September 8, 2012

13 Panas!!! Pengawal Anwar Ibrahim Mengacukan Pistol Kepada Rakyat Melaka Di Jasin


Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Ceramah Merdekanya terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin, Melaka petang tadi. Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki Melayu dari sebuah kereta Toyota Camry bernombor plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim. 

Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa yang dia nak bunuh dan demi siapa? Anwar Ibrahim sudah mula menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri. Esok lusa apakah peluru dari pistol berkenaan akan dilepaskan. PDRM disarankan agar menyiasat kejadian berkenaan. Apakah lelaki di atas mempunyai lesen untuk membawa senjata api?

0 Bas Jelajah Merdeka Rakyat Disimbah Cat Lagi Di Negeri Hang Tuah


Khabar yang CTS terima dari bumi Hang Tuah, Melaka, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat lagi. Tak tahulah sama ada perbuatan ini dilakukan oleh orang Melaka atau sekadar lakonan mereka. Dengan sambutan orang-orang Melaka yang menyambut rombongan ini dengan banner bantahan dan himpunan aman, CTS tidak pasti sama ada ceramah yang akan diadakan di Tanjung Minyak akan berjalan dengan aman.

Petang tadi di Kampung Kelubi, Jasin, Melaka, kelihatan beberapa Rakyat Melaka melahirkan perasaan marah dengan memegang banner dan berdiri di tepi jalan menyambut Bas Jejajah Merdeka Rakyat. Bukan semua tempat Anwar Ibrahim dan juak-juaknya boleh rodong sesuka hati. Sensitiviti penduduk setmpat yang benci dengannya juga perlu diambil kira.



CTS ada meminta anak buah untuk memantau ceramah malam ini. Katanya ceramah UMNO diadakan sebelah dengan tempat perhentian rombongan Jelajah Merdeka ini. Namun dengan "sound system" yang lebih baik, putus urat leher jugalah kalau Anwar Ibrahim hendak berceramah. Nampak gaya orang-orang Melaka memang tidak dapat menerima suspek peliwat dan bekas penjenayah ini ya.
Published with Blogger-droid v2.0.9

September 7, 2012

1 Van Pemuda BN Pulau Pinang Pula Dilempar Cat Merah




Kejadian berlaku pagi tadi apabila sekumpulan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengadakan sidang media yang memberi akujanji akan mengambil balik tanah seluas 1.1 ekar di tapak Taman Manggis Jalan Zainal Abidin untuk meneruskan projek pembinaan Rumah Rakyat ( PPR ) sebanyak 272 unit. Berdasarkan gambar di atas kelihatan "BN War Truck" telah disimbah dengan cat merah di bahagian depan van berkenaan.

Wah! Sekarang, Malaysia banyak hebat. Politik di Malaysia sudah mencapai tahap kronik. Sana lempar cat, sini lempar cat. Adalah diharapkan kejadian melempar cat merah hanya setakat ini sahaja. Kita berharap tiada insiden-insiden ganas yang lain sehinggakan melibatkan melempar bom tangan dan sebagainya sepertimana yang berlaku di negara-negara luar. 

11 Tidak Cukup Dengan Bas Mewah, Jelajah Merdeka Rakyat Guna Treler Pulak Dah!



Sekarang baru kita tahu apa motif Anwar Ibrahim dan orang-orangnya melakonkan drama baling cat ke atas Bas Mewah yang digunakan untuk Jelajah Merdeka Rakyat anjuran Pakatan Haram. Tidak cukup dengan cat merah, cermin juga turut dipecahkan. Tujuannya hanyalah satu. Anwar Ibrahim ingin menukarkannya kepada kenderaan yang lebih besar, iaitu sebuah treler!!! Bas Mewah yang disediakan oleh Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim tidak cukup luas untuk Anwar Ibrahim bermain kejar-kejaran dengan pembancuh-pembancuh kopinya. Biar Bas Mewah berkenaan tersadai, Anwar Ibrahim kata, aku nak kenderaan yang lebih mewah!

Lagi satu, mana mungkin Anwar Ibrahim mahu menerima Bas Mewah yang disediakan oleh TS Khalid Gagap yang di dada Bas Mewah berkenaan terpapar gambar mereka berdua, iaitu Anwar Ibrahim dan Khalid Gagap. Anwar Ibrahim seorang yang egois dan menganggap dirinya Presiden sebuah Republik bernama Malaysia. Lihatlah treler di atas, inilah yang Anwar Ibrahim mahukan. Hanya gambarnya sahaja yang patut diletakkan di treler berkenaan. Oh ya! Duit siapakah yang digunakan untuk membeli atau menyewa treler berkenaan? Duit Rakyat? Dana Asing atau duit CIA?

September 5, 2012

3 DAP Memang Bagus! Bela Amoi Pijak Gambar Pemimpin Melayu





Tindakan pantas DAP menghantar peguam mereka untuk membela dan memberi khidmat undang-undang kepada amoi yang memijak gambar DS Najib Tun Razak dan isteri sewaktu Himpunan Demokrasi di Dataran Merdeka di Malam Kemerdekaan memberikan kita signal yang cukup jelas. Gadis tersebut hadir ke sebuah balai polis di Johor Bahru dengan juga ditemani pemimpin DAP, termasuk ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri, Norman Fernandez. Gadis itu seterusnya ditahan dan digari oleh polis serta akan dibawa ke balai polis Dang Wangi di Kuala Lumpur yang menyiasat kes tersebut.

Himpunan Janji Demokrasi memperlihatkan kita kepada satu perkara penting mengenai segelintir rakyat Malaysia yang menyokong pembangkang. Lihatlah bagaimana kaum Cina DAP mengambil peluang mengekspresi kebencian dan penghinaan mereka terhadap Melayu. Ini dilakukan dengan memijak-mijak sambil menghina gambar pemimpin Melayu dengan riangnya. Walaupun mereka ini kebanyakannya menyokong DAP yang bekerjasama dengan parti-parti Melayu/Islam seperti PAS dan P"Gay"R tetapi itu kerana mereka cukup faham bahawa kerjasama tersebut hanyalah strategi jangka pendek sementara berjaya mendapat kuasa mutlak di kemudian hari.

DAP hanya sanggup bekerjasama dengan Melayu jika Melayu tersebut cukup bodoh dan boleh diper'anjing'kan untuk kepentingan mereka. Kerana itu, mereka memusuhi dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO kerana mereka tahu bahawa Melayu di dalam UMNO cukup arif akan agenda jahat mereka. Walaupun DAP-PAS-P"Gay"R kini sekutu, namun, di belakang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokong PAS/PKR, kaum Cina DAP ini tetap menghina mereka sebagai bodoh, malas, tiada maruah, boleh dibeli dan dijual dengan wang mahupun perempuan pada bila-bila masa.

Lihat saja bagaimana anak-anak Melayu PR turut sama dengan nyonya, apek dan amoi Cina memijak-mijak ke atas gambar Perdana Menteri kita. Jika ini bukan contoh Melayu PKR/PAS yang tersangat bodoh dan langsung tiada maruah, maka apakah ia? Hakikatnya, kebencian DAP terhadap Melayu bukan ilusi atau paranoia tidak berasas.  Ia telah pun terbukti dalam sejarah bagaimana mereka ingin menghalau dan membunuh semua Melayu dari bumi Malaysia ini, atau sekurang-kurangnya dari Kuala Lumpur ketika tragedi 13 Mei. PAS/PKR hari ini sanggup  memijak-mijak gambar Melayu demi membantu DAP ke puncak kuasa. Langsung mereka tidak sedar, andainya, Pakatan Haram menang PRU13 nanti, DAP pasti akan memijak-mijak kepala Melayu termasuk Melayu PAS dan PKR yang telah sedia ditunggangi mereka.
Published with Blogger-droid v2.0.8

September 4, 2012

4 Apa Ni! Kenderaan Rasmi Kerajaan Dipakir Di Tempat OKU

CTS tidak dapat pastikan siapakah pemandu kenderaan rasmi berwarna hitam seperti di atas. Sama ada beliau seorang pemandu atau sekadar pegawai bertugas yang meminjam kenderaan tersebut pada hari berkenaan, tindakan meletakkan kenderaan di pakir Orang Istimewa (OKU) amat tidak dapat diterima.

Walaupun apa alasan atau peri pentingnya tugasan beliau pada hari berkenaan, sikap tidak bertanggungjawab ini seharusnya tidak berlaku, apatah lagi bagi orang yang menjawat jawatan sebagai penjawat awam. Ianya akan memberikan persepsi negatif dan nama buruk kepada Kementerian yang berkenaan. Kalau dapat gambar-gambar di atas kepada juak-juak Pakatan Haram, pasti UMNO jua yang dipersalahkan.

Published with Blogger-droid v2.0.8

September 3, 2012

3 Malam Janji Demokrasi Juak BERSIH Malam Maksiat - Ularmak PAS Berdiam Diri?






Selama ini, pemimpin pembangkang terutama sekali PAS acapkali mempertikaikan sebarang acara sambutan di malam hari kerana beranggapan percampuran antara lelaki dan perempuan hanya akan mendedahkan kepada perilaku maksiat dikalangan muda mudi. Peliknya, tiba-tiba sahaja Himpunan Janji Demokrasi dengan tema Janji Bersih yang diadakan bermula 10.00 malam 30 Ogos 2012 sehingga 01.30 pagi dinihari 31 Ogos 2012 yang lalu, tidak pula dibantah atau dipertikaikan oleh mana-mana pemimpin PAS.

Walhal dalam program termasuk ramai anak gadis dan teman lelaki masing-masing dilihat berpeleseran tanpa teguran, yang bermotosikal erat berpeluk sakan tapi lebai-lebai PAS yang berkopiah berserban serta berjubah pula hanya sekadar memandang tanpa teguran. Sesiapa saja yang turut sama melihat suasana malam tersebut tentunya bersetuju betapa bebasnya muda mudi di malam itu ke sana ke mari termasuklah terpekik terlolong jantan betina dengan ada sesetengahnya berpakaian sendat termasuklah ada yang menampakkan punggung berisi.

Agaknya, dalam program malam hari yang melibatkan campur gaul lelaki dan wanita tidak menjadi haram dan tidak dianggap sebagai maksiat selagi ianya membabitkan PAS atau sekutunya. Halal untuk mereka tapi haram pula untuk orang lain. Double standard.

September 2, 2012

3 Lagi Gambar Ustaz Nasharuddin Yang Pasti Meresahkan Golongan Anwarinas



Nampaknya semenjak dua menjak ini Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dari PAS suka benar bergambar dengan pemimpin-pemimpin UMNO! Sebelum ini beliau kelihatan bergambar ceria dengan Perdana Menteri Malaysia DS Najib Razak Makkah Al-Mukarammah yang sudah cukup menaikkan kemarahan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dan golongan Anwar Ibrahim di dalam PAS atau lebih dikenali sebagai golongan Anwarinas. Kini Ustaz Nasharuddin bergambar ceria pula dengan ulama-ulama muda UMNO seperti Ustaz Fathul Bari, yang cukup dibenci juak-juak PAS.

Pastinya gambar ini juga akan mengundang kemarahan Nik Aziz Nik Mat dan golong Anwarinas dalam PAS yang merupakan puak sekularis/iberalis/pluraslis pro-DAP dan pro-P"Gay"R. Tapi harus barang diingat, Ustaz Nasharuddin juga kini disokong secara terbuka oleh ramai ulama-ulama di dalam PAS seperti Prof. Ustaz Haron Din sendiri. Pimpinan PAS Pusat sebelum ini kelihatan tidak mahu kehilangan sokongan daripada ahli-ahli PAS tegar dengan memecat Ustaz Nasharuddin. Dengan tersiar gambar ini, mungkin alasan terbaru akan mereka gunakan untuk menyingkir Ustaz Nasharuddin dari PAS.

14 Panas! Foto Anak Muda Tunjuk Punggung Di Dataran Merdeka Didedahkan



Inilah wajah sebenar budak yang menunjukkan punggung pada gambar Perdana Menteri, DS Najib Razak dan isteri di perhimpunan 'Janji Demokrasi' pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka tempohari. Kami Rakyat Malaysia menyarankan agar pihak berkuasa seperti PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat segera perkara ini dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Akaun Facebook anak muda ini telahpun ditutup apabila cuba diakses semula pada pagi ini. Tapi tidak mengapa, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Berikut adalah sedikit maklumat yang diperolehi:

Nama : Ammar
Facebook : Alice Sakai
Asal : Johor
Pendidikan: Belajar di Cybernetic International College of Technology. Beliau mengambil jurusan Diploma Multimedia Kreatif dalam semester 3.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates