sekitar harga RM280-320. Selepas campur tolak darab bahagi dan selepas ditolak diskaun AP sebanyak RM60 ribu, mana datangnya harga belian Porsche Cayman yang dibeli untuk anaknya berharga RM100 ribu? Kita mengesa Ustaz Hashim Jasin untuk menunjukkan kepada Rakyat resit pembelian.

9 comments:

Anonymous said...

NJJ,

damn.. kenapa aku tak kawin dgn anak wakil rakyat ... he3

Megat Alam Gempita said...

kalaulah orang UMNO-BN yang beli, habih riuh dok canang UMNO kaya sebab kroni dapat projek itu dan ini. Tapi kalau mereka buat, habih ditempis-tempis kununnya mereka zuhud, tak makan rasuah, bukan kroni sesiapa dan tak der bisnis. Habis tu segala kekayaan mereka dari mana...duit balak atau duit sedekah karung atau duit DAP?

Anonymous said...

macam kelepet je..

aritu rafizi ckp tony pua beli nissan juke rm100k..

ni porshe cayman pun dpt 100k jugak..

gua ingat lepas ni mgkn ader yg beli veyron dgn harga 100k jgk.. haha..

aldan.

Anonymous said...

Bukan senang nak jadi wakil rakyat weii....setiap langkah diawasi.

Anonymous said...

Nasib baik dia tak jadi exco, MB , menteri kabinet @ pun PM.......HANCUSsss .
Berat nanang ni.
Org kelate kato: bo bo la betandingnya, wat mmunoh rakyat jah

Yg benar
Rashidi

Anonymous said...

Orang-orang pas buat apa pun boleh sebab mereka yang menentukan syurga dan neraka,kan poknik pernah kata pangkah pas masuk syurga...jadi buat la apa pun,nak beli porche ka,apa ka...potche cayyene kut bukan cayman..

Anonymous said...

Nanti depa kata jangan kufur nikmat Allah...

Anonymous said...

Kapada penyokong2 tegar PAShit...
Apa hebat nya kapada pemimpin2 PAShit
yang di katakan sangat alim dan islamic. Dasar nya...mereka juga macam kita....manusia biasa ...yang mempunyai nafsu...so my advice..DO NOT ADMIRE THEM TOO HIGH!!!

Anonymous said...

zalimnya kerajaan sampai anak dia boleh beli porsche guna AP..

KO PAS..KO PAS...PAS K.O !!!

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates