November 10, 2012

7 Apakah DiGi Penaja Lawatan Deepavali Anwar Ibrahim Ke Klang Petang Tadi?






Lebih 1,000 orang masyarakat India hadir menyambut Anwar Ibrahim ke Jalan Tengku Kelana, "The Little India" Klang, hari ini semperna sambutan perayaan Deepavali. Sebelum itu Anwar Ibrahim juga sempat memberikan tazkirah di Masjid Kg Teluk Menegun, Kg Jawa Klang. Selepas ini kalau Masjid Kg Teluk Menegun dan Jalan Tengku Kelana dilanda banjir, maka kita tahu apa sebabnya.

Kelihatan menyambut Anwar Ibrahim adalah Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Seperti kebiasaan di dalam ceramah-ceramah Anwar Ibrahim, beliau menekankan bahawa Barisan Nasional menindas Masyarakat India. CTS tertanya-tanya mungkin sebab penindasan itu, masyarakat India semakin berjaya di Malaysia dalam bidang korporat dan sektor pekerjaan yang lain seperti doktor, jurutera dan sebagainya. Malah ramai juga tokoh-tokoh jutawan yang berjaya dilahirkan seperti Ananda Krishnan dan sebagainya.

Di pentas utama tempat Anwar Ibrahim berucap, seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas, kelihatan jelas penaja utama iaitu DiGi. Persoalannya, adakah DiGi menaja lawatan Anwar ke Klang? Mungkin yang bertanya apa salah DiGi ingin menaja Anwar Ibrahim? Memang tak salah. Cuma mungkin jutaan ahli komponen Barisan Nasional boleh menimbang kembali untuk memberikan sokongan dan menggunakan produk DiGi. Kuasa pengguna penting! Maaf, CTS tidak pernah menggunakan produk DiGi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 Caj Parkir Dikenakan Di Taman Tasik Darulaman - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua


Tahniah CTS ucapkan kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah yang sedang giat melaksanakan slogan pemerintahan Kerajaan Negeri - Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua. Terbaru, kerja-kerja pembinaan penghalang automatik sedang giat dijalankan untuk mengutip caj parkir bagi pengunjung-pengunjung ke Taman Tasik Darulaman. Buat yang bukan Rakyat Kedah, Taman Tasik Darulaman merupakan sebuah taman yang penuh dengan aktiviti dan riadah yang tidak jemu mengamit kehadiran pengunjung.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Haram memang suka menanam tebu di tepi bibir. Sebelum menang pilihanraya, semuanya dijanjikan bulan dan bintang. Ini percuma, itu percuma. Selepas menang, semua janji-janji hanyalah sebuah manifesto yang tidak perlu dilaksaknakan. Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum 2008, sememangnya terdapat satu parkir berbayar. Tetapi, Kerajaan BN pada masa itu, prihatin dengan Rakyat Kedah yang berpendapatan rendah dengan mewujudkan parkir percuma. Nampak gayanya selepas pemerintahan Ahlul PAS, semuanya dikenakan bayaran. Sesak kaw-kaw kata orang Kedah hendak peghah duit Rakyat!

Samalah keadaanya di Pulau Pinang, Seingat CTS di Pulau Pinang dulu masa pemerintahan BN, perintah kutip duit parkir hanyalah sehingga jam 6 petang. DAP pada masa itu berkata Kerajaan BN zalim, dan Rakyat yang termakan fitnah DAPpun sokong. Apabila Kerajaan Rejim DAP memerintah, parkir dikutip sampai jam 12.00 tengah malam. Mana lagi zalim? BN atau Rejim DAP. Rakyat Pulau Pinang telah di perbodohkan dan akan terus diperbodohkan sekiranya terus menyokong rejim DAP.

3 Nurul Izzah Wajib Menyaman Siti Zabedah Kassim, Ahli Majlis Peguam Berhubung Kenyataannya Ini


Kita tidak hairan sekiranya Nurul Izzah ingin menyaman Berita Harian dan Utusan Malaysia berhubung kenyataannya berhubung isu murtad di sebuah gereja tempoh hari. Apa yang menjadi persoalan, Nurul Izzah bersikap berat sebelah dan "double standard" apabila beliau tidak turut menyaman Malaysiakini versi English berbayar kerana "portal online" berkenaan adalah portal yang mula-mula mengeluarkan berita mengenai kenyataannya itu. 

CTS ingin bertanya YB Nurul Izzah, bagaimana pula pendirian beliau mengenai kenyataan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim yang kecewa apabila Naib Presiden PGayR itu yang tidak mempertahankan kenyataannya bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu. 

Menurut Siti Zabedah yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan ‘memusing’ 180 darjah. Katanya,
"Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka ‘hoo-ha’ selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran. Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya."
Adakah Nurul Izzah juga akan menutup mata mengenai kenyataan di atas dan tidak akan menyaman ahli majlis peguam, sebuah badan NGO yang selama ini menjadi tulang belakang yang mempertahankan Pakatan Haram?

November 9, 2012

7 Tidak Sampai 100 Orang Hadir Di Majlis Penerangan YB Jamban Di Muar






Tempat - Markas PAS Sri Jong, DUN Maharani, Parlimen Muar.
Tarikh - 09 Oktober 2012.


Walaupun dengan kehadiran tokoh-tokoh utama parti PGayR seperti YB Azmin Ali dan DS Chua Jui Meng, ceramah Jelajah Rakyat di 'Negeri UMNO' dan kubu kuat Dato Razali Ibrahim gagal mengamit waima 100 orang untuk datang mendengar cerita-cerita dongeng. Mungkin disebabkan Ustaz-Ustaz PAS khusyuk mengadap program TV3, Anugerah Skrin 2012 malam ini kot? Pastinya esok kita akan dihidangkan dengan berita utama di Haprakdaily, "Puluhan Ribu Hadir Ceramah Jelajah Rakyat - Rakyat Johor Menolak Barisan Nasional."

Dan, ini pula gambar ceramah PAS di Johor. Betul ke PAS hendak menawan Johor?


Published with Blogger-droid v2.0.9

10 Apa Kata Juak-Juak PAS Nurul Izzah Pakai Baju Ketat Nampak Lurah Dendam - Mantap Beb!



CTS pasti kalau orang yang di dalam gambar di atas adalah DS Rosmah Mansor, pasti habis semua hadis dan ayat Al Quran dikeluarkan oleh juak-juak PAS untuk membelasah beliau. Apa pula komen juak-juak PAS apabila Nurul Izzah yang kini menjadi Ratu Selebriti kerana mengeluarkan kenyataan murtad beliau, memakai baju ketat sehingga menonjol pergunungan Andes? Ini bukan aurat ke?

Mungkin Nurul akan berkata, sepertimana beliau berkata semasa forum murtad tempoh hari, walaupun beliau masuk Sekolah Menengah Assunta yang mempunyai salib yang besar, namun iman beliau kuat. Kita tahu iman dia kuat. Tapi bagaimana dengan iman Tian Chua yang selalu menemaninya berceramah? Mungkin orang PAS akan berdalil, Tok Guru cakap siapa yang tidak menutup aurat saja yang boleh dirogol. Tok Guru tak cakap pun kalau pakai ketat tak menaikkan syahwat! I rest my case.

Published with Blogger-droid v2.0.9

November 8, 2012

3 Puluhan Ribu Hadir Ceramah Penerangan Di Bayan Baru - Penang Pasti Kekal Di Tangan DAP



Sekeping gambar yang dihantar oleh penduduk di Pulau Pinang menceritakan segalanya. Penghantar mewakili penduduk-penduduk di kawasan Jalan Mahsuri, Bayan Baru, Pulau Pinang, memberikan bukti bagaimana sambutan yang diberikan kepada "ceramah penerangan" Pakatan Haram yang berlangsung pada 03 November 2012, jam 9.00 malam, gaal memberi impak menarik perhatian penduduk Pulau Pinang, terutama penduduk Bayan Baru.

Adalah difahamkan ceramah bekenaan tidak mendapat sambutan dengan kehadiran cuma dalam sekitar 20 orang. Apa yang menjadi rungutan penduduk sekitar adalah tindakan angkuh penganjur yang menutup jalan utama untuk membina khemah-khemah ceramah di tengah jalan. Dengan tidak menyajikan ceramah daripada Maharaja Lawak Negara yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, memang sudah dijangkakan ceramah PR memang akan sunyi sepi, kecuali dengan  kehadiran jin-jin yang berada di sekitar tempat ceramah berkenaan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

November 7, 2012

2 A Sabah Christian Felt Cheated When Nurul Backpedal Her Statement



Must read article regarding the backpedal of the most controversial statement made by the A God Sent's daughter:

A Sabah Christian friend of mine express her deepest disappointment and confusion when Nurul Izzah Anwar backpedal her statement she made earlier on religious freedom for Malay. In fact I think I was among the first to read Nurul's original statement shown by my sabah's friend on a PR friendly media, FMT (freemalaysiatoday.com) first hand, entitled, 'Nurul Izzah backs religious freedom for Malay', yes, this was the original titled reported by Leven Woon which later deleted and replaced with a new titled 'Nurul backs religious freedom for all', unreliable FMT and Leven Woon.

Adding the last straw, Nurul statement was recorded on tape, after she issued the infamous decree of religious freedom for Malay followed by a round of encouraging applause from her colleagues and by the way Mujahid Yusuff Rawa from PAS is also present at the forum, will he denied? Later Nurul has denied her statement made last Saturday and decided to sue Utusan which only frontpaged another PR friendly media Malaysiakini‘s report on her statement! can U believe this fork tongue Echidna?

Of course as a Muslim I was shock and still is displeased with Nurul's liberal statement, Nauzubillah. My response to this fiasco is, an apple doesn't fall far from its tree. Her father was caught numerous times giving false promises and lying on tape (e.g kg buah pala and ptg pasir), given contradict statements to international media (e.g support the illegal state of Israel which later at home lead an anti Israel flag burning demonstration) and at one time cheating with a China doll on tape with his face vividly shown that he has a bloody cheek denied, even her mother also has given false hope, go and ask the former Penang's do re mi cafe's owner how he lost his life support cafe?

Her fork tongue's family has been going around the country giving lips service to almost every Malaysian in every region, currently in Seremban the male fork tonguee reiterate his promises to give free education, slashing down car price, cheaper petrol and review AES, which later for sure he will not deliver, as if everybody could easily forget his 2008 kg buah pala's promise.

It is very costly if U believe in Anwar's family, Kg Buah Pala folk lost their homes, Do Re Mi cafe's owner lost his family life support cafe, Zaid Ibrahim lost his post, Pairin Kitingan waste his time and Saiful's lost his virginity. How many victims more anwar's family will claim?

Junah@ twitter.com/opshield

Published with Blogger-droid v2.0.9

November 6, 2012

11 Juak-Juak PR Ni, Sembahyang pun Hendak Menunjuk



Dapat gambar di atas daripada seorang kawan. Tiada maklumat diberikan. Oleh itu, maafkan CTS kalau tersalah bertanyakan soalan-soalan berikut:

1. Tidak adakah sangat surau atau masjid berdekatan untuk bersembahyang secara selesa? Darurat sangatkah keadaan di atas seperti menjaga medan perang Uhud yang melibatkan hidup dan mati?

2. Sudah tidak adakah kawasan berteduh dari hujan yang berdekatan, kalau iapun masjid dan surau jauh berpuluh kilometer jaraknya? Kenapa perlu bersembahyang di dalam hujan?

3. Orang yang berpayung itu CTS rasakan datang bulan dan tidak perlu sembahyang. Kalau terdesak sangat hendak bersembahyang, kenapa orang yang berpayung tidak turut serta?

4. CTS andaikan mungkin ini sembahyang subuh dan mereka ini bukan bermusafir. Sekiranya mereka ini bermusafir dan waktu zohor, asar, maghrib dan isya', sudah pasti mereka boleh mengerjakan jamak qasar bukan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 YB PR Kena 7 Saman Kerana Memandu Laju, Enggan Membayar - Salah AES Juga Ke?

ADUN Teja, YB Chang Lih Kang seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Cina, berkata bahawa beliau tidak akan membayar 2 saman AES yang diterimanya kerana memandu laju di Kuala Kangsar dan Subang Jaya. Chang telah mengesahkan mengenai saman-saman berkenaan, seperti yang disemak oleh Pembantu Peribadinya melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Itu cerita ADUN berkenaan di dalam akhbar Cina. Malang sekali ADUN Teja berkenaan merekacipta cerita dongeng seolah-olah mahu memburuk-burukkan Kerajaan melalui perlaksanaan AES. Pembohongan beliau sudah dibongkar. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Perak, Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya terdapat 7 saman atas nama ADUN Teja berkenaan dan ketujuh-tujuh saman berkenaan telah diperolehi sebelum perlaksanaan AES. Apa yang lebih membuatkan cerita ADUN Teja ini sebagai komedi, mana ada AES dipasang di Subang Jaya. Bukankah Kerajaan PR Selangor menangguhkan perlaksanaan AES. Itupun boleh tersilap fakta ka?

Sebagai seorang pengubal undang-undang, amat malang bagi pengundi-pengundi di Teja mempunyai Wakil Rakyat yang melanggar undang-undang dan keras kepala untuk membayar samannya. Bukan satu dan bukan dua, malah TUJUH saman atas nama ADUN berkenaan. Inikah sikap Wakil Rakyat yang kita mahukan? Sudah lupakah kita bagaimana seorang Wakil Rakyat Selangor, ADUN Sekinchan yang melanggar seorang pelajar UiTM, Mohd Bakri sehingga cedera parah dan terlantar di ICU, Hospital Sultanah Aminah, Klang. Ini gara-gara ADUN berkenaan memandu dengan laju, terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan sehingga mengakibatkan pelajar berkenaan yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Untuk penentang-penentang AES terutama daripada pihak penyokong Kerajaan, contoh kedua-dua ADUN PR di atas wajar menjadi ikhtibar bagi pihak anda bermuhasabah diri dan membuat rumusan untuk terus menentang penguatkuasaan undang-undang jalanraya. Fikirkan penentang-penentang AES, sehingga pada satu ketika keluarga, sahabat handai dan orang yang anda sayang, terlibat dalam kemalangan akibat oleh kesalahan pihak lain yang memandu laju dan tidak mengikut undang-undang jalanraya, mungkin anda akan tergadah. Pada masa itu mungkin sudah terlewat. Renung-renungkanlah.

November 5, 2012

5 Video @n_izzah - Melayu Harus Diberi Kebebasan Beragama & LGBT


Video AntaraPos memperlihatkan antara lain Nurul Izzah berkata, “Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf ... ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),”kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November 2012.

Nurul Izzah semalam menafikan di blognya semalam seperti berikut:
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Sekarang siapa yang betul, videokah atau kenyataannya. Kalau ikut kata Presiden PAS, video itu hanya besi. Wallahualam.

8 Gambar Himpunan Pemimpin PR Yang Boleh Membuatkan BN Kalah PRU13!!!



Ini gambar asli dan bukan 'superimpose'. Lihatlah bagaimana fotogenik dan secara selamba pemimpin PR bergambar. Inilah wajah kesayangan pengikut-pengikut PR. Selepas ini Aaron Aziz, Ikram Dinzy dan Fizo Omar akan kehilangan punca rezeki bergambar di majalah-majalah. Mereka akan digantikan dengan peragawan-peragawan hensem seperti Mahfuz Omar, Badrul Amin dan Tian Chua. Tak percaya ka? Lihat sajalah cara mereka bergambar menongkat dagu. Pergh!! Meleleh air liur anak dara melihatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

November 4, 2012

0 Satira Pagi Ahad - Bakal PM Malaysia Tak Jadi
















Published with Blogger-droid v2.0.9
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates