November 17, 2012

17 Hasil Muktamar PAS Ke 58 - Solat Hajat "KO BN!! KO BN!! BN KO"

Sudah 40 tahun CTS hidup namun belum pernah melihat solat hajat dari seorang imam yang menjerit-jerit mendoakan "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!" Tidak saya sangka sama sekali ini rupanya bentuk parti yang mengelarkan diri mereka Islam. Tolong carikan untuk saya, Umat Islam boleh memohon / meminta kepada Allah S.W.T agar orang yang mereka tidak sukai dilaknat. 

Apa yang dapat saya amati sejak 2 3 tahun ini , hanya fahaman SYIAH sahaja yang sentiasa berdoa dan meminta agar fahaman Sunnah Wal Jamaah ini dilaknat oleh Allah dan mencaci maki sahabat Rasulullah (Abu Bakar , Umar dan Uthman serta Siti Aishah).

Kenapalah di dalam kita memohon atau berdoa kita nak menjerit jerit maki pihak lain. Masyaa Allah. Mungkin ini adat dan budaya orang-orang Melayu Islam sebelah Pantai Timur, CTS tidak pastilah. Yang pasti CTS perlu lebih banyak belajar untuk memahami mereka. Sama-sama kita tonton video doa selepas sembahyang hajat yang dirakam oleh rakan blogger, Minaq Jinggo.


November 16, 2012

3 Bukti Bergambar - Budaya Vandalisme Mula Meresapi Juak-Juak PAS

Sekiranya kita berkawan dengan tukang besi, sedikit tidak baju pasti berlubang terkena percikan api. Oleh itu berkawanlah dengan tukang jual minyak wangi, paling tidak kita akan sentiasa berbau harum. Begitulah perumpamaan yang perlu dihayati oleh juak-juak PAS. Posting sebelum ini CTS ada memuatkan sekeping gambar DS Haji Hadi Awang berperangai kebudak-budakan dengan memijak banner bertulisan wang ehsan. Perangai pimpinan parti yang mengaku Islam ini hampir sama walaupun tidak serupa dengan apa yang dilakukan oleh pimpinan DAP ketika memijak gambar ADUN-ADUN. 

Kalau guru kencing berdiri apatah lagi murid-muridnya. Kelakuan juak-juak PAS melakukan vandalisme di sekitar Jalan Rahang, Seremban amat tidak boleh diterima akal. Nampak gayanya perangai syaitan yang diperolehi dari rakan-rakan di dalam PGayR mula dipraktikkan. Budaya samseng dan merosakkan harta awam sudah menjadi darah daging golongan Anwarisme dan juak-juak PGayR. Perlukah juak-juak PAS menjadikannya sebagai ikutan?

20 Gambar Haji Hadi Awang Berperangai Kebudak-Budakan Main Pijak-Pijak


Hilang hormat CTS kepada Presiden PAS, DS Haji Hadi Awang apabila berperangai seperti kebudak-budakan dengan melayan kerenah Kumpulan R memijak kain pemidang anti Wang Ehsan. Tindakan Presiden PAS ini memijak kain pemidang bertulisan wang ehsan seolah-olah menghina penerima wang ehsan yang diberikan kepada 144,901 Rakyat Kelantan. Mereka buat kempen pijak tanda protes pada kerajaan pusat dan penerima wang ehsan, pada waktu MuktamarPAS kali ke 58 sedang berlangsung.

Tindakan Presiden PAS ini seolah mengikut jejak langkah tuannya Lim Kit Siang and Son yang dahulu memijak gambar ADUN-ADUN Perak yang keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas. CTS meminta agar Pemuda PAS agar meneruskan kerja gila ini.

Insyallah, 144,901 penerima ini punya ibu bapa dan saudara mara. Mereka akan menilai. Pemuda BN jangan tiru kerja Gila Pemuda PAS ini. Mereka terdesak untuk naikkan isu ini sebab mereka sudah tidak ada isu lain untuk menyerang BN Kelantan.
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 Muktamar PAS Kali Ke 58 - Depa Mainkan Lagu Hudud Pulak Dah!!!


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti. Beliau berkata, sekiranya PAS mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.

“Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi."

Semasa muktamar cakap lain, hari-hari sebelum muktamar cerita lain. Muktamar lulus usul negara berkebajikan, selepas Muktamar bila Nik Aziz tengok sokongan Melayu semakin merosot, dia ubah semula kepada hudud dan negara Islam. Ketua Dewan Ulama PAS mula mendendangkan lagu hudud kembali, hilang sudah cerita negara berkebajikan. Cara politik ulama-ulama PAS mudah. Depan ahli dan orang kampung, mereka akan menyanyikan lagu hudud. Di depan Anwar dan DAP, mereka akan menyanyikan pula lagu Negara Berkebajikan. Takut Anwar Ibrahim dan Karpal Singh marah.

CTS tertarik apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, sekiranya PAS mendapat majoriti dalam parlimen, undang-undang berkaitan hukum Hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara, Ha Ha Ha Ho Ho Ho. Nampak gayanya Tok Guru PAS ini kena masuk mengaji balik ke kelas PASTI semula. Belajar mengira dan hafal sifir 12. Kerusi parlimen ada 222. Jikalau hendak mendapatkan majoriti mudah, PAS hendaklah mendapatkan 111 kerusi.

Kalau hendak mengubah perlembagaan PAS harus memiliki 2/3 undi Parlimen. PAS bertanding kerusi Parlimen sekadar 65 kerusi, DAP tanding 66 kerusi dan selebihnya PGayR bertanding 91 kerusi. Kalau PAS menang semua kerusi sekalipun baru 65 kerusi. Bagaimana Datuk Harun Taib boleh berkata jika PAS dapat majoriti di Parlimen maka hudud akan dilaksanakan? DAP dan PGayR akan menyokong PAS ke untuk melaksanakan hukum hudud? Geli hati dengan sifir Ketua Dewan Ulama Pas ini. PAS tidak mahu dan malu untuk mengakui bahawa PAS tidak akan mampu melaksanakan hudud tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO. Muktamar atau tidak, hanya isu basi yang diulang-ulang kembali. PAS tetap balaci DAP dan PGayR, dulu, kini dan selamanya!!!

November 15, 2012

4 Diharap TS @muhyiddin_my Tidak Tunduk Kepada Desakan Masyarakat Cina DAP Untuk Membina 10 Buah SJKC Di Puchong


Sakit hati apabila mengetahui ura-ura Ahli Lembaga Pengarah Catholic High School, SJKC Yak Chee dan National Autism Society Of Malaysia (NASOM) ingin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, TS Muhyiddin Yassin, untuk berbincang mengenai tambahan sekolah jenis kebangsaan Cina yang baru di Puchong. Bukan sedikit yang diminta. Sebanyak 10 buah sekolah beraliran Cina yang diperlukan lagi di Puchong! Untuk apa?!

CTS mengharapkan TS Muhyiddin Yassin tidak akan melayan permintaan yang bagi CTS "permintaan naik lemak" dan bersifat ingin mengugut Kerajaan memerintah kerana Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat. Beberapa faktor di bawah harus diambilkira oleh TS Muhyiddin untuk tidak melayan permintaan keterlaluan kaum Cina penyokong DAP terutama di Puchong ini:

1. Puchong merupakan kawasan kuat DAP. Sebanyak mana budi yang ditabur di situ, masyarakat Cina Puchong tidak akan sekali-kali mengundi Barisan Nasional. Apabila mereka (masyarakat Cina Puchong) berkehendakkan bantuan, Kerajaan BN yang dicari. Apabila tiba waktu mengundi, parti Chauvinism DAPig juga yang mereka undi. Berdasarkan semakan CTS ke atas "war room" BN  Selangor, Puchong masih lagi merupakan kawasan hitam untuk BN. Untuk apa TS Muhyiddin membantu Rakyat Cina Puchong yang rata-ratanya penyokong DAP dan tidak sedikitpun menghargai jasa-jasa BN? Lebih baik ditumpukan kepada kawasan masyarakat Cina yang kuat menyokong BN selama ini. Hatipun tak sakit.

2. Buat masa sekarang terdapat 4 buah sekolah beraliran Cina di Puchong dengan kapasiti 12,000 murid pada satu-satu masa. Tidak cukupkah sekolah beraliran Cina sebanyak 4 buah. Kenapa diperlukan tambahan sebanyak 10 buah lagi? Untuk mewujudkan satu Wilayah Cina yang menebal identiti kecinaannya di Puchong? Atau untuk mewujudkan sebuah negara kecil komunis Cina di Puchong?

3. Pembangkang melaungkan satu bangsa, satu agama dan satu identiti untuk semua Rakyat Malaysia. Pembangkang mahukan hak sama rata bagi setiap warga negara. Namun tindakan juak-juak penyokong pembangkang di kalangan kaum Cina di Puchong langsung tidak menampakkan usaha ke arah itu. Kenapa Masyarakat Cina terutama di Puchong menolak Sekolah Kebangsaan yang antara terbaik infrastruktur di dunia yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran? Apa motif mereka untuk membina lebih banyak Sekolah Cina?

CTS bukan rasis dan posting ini bukan tulisan berbentuk perkauman. Namun CTS sudah banyak bersabar dan jelak dengan permintaan-permintaan yang tidak masuk akal berunsur perkauman seperti Dong Zong yang keterlaluan mencabar hak kaum peribumi. Sudah-sudahlah Kerajaan berbudi dengan penyokong-penyokong DAP di Puchong ini. Sudah diberi betis, hendak paha. Ini susahnya kalau kaum Melayu Islam tidak bersatu. Ini susahnya kalau Kerajaan tidak sekuat seperti mana di zaman Tun Dr Mahathir!

7 Semperna Muktamar PAS Di Kelantan - Mana Lebuhraya Yang Dijanjikan (Selepas 3 Bulan)


Pasti umum mengetahui apakah struktur di atas? Ini adalah batu asas (bukan batu nisan) projek lebuhraya yang dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang diterajui oleh ulama-ulama (kononnya). Adakah duit kutipan untuk pembinaan lebuhraya ini yang dikatakan sudah menjejah jutaan ringgit masih ada lagi? Apakah duit di dalam akaun berkenaan dikawal selia mengikut tatacara dan prinsip perakaunan yang betul dan diaudit bagi memastikan ketelusannya?


Selepas 6 bulan ... CTS ulangi, selepas 6 BULAN, berapa peratuskah sudah siap lebuhraya yang dijanjikan oleh ulama yang tidak menipu, tidak berjanji kosong dan lidah tidak bercabang. Apakah jangkaan 3 tahun lebuhraya berkenaan akan siap akan menepati jangkaan? Sekarang sudah tinggal dua setengah tahun. Dulu bukan main berlakon depan Rakyat. Buat solat sunat, baca doa, bawak jentolak 2 3 bijik. Buat muka minta belas kasihan. Ini sajakah hasilnya? 

Adakah ini yang dikatakan janji ulama? Rakyat Kelantan sedang memerhati secara serius janji ulama-ulama di Negeri Che Siti Wan Kembang ini. Adalah diharapkan selepas ini tiada orang memandang rendah JANJI ULAMA. Selamat bermuktamar buat juak-juak PAS. Nikmati hidangan dan penginapan yang disediakan. Tidak perlu bercakap mengenai Islam di dalam Muktamar berkenaan. Adakah anda mahu disisihkan seperti Ustaz Nasaruddin Md Isa? Duduk diam-diam cukup macam saudara kita di bawah semasa mendengar ucapan pembukaan sayap Pemuda oleh Mat Sabu. Siap berdengkur lagi!


November 14, 2012

9 Selepas Bas Mewah, Trailer Canggih, Jet Peribadi, PGayR Muncul Pula Dengan Kenderaan Pacuan 4 Roda Chevrolet!


Banyak betul kan wang yang dimiliki oleh PGayR. Mereka boleh beli bas mewah yang ada kerusi urut Ogawa di dalamya. Mereka boleh beli trailer lengkap dengan kelengkapan pentas ceramah. Pemimpin-pemimpin bebas ke sana ke sini berceramah dengan menaiki jet peribadi. Pengawal-pengawal peribadi lengkap bersenjata untuk menembak orang awam. Terbaru PGayR telah membeli pula pacuan 4 roda berjenama Chevrolet. CTS tidak pastilah berapa harganya, tapi takkanlah semurah Proton Preve kan? Nombor plet kenderaan pula yang bernombor PRU13 sudah diluluskan oleh JPJ ke?

Kenderaan ini dibeli semperna pelancaran "Jelajah Sumpah Rakyat, Kembalikan 40juta Hak Rakyat Sabah"  yang diusahakan oleh AMGay. Majlis berkenaan yang berlangsung di sebelah petang tadi telah disempurnakan oleh Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim dan Presiden PGayR, Wan Azizah Wan Ismail. Jadi dengan segala kemewahan dan pembaziran yang dilakukan ileh pemimpin-pemimpin PGayR macam manalah Rakyat hendak percaya sekiranya Anwar Ibrahim membuat banner-banner meminta simpati seperti di bawah untuk menarik perhatian Rakyat Marhaen? Pembaca-pembaca semua percaya ka? Anda semua boleh tertipukah dengan poster-poster di bawah? Haish!!!


0 Beranikah Kerajaan PAS Kelantan Mencontohi Penyelaras DUN Mengkebang?


CTS ingin bertanya kepada kepada Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, EXCO dan ADUN-ADUN PAS Kelantan, beranikah mencontohi cara kerja yang dilakukan oleh Penyelaras DUN Mengkebang? Haji Azizzuddin Hj Hussein, bekas ADUN di DUN berkenaan sebelum tewas kepada calon PAS di dalam PRU12 bukan sahaja meletakkan alamat Facebooknya di kain rentang, malah beliau juga meletakkan nombor telefon peribadi sekiranya Rakyat ingin bertanyakan mengenai pembinaan madrasah baru di Kampung Mial. 

Ini bukan perletakan batu asas yang sering dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang hanya akan tinggal batu asas selepas itu. Ini adalah pembinaan betul-betul madrasah! Kata Kerajaan Kelantan hendak berkhdimat kepada rakyat hendak membuat negara berkebajikan? Kalau nombor telefon pun takut nak bagi kepada Rakyat nampak sangat tidak berani berdepan dengan Rakyat. Ke guano?

2 Apa Terkejutnya Nurul Izzah Perjuangkan Kebebasan Beragama? Beliau pernah Promosi Carollers & Arak Tahun Lepas!


Ingat lagi tak pada Disember 2011, Nurul Izzah Anwar pernah mempromosikan perayaan krismas, arak (wine) dan Carollers. Oleh itu, bukan sesuatu yang pelik bila beliau mempromosikan kebebasan beragama dan kebebasan memilih Agama di kalangan Melayu Islam.
Tahukah kita bahawa perkataan Carollers  bagi penganut Kristian membawa maksud satu upacara nyanyian lagu-lagu keagamaan Kristian. Perlukah seorang muslim yang dikatakan sopan budi pekertinya dan bertudung elok seperti Nurul Izzah turut menyertai dan tolong mempromosikannya?
Mungkin Nurul Izzah secara tak sengaja telah mempromosikan satu acara yang menghidangkan arak, atau disengajakan atas faktor beliau merasakan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen. Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi perlukah dengan seakan bangga mengumumkan adanya arak dihidangkan sebagaimana tertulis dalam mesej di dalam Twitternya?
Published with Blogger-droid v2.0.9

November 13, 2012

18 Dato M Nasir Sebelah Mana Sebenarnya? BN Atau PR?

Orang Kuat Yayasan Artis 1Malaysia
Antara Barisan Artis Yang Hadir

CTS agak terkejut dengan perkembangan terbaru yang melibatkan seorang aktor, komposer, penulis lirik dan pengarah terkenal, Dato M Nasir yang sebelum ini dikatakan semakin aktif dengan aktiviti politik kepartian bersama-sama Pakatan Haram, atau lebih tepat lagi, PGayR. Semuanya gara-gara awal October yang lalu, PGayR melalui akaun Youtube Timbalan Presidennya, Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M Nasir. 

Lagu yang liriknya juga ditulis Hasmi Hashim yang juga merupakan rakan baiknya, dikatakan adalah untuk lagu tema PGayR menghadapi pilihanraya umum. CTS pada ketika itu masih tidak mahu memberi sebarang komen dan reaksi di dalam blog, walaupun sesetengah rakan blogger menghentam tindakan beliau kerana dikatakan "sudah lupa daratan" kerana melupakan jasa Kerajaan yang memberi status penduduk tetap selepas lebih 20 tahun bermastautin di Malaysia.

Nampaknya mainan politik M Nasir lebih hebat dari dijangka. Ahad dua hari yang lepas, M Nasir dilihat hadir di pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia di PWTC. Malah M Nasir, dikatakan merupakan orang kuat yayasan berkenaan, telah berikrar taat setia dengan kepimpinan PM YAB DS Najib Razak. Walau apapun mainan politik Sifu M Nasir, CTS ingin mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bertungkus lumus menubuhkan yayasan berkenaan demi membela nasib rakan rakan artis yang kurang bernasib baik.

November 12, 2012

2 Bini Lim Guan Eng Meroyan Duduk Di DUN Pulau Pinang


Cocky Arrogant Tokong Lim Guan Eng betul-betul beraja di mata, bersultan di hati. Entah apa yang si Betty Chew meroyan sehinggakan tempat duduk di Dewan Perundangan Pulau Pinang yang diambil olehnya. Tempat berkenaan adalah dikhaskan untuk Pegawai Kanan Kerajaan Negeri. Bukankah si Betty Chew ini ADUN Kota Laksamana, Melaka? Tempat sendiri dibiarkan, sibuk hendak ambil tahu tempat si suami ni kenapa? ADUN Pulau Pinang ini Mak Bapak mereka punya ka? Baca seterusnya di bawah:


2 Cocky Arrogant Tokong (CAT) Lim Guan Eng Bermuka-Muka Dengan Rakyat Miskin Pulau Pinang


Ketua Menteri Pulau Pinang, Cocky Arrogant Tokong (CAT) Lim Guan Eng, hari ini melancarkan program Happy (Housing Assistance Programme Of Penang Yes!) di Sebrang Prai, Pulau Pinang. Program ini kononnya bakal membina rumah kos rendah di Pulau Pinang, bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membeli rumah di Pulau Pinang. 

CTS ingin bertanya, siapakah golongan yang tidak mampu membeli rumah di Pulau Pinang terutama di kawasan Pulau? Sendiri mahu jawablah. Kenapa perumahan kos rendah ini bakal dilaksanakan di Seberang Prai, "mainland" kata orang Penang dan bukannya di kawasan elit di bandaraya yang terletak di bahagian Pulau? Apakah ini agenda tersurat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menghalau golongan yang kurang berkemampuan terutama orang-orang Melayu dari Pulau Pinang sebelah pulau?

Apakah benar Ketua Menteri Pulau Pinang amat prihatin dengan nasib golongan susah di Pulau Pinang atau beliau hanya sekadar bermuka-muka? Kalau benar, kenapalah berita di bawah terjadi sehari dua lepas di Pulau Pinang? Bagaimana tergamaknya pentadbiran regim DAPig di Pulau Pinang boleh bertindak sebegitu kejam dan tidak berhati perut meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor. Hitler pun tidak sezalim Lim Guan Eng!!!

2 Kumpulan Royalti "R" Menghina Penerima Wang Ehsan




Seramai tidak lebih daripada 20 orang insan bermasalah yang mengelarkan diri mereka kumpulan Royalti "R" berkumpul di hadapan bangunan Petronas bagi membantah Rakyat Kelantan menerima wang ehsan daripada Kerajaan Pusat dan meminta agar dilaksanakan pemberian Royalti dengan segera kepada Kerajaan Kelantan.

Di dalam majlis kecil cinonet yang tidak mendapat sambutan orang awam itu, sebuah karung bagi mengambarkan wang ehsan telah dibakar. CTS tidak boleh bayangkan bagaimana perasaan penerima wang ehsan yang rata-ratanya Rakyat Kelantan yang daif dihina sebegitu rupa. Kenapalah benci sangat puak militan R ni pada wang ehsan?

CTS berharap agar hampir 40,000 penerima wang ehsan seluruh Kelantan bersabar dengan tindakan militan R ni. Cuba bayangkan 40 ribu penerima wang ehsan didarab campurkan dengan 2 orang ibu bapa bagi satu keluarga bersamaan dengan 120,000 orang. Orang yang dikutuk oleh kumpulan R ini bukankah mereka ini semua pengundi?

CTS juga tertanya-tanya mana pergi suara angkuh Husam Musa ingin membatalkan perjanjian Kerajaan Negeri dengan Petronas. Kenapa perjanjian berkenaan sampai sehingga kini masih tidak dibatalkan? Husam Musa tunggu apa ye agaknya. Tunggu keretapi laju siap di Kelantan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

November 11, 2012

4 Ada Dua Keldai Yang Rasa Diri Ahli Parlimen Mahu Menggunakan Ruang Sidang Media

Ada dua ekor keldai yang tidak sabar-sabar mahu menjadi Ahli Parlimen. Satu "gayboy" Anwar Ibrahim yang merasakan dirinya lebih Wakil Rakyat dari Wakil Rakyat itu sendiri. Namanya Rafizi Ramli. Kes perbicaraannya kerana "meniup trompet" dengan melanggar Akta BAFIA masih lagi sedang berlangsung. Orang ini merasakan diri kebal dari undang-undang dan tidak pernah menghormatinya.

Ini gambar baru-baru ini sehingga menyebabkan DS Noh Omar yang merupakan seorang Ahli Parlimen dan seorang Menteri terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat Sidang Media. Agak lucu apabila "gayboy" Anwar Ibrahim ini menyalahkan DS Nazri Aziz yang menghalang beliau dari membuat Sidang Media di ruang yang dikhususkan untuk Ahli Parlimen.


Yang kedua pula adalah Normala Sudirman, bekas guru sekolah yang kalah sebagai calon PAS di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Yang ini juga tidak sabar-sabar untuk memberikan maklumat di sidang media yang dihadiri oleh Ahli Parlimen pembangkang, walaupun beberapa kali ditegah oleh pengawal bertugas. Cuba lihat video di bawah bagaimana juak-juak Pakatan Haram tidak tahu malu.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates