December 7, 2012

16 Kelab Malam Pertama Di Shah Alam, Voyage - Tahniah Kerajaan PR Selangor! Tahniah MP @KhalidSamad

CTS ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor terutama Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, yang telah memecahkan tradisi mewujudkan Kelab Malam pertama di Shah Alam!!! Bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia. Sekalung ucapan tahniah diucapkan. 

Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan. 

"Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga! Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!




Inilah wajah model dan emcee cantik manis yang akan menjadi peneman anda sepanjang malam, Stephanie Tan.



December 6, 2012

11 Kalau Diri Sendiri Tidak Mampu Berjihad Di Gaza, Tidak Perlulah @abby_abadi112 Perli Artis Lain

Sekarang baru kita tahu sebab sebenar Abby Abadi tidak dapat berjihad di Gaza. Kenapa Abby Abadi? Kita pertikaikan disebabkan keceluparan mulutnya mempersendakan  niat orang lain terutama golongan artis untuk membantu Rakyat Palestin di Gaza. Sebelum itu, cuba baca kenapa beliau tidak dapat pergi berjihad di Gaza.


Sebab ibubapa? Sebab anak-anak? Itu kita faham sebab beliau seorang janda dan ibu tunggal. Terikat dengan program? Ini yang pastinya! Masakan beliau boleh membatalkan ceramah dengan bayaran berjumlah ribuan ringgit yang diterimanya setiap kali ceramah. CTS sudah malas sebenarnya melayan Ustazah Jadian Mee Segera dengan posting-postingnya yang menyakitkan hati di laman sosial Twitter. Namun, apabila beliau membalas "tweet" seorang pengikutnya dengan memperli artis-artis yang ke Gaza, CTS mula jadi marah. Baca dan nilaikan sendiri.


Apa maksudnya mereka tidak diizinkan untuk melihat? Apakah maksudnya mereka tidak diberi hidayah oleh Allah SWT? Apakah beliau bersetuju dengan pendapat pengikutnya (follower) dengan menyatakan adalah sia-sia berjihad di Gaza sekiranya menyokong UMNO? Pendapat jahil mukarab apakah ini? Gambar-gambar artis seperti Afdlin Shauki dan rakan-rakan artis yang lain berjihad di Gaza lebih mulia daripada janda Abby yang meroyan di pentas-pentas ceramah PAS!



CTS juga mendapat maklumat dalaman yang mengatakan Abby Abadi dan beberapa Ustaz jadian lain seperti Bob Lokman dan Hairie Othman bakal dicalonkan di dalam PRU13 nanti. Oleh itu, tidak hairanlah beliau pastinya akan 24 jam 7 hari seminggu akan mengutuk dan membelasah UMNO. Jangan memberikan makan dan minum kepada anak-anak dengan hasil daripada fitnah. Itu nasihat CTS buat Abby Abadi.

December 5, 2012

1 Isu Cakera Parabola Di Sabah - Apa Yang Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Puas Hati Ni?


Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang juga merupakan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah pada 23 November 2012 membuat kenyataan menggesa Kementerian Penerangan. Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) untuk segera menyelesaikan isu berkaitan penggunaan cakera bola di Sabah. Beliau berpendapat kebebasan dalam akses pada maklumat melalui satelit perlu diwujudkan secara menyeluruh di Malaysia.

Terdahulu, Datuk Dr Yee mendakwa perkembangan ini sebagai langkah KPKK mewujudkan monopoli untuk memperkayakan individu tertentu. Dakwaan Datuk Dr Yee menggambarkan seolah olah kerajaan menyekat kebebasan rakyat di Sabah untuk mendapat akses maklumat melalui cakera parabola. Timbalan Menteri KPKK pernah membuat kenyataan balas kepada dakwaan Datuk Dr Yee tetapi beliau tidak berpuashati kepada kenyataan balas itu. Khabarnya, Datuk Dr Yee kecewa dengan statistik  kadar penembusan internet di Sabah yang masih jauh ketinggalan dari sasaran 50% yang ditetapkan oleh KPKK di seluruh Malaysia.

CTS difahamkan Kerajaan sedang menyediakan kertas kerja mengenai cadangan pengunaan cakera parabola di kalangan individu terutama di Sabah dan Sarawak. KPKK dan SKMM akan mendapatkan pandangan daripada semua pihak sebelum kertas kerja itu disediakan untuk diangkat kepada Jemaah Menteri. Undang-undang sedia ada berkaitan pengunaan cakera parabola masih terguna pakai sehingga ada sebarang keputusan untuk mengubahnya oleh kabinet.

Mengikut undang-undang sedia ada, mana mana pihak yang mahu menggunakan atau memasang satelit parabola perlu mendapatkan lesen dan dalam keadaan tertentu pengecualian diberikan kepada pengguna parabola di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Cakera parabola tergolong sebagai barangan larangan dalam Jadual Kedua, Butiran 23 dan 24, Perintah Kastam (Larangan mengenai import) 2008 dan memerlukan permit import daripada SIRIM Berhad.

Ada sesuatu CTS rasakan tidak kena dengan dakwaan daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah ini. Dakwaan ini memberikan gambaran seolah-olah kerajaan pusat khasnya KPKK meminggirkan kepentingan rakyat Sabah di dalam soal mencapai akses maklumat. Timbalan Menteri KPKK yang berasal daripada Sarawak digambarkan sebagai tidak memahami keadaan sebenar keperluan pengunaan cakera parabola kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Pembangkang mampu memanipulasi isu ini untuk mendapat manfaat dan sokongan politik daripada rakyat Sabah dan Sarawak.

Apa yang CTS dapat lihat adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah dilihat sebagai keliru di antara maklumat yang boleh dicapai di antara cakera parabola dan jalur lebar. Usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan ini memerlukan masa untuk lebih menyeluruh di seluruh negara khasnya di Sabah dan Sarawak yang mempunyai bentuk mukabumi dan keadaan geografi yang menyukarkan kerja-kerja penyediaan kelengkapan jalur lebar. 

Kerajaan menerusi SKMM telah menjalankan pelbagai usaha berterusan untuk meningkat kadar penembusan jalur lebar khasnya di Sabah dan Sarawak dan ini membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak tidak dianaktirikan di dalam soal pembangunan jalur lebar negara. Berdasarkan kepada peruntukan yang telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

7 Insiden Pergaduhan Di Gombak - Siapa Yang Betul Siapa Yang Salah?


Kalau melihat kepada blog-blog pembangkang dan laman sosial mereka, nampak sangat insiden kejadian pergaduhan di Gombak semalam berpunca daripada Pemuda UMNO. Sejak bila pula Pakatan Haram pernah mengaku merekalah punca sebarang kontroversi yang dicetuskan. Sejak bila pula Pakatan Haram terutama PGayR mengaku mereka ganas? Lupakah kita dengan insiden-insiden pergaduhan yang dicetuskan di dalam Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0? Lupakah kita dengan insiden-insiden di Pilihanraya Kecil di Lunas dan Bagan Pinang? Kejadian demo dan merosakkan klinik di UPSI? Adakah kita percaya konco-konco PGayR tiba-tiba menjadi malaikat di dalam insiden di Gombak semalam?

Apa yang sebenarnya berlaku adalah Pemuda UMNO Bahagian Gombak ada membuat program "Santai-Santai Belia Cawangan" yang turut disertai oleh Datuk Megat, Ketua Pemuda Bahagian Gombak. Di seberang jalan program itu, PGayR juga sedang mengadakan program ceramah. Antara penceramah adalah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Tamrin Ghafar, Sallehuddin Nasir dan lain-lain. Dikhabarkan pihak PGayR yang mencetuskan insiden dengan melontar botol.

Dari gambar-gambar di dalam blog dan laman sosial PGayR, tidak lebih 3 orang yang cedera di pihak PGayR semalam. Satu gambar Pakcik ini yang dikhabarkan "pecah kepala"!


Kedua, brader ini yang kononnya ditikam dengan pisau badik!


Adakah tiada penyokong UMNO yang cedera? Ada. Buktinya gambar di bawah:


Cukup-cukuplah PGayR hendak spin perkara ini. Bukannya kita tidak tahu perangai PGayR. Lebih sudu dari kuah. Kalau masuk ke kampung halaman orang, jaga tata tertib Sentiasa menokok tambah perkara yang kecil dan membuat skrip drama yang "suspense". Kalau tidak masakan kita pernah menonton drama PGayR di mana orang mati hidup kembali seperti Suhardi Mat Isa!!!

December 4, 2012

4 Roboh Gerai Penjaja Melayu Di Klang - Zalimnya Kerajaan PR Selangor




Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.

Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

9 Sinar Harian Sudah Ganti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Buat Undian Online


Tahniah Pakatan Haram kerana telah berjaya memenangi pilihanraya "online" yang dianjurkan oleh Sinar Harian. Dengan kelebihan majoriti sebanyak lebih dari 9,000 undi, CTS menyarankan agar Pakatan Haram membubarkan keempat-empat Dewan Undangan Negeri di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kita tidak pasti siapakah pengundi-pengundi "online" berkenaan. Mungkin budak sekolah yang belum mumaiyiz yang diberi ganjaran untuk melakukan undian di atas.

Walaubagaimanapun, Tahniah CTS ucapkan buat cybertroopers Pakatan Haram yang tidak jemu-jemu siang malam 24 jam memastikan undian berkenaan berjaya. Cybertroopers PR benar-benar berjaya memanupulasikan perkara ini di alam maya. Tapi adakah undian ini mencerminkan keadaan sebenar di dalam PRU13? Belum tentu! Rakyat sebagai pengundi sebenar akan menentukannya. Bukan cybertroopers!

Sekali lagi CTS tekankan, bubarkan sahaja keempat-empat negeri di bawah Pakatan Haram dan adakan Pilihanraya Negeri. Selama ini pemimpin-pemimpin Pakatan Haram asyik melalak Perdana Menteri tidak berani membubarkan Parlimen, apa kata pemimpin Pakatan Haram menunjukkan contoh teladan mengadakan Pilihanraya Negeri sekarang. Ada berani? Ada telur?
Published with Blogger-droid v2.0.9

December 2, 2012

7 Nik Aziz Kata Wanita Dan Puteri UMNO Pakai Tudung Kesan Dari Tarbiyah PAS! LOL!

 

CTS tidak pasti sama ada hendak menangis atau ketawa apabila Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Paling Lama Di Dunia, Nik Ajis Nik Mat meminta UMNO untuk mengenang jasa-jasa PAS kerana hasil tarbiyah Kerajaan PAS Kelantan, Wanita dan Puteri UMNO sudah ramai yang menutup aurat iaitu bertudung! Nik Aziz Nik Mat memang seorang yang perasan dan masuk bakul angkat sendiri. CTS berani mengatakan Puteri-Puteri dan Wanita-Wanita UMNO menutup aurat di atas kerelaan hati mereka sendiri dan mendapat hidayah dari Allah kesan dari dakwah yang saban hari dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional. 

Ianya pasti bukan dari  tarbiyah PAS dalam ceramah-ceramah Tin Milo PAS yang sarat dengan fitnah dan maki hamun kepada orang ramai terutama kepada UMNO. Buat pengetahuan Nik Aziz, kalau betullah dakwaan Nik Aziz bahawa kempen menutup aurat di Kelantan berjaya, kenapa masih ramai perempuan-perempuan Kelantan yang tidak bertudung, berpakaian seksi dan mendedahkan aurat?

December 1, 2012

8 Kisah ADUN Sekinchan, Dayang Ku Intan Dan Siaran FULAMAK Di Sinar FM



Hebat posting Facebook saudara baru PAS yang masih lagi belum memeluk Islam, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang bercadang memberikan ceramah Agama pada ahli-ahli PAS. Bukan main seronok lagi Mamat Kulup ni dijemput hadir dan memberikan ceramah pada juak-juak PAS di Kg Bukit Hitam.

Siap ber'insyaAllah' lagi tuh. AMK Kota Melaka pun LIKE juga. Eloklah tu. Melayu hancurkan sesama melayu. Ini yang DAP nak tengok selama ni. Kalau sesiapa tahu berapa ramai PAS telah mengIslamkan pemimpin-pemimpin DAP yang sibuk mendoakan dan menyebut kalimah-kalimah Islam di dalam ceramah dan laman sosial mereka. Munafik tahap gaban betul.

CTS ingin mengucapkan tahniah kepada radio Sinar FM yang menjemput Dayang Ku Intan di dalam 2 jam bersiaran di dalam rancangan FULAMAK Carta Sinar. Tahniah Sinar FM yang menjemput lidah pembangkang yang saban hari berceramah mengutuk Perdana Menteri Malaysia. Minggu depan jangan lupa jemput Leman Raja Lawak dan Abby Abadi pulak ye!
Published with Blogger-droid v2.0.9
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates