December 15, 2012

3 Terkini! Keputusan Penuh 20 Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Di Kongres DAP Ke 16



Tertera di atas adalah keputusan permilihan 20 Jawatankuasa Eksekutif Pusat atau Central Executive Committe (CEC) DAP yang diambil daripada laman sosial Twitter rasmi parti DAP. Permilihan berkenaan diadakan di  Kongres DAP Nasional Ke 16 di Pulau Pinang di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di Georgetown. Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan hadir pada kongres parti itu telah memilih 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat yang akan menerajui parti rasis ini menjelang PRU13. 

Kenapa CTS katakan rasis? Daripada 20 jumlah yang dicalonkan 2 orang terdiri daripada bangsa Sikh atau Punjabi, satu berbangsa India dan selebihnya berjumlah 17 orang berbangsa Cina. Tiada pemimpin Melayu di dalam jawatankuasa tertinggi pusat parti DAP. Kesemua 8 calon Melayu dalam pemilihan CEC tewas termasuk seorang anak Cina yang mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari! Adakah DAP parti berbilang kaum atau "multiracial" seperti yang dilaungkan? Adakah DAP berubah sepertimana laungan UBAH yang selalu diperkatakan? Mana pemimpin Melayu di dalam DAP? Melayu hanyalah barua bangsat di dalam parti itu seperti Aspan Alias dan Dato Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47.

3 Kenapa Pemimpin Utama PGayR Boikot Kongres DAP Di Pulau Pinang?


Tidak ada perkara yang lebih menarik di dalam Kongres DAP Nasional Ke 16 di Pulau Pinang melainkan ketidakhadiran pemimpin-pemimpin utama PGayR. Di mana Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum, di mana Wan Azizah selaku Presiden parti dan di mana Azmin Ali selaku Timbalan Presiden? Sibukkah Mereka? Sekurang-kurangnya parti PAS mewakilkan Mahfuz "The Bean" Omar selaku Naib Presiden dan Setiausaha Agong, Mustapha Ali. Timbalan Presiden PAS pula, Mat Sabu turut hadir selepas makan tengah hari. 

Seolah olah PGayR telah memboikot kongres ini. PGayR hanya menghantar pemimpin negeri Dr Mansor Othman yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Wanita Zuraidah Kamarudin. Ketidakhadiran pemimpin utama PGayR dalam Kongres Nasional DAP sesuatu yang pelik apabila membayangkan inilah perhimpunan terakhir parti teras Cina itu sebelum pilihanraya umum ke 13.

Apakah ura-ura sebelum ini yang mengatakan parti DAP ingin meminta lebihan kerusi di dalam kongres ini menjadi punca kongres terakhir DAP sebelum PRU13 diboikot oleh PGayR? Khabar angin berkenaan nyata terbukti pagi tadi apabila ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU13. Lim Guan Eng dengan megah dan selamba berucap di hadapan perwakilan DAP.

Apakah PGayR merasa tersinggung dengan tindakan Lim Guan Eng nampaknya tidak lagi menggunakan saluran rasmi Pakatan Haram untuk berunding kerusi antara pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan parti, sehingga menyebabkan tindakan boikot? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU13 dan parti-parti di dalam Pakatan Haram masing masing masih menyembunyikan masalah di antara mereka. Amat lucu sekali!

December 13, 2012

2 20 Saman PDRM Yang Belum Dibayar! Hebat YB Mak Lampir


Adalah amat masuk akal sekiranya seorang penggubal undang-undang seperti Ahli Parlimen melanggar undang-undang sesuka hati. Kalau satu atau dua saman yang diperolehi, memang amat diterima akal. Manusia mana yang tidak membuat kesalahan. Namun sekiranya sehingga 20 kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen, apa yang hendak kita simpulkan? 

Melalui semakan seorang rakan Facebook dan CTS sendiri telah sahkan di laman web yang berkenaan, setakat hari ini, terdapat 18 kesalahan melebihi had laju dan 2 kesalahan melanggar tanda traffik yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang masih belum dibayar! 

Patutlah pemimpin-pemimpin Pakatan Haram beria-ria menggalakkan Rakyat untuk menentang AES. Ini kerana mereka sendiri tegar melanggar undang-undang! Ini bukan rekaan dan fantasi, pembaca-pembaca boleh menyemak sendiri di laman web berikut:

Laman web: http://www.rilek.com.my/webapps/pdrm/csresult.php

Nama: Zuraida Bt Kamaruddin
Nombor KP: 580314-71-5206

December 12, 2012

3 Juak Pakatan Haram Mengkafirkan PM @NajibRazak Dalam Himpunan Duduk Bantah Di JPN





Sungguh kurang ajar tindakan segelintir juak-juak Pakatan Haram yang membawa banner yang tertera gambar Perdana Menteri DS Najib Tun Razak kononnya dalam kad pengenalan merah. Lebih biadap apabila meletakkan A/L menggantikan bin!

Himpunan duduk bantah ini dianjurkan oleh Pakatan Haram kononnya untuk menghimpunkan seramai 300,000 orang Rakyat berbangsa India yang tiada warganegara di sekitar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Malangnya kehadiran tidak sampaipun beratus-ratus orang. Sambutan amat hambar. N Surendran dan Lateefa Koya yang menjadi boneka himpunan ini seharusnya malu dengan kegagalan mereka menghimpunkan seramai mungkin warganegara yang kononnya tiada negara.

Kalau Pakatan Haram ikhlas menolong warga berbangsa India, mereka seharusnya menguruskan perkara ini dengan pihak berkenaan dan bukannya mencari publisiti murahan. Kita juga sangsi dengan jumlah 300,000 yang didakwa mereka. Pernahkah mereka bercakap benar sebelum ini?
Published with Blogger-droid v2.0.9

5 Lagi Kemeriahan Sambutan Ceramah Pakatan Rakyat Opps! Haram





Gambar Pertama:


Majlis - Pelancaran jentera PRU sukarelawan PR Kuala Langat dan Kursus PRU. 
Perasmian dilakukan oleh YB Zuraidah Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita PKR Pusat)
Tajuk: Kuasai Putrajaya Selamatkan Negara.


Gambar Kedua:


Majlis - Pidato Anak Muda & Pelancaran Jelajah Buku di Pentas Utama Selangor Agriculture Fest (SAF) 2012.
Lokasi - Tempat letak kereta Stadium Malawati Shah Alam.


Dakwaan bahawa UMNO mempunyai pengundi hantu adalah tidak benar. Pakatan Haram yang ada ahli dan pengundi hantu. Buktinya, CTS tidak nampak ramai ahli-ahli Pakatan Haram di dalam gambar di atas.
Published with Blogger-droid v2.0.9

December 11, 2012

11 Kerajaan Malaysia Sibuk Menghantar Bantuan Kemanusiaan Ke Palestine, PAS? Sibuk Kibar Bendera



Masyarakat dunia mengakui dan menghargai kesudian Kerajaan Malaysia dalam menghulur sumbangan kewangan, hubungan diplomatik, tenaga dan bantuan kemanusiaan ke negara bergolak Palestine. Namun Kerajaan Malaysia tidak sedikitpun riak dan takbur untuk membawa bendera parti baik bendera UMNO mahupun bendera Barisan Nasional. Pemimpin Fatah dan Hamas mengetahui perkara berkenaan. Ini dibuktikan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin Palestine ke Perhimpunan Agong UMNO yang lepas. 

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram terutama daripada PAS dan PGayR sibuk hadir ke bumi Palestine dengan membawa kamera dan video untuk merekodkan beberapa juak-juak mereka yang membawa bendera parti. Orang Palestine menjadi pelik, Rakyat Gaza terpingga-pingga, Rakyat Malaysia menjadi malu dan merasa terhina. Ini perbuatan bodoh namanya. 

Kehadiran merekja untuk mengahntar bantuan kemanusiaan atau untuk mempromosikan parti PAS. Apa mereka ingat Rakyat Palestine peduli pasti PAS?? Juak-juak PAS tidak berniat ikhlas di dalam hati apabila tiba di bumi Palestine. Tujuan mereka untuk mengibarkan bendera PAS dan bukannya untuk membantu Rakyat Palestine!

December 10, 2012

39 Ceramah Perdana Pra PRU13 Menuju Ke Putrajaya Mendapat Sambutan Hangat Penduduk Selangor

Acara - Ceramah Perdana Pra PRU 13 Menuju Ke Putrajaya. 
Tarikh - 9/12/2012 Ahad 9.00 p.m. 
Tempat - Taman Bukit Kuda Klang.
Penceramah Utama - Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Joseph Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad.
Kedatangan penonton - Kurang dari 200 orang.
Komen CTS - huahahahahahaha ada hati hendak ke Putrajaya!!!





9 Tengku Azlan Keluar UMNO? Apa Masalahnya?

Berkokok lagi cybertroopers Pakatan Haram apabila  Ahli Parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan di era pemerintahan bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar UMNO berkuat kuasa semalam.

CTS tidak sedikitpun risau atau mengelabah apabila Tengku Azlan mengistiharkan keluar parti. Memang sudah menjadi kezaliman bagi Wakil-Wakil Rakyat baik daripada Barisan Nasional maupun dari Pakatan Haram yang sudah tidak laku dan tidak dicalonkan kembali di dalam PRU13, akan berubah arah melompat parti dengan andaian dan harapan parti lawan akan terhegeh-hegeh untuk mengutip mereka sebagai calon.

Sepatutnya wakil-wakil Rakyat yang sudah beberapa penggal memegang teraju memberi laluan kepada muka-muka baru dan pelapis untuk memberikan khidmat kepada Rakyat. Sepatutnya wakil-wakil Rakyat ini sedar diri dan berundur secara terhormat dan bukannya hidup menongkat langit dengan jawatan yang ada seperti mana Mursyidul Am PAS yang hanya akan melepaskan jawatan Wakil Rakyat apabila beliau disembahyangkan kelak.

Buat Tengku Azlan, hanya masa menentukan bilakah beliau akan membuat pengumuman sama ada untuk masuk parti PAS, DAP atau PGayR. Satu yang menarik tentang gabungan Pakatan Haram adalah mereka gemar dan terdesak untuk mengutip bekas-bekas kakitangan Kerajaan maupun GLC dan juga Wakil-Wakil Rakyat yang menapaus dan tidak laku yang mahu bertanding lagi di dalam PRU13. Sukacita CTS menyatakan, ambillah dan kutiplah sampah-sampah itu. Kita lihat sama ada Rakyat akan menerima atau tidak.

11 Siapa Kata DS Rosmah "High Taste"? Siap Makan Kedai Daun Pisang Raju Tu!




Teruja CTS dengan gambar-gambar DS Najib Razak, DS Rosmah Mansor dan anak lelakinya duduk makan di gerai yang menyediakan hidangan daun pisang yang amat terkenal - Restoren Raju, Petaling Jaya. Pihak pembangkang boleh mengatakan apa sahaja. Pihak pembangkang boleh memfitnah apa sahaja. Hakikatnya keluarga pemimpin nombor satu negara tidak tidak betah dan segan silu untuk duduk makan di gerai!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates