October 27, 2012

5 Apalah Dosa Van Skuad Sayang Dicat Perkataan Babi?


Apalah salah van Skuad Sayang UMNO Bandar Tun Razak dicat merah dengan perkataan "sial" dan "babi". Van berkenaan bukanlah seperti Treler dan Bas Jelajah Rakyat yang digunakan untuk ceramah memaki hamun. Van ini digunakan untuk membawa barang-barang keperluan untuk Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, Agama dan parti sewaktu keadaan kecemasan atau ditimpa musibah seperti banjir. 

Apalah yang dengki sangat dengan kerja mulia yang dilakukan oleh petugas-petugas Skuad Sayang. Kalau tak nak buat sudahlah. Buat Skuad Sayang, teruskan usaha murni anda semua. Kerja yang dibuat oleh sahabat-sahabat telah menampakkan hasil. Rakyat mula sedar siapa yang berkhidmat dan siapa yang mengelat.

2 Cheh!! Tumbang Lembu Korban Seekorpun Hendak Berpolitik? Singkat Akallah Parti PAS



Orang lain tumbang 5-6 ekor korban senyap-senyap sahaja. Yang penting Ibadah Korban diterima oleh Allah SWT. Cuba lihat gambar di atas. Apa makna semuanya ini? Dalam melakukan Ibadat Korban pun sanggup berpolitik. Wahai orang PAS, kalau hennak menunjuk-nunjuk untuk melakukan Ibadah bukan ini caranya, cara ini sebenarnya mengundang benci Rakyat pada PAS. Sekarang Rakyat sudah dapat jawapan yang sebenarnya, bahawa PAS lah yang menggunakan Agama untuk berpolitik. Yang jadi mangsa lembu yang berdosa. 

October 26, 2012

2 CTS Beri Sokongan Penuh Anthony Loke Jadi Presiden Kelab Penyokong PAS Malaysia



Video di atas adalah petikan "drama" di Parlimen sewaktu Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke cuba mempertahankan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang "diserang" oleh MCA dalam isu gesaan Mursyidul Am tersebut merogol wanita yang tidak menutup aurat. 

Begitu sayangnya Ketua Pemuda DAP ini kepada Mursyidul Am PAS melebihi pemimpin partinya sendiri. Manakan tidak, sewaktu Setiausaha Agung DAP diserang dengan perkataan "Cocky, Arrogant and a Tokong" oleh Dr Mansor Othman, tidak sedetikpun beliau bangun untuk mempertahankan Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan daripada tuduhan Timbalannya itu. 

Selepas kejadian di atas, Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat penghargaan seperti di bawah:


Anthony Loke melalui ruangan laman sosial Facebooknya telah melahirkan rasa gembira dan bersyukur seperti kata-katanya seperti di bawah:


Sememangnya CTS amat merasakan Anthony Loke lah orang yang paling sesuai diberi tanggungjawab sebagai Presiden, Kelab Penyokong PAS Malaysia. Ada bangkangan?

4 Ketua UMNO Bahagian Kangar Perlu Beri Penjelasan Banner Lembu Menghina DS Shahrizat Jalil



Lihat kedua-dua foto di atas yang dipasang sekitar bandar Kangar. Kalau sekali imbas memang tidak nampak sebarang kesilapan. Namun jika dipandang betul-betul, poster ini bertujuan untuk menyatakan "Datuk Seri Shahrizat Lembu" dengan susunatur perkataan yang sebegitu rupa. Tidak eloklah untuk sesiapa untuk mensabotaj DS Shahrizat yang telah menyumbangkan 20 ekor lembu di dalam majlis ini.

Ketua UMNO Bahagian Kangar perlu beri penjelasan kepada Datuk Seri Shahrizat kenapa tidak menggunakan otak apabila membuat banner! Beliau mesti bertanggungjawab kerana ini adalah kerja bahagian. Apakah Ketua UMNO Bahagian Kangar tidak sensitif atau tidak ambik tahu apa yang anak buah buat kerja? Blog pembangkang sudah mula mainkan isu ni di dalam blog disebabkan si tolol Ketua Bahagian yang tak perihatin semasa banner ini dibuat.

October 25, 2012

2 Kids - I Bet You'll Be Smiling Seeing This






2 Vandalisme ABU Di Tempat Awam - @chegubard Merupakan Dalangnya cc. @PDRMsia






Juak-juak P"Gay"R bertindak melebihi batas undang-undang sekali lagi apabila melakukan vandalisme di tempat-tempat awam dengan menampal sticker dan mengecat simbol atau lambang "Asal Bukan UMNO (ABU)". Pihak-pihak yang mempunyai otak di lutut ini mana dapat membezakan di atara harta awam dan harta Mak Bapak sendiri. 

Gambar-gambar di atas dengan bangganya disiarkan di dalam blog Harris Ibrahim di sini. Apabila berita berkenaan disiarkan di Twitter, Bakal Ketua AMGay tak Jadi Badrul Hisham atau Chegubard dengan bangganya menulis "Keep on !" (lihat di bawah). Apakah pihak PDRM, pihak berkuasa tempatan dan pihak-phak berkuasa lain yang berkaitan akan sekadar berpeluk tubuh dan melihat sahaja?


October 24, 2012

2 Sekitar Penyerahan Memo Bantahan Hina Islam Kepada Chua Soi Lek








Walaupun jumlah kehadiran pengikut PAS, AMGay dan orang awam hanyalah sekitar 300-400 orang, ianya cukup mengambarkan rasa tidak puas hati Umat Islam ke atas campurtangan Presiden MCA terhadap isu dan hukum hakam Agama Islam. Memo telah berjaya disampaikan kepada wakil Presiden MCA berkenaan oleh wakil PAS dan wakil AMGay. Kelihatan Shamsul Kemetot turut berada di barisan hadapan.CTS menyokong penuh tindakan PAS dan AMGay ini. 

Dalam masa yang sama, PAS dan AMGay juga hendaklah tidak beretorik dan melakukan perkara yang sama kepada YB Karpal Singh yang turut menghina Islam. Barulah dinamakan pejuang. Dalam sibuk-sibuk memerhatikan hadirin yang hadir, lensa kamera juga tidak lepas daripada mengambil gambar selebriti PAS. Siapa lagi kalau bukan Abby Abadi. Bergetah juga janda si Norman Hakim ni ye. Patutlah ramai Ustaz PAS yang ingin mendampingi.


Published with Blogger-droid v2.0.9

6 MasyaAllah! Group Murtad Terbuka Di Facebook


Dalam kesibukan parti-parti politik Melayu Islam seperti UMNO dan PAS ghairah untuk menjadi jaguh siapa yang lebih tinggi keIslamannya, anak-anak muda Malaysia semakin hanyut dengan budaya keluar dari Agama Islam atau murtad. Sekumpulan golongan murtad telah menubuhkan satu "group" di laman sosial Facebook yang dinamakan "Murtads In Malaysia & Singapore", lihat link di sini

Setakat posting ini ditulis terdapat seramai 131 ahli yang menganggotai "group" berkenaan. Eloklah tu, orang-orang Islam di Malaysia tidak payahlah bersatu. Berperanglah. Berkapaklah. Isu murtad bukan isu sejagat kan? Selagi tidak kena kepada anak-anak dan saudara mara kita, buat apa kita nak ambil kisah!

2 Bukti Video Nik Aziz Menggalakkan Merogol Wanita Tidak Menutup Aurat

Inilah video kontroversi Mursyidul Am PAS, Dato Nik Aziz Nik Mat yang mempertikaikan soal moral dan menggalakan rogol ke atas sesiapa yang tidak menutup aurat. Lihatlah sendiri video di bawah yang turut dimuatnaik dari laman Youtube oleh dua bloggers sebelumnya, Just Read dan Stopthelies. Video ini menjadi kontroversi apabila Sabtu lalu, Presiden MCA, DS Chua Soi Lek memperakui kenyataan Heng Seai Kie di dalam Mesyuarat Agong Tahunan MCA, yang mendakwa Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat. Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008 (seperti di bawah).

Bagi berlaku adil, tindakan Chua Soi Lek mempertikaikan hukum hudud memang tidak dapat diterima oleh mana-mana Umat Islam di negara ini termasuk CTS. CTS menentang sekeras-kerasnya campurtangan beliau di dalam hal ehwal Agama Islam. Walau bagaimanapun, tindakan Chua dan Heng yang mempertikaikan Nik Aziz Nik Mat yang seakan-akan menggalakan orang supaya merogol orang yang tidak menutup aurat, telah dibuktikan melalui video di bawah dan amat tidak boleh diterima. CTS bagaimanapun bersetuju Nik Aziz tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam. Nik Aziz hanya menyebut secara umum, wanita yang tidak menutup aurat, padan muka kena rogol!

October 23, 2012

6 Zuraidah "Mak Lampir" Gunakan Pemandu Teksi Tak Berdisiplin Pula Untuk Berdemo

Semakin dekat PRU13, semakin banyak pihak dipergunakan oleh Pakatan Haram untuk mengugut Kerajaan dengan permintaan-permintaan yang tidak masuk akal. Terbaru, tidak sampai 100 pemandu teksi Lembah Kelang yang mengelarkan diri mereka sebagai Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) dengan didalangi oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida " Mak Lampir" telah memberikan kata dua kepada Kerajaan untuk menunaikan permintaan-permintaan mereka dalam kadar segera. Kalau tidak, mereka akan mogok setiap minggu setiap Sabtu dan akan menyokong Pakatan Haram serta memburuk-burukkan Kerajaan kepada penumpang-penumpang teksi yang menggunakan perkhidmatan teksi mereka.

Kita sedia maklum bukan semua pemandu-pemandu teksi yang merupakan penyokong Kerajaan. Dalam mereka merembat segala bantuan Kerajaan kepada pemandu-pemandu teksi terutama bantuan terbaru   iaitu insentif hampir RM35 juta untuk pemandu teksi di seluruh negara melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), mereka tetap tidak bersyukur. Kita tidak salahkan Mak Lampir dan Pakatan Haram. Mereka ini bijak memperdayakan Rakyat minoriti yang cuba mengambil peluang atas sikap terdesak Pakatan Rakyat untuk meraih undi. Namun kita terkilan dengan sikap segelintir pemandu teksi yang malas bekerja, suka berjudi dan menipu pelanggan.

CTS agak tersenyum membaca tuntutan-tuntutan kumpulan pemandu-pemandu teksi yang dipergunakan oleh Mak Lampir ini. Antara tuntutan mereka adalah merangkumi penghapusan kadar bunga atau cukai kenderaan, pembelian teksi buatan Malaysia dimansuhkan, membenarkan penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanannya kurang memuaskan serta kadar harga meter dikaji semula, menuntut kerajaan supaya mengkaji semula kemudahan perkhidmatan bas Go KL, memansuhkan kaunter teksi berkupon yang telah membebankan penumpang dengan bayaran tambahan, menubuhkan badan yang menjaga hak pemandu teksi dan memberi pinjaman untuk pembelian rumah dan sebagainya.

Hebat betul permintaan mereka ini seolah-olah nasib mereka sahaja yang perlu dibela oleh Kerajaan. Apakah kemudahan-kemudahan yang mereka minta ini adalah berjajaran dengan khidmat yang mereka berikan kepada masyarakat dan Rakyat Malaysia selama ini. CTS pernah membuat liputan mengenai pemandu-pemandu teksi sebelum ini dan membuat posting di dalam blog ini. Kesannya, banyak komen-komen negatif yang diberikan oleh pembaca-pembaca CTS. Apakah masalah yang ditimbulkan oleh memandu-pemandu teksi seperti tidak mahu menggunakan meter, mengenakan tambahan yang terlampau tinggi, tidak mahu mengambil penumpang dan bermacam masalah lain akan selesai sekiranya Kerajaan menurut kemahuan mereka di atas?

0 UFB Beri Amaran Kepada Chua Soi Lek & Karpal Singh - Siapa Kata UMNO Bertolak Ansur Hal Islam?


Sebelum ini juak-juak Pakatan Haram berkokok mengatakan bahawa UMNO tidak berani menegur Chua Soi Lek, Presiden MCA, berkenaan campurtangan beliau di dalam urusan dan hal ehwal Agama Islam. Ulama Muda UMNO dan juga CEO ILMU, Ustaz Fathul Bari Jahya, ketika di dalam kuliah ilmu " Bicara Orang Muda" di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka, pada hari Ahad, 21 Oktober 2012, telah menegaskan kepada pemimpin bukan Islam supaya biarkan isu-isu Islam di selesaikan oleh orang-orang Islam. Beliau meminta agar mereka jangan komen jika mereka tidak faham isu yang berkaitan dengan Islam. Tambahan beliau, ini adalah perkara yang sangat sensitif kepada kita, Umat Islam. Mesti tonton penjelasan UFB di dalam video di bawah:

October 22, 2012

5 Kalau Ini Gaya Sambutan Rakyat Selangor Ke Atas Ceramah PR, InsyaAllah BN Boleh Dapat Balik



Tarikh : 19 Oktober 2012.
Ceramah : Ceramah Umum di perkarangan rumah Hamzah bin Abd Samad, No. 1, Taman Desa Mawar 3/3, Sg Yu, Tanjung Karang, Anjuran Cabang PKR Tanjung Karang.

Penceramah :
1. Zuraidah " Mak Lampir" Kamuddin - Ketua Wanita PKR Pusat.
2. Abdullah Sani Hamzat - Timbalan Ketua AMK Selangor.
3. Yahya Sahri - Ketua PKR Cabang Tanjung Karang.
4. Judi bin Sarjo - YDP PAS Kawasan Tanjung Karang.

(Kredit gambar kepada rakan Facebook, Kongkang Keramat)

Yang lebih memilukan hati, di bawah ini disertakan juga gambar-gambar petang semalam di mana  Anwar Ibrahim telah mengadakan "roadshow" PR mengelilingi Selangor untuk meraih undi orang Selangor. Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat ke Selangor yang bermula dari Puchong dan berakhir di Depan Masjid Batu 8 Ijok.




Kalau ini caranya penerimaan Rakyat Selangor ke atas pemimpin nombor 1 Pakatan Haram, InsyaAllah pentadbiran Selangor akan bertukar tangan. Ini kalilah!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates