December 29, 2012

14 Kenapa Pula Haji Hadi Perlukan Media Perdana Untuk Jawab Isu "Amanat Hadi"?


Presiden PAS dalam satu kenyataannya hari ini telah meminta 1 jam siaran di stesen TV kerajaan dan TV3 untuk beliau menjelaskan mengenai Amanat Sesat beliau yang dikeluarkan pada tahun 1981. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKKM) Datuk Seri Dr Rais Yatim, di dalam blognya di sini berkata Kementerian beliau tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian. Namun Haji Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu. Bagi CTS KPKKM tidak perlu melayan kehendak Presiden PAS berkenaan berdasarkan alasan-alasan berikut:

1) Sudahkah kita lupa di dalam kes pelaku di dalam video seks yang melibatkan seorang China Doll dan seseorang mirip Anwar Ibrahim, beliau tidak dapat menerima bukti lelaki di dalam video seks berkenaan mungkin Anwar Ibrahim. Ini berdasarkan fatwa beliau bahawa perakam video hanyalah besi, dan tak boleh dijadikan saksi! Kenapa tiba-tiba beliau memerlukan "besi-besi" ini untuk mempertahankan diri.

2) Beliau sudah tidak percayakah dengan akhbar Harakah, portal Harakahdaily, bloggers PAS dan TV PAS untuk mempertahankan beliau? Apakah Haji Hadi telah muak dengan media-media pembangkang yang semakin ditolak Rakyat?

3) Masa fatwa ini dibuat pada tahun 1981, hingga merobohkan sistem kemanusian di banyak tempat di Malaysia, tidak perlupun beliau bergantung kepada Media Massa. Kenapa baru sekarang? Bukankah pemimpin-pemimpin PAS selalu mendabik dada mengatakan bahawa Media Perdana sudah tidak laku dan media pembangkang adalah sumber maklumat tepat bagi Rakyat?

4) Bukankah sebelum ini baik dari Haji Hadi sendiri maupun Nik Aziz Nik Mat telah menyeru pengikut-pengikut PAS supaya memboikot Media Perdana Kerajaan termasuk juga Media Prima seperti TV3, kononnya penyebar fitnah kepada PAS. Kenapa Tuan Presiden menjilat kembali arahannya? Kenapa media-media fitnah ini yang dipilih?

Pelik bin ajaib!

December 28, 2012

14 Video Demonstrasi PAS Ke Atas Joseph Lim Guan Eng Mengenai Isu Nama Allah Di Dalam Bible Di Komtar

PAS hampir mencipta "hat-trick" apabila mengadakan demonstrasi dan perhimpunan di dua tempat yang berlainan pada waktu yang hampir sama hari ini. Perhimpunan pertama, seperti yang kita ketahui berlangsung  di Wisma FELDA, Jalan Semarak, apabila Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat, turun berdemo  menuntut Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad letak jawatan dan protes harga saham Felda Global Ventures Berhad yang jatuh.

Manakala protes dan demonstrasi kedua hari ini ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang apabila sekumpulan ahli-ahli PAS berkumpul di bawah bangunan berkenaan mengutuk tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, di atas keceluparan beliau mendesak agar nama Allah dimasukkan di dalam Bible berbahasa Melayu, di dalam ucapan Hari Natal beliau yang lepas. Pemuda PAS Pulau Pinang telah berarak selepas sembahyang Jumaat daripada Masjid Simpang Enam terus ke bangunan Komtar.

Walaubagaimanapun, PAS Pulau Pinang di dalam Haprakdaily, menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini. Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Saleh Man berkata pihaknya tidak ada kena-mengena dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut. Ketika ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Nampak gayanya Presiden PAS, Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum PGayR pasti pening dengan tindakan demonstrasi kedua yang tidak dijangka akan berlaku di dalam gabungan ahli Pakatan itu sendiri. Saksikan video di bawah yang CTS ambil dari laman sosial Facebook "Persatuan Mukabuku Pulau Pinang".

video

11 Adakah Budaya Mengusung Patung Isa Samad Budaya Baru Kumpulan Oren aka PAS?

Sebentar tadi, telah berakhir perhimpunan, perarakan haram dan penyerahan memorandum daripada Kumpulan Oren yang dikepalai oleh Mazlan Aliman, kepada Ibu Pejabat FELDA, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Perhimpunan dimulai di Masjid UTM dan berarak ke Wisma FELDA selepas sembahyang Jumaat. Walaupun dengan "Surat Kerahan" yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS, Stopa Ali, kehadiran cuma 2,000 orang (kalau ikut laporan Haprakdaily lah). Kalau ikut pemerhatian biasa, tidak lebih dari 1,000 yang hadir termasuk anggota FRU dan pemberita.

Okaylah, memorandum sudah diserahkan. Puas hati? Cumanya di sini CTS ingin bertanya, adakah budaya mengusung patung yang mempunyai muka seiras Pengerusi FELDA, TS Isa Samad, merupakan satu budaya baru Kumpulan Oren aka ANAK aka PAS? Tindakan mereka memukul-mukul patung berkenaan adalah amat kebudak-budakan. Apakah budaya baru ini dapat diterima oleh sebahagian besar Rakyat Malaysia? Apa perasaan juak-juak PAS apabila patung Haji Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat diusung dan dipukul-pukul. Suka? Marah?



1 Parti Buih Hard Rock Hotel, Penang Kembali 31 Disember 2012 Semperna Malam Tahun Baru


Tergerak CTS untuk membuat posting ini apabila menerima e-mail daripada pihak penaja menjemput CTS untuk sama-sama meraikan kemeriahan tahun baru di Pulau Pinang. Lebih tepat lagi bertempat di Hard Rock Hotel, Penang. Semakan lanjut yang CTS buat di laman web Hard Rock Hotel, Penang, di sini, parti berkenaan akan diadakan pada 31/12/2012 bermula jam 7.30 malam sehingga 1.00 pagi atas tema "NYE Pool Party". 

Ini lanjutan daripada sambutan hebat yang diberikan ke atas parti yang sama atas tema "Summer Spin Cycle Music Foam Party" tahun lepas. Patutlah juak-juak PAS amat sayang sangat dengan Joseph Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang mereka gelarkan sebagai "Khalifah". Cuba lihat gambar-gambar parti berkenaan tahun lepas seperti di bawah, yang "khalifah" PAS benarkan penganjurannya di negeri yang ditadbir oleh beliau. Buat juak-juak PAS, jangan malu dan segan untuk datang ke Hard Rock Hotel pada hujung tahun ini ye!





December 27, 2012

25 Terkini Di Dataran Merdeka! Ribuan Anak Cina DAP Anti Lynas Mogok Lapar 100 Hari

Sebelum ini dikhabarkan ribuan penyokong anti Lynas akan berkumpul di Dataran Merdeka bermula malam ini untuk mogok lapar selama 100 hari. Tak tahulah pulak CTS kalau salah kiraan. Rasanya dari gambar di atas, tidak sampai seribu kot?

Pelik juga anak-anak Cina DAP ini sehingga sanggup mogok lapar kerana bencikan pembukaan kilang Lynas yang majoriti pekerjanya adalah Melayu Islam. Kenapa sakit hati sangat? CTS sebenarnya tidak faham apa definasi mogok lapar sebenarnya. Tidak makan? Tidak minum?

Kalau melihat dari gambar di atas ada air mineral. Tak tahulah lepas tengah malam nanti mereka belasah ayam KFC yang dibuka 24 jam. Hindraf dulupun mogok lapar juga, tapi boleh minum susu. Mogok lapar apanya. Kalau betul-betul mahu mogok lapar, jangan makan dan minum selama 100 hari. Baru anak jantan!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 Gambar Nik Aziz Semasa Lawatan Banjir Yang Juak Pakatan Kata Zuhud!

CTS tak naklah komen lebih-lebih apabila Menteri Besar Kelantan naik sampan dikatakan zuhud. Itu hak masing-masinglah. Kalau zuhud Tok Guru pasti akan datang melawat mangsa banjir dengan kereta biasa dan bukannya kereta pacuan 4 roda mewah. Tak gitu?

Cumanya CTS hairan dengan gambar di atas. Perhatikan kedua-dua gambar di atas yang berlaku pada hari yang sama. Apabila mengharung air sungai yang dalam tidak pula Nik Aziz memakai jaket keselamatan. Apabila mengharung air cetek separas buku lali di daratan, fuhh! Siap berjeket dan berikat tu. Mungkin CTS tidak arif dengan ilmu-ilmu pelik orang-orang PAS kot. Ke guano?

Published with Blogger-droid v2.0.9

35 YB @Rodziah_Ismail ADUN Batu 3 Tanya "Ada Ka Smartphone Harga RM500?" Ini Dia YB!



Kesian CTS membaca beberapa "posting" yang dibuat oleh ADUN PKR Batu 3, YB Rodziah Ismail sebentar tadi. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah satu, untuk memperlekehkan bantuan Kerajaan yang memberi rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar berharga kurang dari RM500, seperti yang dibentangkan di dalam Bajet 2013 tempoh hari. Secara sinis YB Rodziah mempersoalkan ada ke "smartphone" berharga RM500? 

Biar CTS jawab soalan YB DUN tempat CTS tinggal. Kalau YB mencari "smartphone" yang mahal dan canggih sesuai dengan kedudukan YB sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor seperti Samsung Galaxy Note II, Blackberry Storm, Iphone 4 atau Iphone 5 memanglah tak dapat dengan harga RM500. Tujuan Kerajaan memberi rebet RM200 untuk "smartphone" bernilai RM500, adalah untuk membantu golongan pelajar dan belia yang tidak mampu membeli "smartphone" yang mahal-mahal. Kalau sudah mampu beli "smartphone" yang mahal seperti YB Rodziah, buat apa Kerajaan bagi rebat lagi. Ye tak. Oh ya! Bagi menjawab soalan YB Rodziah, ada atau tidak, ini jawabnya. Di bawah adalah beberapa contoh "smartphone" berharga bawah RM500! 

YB juga ada bertanya, kalau ada "smartphone", tak ada "line" macam mana nak guna? Eh! YB ni, semua Kerajaan hendak suapkan ke? Sedangkan Kerajaan Penang bagi wi-fi pun macam nak dan tak nak saja. Laju macam kura-kura. Nak buka "Google" pun seksa. YB memang tak pernah susah kot? Apa susah hendak dapat "line" internet. Banyak tempat makan dan pasaraya sekarang yang sudah ada kemudahan wi-fi. Kedai mamak pun ada YB! YB Rodziah kena kembangkan minda sedikit. Baru jadi YB yang disegani. Boleh?

1. Sony Ericsson Xperia X10 Mini - RM470

2. Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro - RM499

3. CSL Mi300 - RM499

4. Sony Ericsson Xperia X8 - RM499


5. Samsung Galaxy 5 - RM499


December 26, 2012

6 Komentar Pilihan CTS - Benarkah Ini Berlaku Di Rantau, DUN MB Negeri Sembilan? cc. DS @NajibRazak @Khairykj

Sidang pembaca yang budiman,

Tujuan saya memaparkan rentetan peristiwa dan mendedahkan perkembangan politik di tanah kelahiran saya RantauNegeri Sembilan atas sebab kasihnya saya kepada UMNO jua BN. Saya tidak ada agenda terselindung walau sekulumit kepentingan peribadi. Saya cuma amat bimbang kepada masa depan anak bangsa sekiranya UMNO jua BN tersungkur di Negeri Sembilan khususnya.

Saya adalah pesara kerajaan dan sejak 15 tahun terakhir ini saya memang tinggal di Rantau, Negeri Sembilan. Hari-hari saya mengikuti perkembangan politik di Rantau dan saya berpengetahuan luas dalam hal ehwal UMNO dan PKR di Rantau. Pendedahan secara ikhlas ini supaya dapat dijadikan panduan oleh Kepimpinan UMNO dan BN dalam menentukan iklim politik di Rantau.

MB sepanjang menjadi Wakil Rakyat Rantau adalah pemimpin terbaik yang lahir dari Rantau. Tidak pernah dalam sejarah Rantau ada Wakil Rakyat seperti MB. Tapi sayang seribu kali sayang MB dikelilingi oleh orang-orang yang buta politik. Diandaikan bahawa MB mempunyai penasihat seperti golongan penasihat yang mula-mula dulu ketika MB baru hendak menentang Ketua Bahagian Rasah yang lama dulu maka sudah tentu MB akan jadi pemimpin terhebat.

Golongan 7 atau 8 orang ini adalah penasihat yang terbaik. Nama-nama seperti Idrus, Mat Sah, Hj Hadi Othman, Hj Amin danbeberapa orang yang saya sudah lupa. Mereka inilah yang mengatur dan menjadi "mastermind" sehingga MB berada di puncak. Kesilapan MB apabila mereka yg hebat-hebat ini disingkirkan seorang demi seorang akhirnya Azman menjadi penasihat MB. Ada antara mereka memasuki pembangkang bukan kerana bencikan UMNO tetapi sebab benci pada MB terutama pada Azman.

Penyokong MB semakin kurang tetapi orang-orang yang hendak menjadi kaya pula mengelilingi MB. Penyokong jati UMNO semakin dipinggirkan. Azman Hji Hassan bukan penyokong jati UMNO. Dia pernah menaja Calon Bebas semasa zaman Datuk Muthu. Dia juga adalah kepala Semangat 46 di Rantau. Tetapi apabila dia mempunyai kepentingan kononnya dialah pejuang UMNO sejati. Akhirnya balak dia sapu segala projek buat jalan dalam Negeri Sembilan dia sapu.

Terbaharu syarikat Azman dapat projek buat jalan "highway" di Sendayan. Begitu juga dengan adik MB yang bernama Ghani Hassan. Semua projek Majlis daerah, JKR, banyak lagi jabatan kerajaan mesti dengan restu dia. Cerita ini datangnya dari pegawai-pegawai jabatan kerajaan. Anak buah saya Pegawai di Pejabat Daerah PD dia bercerita pasal kisah Ghani di Rantau. Semua orang kerajaan tahu akanperihal Ghani. Orang kuat Ghani Rosli Nordin cucu kepada Arwah Limah Kg Rantau banyak dapat projek.

Rupa-rupanya mereka ini bersaudara sebab Arwah Limah berasal sekampung dengan Arwah Emak MB di Rembau. MB hanya akan tolong adik beradik dan saudara mara dia sahaja. Hairan mengapa JKR tutup mata. Rosli buat masjid Rantau di Bandar Ekar tak siap dapat lagi projek buat Sek Men Rantau dengan di Gemas. Dengar khabarnya dapat lagi projek buat jembatan di Kg Linsom. Apa dah jadi dengan JKR mengapa kontraktor yang gagal terus menerus dapat projek? Sebabnya senang ada Ghani dan Kamal ada di belakang Rosli dan mereka berdua ini adik MB dan Rosli saudara MB. Itu sebab JKR dan SPRM tutup mata.

MB hanya akan tolong adik beradik dia and saudara mara dia sahaja. Orang UMNO main jauh-jauh. Hairan mengapa MB asyik tolong orang PAS dan PKR sahaja? Rosli dulu adalah orang PKR masa Ghani bertanding dia "polling agent" PKR di Sek Rendah Cina saya tahu sebab saya mengundi disitu. Pemuda Pas dan PKR Kg Sogo banyak dapat projek. Sahak, Jurid, Norman, Cumat, Mat Rani dan ramai lagi semua dapat projek. Sampaikan Ketua kampong Kuala Sawah si Talib pun dulu PKR. Hairan mengapa MB baik sangat dengan orang pembangkang sampaikan abangnya pun orang kuat Semangat 46 dapat jadi Setiausaha UMNO negeri Sembilan.

Jawapnya mudah sebab MB hatinya hati pembangkang sebab itu berkawan baik dengan Ibrahim Yusop Naib Pengerusi PKR negeri Sembilan. Kalau tak percaya tanya pada Norman sebab dia sendiri yang bercerita di Restoran 24 jam simpang Kancong. Budak PKR Kg Sogo Ibrahim yang bawa jumpa MB. Budak2PKR pun angguk kepala dan cerita ini satu Rantau dah tahu. Hafiz Penolong Ketua PKR rantau pun pernah kata benda yang sama. Apa nak jadi ni??

Patutlah Budak2 UMNO semuanya melopong, ternganga. Fikirkanlah MB kita berjiwa pembangkang! Ini masalah yang paling kita takut di Rantau. Banyak lagi kalau nak cerita tapi inilah sebab utama orang Rantau marah dengan UMNO. Bukan marah dengan UMNO tapi marah dengan MB. Sebab pembawaanya tak betul lebih menolong orang-orang pembangkang dari tolong orang UMNO. Kalau tak percaya orang-orang HQ UMNO boleh turun Rantau siasat tanya dengan penduduk Rantau.

Saya paling takut kalauTok Mat kekal bertanding bukan saja Rantau kalah tapi takut NS bungkus. Tolonglah kalau betul-betul nak monang. Ini bukan masalah kecil tapi besar. Padahal PKR di rantau bukanlah kuat sangat. Dia orang pun berpuak-puak. Apa saya nampak ada 3 puak PKR di Rantau. Satu yang kuat sikit Puak Aishah Lamsah isteri Cikgu Duan orang Kg Linsum. Sebabnya puak ini sudah lama di Rantau. Dari tahun 1999 lagi dan pengikutnya ada di setiap kampung. Puak ini yang selalu buat ceramah dan masuk kampung keluar kampung.

Aishah ini dulu pada tahun 2008 calon PKR yang lawan MB. Di Saga penyokong dia ramai India sebab itu pada tahun 2008 kalau saya tak silap dia menang saluran situ. Orang cina rantau ramai yang sokong dia sebab Aishah pandai dan rajin jumpa orang cina. Tapi yang paling kita takut orang-orang yang marah dengan Tok Mat saya lihat selalu ada di rumah Aishah. Ini api dalam sekam. Budak-budak Aisah selalu bercampor dengan budak-budak UMNO. Orang kuat dia Jimi,Hafiz, Azmi Adik ArwahAjoi, Ali Ulu lalang, Malek Kancong, Arshad selalu bercampur dengan pemuda UMNO. Ini tak boleh dibiarkan kerana kita takut budak-budak UMNO terpengaruh.

Saya pernah nampak Jimi dan Azmi minum bersama Ketua pemuda Umno Ulu lalang, Kg Linsom dan Kg Seliaudan Sogo. Mereka ini selalu meresap dalam geng-geng UMNO. Kita perlu hati-hati dengan ejen PKR ni. Setahunya saya puak ini yang bawa Anuar Ibrahim ke Ribu hampir 5,000 orang pada malam itu. Puak inilah yg bahaya sikit. Puak ini sudah meresap ke Sendayan, Angsamas, Ulu Lalang, Linsum, Kanchong, Seliau dan Solok. Terus terang kalau Tok Mat lawan Aishah kali ini peluang 50 -50 sebab orang-orang yang marahkan Tok Mat ramai bersama mereka. 

Pegawai kanan kerajaan asal Rantau juga bersama mereka. Jangan pandang enteng pada mereka. Saya dapat tahu puak ini mendapat duit dari kerajaan negeri Selangor. Tapi kalau bukan Tok Mat bertanding sudah tentu sekali orang UMNO yang marah dengan Tok Mat akan kembali ke pangkal jalan. Ingat saudara mara mereka hampir suku di Rantau ini! Saudara mara sedikit sebanyak sokong mereka. Kalau Tok Mat bertanding juga maka puak ini akan bertepuk tangan. Sehingga Jimi boleh menyusup masuk mesyuarat UMNO dan berkawan baik dengan budak-budak UMNO.

Satu lagi puak iaitu puak Kewin Karoo kalau dia bertanding tidak ada masalah. Orang India pun ramai yang tak suka pada Karoo. Sebab dia orang baru dalam PKR dan Karoo bukannya anak jati Rantau. Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor dia masih dengan MIC. Orang PKR sendiri yang kata Nampak Karoo pakai jaket MIC di Hulu Selangor. Kalau Karoo bertanding di Rantau memang kerja mudah sebab orang PKR sendiri tak akan sokong dia sebab dia orang baru masuk PKR. Lagipun hati mereka masih terbakar tengok Karoo pakai baju MIC di Hulu Selangor. Kelebihan Karoo Cuma dia ada pejabat di Rantau tapi setiap kali dia buat ceramah di Rantau jumlah penyokong dia yang datang tak lebih dari 200 orang sahaja.

Bukan sekali tapi dah berpuluh kali. Cina DAP pun tidak percaya pada Karoo sebab dia baru sahaja masuk PKR lagi pun orang Cina tahu akan latar belakang Karoo. Dia ni memang gila nak jadi calon dan paling senang dibeli oleh BN, ini kata orang cina DAP kalau tak percaya cuba turun selidik tanya cina Rantau. Lagi satu puak yang beriya-iya di rantau adalah puak Cikgu Bard. Dengar cerita dia dah lari sebab nak ke Pulau Pinang cari tempat selamat. Tinggallah Yusof Tapar sebagai Penolong Ketua Cabang Rembau.Yusof Tapar ini bawak Khairulnizam atau Ayah Paduka Bell untuk jadi calon Rantau PKR. 

Kalau dia ni jadi calon lagi mudah kerja kita sebab dia ni bukan orang Rantau dan orang Rantau kurang kenal dia. Lagipun siapa nak sokong gengstar macam ini jadi wakil rakyat? Lagi senang kerja UMNO sebab pada tahun 1999 Yusof Tapar ini masa itu Ketua Cabang PKR Tampin disebabkan tak dapat jadi calon dia masuk UMNO dan bubarkan PKR Tampin.

Bukti adadan saya baru dapat keratan Berita Harian dari anak saya yang Yusof Tapar masuk UMNO. Masa itu dia masuk UMNO dengan Kapten Rusli dan dia masuk dengan Yusof Tapar melalui Tan Sri Isa, MB masa itu. Bila UMNO tak layan Yusof Tapar itu yang dia masuk PKR semula, ini kaki lompat dan orang yang tak boleh dipercayai. Sebab itu puak ini langsung tak ada penyokong di Rantau. Orang PKR DAP dan PAS langsung tak percaya dengan Yusof Tapar. Dia orang anggap Yusof Tapar sebagai sampah dalam PKR. Cuma kelebihan dia ada duit sikit sebab dia kontraktor dengan TNB. Sebab itu dia banyak buat kain rentang masa raya baru-baru ini.

Dengar cerita dia banyak dapat kontrak TNB hasil di tolong oleh Datok Azman Hassan abang kepadaMB. Ini yang kita hairan sebab apa?? Harap-harap ada Pemimpin UMNO yang ambil berat tulisan saya ini. Tolong buat kajian sebelum terlambat. Rantau adalah kawasan selamat kalau kena caranya. Jangan disebabkan Mat Hssan kita hilang NS, pada hal PKR tidak kuat di Rantau. Tolonglah selamatkan Rantau. Tolong buat perjumpaan dengan orang Rantau dan orang NS sebelum nasi jadi bubur, tolonglah.


Terima kasih dari saya,
Pesara Polis Rantau.

CTS kata: UMNO kena menyelidik dengan lebih lanjut mengenai kebenaran perkara di atas yang diutarakan oleh Pesara Polis Rantau. Kita semua sayangkan parti. Pemimpin datang dan pergi bersilih ganti. Sama ada beliau Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat biasa waima Perdana Menteri sekalipun, sekiranya beliau mengkhianati perjuangan parti dan menjadi liabiliti, beliau wajar digugurkan daripada menjadi calon di dalam PRU13.

4 Takkan Sampai Keluar Surat Kerahan Ke Himpunan Oren Mustapha Ali? Takut Tak Dak Orang Ka?


Lucu bebenor membaca Surat Kerahan daripada Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali yang mewajibkan kesemua ahli PAS untuk hadir ke Himpunan Oren di Jalan Semarak, Jumaat ini. Mungkin untuk mengelakkan malu seperti mana kehadiran yang hambar di Himpunan Oren yang lepas-lepas, kali ini Surat Kerahan terpaksa dikeluarkan. 

Hairan juga CTS, dulu semasa peneroka-peneroka FELDA susah, tak ada pula PAS keluarkan Surat Kerahan sebegini kan? PAS sepatutnya membuktikan kehebatan pentadbiran mereka dengan pengurusan berhemah Ladang Rakyat mereka di Kelantan tu. Kehebatan UMNO sudahpun terbukti dengan kejayaan  dan kewujudan FELDA. Setakat pandai mengkritik dan buat demonstrasi, siapapun boleh.

Bagi ahli-ahli PAS yang berada jauh, cepat-cepat booking tiket kapal terbang, bas, teksi dan sebagainya. Manalah tahu, Mursyidul Am PAS esok lusa kata tidak masuk syurga siapa yang tidak hadir ke Himpunan Oren di atas, masa itu baru menyesal tak sudah! Tak mencium syurga kome.

14 Beza MB Kelantan & MB Terangganu Membantu Rakyat Di Kala Banjir


Ini adalah gambar Menteri Besar Kelantan. Gambar dirakamkan ketika beliau bersama-sama Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Adun Meranti sedang membahagikan bantuan kepada mangsa banjir di Sek Keb Kedai Tanjung, Meranti. Banjir di daerah berkenaan sudahpun surut. Adalah dalam paras buku lali. Namun, demi keselamatan Tok Guru yang sudahpun uzur, jaket keselamatan diperlukan. Manalah tahu kot kot tersembam di dalam lubang air.


Ini pula gambar Menteri Besar Terangganu, segak bergaya bersama Tuanku Sultan meredah banjir melawat mangsa-mangsa banjir di Terangganu. Tiada jaket keselamatan diperlukan kerana CTS difahamkan Tuanku Sultan dan Menteri Besar Terangganu sememangnya pandai berenang.

CTS cadangkan Rakyat di negeri Selangor, Kelantan, Terangganu dan Pahang supaya menyiarkan gambar-gambar YB-YB mereka yang bertungkus lumus membantu Rakyat di laman-laman sosial. Mana-mana YB yang tidak nampak muka semasa banjir, kita cantas masa PRU13. Baik calon BN maupun calon PR. Kalau banjir sudah surut baru nak tayang muka, baik tak payahlah. Tengok Tuanku Sultan Terengganu, meredah banjir, bermandi hujan masuk kawasan pemindahan lawat rakyat. Ini baru pemimpin.

7 SUA Menteri Besar Kelantan Menunjukkan Kebodohan Dengan Mengeluarkan Dokumen Tanah Pajakan Upayapadu



CTS tertarik dengan kenyataan di dalam Sidang Akhbar Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar (SUA) Menteri Besar Ahmad Fadhli Shaari pada 21/12/2012, berhubung pajakan tanah seluas 10,526 ekar yang diambilalih oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd (UPSB). Petikan kenyataan SUA MB boleh dibaca di Harakahdaily.

Kita tidak pasti apakah sebab musabab SUA Menteri Besar menjawab isu pemilikan tanah seluas 10,526 yang sudah menjadi milik UPSB dengan mendedahkan “Surat Sokongan” daripada Dato Dr Awang Adek kepada Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia. Adakah ianya dengan harapan dapat mengalihkan isu sebenar bahawa hanya mereka iaitu Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya memajakkan tanah tersebut kepada UPSB? Apakah Kerajaan Negeri Kelantan ingin membuktikan bahawa Dr Awang Adek terlibat di dalam proses pemajakan tanah tersebut?

Di sini terlihat kebodohan yang tahap kebebalan puak PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menjawab isu pemajakan tanah berkenaan. Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pajakan untuk Tanam Sawit dan Getah (Komoditi Perladangan) pada 25 Ogos 2005. UPSB telah membawa proposal / kertas cadangan tawaran Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada Kementerian Perusahaan Perladangan sebagai pelengkap kepada proposal / cadangan untuk memajukan Kelantan dalam bidang perladangan. Ini disebabkan komoditi Sawit dan Getah adalah dibawah kawalan selia oleh Kementerian berkenaan.

Surat berkenaan yang tertera di atas hanya menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan dan bukannya satu surat kelulusan, dan seharusnya disokong bila tanah tersebut sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui YIK. Surat Sokongan tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan 12 Oktober 2005, dan seharusnya bagi Dato Dr Awang Adek dengan sifatnya yang tidak pernah menghalang jika untuk kemajuan Kelantan, ditambah dengan ianya sudah lama diluluskan oleh YIK iaitu semenjak tahun 2000, maka tidak ada satu sebab sokongan tidak dapat diberikan kepada UPSB pada 2006.

Di sini terlihat jelas kebodohan seorang SUA MB yang secara tidak langsung telah menolong menjawab bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menghalang apa-apa perkara dalam memajukan Kelantan malah menyokong apa sahaja projek  jika telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Bukanlah peranan Dato Dr Awang Adek untuk meluluskan permohonan tanah tersebut. Sekali lagi SUA MB tidak menjawab kenapa tanah pajakan berkenaan diberikan kepada UPSB dan bertukar tangan kepada dua EXCO Perak, Nga dan Ngeh. Apakah SUA Menteri Besar Kelantan sekadar berusaha untuk memberikan alasan bagi menutup pemberian tanah kepada syarikat bukan Bumiputera sedangkan masih ramai Rakyat Kelantan yang tidak memiliki tanah?

December 25, 2012

3 Panas!!! Bukti Video Bagaimana Pacuan 4 Roda Jelajah Oren Cuba Merempuh Masyarakat FELDA


Haprakdaily dan Malaysiakini cuba memperbesarkan isu bagaimana sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda” pecah cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam satu kejadian di Negeri Sembilan. Namun, portal online yang sama gagal untuk menyiarkan berita mengenai kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang cuba merempuh masyarakat FELDA, yang menghalang peserta Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan FELDA untuk menabur fitnah dan racun bibit-bibit pepecahan di kalangan masyakat FELDA. Lihat video di bawah yang membawa kepada kemarahan masyarakat FELDA:

video

3 Ketika Kuantan, Rompin & Pekan Dilanda Banjir, Tuan Ibrahim Tuan Man Sibuk Dengan Memorandum Tiada Air


Bukan CTS hendak mengatakan tidak boleh PAS Pahang mengekspoitasikan isu ketiadaan air di beberapa tempat, kononnya, di negeri Pahang. Boleh. Tapi tunggulah masa dan waktu yang sesuai. Bukan pada waktu sekarang ketika negeri Pahang dilanda banjir kilat. Setakat jam 6.00 petang tadi, jumlah mangsa banjir di Pahang bertambah apabila 1,940 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Agak janggal dan tidak sesuai dengan keadaan apabila PAS mempergunakan beberapa penduduk-penduduk Pahang di Kampung Awah, Temerloh, Pahang di dalam isu kekurangan air pada waktu ini. Hari ini, beberapa penduduk Pekan Awah telah menyerahkan memorandum mendesak kerajaan negeri menyelesaikan masalah air yang berlanjutan lebih 10 tahun dan menyukarkan peniaga. Bukankah lebih baik Tuan Ibrahim Tuan Man dan seluruh ahli-ahli PAS Pahang mengembeleng tenaga untuk membantu mangsa-mangsa banjir? Bukankah penyerahan memorandum ini boleh dilakukan apabila masalah banjir berkurangan?

Kalau banjir sudah reda esok-esok, hendak buat petisyen dan demonstrasi 7 hari 7 malam pun buatlah. Tiada siapa yang melarang! Lagi satu, jangan hanya kuman di seberang lautan nampak jelas di mata, sedangkan gajah di depan mata buat tak tahu. Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya PAS Pahang kena turut bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS-PAS negeri negeri lain seperti di Selangor, Kedah dan Kelantan yang turut mengalami isu air yang sangat ketara. Jangan main pilih kasih pulak ye.

December 23, 2012

13 Datuk Fauzi Keluar PAS Kerana Dipaksa Berbaiah, Hukum Cerai Yang Dibuat Main Dalam PAS



Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS dahulunya telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping kepada Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty. Namun sekarang, kita dikejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. 
“Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS”
CTS mengharapkan Datuk Fauzi tidak akan menyertai UMNO kalau beliau keluar dari parti PAS pada masa terdekat. Ini kerana dikhuatiri pasti ada suara-suara sumbang bahawa UMNO membeli Datuk Fauzi. Namun itu bukan isunya di sini. Persoalannya, apakah bai'ah benar-benar wujud di dalam PAS seperti didakwa Datuk Fauzi? Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pernah menafikan dengan berkata, "Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya pemimpin." (Rujukan di sini). 

Namun Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang tidak pula menafikannya. Beliau pernah dipetik berkata, "Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya. Sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat maka akan celaka dunia dan akhirat." (Rujukan di sini)
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates