November 7, 2012

2 A Sabah Christian Felt Cheated When Nurul Backpedal Her Statement



Must read article regarding the backpedal of the most controversial statement made by the A God Sent's daughter:

A Sabah Christian friend of mine express her deepest disappointment and confusion when Nurul Izzah Anwar backpedal her statement she made earlier on religious freedom for Malay. In fact I think I was among the first to read Nurul's original statement shown by my sabah's friend on a PR friendly media, FMT (freemalaysiatoday.com) first hand, entitled, 'Nurul Izzah backs religious freedom for Malay', yes, this was the original titled reported by Leven Woon which later deleted and replaced with a new titled 'Nurul backs religious freedom for all', unreliable FMT and Leven Woon.

Adding the last straw, Nurul statement was recorded on tape, after she issued the infamous decree of religious freedom for Malay followed by a round of encouraging applause from her colleagues and by the way Mujahid Yusuff Rawa from PAS is also present at the forum, will he denied? Later Nurul has denied her statement made last Saturday and decided to sue Utusan which only frontpaged another PR friendly media Malaysiakini‘s report on her statement! can U believe this fork tongue Echidna?

Of course as a Muslim I was shock and still is displeased with Nurul's liberal statement, Nauzubillah. My response to this fiasco is, an apple doesn't fall far from its tree. Her father was caught numerous times giving false promises and lying on tape (e.g kg buah pala and ptg pasir), given contradict statements to international media (e.g support the illegal state of Israel which later at home lead an anti Israel flag burning demonstration) and at one time cheating with a China doll on tape with his face vividly shown that he has a bloody cheek denied, even her mother also has given false hope, go and ask the former Penang's do re mi cafe's owner how he lost his life support cafe?

Her fork tongue's family has been going around the country giving lips service to almost every Malaysian in every region, currently in Seremban the male fork tonguee reiterate his promises to give free education, slashing down car price, cheaper petrol and review AES, which later for sure he will not deliver, as if everybody could easily forget his 2008 kg buah pala's promise.

It is very costly if U believe in Anwar's family, Kg Buah Pala folk lost their homes, Do Re Mi cafe's owner lost his family life support cafe, Zaid Ibrahim lost his post, Pairin Kitingan waste his time and Saiful's lost his virginity. How many victims more anwar's family will claim?

Junah@ twitter.com/opshield

Published with Blogger-droid v2.0.9

November 6, 2012

11 Juak-Juak PR Ni, Sembahyang pun Hendak Menunjuk



Dapat gambar di atas daripada seorang kawan. Tiada maklumat diberikan. Oleh itu, maafkan CTS kalau tersalah bertanyakan soalan-soalan berikut:

1. Tidak adakah sangat surau atau masjid berdekatan untuk bersembahyang secara selesa? Darurat sangatkah keadaan di atas seperti menjaga medan perang Uhud yang melibatkan hidup dan mati?

2. Sudah tidak adakah kawasan berteduh dari hujan yang berdekatan, kalau iapun masjid dan surau jauh berpuluh kilometer jaraknya? Kenapa perlu bersembahyang di dalam hujan?

3. Orang yang berpayung itu CTS rasakan datang bulan dan tidak perlu sembahyang. Kalau terdesak sangat hendak bersembahyang, kenapa orang yang berpayung tidak turut serta?

4. CTS andaikan mungkin ini sembahyang subuh dan mereka ini bukan bermusafir. Sekiranya mereka ini bermusafir dan waktu zohor, asar, maghrib dan isya', sudah pasti mereka boleh mengerjakan jamak qasar bukan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

8 YB PR Kena 7 Saman Kerana Memandu Laju, Enggan Membayar - Salah AES Juga Ke?

ADUN Teja, YB Chang Lih Kang seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Cina, berkata bahawa beliau tidak akan membayar 2 saman AES yang diterimanya kerana memandu laju di Kuala Kangsar dan Subang Jaya. Chang telah mengesahkan mengenai saman-saman berkenaan, seperti yang disemak oleh Pembantu Peribadinya melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Itu cerita ADUN berkenaan di dalam akhbar Cina. Malang sekali ADUN Teja berkenaan merekacipta cerita dongeng seolah-olah mahu memburuk-burukkan Kerajaan melalui perlaksanaan AES. Pembohongan beliau sudah dibongkar. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Perak, Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya terdapat 7 saman atas nama ADUN Teja berkenaan dan ketujuh-tujuh saman berkenaan telah diperolehi sebelum perlaksanaan AES. Apa yang lebih membuatkan cerita ADUN Teja ini sebagai komedi, mana ada AES dipasang di Subang Jaya. Bukankah Kerajaan PR Selangor menangguhkan perlaksanaan AES. Itupun boleh tersilap fakta ka?

Sebagai seorang pengubal undang-undang, amat malang bagi pengundi-pengundi di Teja mempunyai Wakil Rakyat yang melanggar undang-undang dan keras kepala untuk membayar samannya. Bukan satu dan bukan dua, malah TUJUH saman atas nama ADUN berkenaan. Inikah sikap Wakil Rakyat yang kita mahukan? Sudah lupakah kita bagaimana seorang Wakil Rakyat Selangor, ADUN Sekinchan yang melanggar seorang pelajar UiTM, Mohd Bakri sehingga cedera parah dan terlantar di ICU, Hospital Sultanah Aminah, Klang. Ini gara-gara ADUN berkenaan memandu dengan laju, terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan sehingga mengakibatkan pelajar berkenaan yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Untuk penentang-penentang AES terutama daripada pihak penyokong Kerajaan, contoh kedua-dua ADUN PR di atas wajar menjadi ikhtibar bagi pihak anda bermuhasabah diri dan membuat rumusan untuk terus menentang penguatkuasaan undang-undang jalanraya. Fikirkan penentang-penentang AES, sehingga pada satu ketika keluarga, sahabat handai dan orang yang anda sayang, terlibat dalam kemalangan akibat oleh kesalahan pihak lain yang memandu laju dan tidak mengikut undang-undang jalanraya, mungkin anda akan tergadah. Pada masa itu mungkin sudah terlewat. Renung-renungkanlah.

November 5, 2012

5 Video @n_izzah - Melayu Harus Diberi Kebebasan Beragama & LGBT

video

Video AntaraPos memperlihatkan antara lain Nurul Izzah berkata, “Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf ... ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),”kata Nurul Izzah dalam forum bertajuk “Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?” di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November 2012.

Nurul Izzah semalam menafikan di blognya semalam seperti berikut:
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Sekarang siapa yang betul, videokah atau kenyataannya. Kalau ikut kata Presiden PAS, video itu hanya besi. Wallahualam.

8 Gambar Himpunan Pemimpin PR Yang Boleh Membuatkan BN Kalah PRU13!!!



Ini gambar asli dan bukan 'superimpose'. Lihatlah bagaimana fotogenik dan secara selamba pemimpin PR bergambar. Inilah wajah kesayangan pengikut-pengikut PR. Selepas ini Aaron Aziz, Ikram Dinzy dan Fizo Omar akan kehilangan punca rezeki bergambar di majalah-majalah. Mereka akan digantikan dengan peragawan-peragawan hensem seperti Mahfuz Omar, Badrul Amin dan Tian Chua. Tak percaya ka? Lihat sajalah cara mereka bergambar menongkat dagu. Pergh!! Meleleh air liur anak dara melihatnya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

November 4, 2012

0 Satira Pagi Ahad - Bakal PM Malaysia Tak Jadi
















Published with Blogger-droid v2.0.9

November 3, 2012

4 Gempar Terbaru - Nurul Izzah Sokong Murtad?


Terkedu sebentar membaca berita Malaysiakini edisi berbayar dalam Bahasa English. Apa sudah jadi dengan anak Ketua Umum PGayR ini. Laporan Malaysiakini yang ditulis oleh Nigel Aw, antara lain memetik Nurul Izzah berkata, "People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays". Nurul Izzah seharusnya sedar setiap perkataan yang dituturkan olehnya. Hampir 100% bangsa Melayu di Malaysia beragama Islam. Adakah beliau sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai menyokong Umat Islam di negara ini untuk murtad? Baca laporan penuh Malaysiakini, di sini.

Apakah idealisme bapanya yang bersikap pluralisme di dalam beragama telah meresap ke dalam diri Wakil Rakyat ini. Nurul Izzah harus menjawab persoalan ini. Sekiranya benar beliau menyokong Umat Islam murtad, lebih baik beliau tanggalkan tudungnya tersebut. Tidak perlu bersikap bermuka-muka. Lagi satu yang peliknya, apakah agenda Malaysiakini hanya menyiarkan berita ini di ruangan berbayar berbahasa English dan tidak ruangan percuma di dalam Bahasa Malaysia. Apakah yang cuba disembunyikan daripada Umat Islam yang hanya membaca di ruangan Bahasa Malaysia?

3 Sah! Tahniah Farid Kamil & Diana Danille ... Tapi Kenapa Bernikah Berkot?



Tahniah Farid Kamil yang sudah sah bergelar suami kepada Diana Danielle jam 9.12 pagi tadi. Mas kahwin RM10,000 tunai. Hantaran dari pihak lelaki sebanyak 5 dulang dan dibalas oleh pihak perempuan sebanyak 7 dulang bersama-sama RM20,000 nilai emas. Semoga perkahwinan mereka kenal hingga ke akhir hayat. Amin.

CTS tidak pandai sangat fasal fesyen. Cumanya agak pelik bagi seseorang Melayu beragama Islam memakai baju kot ketika majlis akad nikah. Selalunyalah orang memakai sepasang baju Melayu atau jubah. Lainlah ketika majlis resepsi atau majlis persandingan. Siapalah pereka fesyen lelaki agaknya? Berpakaian lengkap berkot serba putih tetapi bersongkok hitam. Lebih tidak kena dengan mengayakan capal! Microphone di tangan mungkin mengantikan keris kot? Kesian Farid Kamil.

Lebih elok sekiranya dikenakan baju Melayu Cekak Musang untuk dikenakan dengan tema. Pakaian pihak perempuan ayu dan menarik. Comel dan ayu Diana mengayakan tudung. Semoga beliau terus istiqamah dengan bertudung. Konsep pelamin yang berunsurkan tema "garden wedding"  agak sederhana dan boleh diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik. Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru buat mereka berdua.

November 2, 2012

11 Alahai ... Makcik Tua Pun Nah Bantah Dan Demo Anti AES?


Kadang-kadang lucu juga melihat golongan Pak Turut yang menjadi burung kakak tua. Orang bantah, dia bantah. Orang demo, dia demo. Tengok sajalah makcik-makcik tua di atas. Yang macam S Jibeng pun ada. Tahukah mereka apa yang mereka proteskan itu? Sebelum membuat protes ke atas AES, CTS ingin bertanya, makcik-makcik di atas ada lesen memandu? Kalau ada lesen memandu, berapa kelajuan kereta yang makcik-makcik pandu? 200 km/j?, 300km/j? 

Apalah susah sangat hendak mengikut undang-undang. Kalau mengikut had laju yang ditetapkan, kenapa pula AES nak saman? Golongan anti AES ini adalah golongan bebal dan ego yang suka melanggar undang-undang. Kenapa hendak disalahkan kepada penguatkuasaan undang-undang (AES)? Salahkan sahaja undang-undang had laju yang sedia ada. Pakat-pakat pergi Parlimen, ajak YB-YB dari Kerajaan dan Pakatan Haram agar menghapuskan semua had laju yang sedia ada. Kenapa berkerut dahi. Hapuskan saja undang-undang had laju yang sedia ada. Itukan lebih baik dari membantah penguatkuasaan undang-undang (AES). Kalau benarlah kita hendak mengamalkan hukum rimba.

6 "Melayu Wajib Undi PAS" - Fatwa Baru Puak Sesat Dah Keluar Dah!!!


Ini adalah gambar banner/sepanduk di simpang 4 Binjai, Kubang Kerian menghala ke Kota Jembal. "Melayu Wajib Sokong PAS"? Ambil fatwa daripada mana pulak dah puak-puak yang sesat ini. Kalau ikut pemahaman CTS sewaktu mengaji sekolah pondok dahulu, hukum wajib kalau dibuat dapat pahala, kalau tak buat berdosa! Perkara hukum ini jangan dibuat main kerana ia berkaitan dengan Mukhallaf itu sendiri sebab kalau seseorang itu mengaji usul fekah berkenaan bab hukum taklifi diterangkan dalamnya hukum  wajib ialah kaedah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (jazmun). 

Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan lain-lain. Lagi satu, sejak bila puak-puak ini mementingkan Melayu? Bukankah Mursyidul Am PAS sendiri menolak bangsa Melayu, kerana beliau berketurunan Pattani? Kenapa pula baru sekarang hendak sibuk pasal orang Melayu? Pasal undi? Pergilah mengemis kepada undi kaum Cina DAP yang seringkali didodoi-dodoikan itu.

November 1, 2012

1 Apa Mujahid Buat Di Gereja? Berdakwah Kepada Paderi Kristian Atau Pluralisme Agama?


CTS pernah menyiarkan gambar di atas di dalam posting tidak berapa lama dahulu. Gambar di mana beberapa orang Ustaz sedang berdoa bersama-sama dengan Paderi Kristian. Cumanya CTS tidak mendedahkan siapakah pemimpin PAS berkenaan. Ramai yang tidak perasan bahawa salah seorang daripada ustaz-ustaz berkenaan adalah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa (duduk di sebelah paderi). Sekarang CTS siarkan pula gambar kedua dan ketiga, lokasi di gereja yang sama (Gambar di bawah). Ah sudah! Ustaz Mujahid main-main potong kek pula. Meraikan "Happy Birthday" siapa tu Ustaz?

CTS tak kisahlah sama ada wakil PAS berkenaan hendak berdakwah ke, berbincang ke, berdialog ke, cumanya apa yang terkilan di hati ini, apabila orang-orang Melayu sesama Islam mengajak bermuzakarah dan duduk berbincang bersama-sama untuk kemajuan masyarakat dan perpaduan Umat Islam, banyak pula songgeh mereka. Apabila untuk orang bukan Islam, sanggup bersusah payah hingga ke gereja untuk mengambil hati. Inikah yang dinamakan pemimpin Islam?



 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates