October 7, 2012

11 Majlis Makan Malam PAS Melaka - Arak Dihidang Berleluasa!


Majilis : Jamuan Makan Malam dan Ceramah Pakatan Rakyat Negeri Melaka
Tarikh : 6.10.2012 (sabtu)
Tempat : Taman Paya Mengkuang Kuala Sg Baru, Melaka
Masa : 7.30 malam 
Tetamu : 
1. Yb Ng Suee Lim ( ADUN Sekinchan )
2. Yb Tian Chua ( Ahli Parliman Batu )
3.Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ( Ahli Parlimen Bukit Gantang )
4. Y.B. Tuan Teng Chang Kim (ADUN Sungai Pinang )
5.YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah)
6. Tn Haji Adly Zahari ( Persuruhjaya Pas Negeri Melaka 
7. Yb Goh Leong San (ADUN Kesidang )
8. Shamsul Iskandar Mohd Akin ( Ketua AMK )

"Screenshot" gambar di atas diambil daripada laman sosial Facebook Pesuruhjaya PAS Melaka. Betullah seperti apa yang disampaikan kepada CTS melalui "Blackberry Messenger (BBM)", parti yang mengaku Parti Islam, PAS PIS PUS telah menganjurkan majlis makan malam dan ceramah dengan dipenuhi dengan minuman-minuman keras. Mana mungkin gambar yang diambil dari Facebook pemimpin PAS sendiri diubahsuai (superimpose). Botol-botol dan tin-tin arak berselerekan di atas kerusi dan meja sedangkan bendera parti Bulan megah berkibar di atas kepala. Pemimpin dan pengikut PAS marah apabila mereka diperli dengan "takebeer!" tapi lihatlah sendiri gelagat dan kelakuan pemimpin PAS Melaka. Demi undi daripada masyarakat Cina Melaka, prinsip perjuangan dan maruah Agama sanggup digadaikan. Tahniah PAS! Takebeer!

5 Keramat Mall - Apakah Pasar Baru Keramat Ini Bakal Menjadi "Gajah Putih"?



Kalau sesiapa suka makan roti bom atau roti canai mahu pun nasi ayam, maka pasar Keramat lah tempat yang paling elok untuk mencari makanan sebegini. Bukan sahaja makanan, malah barang basahan serta sayur-sayuran juga boleh di dapati, ayam hidup dan yang sudah disembelih pun boleh di beli di sini. Pasar Keramat sinonim dengan warga Ibu Kota. Malah CTS yang tinggal di Shah Alam, sekali sekala akan turun ke Pasar Keramat untuk mencari barangan harian yang unik seperti belacan dan budu.

Jika pada yang belum biasa ke pasar Keramat ini maka sekali sekala akan terasa seperti berada di sebuah pekan kecil di Indonesia macam di Medan atau di Lombok. Orang Indonesia sangat ramai di sini baik siang mahu pun malam. Mungkin kerana tempat nya yang strategik yang sangat berhampiran dengan LRT Keramat. Pada waktu waktu tertentu seperti bulan Ramadhan, pasar ini akan sesak dan laluan kenderaan akan merasai trafik jam yang agak merimaskan dengan kedai tambahan serta barangan perayaan. Walau pun kebanyakan kedai kelihatan uzur dan usang namum orang ramai tetap datang juga ke Pasar Keramat ini.

Tidak beberapa jauh dari pasar Keramat ini ujud lagi satu bangunan dan kawasan perniagaan baru yang lebih cantik dan moden. Selain dari kedudukannya amat sesuai berhampiran stesyen LRT Damai dan kawasan parkir yang luas dan teratur. Cuma peliknya ianya seolah-olah tiada sambutan daripada orang ramai. Memang adalah sedikit urus niaga di bawahnya seperti kedai makan yang semacam tiada sambutan. Di satu sudut pula ada kumpulan pencinta batu cincin yang selalu berkumpul untuk membelek-belek koleksi batu cincin mereka sambil bertukar tukar fikiran.

Apa yang membuat kawasan Keramat Mall ini nampak agak hidup ialah apabila ada majlis kenduri kawin di tingkat atasnya, maka ramailah orang berpusu ke situ. Jika tidak, hambarlah kembali. Kawasan parkirnya pula agak penuh juga di waktu pagi, barangkali yang naik LRT di stesyen Damai meletakkan kereta mereka di situ kerana setakat ini belum dikenakan apa-apa bayaran. Masa pembinaan Keramat Mall ini mengambil masa yang amat lama juga untuk disiapkan. Entah apa masalahnya tidaklah diketahui.

CTS tertanya-tanya apakah sebab peniaga Pasar Keramat enggan pindah ke Keramat Mall? Tinjauan kami mendapati antara sebab peniaga Pasar Keramat enggan berpindah ataranya adalah ketidakpuasan hati peniaga terhadap logistik pasar itu iaini pasar basah dan ikan lokasinya di tingkat atas dan kedai makannya di ruang bawah. Lebih membimbangkan dan mengecewakan, ada pula yang berkata ianya atas sebab peniaga-peniaga yang memiliki kedai di Pasar Keramat ini semuanya bukan lagi orang tempatan dan majoritinya sudah pindah milik kepada peniaga asing yang berlakon sebagai pekerja makan gaji. Dalam erti kata mudah, kedai itu sudah di tukar tangan, cuma nama sahaja milik orang tempatan. 

Amat rugi jika peniaga-peniaga Pasar Keramat tidak merebut peluang untuk membuka perniagaan di Keramat Mall kerana dalam masa 10 hingga 20 tahun akan datang, dengan kemajuan ekonomi dan pasarana negara serta sosio masyarakat berubah, inilah sebenarnya bentuk kedai perniagaan moden. Hanya memerlukan terjahan ataupun promosi luar biasa sahaja Keramat Mall akan dapat menjadi terkenal dan tumpuan. Orang-orang Melayu tidak berbanggakah mempunyai bazar atau pasaraya moden untuk mereka berniaga? Atau mereka hanya lebih selesa berniaga di jalanan? Jika ruang niaga di Keramat Mall ini ditawarkan kepada peniaga-peniaga bangsa lain, pastinya mereka akan merebut-rebut peluang ini kerana bangsa asing tahu apa yang elok untuk dibuat di dalam perniagaan dan selalu melihat kehadapan.

October 6, 2012

0 Buyjet Alternatif Pakatan Haram - Bajet Menabur Janji



PERKARA-PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG BAJET PR

1. Tetap SATU BAJET DEFISIT – walaupun seantero Pakatan Rakyat mendakwa bahawa bajet alternatif 2013 yang diumumkan baru-baru ini menggambarkan polisi kukuh ekonomi mereka, menyokong penghapusan monopoli dan bakal mengimplementasi undang-undang antipakat ("antitrust") yang mampan. Dari segi angka, bajet alternatif 2013 mensasarkan defisit sebanyak 3.5 peratus berbanding 4.3 peratus, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM234 bilion melebihi pendapatan sebanyak RM197 bilion.

Walaubagaimanapun, BN telah merangka rancangan untuk mengurangkan kadar defisit ini dalam tempoh lima tahun dengan sasaran 3.5 peratus menjelang 2015. Sasaran kerajaan untuk 2013 adalah sebanyak 4 peratus. Kita tidak boleh melakukan pengurangan atau melancarkan bajet berjimat cermat secara drastik, untuk terus mengurangkan kadar defisit kepada 3.5 peratus tahun depan, tatkala ekonomi global sedang gawat.

Sebaliknya, di dalam kegawatan ekonomi global, setiap negara perlu berbelanja dalam beberapa aspek untuk merangsang ekonomi domestik agar mampu bertahan menghadapi kesan-kesan ekonomi global. Ini kerana ekonomi domestik Malaysia merangkumi lebih 70 peratus daripada KDNK (Jumlah pendapatan negara). 

Malahan, Malaysia adalah salah sebuah negara yang baru-baru ini mendapat pujian dari komuniti kewangan antarabangsa kerana strategi serampang dua mata yang merangsang ekonomi dan mengekalkan pertumbuhan pada kadar 5 peratus. Pakatan Rakyat juga sebenarnya mengakui dalam bajet alternatif 2013, mereka tidak dapat melancarkan lebihan bajet tahun depan walaupun mereka menghentam kuat kadar hutang negara masakini.

2. Pakatan Rakyat (PR) juga mendakwa mereka akan menyelesaikan isu perumahan mampu milik dengan menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan untuk melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik secara besar-besaran di seluruh negara. 

Bukan setakat itu sahaja, malahan PR juga berkata mereka akan menghentikan beberapa projek-projek penting serta agensi-agensi yang digerakkan di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib seperti pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga agensi pembangunan strategik 1MDB.

PR mencadangkan penggabungan 1MDB dengan Khazanah, di samping mendakwa bahawa pembaziran berlaku apabila kedua-dua agensi ini mempunyai objektif yang sama, selain daripada menetapkan polisi-polisi dividen minimum sebanyak RM2 bilion ke atas Khazanah.

Walaubagaimanapun, sekiranya kita membuat kajian secara mendalam, usaha PR untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Kebangsaan ini sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui 1PRIMA, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk menyediakan perumahan mampu milik lebih baik kepada golongan berpendapatan rendah.

Bajet PR tidak realistik apabila mereka mahu menghentikan pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh dan juga 1MDB kerana ini mendatang implikasi kepada ekonomi negara. Di Lembah Kelang, di mana tanah semakin penuh, salah satu cara untuk kerajaan menyediakan perumahan mampu milik adalah dengan melepaskan lebih banyak tanah kerajaan untuk membina rumah. Tidak ada lagi tanah kerajaan di Lembah Kelang untuk menampung permintaan perumahan selain daripada tanah milik Institut Penyelidikan Getah tersebut.

Patutkan pembangunan seperti ini dihentikan dan bagaimana pula nasib beribu-ribu buah rumah baru, yakni rumah-rumah dalam anggaran RM500,000 ke bawah. Bukankah ini bakal membawa implikasi buruk kepada ekonomi negara? Satu lagi kelemahan dalam cadangan mereka adalah persoalan bagaimana persaingan boleh dipupuk sekiranya 1MDB dan Khazanah digabungkan?

Sebab utama kenapa 1MDB ditubuhkan adalah untuk memupuk persaingan antara Khazanah dan 1MDB, kerana persaingan ini mampu merangsang kecekapan dan prestasi untuk membawa pulangan yang lebih mantap kepada kerajaan.

3. PR juga menyatakan hasrat mereka untuk menaikkan royalti minyak sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Di atas kertas, memang nampak enteng. Tidak ramai yang sedar bahawa dalam mana-mana urusan perniagaan, sebaik sahaja kontrak ditandatangani, ia kekal terikat – tidak kiralah apa juga hasilnya. Kecuali, sekiranya kedua belah pihak bersetuju untuk menamatkan perjanjian tersebut yang berdasarkan kepada kefahaman yang mutual.

Dan paling penting terdapat “Penalty Clause” yang boleh mengakibatkan kerugian besar kepada PETRONAS apabila kontrak tersebut tidak dipenuhi atau dipersetujui oleh mana-mana pihak. Kerajaan-kerajaan negeri kini menerima 5 peratus royalti minyak, hasil dari perjanjian yang telah dibuat lebih 40 tahun dahulu. Dan tambahan pul setiap negeri mempunyai hak untuk menyimpan hasil kutipan cukai di negeri masing masing. Ini tidak termasuk pembiayaan projek-projek daripada Kerajaan Persekutuan tidak kira negeri tersebut dikelola oleh Pakatan ataupun Barisan.

Pembiayaan-pembiayaan melalui pembayaran produk-produk petroleum kepada kerajaan Persekutuan dan negeri dibuat mengikut sebuah Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC). Kontrak terserbut telah ditandatangani antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi asingnya seperti Shell, ExxonMobil dan lain-lain.

Dengan meminda kadar pengeluaran, akan menjurus keadaan kepada rundingan semula antara PETRONAS dan rakan-rakan kongsi PSCnya yang lain. Tambahan pula, kontrak ini termaktub untuk satu jangka waktu tertentu, dan sebarang usaha untuk meminda kriteria-kriteria kontrak ini akan menghancurkan minat dan keyakinan syarikat-syarikat gergasi minyak asing ini.

Bukan setakat itu sahaja, ramai yang tidak sedar bahawa Malaysia, melalui syarikat petroleum kebangsaannya PETRONAS memiliki salah satu daripada kontrak perkongsian pengeluaran yang paling adil dan efisyen di dunia. PSC PETRONAS adalah yang paling baik dengan syarat-syarat fiskal inovatif yang berlandaskan jumlah progresif (Progressive Volume-Based). Ini membolehkan kontraktor-kontraktor PSC untuk menambahkan lagi usaha-usaha dan komitmen mereka secara agresif dalam menggiatkan semula dan memaksimakan potensi dari lapangan minyak mereka.

Sepanjang tahun-tahun ini, PETRONAS telah memperbaiki perjanjian-perjanjiannya melalui kontrak-kontrak perkongsian risiko (RSC), mempelbagaikan lagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) yang asalnya diperkenalkan pada tahun 1976. Bermula tahun lepas, PETRONAS telah menyemak semula perjanjian tersebut sebagai PSC "enhanced oil recovery" (EOR) yang melonjakkan kadar pengeluaran dari 26 peratus kepada 40 peratus.

Sebagai sebuah perjanjian yang berlandaskan prestasi, ia dibina di Malaysia agar rakyat Malaysia dan rakan-rakan kongsi swasta mendapat manfaat dari lapangan-lapangan marginal yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan ini.

Sekiranya anda mahu menaikkan royalti minyak bermakna anda harus mengkaji semula segala perjanjian-perjanjian sedia ada, yang memang berkesan dengan baik dalam memberikan manfaat kepada kita.

4. Pakatan mahu menurunkan cukai-cukai automatif sebanyak 20 peratus tahun depan berbanding kadar masa kini antara 65 hingga 105 peratus.

Kita perlu memahami latar belakang Dasar Automatif Negara. Ini kerana cukai-cukai yang tinggi ke atas kereta; ia akan menjadi keterlaluan, merbahaya dan sangat mengganggu sekiranya ia dikurangkan secara drastik. Ia harus dilaksanakan dengan berperingkat -- samada dilaksanakan di bawah satu jadual ujian atau pun apabila kerajaan membuat keputusan.

Sebarang pindaan drastik kepada satu rejim cukai sifar akan mengakibatkan gangguan yang besar terhadap pasaran dengan harga-harga kereta yang sedia ada (sebagai contoh, kereta second hand), dan dalam sesetengah kes, akan jatuh mendadak sehingga kurang daripada separuh nilai masa kini. Adalah lebih munasabah sekiranya kadar cukai diturunkan sedikit demi sedikit melalui satu tempoh waktu tertentu. Memanglah ia akan membebankan namun, adakalanya ini sahaja jalan yang ada agar kesenangan dapat dikecapi kemudian hari.

Katakan, dalam tempoh 10 tahun dengan sasaran untuk mengurangkan kesemua cukai ke atas kereta dalam tempoh tersebut kepada 10 peratus dari kadar 85 peratus sekarang (untuk kereta-kereta kebangsaan) dengan purata point 7.5 peratus setahun. Sebuah kereta nasional berharga RM50,000 sekarang akan berkurangan sebanyak RM2,000 dalam masa setahun. Ini akan mengakibatkan gangguan yang minimal kepada kedua-dua pasaran kereta baru dan terpakai, dan kejatuhan harga kereta ini akan lebih mudah diterima oleh pemilik-pemilik kereta.

Bukan seperti penurunan drastik 20 peratus yang dicadangkan oleh PR. Dengan penurunan drastik 20 peratus, bolehkah anda bayangkan betapa banyak gangguan bakal berlaku kepada pasaran-pasaran kereta baru dan terpakai? Nilai kereta anda akan jatuh sebanyak 20 peratus dalam sekelip mata. Akibatnya anda tidak boleh menjual kereta disebabkan perbezaan harga yang terlampau. Dan ini akan mengakibatkan lebih banyak orang rugi (mungkin juga jatuh bankrap) kerana penurunan harga kenderaan yang drastik.

5. PR juga telah mencadangkan kajian semula ke atas semua kontrak-kontrak berkaitan MRT dengan niat untuk membuat peruntukan semula perbelanjaan bagi mengembangkan sistem rangkaian bas, dalam sasaran melengkapkan laluan-laluan LRT sedia ada dan laluan MRT masa hadapan.

Ia berkata ia akan memberikan tumpuan kepada Bus Rapid Transit (BRT) kerana ia adalah "sebuah penyelesaian pengangkutan awam alternatif yang lebih efisyen dari segi kewangan," dan menyarankan bahawa ia telah pun dilaksanakan di bandaraya-bandaraya seperti Bogota, Colombia dan Johannesburg, Afrika Selatan.

Walaubagaimanapun, apa yang tidak disedari oleh PR adalah di bandaraya-bandaraya tersebut wujud kombinasi sistem bas dan keretapi. Di bandaraya-bandaraya contoh untuk pengangkutan awam seperti Tokyo dan Zurich pun, mereka meletakkan keretapi sebagai ciri utama sistem pengangkutan awam mereka.

Implementasi BRT sebenarnya telah pun dimulakan sejak 2009 di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk pengangkutan awam. Laluan-laluan BRT telah diwujudkan dari beberapa buah bandar-bandar satelit yang menghala ke KL dengan menggunakan laluan bas berdedikasi. Pengurang masa perjalanan dari bandar ke KL melalui BRT telah mencapai lebih daripada 50%.

Malah di bawah GTP, Kerajaan sudah menambahbaik perkhidmatan LRT agar lebih meluas dan selesa. Lebih dua juta penumpang di dalam tahun 2011 telah menikmati penambahbaikan perkhidmatan ini tanpa kita sedari. Projek MRT yang dicadangkan oleh Kerajaan sudahpun bermula kerana ia perlu untuk memenuhi permintaan penumpang dan juga disebabkan oleh faktor urbanisasi, dimana KL akan mempunyai lebih daripada 9 juta penduduk pada tahun 2020, berbanding 6 juta pada tahun 2011.

6. Jika kita lihat secara rawak, semua janji-janji Pakatan melalui Bajet Alternatif 2013 sudah terkandung dalam inisiatif yang masih dan telahpun dijalankan oleh Kerajaan. Terdapat juga beberapa idea baru, tetapi gagasan idea baru tersebut tidak mempunyai impak maksima kepada rakyat Malaysia.

Contoh yang ketara seperti yang terkandung di mukasurat 2, Bajet Alternatif 2013. Penjimatan hasil penurun harga kereta yang mereka warwarkan selama ini, hanya mempunyai nilai peningkatan RM70 bagi setiap rakyat Malaysia. Bagi mereka pula yang mempunyai pinjaman PTPTN, jumlah penjimatan bagi setiap warganegara hanya RM 200. Tetapi berapa ramai yang layak mendapat pinjaman PTPTN?

Tambahan janji mereka lagi adalah Special Teaching Allowance sebanyak RM500 kepada guru-guru yang hanya mempunyai jumlah sebanyak 400,000 orang. Apa yang berlaku kepada 28 juta rakyat Malaysia yang tidak mendapat apa-apa bantuan atau penjimatan daripada janji mereka?

Ini menunjukkan perbezaan yang ketara daripada Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Banyak peruntukan bantuan atau tax relief yang diumumkan untuk setiap kategori masyarakat (tua, muda, pelajar, pegawai kerajaan, dan sebagainya), tetapi kita sebagai rakyat Malaysia masih alpa dan mudah ditipu oleh propoganda Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan.

Ini kerana semakin hampir kita kepada Pilihanraya Umum ke-13, semakin ramai pihak yang akan menyemarakkan kemarahan, dalam misi membuat kita alpa dengan apa yang ada di sekeliling kita. Konsep kesyukuran kepada apa juga rezeki yang kita perolehi (baik secara langsung atau tidak melalui bantuan Kerajaan) akan terhapus dengan sewenangnya, jika kita tidak arif menilai secara objektif dengan apa yang kita telah dan sedang menikmati.

Adakalanya perubahan kehidupan yang kita inginkan itu datang dari usaha kita sendiri. Telah banyak perubahan yang dijanjikan pada tahun 2008 oleh Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, persoalannya adakah kehidupan penduduk telah berubah atau rezeki mereka melimpah ruah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat?

Walau apa pun yang tercetak dalam Bajet 2013 atau Bajet Alternatif 2013, hanya kita sebagai rakyat yang layak menilai.

Kata orang tua-tua...

Selidik dahulu sebelum sokong,

Jangan sampai kena kelentong!

(Tulisan dan analisis yang baik daripada Ahmad yang dihantar melalui e-mail suara@anakmuda.info)

October 5, 2012

3 Anwar Ibrahim Ingin Menjemput Peguam Scorpene Ke Malaysia Untuk Burukkan Negara


Anwar Ibrahim belum tamat perjuangannya untuk memburukkan Kerajaan. Ketua Pembangkang berkenaan kini berada di Paris, Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat - satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales, anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene. Hari ini beliau dengan bangganya bergambar dengan salah seorang peguam berkenaan, William Bourdan, dan mengemaskinikan di dalam laman sosial Facebook beliau.

Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene. Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram. Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.

Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang. Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.

0 Tinderbox - Adakah Idea Sekular Dan Liberal Penulis MJ Akhbar Didokong Oleh Anwar Ibrahim?


Anwar Ibrahim baru-baru ini telah melancarkan kembali buku "Tinderbox - The Past and Future of Pakistan" tulisan MJ Akbar (penulis dan wartawan India). Buku ini sebenarnya telah pun berada di pasaran pada Julai lalu dan telahpun dilancarkan di luar negara pada 11 Januari 2011. Mengapa pelancaran ini berbentuk "soft-launching" di Malaysia diadakan selepas hampir 2 tahun buku berkenaan berada di pasaran dunia oleh Ketua Pembangkang Malaysia?

video

Apa yang menariknya mengenai buku ini sehinggakan Ketua Pembangkang yang sibuk dengan tugasannya berkempen untuk PRU13, meluangkan masa untuk melancarkan (Anwar Ibrahim mengistilahkan sebagai meluncurkan) buku berkenaan? Banyak tulisan-tulisan di dalam buku ini yang mengambarkan penulisnya MJ Akhbar berpendapat untuk menjadi sebuah negara maju, Pakistan mesti ditadbir secara sekular, liberal dan demokrasi secara barat. Antara petikan dari buku berkenaan adalah:
"Jinnah visualized a Pakistan that had a Muslim majority, but was secular in its practices. He did not comprehend that he had created an opportunity for those committed to an alternative ideology. The most powerful of these ideologues was an extraordinary cleric with exceptional persuasive powers, Maulana Maududi. If Jinnah was the father of Pakistan, Maududi emerged as its godfather." 
"Pakistan can become a stable modern nation, but only if the children of father of Pakistan Ali Jinnah can defeat the ideological heirs of godfather of Pakistan Maulana Maududi (founder of Jamaah Al-Islami)"
Apakah Anwar Ibrahim hendak memberitahu sekutu-sekutunya di dalam PAS bahawa pentadbiran ulama tidak akan berjaya di Malaysia? Apakah komen Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang, apabila Anwar Ibrahim mendokong konsep sekular dan liberal di dalam perjuangannya? Di mana PAS apabila Anwar Ibrahim menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama? Tonton juga dua video yang memuatkan pandangan MJ Akhbar yang mungkin menjadi pegangang Anwar Ibrahim, di sini dan di sini.

October 4, 2012

4 Perang Dingin Mustapha Ali - Azmin Ali Berterusan, Azmin Kata Mustapha Sudah Tua Dan Cepat Melatah

Perang dingin di antara Mustapha Ali dan Azmin Ali nampaknya tiada kesudahan. Dua hari lepas Azmin Ali berkata TS Abdul Khalid mungkin dipindahkan ke Pusat sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Katanya lagi, keputusan itu, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, PAS dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran tokoh korporat itu menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula menemplak Azmin Ali dengan berkata, kenyataan Azmin Ali bersifat peribadi yang tidak pernah dibincangkan itu perlu dielak kerana ia boleh dianggap sebagai pendirian bersama Pakatan Rakyat. Hari ini pula, dalam menjawab soalan pengikutnya di dalam laman sosial Twitter, anatara lain berbunyi, "Mustapha Ali dakwa kenyataan YB akan mengelirukan Rakyat berhubung MB Selangor." Apa jawapan Azmin?


Dalam erti kata sebenar, Azmin hendak berkata, Mustapha Ali sudah tua, nyanyuk dan cepat melatah. Kah! Kah! Kah! Kesian orang tua berjawatan Setiausaha Agung PAS diperlakukan sebegitu. CTS bukannya apa. Nasihat buat pemimpin dan juak-juak PAS. Duduk dalam Pakatan Haram tu diam-diam. Jangan berbunyi atau bersuara. Anda semua hanyalah tempelan atau malukut di tepi gantang. Tak berguna!

9 @hdaily09 Menyiarkan Gambar "Superimpose" Untuk Memalukan Najib - Haprakdaily Memang Lidah Syaitan



Harakahdaily yang haprak lebih sesuai ditukar nama kepada Haprakdaily sekali lagi menjadi penyambung lidah syaitan apabila menyiarkan satu artikel daripada sebuah blog (omakkau.blogspot.com) yang bertajuk "Cukup dahsyat, nama roti canai Najib!", lihat di sini. Penulis blog berkenaan lebih dikenali sebagai Bumiputera Berjaya di laman sosial Facebook. Tindakan Haprakdaily yang sering melaporkan berita fitnah memang tidak dapat disangkal. Gambar diatas telah diubahsuai (superimpose) dengan niat untuk menghina pemimpin nombor satu negara.

CTS sertakan kembali gambar asal seperti di bawah yang dipetik daripada blog "Penang Food, Penang Travel and Penang Lifestyle" (www.stevengoh.com), lihat di sini. Sebagai parti yang mengaku Parti Islam, tindakan membuat fitnah sebegini lebih kepada sebuah Parti Syaitan. Inilah contoh etika kewartawanan Haprakdaily serta intergriti bloger-bloger Pakatan Haram.

October 3, 2012

7 Sambutan Himpunan Royalti Di Istana Kehakiman Putrajaya Semakin Merosot - Dari 1,000 Orang Turun 300 Orang

Kumpulan pendesak Royalti pagi ini berkumpul di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mendengar penghakiman mengenai tuntutan Royalti oleh Kerajaan Negeri Pimpinan PAS. Daripada 1,000 orang yang menghadiri perhimpunan, sembahyang hajat dan ceramah perdana di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semalam, pagi ini hanya tinggal sekitar 300 orang. Majoritinya adalah terdiri daripada konvoi penyokong PAS dari Kelantan. Kita harapkan konvoi berkenaan dapat bercuti dan berehat di Putrajaya. Bukan senang hendak dapat peluang lawatan percuma. Selepas penghakiman dibuat, jangan balik dulu. Banyak tempat-tempat menarik di Putrajaya untuk anda semua lawati.





October 2, 2012

18 Terkini!!! Himpunan Dan Solat Hajat Royalti Kelantan Gagal Mendapat Sambutan

















Ketika ini CTS berada di Dataran Kemerdekaan Shah Alam meyaksikan Himpunan dan Solat Hajat Royalti Kelantan. CTS jangkakan lebih kurang 1,000 kurang lebih hadir ke majlis ini. Solat Isya' dan Solat Hajat baru sahaja selesai, yang diimamkan oleh Presiden PAS, DS Haji Abdul Hadi Awang.

Selepas ini ceramah politik seperti biasa. Antara yang berceramah malam ini adalah Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Tan Seng Giaw, Husam Musa, Baru Bian dan lain-lain. Esok konvoi akan bergerak ke Mahkamah Putrajaya untuk mengadakan himpunan awam. CTS menjangkakan acara sebegini seperti BERSIH, Hijau, Royalti dan sebagainya akan diteruskan hingga PRU13, bagi mewujudkan momentum agar Pakatan Haram tidak terus dilupakan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

39 Ratusan Teksi Lembah Klang Mogok Di Bukit Bintang - Jalanraya Di Ibu Kota Lumpuh


















Tempat - Sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Masa - 3.30 pm hingga kini.


Beratus-ratus teksi mengadakan mogok di Bukit Bintang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan yang dilaksakan oleh SPAD. Antara sebab tindakan mogok adalah kononnya sikap SPAD yang tidak mesra dengan pemandu teksi.

Antara sebab lain adalah tindakan Kerajaan menyediakan bas percuma terutama kepada pelancong asing yang menyebabkan perkhidmatan pemandu teksi terjejas. Pemandu teksi tidak kisah kalau bas percuma disediakan kepada Rakyat Tempatan.

Menurut seorang Abang Teksi yang ditemubual, isu permit yang tidak adil juga memainkan peranan yang penting mogok ini diadakan. Pihak PDRM kelihatan memberi kerjasama yang penuh menjaga lalu lintas. Ketika posting ini dibuat, pemandu-pemandu teksi sedang menunggu pihak SPAD dan YB Bukit Bintang.
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 Nurul Izzah Terkejut Dengan Pengurangan Cukai Pendapatan? Dia Lupakah Apa Yang Bapak Dia Janji?


Al kisah, berkatalah Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim, Anak Ketua Umum P"Gay"R dan Presiden P"Gay"R;
"Saya terkejut pengumuman pengurangan kadar cukai kerana apabila bercakap mengenai perbelanjaan, kita memerlukan banyak wang serta kutipan cukai lebih cekap, tetapi ironinya Kerajaan mengurangkan kutipan cukai pendapatan."
Inilah apabila bercakap menggunakan tempurung lutut. Tahu pulak Ahli Parlimen Lembah Pantai bahawa Kerajaan memerlukan banyak wang untuk menguruskan negara. Apakah beliau lupa, bapaknya Anwar Ibrahim pernah berjanji untuk mengurangkan pendapatan negara berjumlah jutaaan Ringgit Malaysia dengan menghapuskan cukai duti import kenderaan asing dan menurunkan harga kereta. Lupakah Nurul Izzah bahawa bapaknya juga pernah berjanji untuk mengurangkan pendapatan negara dengan menghapuskan berbillion Ringgit Malaysia hutang PTPTN. 

Dan tahukah juga Nurul Izzah bahawa bapaknya juga pernah berjanji untuk mengurangkan pendapatan negara dengan menurunkan harga minyak sehingga ke tahap yang tidak masuk akal sehinggakan Malaysia bakal kehilangan sebahagian besar sumber pendapatan sekiranya Pakatan Haram memerintah? Apakah Nurul Izzah terlalu naif untuk mengetahui semua ini atau terlalu bodoh untuk memikir?

Untuk pengetahuan YB "half past six" Nurul Izzah, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 adalah untuk membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhanai. Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan. 

Golongan ini adalah merupakan golongan tegar pembayar cukai melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB). Golongan berpendapatan sederhana atau "middle income" selalunya dipinggirkan di dalam bajet tahun-tahun lepas. Apalah salahnya DS Najib mendengar keluhan kami untuk bajet 2013? Atau apakah Nurul Izzah merasakan undi daripada golongan "middle income" seperti kami tidak diperlukan oleh Pakatan Haram?

October 1, 2012

1 Fitnah Terhadap GAPS - Ini Jawapan Dari Presiden GAPS @Hamidzun


Pakatan Haram terutamanya di Selangor sudahpun mula panas dengan pembongkaran-pembongkaran yang dilakukan oleh Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) sejak beberapa tahun kebelakangan ini, telah membuat strategi kotor mereka dengan memfitnah GAPS. Fitnah berkenaan disiarkan di Selangor Kini, sebuah buletin Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan wang Rakyat. Berikut adalah jawapan balas yang diberikan oleh Saudara Hamidzun Khairuddin, Presiden GAPS yang juga merupakan sahabat blogger terawal yang CTS kenali.
Khabar Fitnah, Tohmah dan Mehnah terhadap GAPS
Saya melihat ada usaha yang terancang anasir-anasir yang tertentu untuk melemahkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang aktif membongkar rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor.
Terbaru ada sebuah blog (yang sudah menarik balik berita fitnah ini) dan portal media serta portal media kerajaan pkr Selangor menyebarkan khabar kononnya firma Guaman saya terlibat dengan kes salah guna kuasa dan pecah amanah.
Saya perlu menegaskan bahawa berita itu merupakan fitnah, tohmah dan mehnah yang berniat jahat (mala fide) yang dirancang oleh agen-agen pkr yang cuba untuk mempertikaikan kredibiliti saya selaku Presiden GAPS.
Saya juga ingin menegaskan bahawa kedua-dua kes yang dikhabarkan melibatkan PKNS ini telah firma Guaman saya selesaikan dengan baik dan sempurna dengan penyelesaian sepenuhnya menurut terma-terma dan amalan biasa bidang perundangan. Yang sedemikian tidak timbul soal salahguna kuasa dan pecah amanah seperti yang difitnah dan ditohmahkan oleh agen-agen pkr ini.
Saya amat kesal kerana maklumat korporat seperti ini dibocorkan oleh orang-orang tertentu dalam PKNS kepada pihak media. Tentunya mereka berniat jahat dengan misi politik mahu menakut-nakutkan saya agar saya tunduk dan patuh serta membiarkan setiap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negeri Selangor terus bermaharaja lela.
Saya telah mengarahkan sahabat peguam saya untuk mengkaji segala sudut bagi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. Saman malu akan peguam saya failkan kepada semua pihak yang terlibat samada PKNS, blog yang berkenaan, akaun facebook yang berkenaan dan portal media berkenaan yang cuba memalukan dan merendahkan kredibiliti saya dimata masyarakat.
Saya mempersoalkan professionalisme pentadbiran PKNS yang diketuai oleh Othman Omar selaku Pengurus Besar. Bergaji RM40 ribu sebulan sepatutnya Othman Omar bersikap lebih professional dan bukan membiarkan anak buahnya menjadi agen-agen pencacai politik yang rakus dan menzalimi rakyat.
Saya yakin kredibiliti saya sebagai Presiden GAPS jauh lebih tinggi dari kredibiliti Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS yang masih terpalit dengan hutang RM60 Juta yang masih belum beliau jelaskan kepada BIMB. Begitu juga Penasihat Ekonomi Selangor yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bermoral dengan china doll dan liwat yang masih dibicarakan dimahkamah.
Begitu juga dengan Othman Omar yang berbelanja mewah dan membazirkan wang PKNS seperti membiayai majlis makan malam astronut (RM400,000), melantik syarikat Telemarketing (RM1.2 juta), melantik penyanyi sebagai duta PKNS (RM500,000), melantik konsultan dari Dubai yang mana hasil kajiannya langsung tidak dipraktiskan oleh PKNS (RM1.2 juta).
Saya berazam untuk terus menjadi jurucakap rakyat dan laskar rakyat dengan terus membongkarkan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Othman Omar. Sebagai anak jawa Selangor, saya juga mencabar Othman Omar (kelahiran Johor) untuk meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar PKNS dari terus menjadi “budak suruhan politik” yang bergaji besar kepada Khalid Ibrahim.
Saya berdoa agar Allah memberikan balasan setimpal kepada penguasa zalim yang terus cuba menzalimi rakyat marhaen kecil seperti saya. InsyaAllah saya tidak akan tunduk kepada tekanan penguasa yang zalim.

Yang Benar

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
1 Okt 2012

11 Dr Anwar Ibrahim? Sejak Bila Anwar Ambil Kursus Kedoktoran Atau Perubatan?


"Screenshot" di atas CTS perolehi daripada laman sosial Facebook. Betapa bangganya Anwar Ibrahim meletakkan banner jemputan ceramah beliau pada 04 October 2012 ini di Paris, Perancis. CTS tidak ambil perduli di mana beliau akan berceramah. Cumanya CTS tertanya-tanya apakah yaang dibohongkan kepada pihak penganjur sehinggakan beliau dipanggil Dr? Sejak bilakah beliau melanjutkan pelajarannya sehingga Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. Setahu CTS, Ijazah Sarjana Muda beliau di dalam bidang bahasa sahaja hanyalah sekadar cukup makan - Ijazah Am atau Ijazah Kelas Tiga!

Atau apakah semasa beliau berada di Penjara Sungai Buluh, beliau telah mengambil Ijazah di dalam bidang kedoktoran, untuk menyaingi mantan mentornya Tun Dr Mahathir Mohamed. Ishh! Kalau betullah Anwar Ibrahim seorang doktor perubatan, CTS lah orang terakhir yang akan datang berjumpa dengannya sekiranya sakit. Manakan tidak, bayangkan kalau kita datang mengadu demam, doktor suruh buka seluar. Kita datang mengadu selsema, doktor suruh buka seluar. Orang Kedah kata "jerluih" lubang kalau selalu berjumpa dengan Dr Anwar Ibrahim!

7 Azmin Ali Mendakwa UMNO-BN Tandus Calon Bermoral - Hahahahahahaha!


Teringat CTS kepada sebuah pepatah Inggeris, "the pot calling the kettle black" apabila membaca dakwaan Timbalan Pengerusi P"Gay"R, YB Azmin Ali. CTS tabik hormat dengan YB Azmin Ali yang mempunyai rekod peribadi yang mulia, mempunyai isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah, menjalani kehidupan yang zuhud, taat dan sentiasa mendengar perintah Ibu. Cumanya, beberapa persoalan di bawah harus dijawab kepada Rakyat sebelum mendakwa orang lain tidak bermoral.

1. Siapakah ibu tua bernama Mak Tom yang menangis apabila seorang anaknya sudah lama tidak menjenguk dirinya yang sudah uzur sejak beberapa hari raya. Apakah hukum seorang anak yang telah menyebabkan ibu kandungnya menangis. Tanya ulama muktabar sebab CTS bukannya Usatz.


2. Anak gadis siapakah yang berfoto berbikini dan meletakkan foto di atas di sebuah laman sosial? Bersopan dan beradap bercirikan adat-adat ketimuran kelakuan anak-anak gadis berkenaan ye?


3. Siapa pula Shamsidar Tahrin? Namanya kerap kali disebut di dalam perbicaraan liwat Anwar Ibrahim yang pertama. Beberapa persoalan yang timbul di dalam perbicaraan liwat tersebut masih belum terjawab seperti apakah hubungan wanita berkenaan dengan Anwar Ibrahim. Bagaimana air mani wanita berkenaan terdapat pada tilam di sebuah kondominium mewah Trivolli Villa di Bangsar bersama-sama dengan air mani Anwar Ibrahim? Bagaimana dengan kenyataan Nalakaruppan bahawa beliau pernah menghantar wanita berkenaan ke kondominium Trivolli Villa untuk bertemu Anwar? Sehingga kini masih samar-samar dan timbul keraguan siapakah bapa biologi sebenar anak perempuan ini yang bernama Afifa?



4. Siapakah lelaki di dalam gambar di bawah yang ditangkap fotonya sedang melakukan perlakuan sumbang ala-ala makan "ice cream" di dalam bilik air apartment wanita tersebut? Kita tidak perlu risau dengan imej gambar tersebut yang tidak jelas. Video penuh khabarnya akan dikeluarkan menjelang PRU13 nanti.



5. Siapakah yang pernah menghina tokoh negara, Tun Dr Mahathir sedangkan ketika beliau berumur 24 tahun. Betapa akrabnya beliau dengan Tun Dr Mahathir ketika itu. Dia sebagai anak angkat Dr Mahathir. Ke mana sahaja Dr Mahathir pergi, dia akan ikut. Beliau menjadi kesayangan Tun Dr Mahathir. Sampaikan ketika dia sakit dan ketika dibuang buah pinggang yang satu, Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri  pada masa itu, sanggup datang dan lapkan badannya. Siapakah si tanggang berkenaan?

CTS rasakan cukuplah beberapa persoalan yang kita lontarkan kepada YB Azmin Ali. Banyak lagi kalau hendak ditanya kepada beliau seperti kekayaan melampau yang dimiliki oleh beliau dan isteri waima semenjak menjadi Pegawai Khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri dahulu. Bayangkan pada umur 25 tahun sahaja sudah menjadi jutawan! CTS bukannya apa, tidak perlu kita mendedahkan nanah di kaki seseorang sekiranya panau, pekung dan kudis penuh di dada kita sendiri.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates