December 22, 2012

6 Bukti Bergambar - Ribuan Membantah Penahanan Umar Abdul Aziz Di Penjara Kajang

Gegak gempita ruangan laman sosial dan blog apabila budak sekolah Umar Azmi dijatuhkan hukuman penjara sebulan di penjara Kajang akibat tindakannya semasa operasi duduk bantah "Occupy Dataran" tempoh hari. Rata-rata juak Pakatan Haram mula mempertikaikan hukuman penjara ke atas pelajar berkenaan. Adakah betul beliau tidak bersalah? Memetik kata mentor saya, si budak sekolah Umar itu bukannya disabitkan atas kesalahan "Occupy Dataran"! Dia disabitkan atas kesalahan menghalang kerja penjawat awam. Semasa bicara beliau diwakili oleh peguam. Kalau berani buat, beranilah tanggung.

Terdapat ura-ura bahawa mahasiswa-mahasiswa yang tidak cukup akal ini, sekali lagi akan kembali memenuhi Dataran Merdeka mulai esok. Mereka akan berkhemah semula seperti projek "Occupy Dataran" tempoh hari. Tak tahulah kenapa bebudak ini suka sungguh menyemak di Dataran Merdeka. Menyusahkan orang pergi kerja hari Isnin ini.

Berbalik kepada protes besar-besaran yang kononnya dilakukan di hadapan Penjara Kajang. CTS ingatkan sambutannya beribu-ribu orang kalau tidak berpuluh-puluh ribu. Al maklumlah semangat di laman sosial dan blog begitu membara. Namun apabila melihat gambar-gambar yang diletakkan di dalam blog-blog pembangkang ... cehh!!! Semangat pembelaan Umar taik kucing apa kalau macam ini punya sambutan?



December 18, 2012

5 @ngakorming MP Taiping Spin Tahap Gaban Apabila Parti LDP Jepun Menang Besar

Kelakar juga kadang-kadang dengan keletah sebahagian ahli-ahli Wakil Rakyat sama ada daripada DAP dan PGayR. Komen-komen mereka acapkali agak lucu dan mengelikan hati. PAS tidak payah cakaplah. Sememangnya dilahirkan bebal. Menarik untuk CTS ulas apabila membaca komen Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming apabila mengaitkan kemenangan parti LDP di Jepun dengan kejatuhan parti Barisan Nasional di dalam PRU13 akan datang. Seolah-olah gelombang gerakan menumbangkan Kerajaan berlaku di Jepun kini bakal melanda negara. Lihat saja kenyataannya seperti di bawah:


Sama ada pemimpin DAP ini buta sejarah atau sengaja mahu spin keadaan politik Jepun yang tidak memihak kepada Pakatan Haram, CTS tidak pasti. Apakah Nga Kor Ming terlupa bahawa parti LDP yang tersingkir dan kalah teruk, adalah merupakan parti yang pernah berkuasa selama 54 tahun di Jepun! Jika dianalisa kekalahan parti LDP adalah pada tahun 2009, iaitu setahun selepas Barisan Nasional hilang majoriti di Parlimen dan kalah di 5 buah negeri. Ini suatu fakta yang penting. Parti LDP menerima nasib yang sama dengan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah.

Dua hari lepas, 16 Disember 2012 lebih tepat, parti LDP telah memenangi hampir 300 kerusi dari 480 kerusi yang dipertandingkan di Jepun. Ini memberi pengertian bahawa pilihan yang baru tidak semestinya baik. Pertukaran Kerajaan tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kejayaan sesebuah negara di masa depan. Itu sebab forensik tingkah laku pengundi mestilah terlebih dahulu diketahui oleh penganalisa politik. Berdasarkan prinsip forensik yang ada sekarang, golongan optimis dengan parti Barisan Nasional melangkau golongan pesimis yang hanya terdiri ahli PAS, PGayR dan DAP semata-mata. 

Golongan atas pagar sedang memerhati juak-juak Pakatan Haram yang gila kuasa mentadbir sebahagian kecil negeri-negeri yang Rakyat berikan kepada mereka sejak 2008! CTS amat yakin golongan atas pagar ini sudahpun mengambil sikap optimis. Pasti Barisan Nasional akan menang dengan majorti besar, Insyallah sekiranya momentum yang dibawa oleh DS Najib Tun Razak diteruskan. Buat Nga Kor Ming, teruskan spin, jangan tak spin!

December 17, 2012

7 Nik Aziz Kata Sambutan Mailidul Rasul Tiru Kristian, Kelakuan Nizar Lambai Ni Tiru Siapa Pulak?


Di atas adalah video khutbah Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang memperlekehkan acara sambutan Maulidul Rasul yang diadakan oleh Umat Islam di Malaysia saban tahun dan menyamakan perarakan Maulidul Rasul dengan perayaan orang-orang Kristian. Mungkin Nik Aziz perlu melihatkan kembali kelakuan anak-anak buahnya di dalam PAS terutama selepas apa yang berlaku ke atas Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya Perak, berarak seperti gambar di bawah. 

Apakah kelakuan Nizar berarak di dalam sambutan menyambut perayaan Deepavali anjuran Pakatan Haram benar-benar mengikut sunnah Rasullullah SAW seperti kata-kata beliau di dalam khutbah di atas? Apakah perarakan Deepavali ini lebih mulia bagi Nizar untuk turut serta berbanding perarakan Maulidul Rasul? Juak-juak PAS yang membaca jangan segan silu untuk memberikan "fatwa" masing-masing.

7 Mari Tonton Video Terbaru Penghibur Nombor Satu Negara, Anwar Ibrahim Di Tapah, Perak Semalam



Memang tidak boleh dinafikan bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Haram yang pertama, Anwar  Ibrahim memang berbakat besar sebagai penghibur. Maka tidak hairanlah ulama-ulama PAS sangat mengkagumi perilaku dan menjadi contoh teladan sebagai idola mereka. Anwar Ibrahim mampu membawa watak apa saja - jadi imam, penari, penyanyi, pelakon filem biru, peliwat serta pembohong. Adakah mungkin benar, inilah citarasa terbaru dan gaya bakal Perdana Menteri idaman rakyat Malaysia? 

Cuma apa yang kita hairankan, apabila Datuk Seri Najib Razak melenggang lenggok sedikit, maka seluruh penyokong PGayR dan PAS yang warak dan zuhud itu mempersoal dan mempertikai kononnya gaya Datuk Seri Najib Razak tidak islamik. Mereka mempertikaikan Datin Seri Rosmah tidak bertudung, walhal mereka memejam mata apabila video China Doll berada di pasaran. Barangkali di mata penyokong serta ulama PAS, gaya hiburan yang dibawa Anwar Ibrahim lebih islamik dan mendekati denyut nadi perjuangan mereka. 
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates