August 25, 2012

3 Rasuah RM100 Cara Baru - Hanya Di Penang

Bagi penduduk Pulau Pinang yang hadapkan wang RM100 daripada Kerajaan DAP, pastikan anda seorang pengundi berdaftar dan pastikan anda mengaktifkan keahlian dalam pertubuhan tidak berdaftar, Pakatan Haram. Inilah bentuk rasuah dan penyelewengan cara baru yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang sejak mereka memerintah. Dengan menggunakan duit pembayar cukai, Mr Tokong menyeleweng dana berkenaan untuk tujuan rasuah dan membeli undi. Inilah konsep CAT terkeji yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Lihat lampiran borang di atas. Hendak mendapatkan bantuan kewangan RM100 pun dimestikan menjadi pengundi berdaftar di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang yang tidak mendaftar dan bukan mendaftar di Pulau Pinang tidak layak, walaupun beliau dilahirkan, dibesarkan dan seluruh keturunannya berasal dari situ. Kenapa borang bantuan kewangan berkenaan wajib dipulangkan kepada Pejabat ADUN PR? Untuk pengundi PR sajakah? Kalau ianya pun tidak mahu memberikan kepadapengundi BN, bagaimana dengan pengundi atas pagar? Mereka tidak pentingkah kepada Pakatan Haram?

Bantuan Rakyat 1Malaysia yang memberikan RM500 kepada Rakyat Malaysia sebelum ini dikritik hebat oleh juak-juak Pakatan Haram. Setidak-tidaknya bantuan berkenaan diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, taraf mengundi, ideologi parti dan sebagainya. Diharap Rakyat Pulau Pinang tidak lagi buta hati dalam melihat siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan hak Rakyat.

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 Sam Kemetot Anjur Pesta Semperna Syawal Di Bukit Baru


Malam tadi berlansungnya apa yang dipanggil "Malam Seribu Bintang Seribu Harapan" di Bukit Baru, Melaka. Semenjak juak-juak Pakatan Haram bebas sebebasnya mengadakan program-program yang mereka sukai, jadi carca merba dan lintang pukang jadinya majlis-majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri. Tradisi hilang entah ke mana. Nak kata majlis yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Bukit Baru ini Rumah Terbuka Aidil Fitri, nampak lebih kepada "fun fair" murah. Inilah jadinya jika Rumah Terbuka Aidil Fitri disulami dengan ceramah-ceramah politik dan hiburan seperti nyanyian.

Tetamu kehormat yang dijemput bukan calang-calang. Naib Presiden PAS lagi. Kalau setakat majlis berkenaan dianjurkan oleh budak-budak Gay AMK tu kita fahamlah. Ini penganjur bersama Parti Islam PAS, kononnyalah. Ada pula nyanyian keduniaan yang didendangkan di dalam majlis tersebut oleh penyanyi veteran Aishah. Bukan lagu nasyid atau alunan ayat-ayat suci Al Quran. Sebaliknya lagu-lagu "evergreen" penyanyi tersebut seperti Pulanglah dan Janji Manismu. 

Boleh pulak suara wanita dalam bentuk nyayian lunak merdu didendangkan di dalam majlis anjuran bersama PAS dan tokoh kehormat yang dijemput adalah Naib Presiden PAS! Sejak bila suara wanita bukan lagi aurat. Dato Nik Aziz keluarkan fatwa baru dari Hospital HUKM Kubang Kerian kah? Janganlah tanya CTS tentang kehadiran di dalam majlis tersebut. Tutup bandar Melaka dibuatnya disebabkan ratusan ribu Rakyat Melaka berpusu-pusu ke Bukit Baru untuk berjumpa dengan Bob Lokman dan Aishah!


August 24, 2012

7 Eksklusif - Nik Aziz 'Berehat' Di HUKM Kubang Kerian Sambil Baca Utusan Malaysia



Alhamdulillah, menurut perkhabaran sahabat dari Pantai Timur, Menteri Besar Kelantan yang dimasukkan ke HUKM, Kubang Kerian, salah sebuah hospital Kerajaan Barisan Nasional, khabarnya dalam keadaan stabil dan sedang berehat. CTS tidak pasti apa punca beliau dimasukkan ke hospital. Mungkin "recharge" bateri jantungnya kot. Apapun kita doakan Dato Nik Aziz sembuh seperti sediakala dan boleh memerintah Kelantan 20 tahun lagi.

Kita cuma tersenyum apabila Menteri Besar Kelantan ini berehat dengan membaca Utusan Malaysia! Begitu besar pengaruh Utusan Malaysia di dalam kehidupan Dato Nik Aziz. Kata orang kalau nak tahu apa yang kita sayang, tunggu masa sakit. Apa barang atau orang yang kita cari pada masa itu, itulah yang paling kita sayang. Tak gitu Tok Guru? Diharap selepas ini juak-juak PAS tidak perlulah meroyan untuk memboikot atau membakar Utusan Malaysia. Gambar di atas cukup untuk membuktikan betapa rapatnya Utusan Malaysia dengan Mursyidul Am PAS.

Published with Blogger-droid v2.0.6

4 Eksklusif - Gambar Joseph Lim Guan Eng Bersembahyang Di Gereja Katholik



Seluruh blogger dan para pemain siber dinasihatkan menggunakan nama sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Joseph Lim Guan Eng kerana penggunaan nama YB Lim Guan Eng telah dan akan menghina penganut agama Kristian. Joseph Lim Guan Eng telah dibaptiskan tidak lama dahulu sebagai penganut Kristian namun beliau masih takut-takut untuk mengumumkan kepada Rakyat.

Joseph Lim Guan Eng takut-takut menggunakan nama Kristian beliau kerana beliau tahu masyarakat Cina beragama Buddha amat membenci orang Cina yang masuk Kristian. Sebab itulah masyarakat Cina Buddha di Balik Pulau, Bayan Lepas, Kepala Batas dan sebagainya tidak hendak mencampuri urusan penganut Kristian seperti Joseph Lim Guan Eng.

Lihat sajalah gambar di atas ketika YB Joseph Lim Guan Eng bersembahyang di dalam gereja pada hari Ahad. Kebencian masayarakat Pulau Pinang termasuk yang beragama Kristian amat ketara. Tidak ada siapa yang mahu duduk berdekatan apatah lagi untuk duduk bersebelahan. Jadi CTS merasakan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Dr Mansor Othman, bahawa YB Joseph Lim Guan Eng adalah seperti "tokong" di Pulau Pinang adalah tidak tepat. Bukan semua masyarakat Cina Pulau Pinang memuja YB Joseph Lim Guan Eng.

Published with Blogger-droid v2.0.6

August 22, 2012

3 Setelah Rumah Terbuka P"Gay"R Gagal Mengumpul Tetamu Di Permatang Pauh, Kini Diadakan Pula Di Nibong Tebal


Setelah Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan oleh P"Gay"R di kawasan Parlimen Permatang Pauh gagal menarik pengunjung yang datang, P"Gay"R khususnya Anwar Ibrahim mencuba nasib pula untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri di kawasan Parlimen Nibong Tebal pada 02 September ini. Pada Hari Raya Pertama yang lalu, Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di padang Taman Guar Perahu di dalam DUN Penanti dan di dalam Parlimen Permatang Pauh gagal mengumpulkan Rakyat Pulau Pinang terutama pengundi-pengundi Permatang Pauh. Kehadiran jumlah tetamu di antara 1,000 ke 2,000 orang amat mengecewakan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim semakin resah dan gelisah. Ini kerana Rumah Terbuka Aidil Fitri lebih digunakan sebagai kayu pengukur dan menguji sokongan pengundi-pengundi setempat, yang diberitakan semakin menolak kehadiran Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Tidak dapat tidak, Rumah Terbuka Aidilfitri terpaksa diadakan semula di kawasan Parlimen baru di Pulau Pinang iaitu Nibong Tebal. Bukan menjadi rahsia lagi Anwar Ibrahim telah lama menyuarakan kebimbangannya dengan penolakan pengundi-pengundi di Permatang Pauh dan beliau juga diberitakan telah bersedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat iaitu di Parlimen Nibong Tebal. Untuk mengaburi mata orang ramai, majlis ini kononnya akan diadakan dan diuruskan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Chegubard. Siapa yang tidak kenal dengan Chegubard. Chegubard bukan melakukan semua ini dengan percuma. Semuanya adalah untuk mengambil hati dan perhatian Ketua Umum P"Gay"R ini yang telah beralih kasih dan sayang kepada Rafizi Ramli.

Untuk memastikan kehadiran yang datang di Rumah Terbuka Aidil Fitri itu berjalan lancar dan dipenuhi dengan orang ramai, P"Gay"R telah menyediakan gula-gula atau hadiah berupa "door gift" atau cenderamata khas bagi 5,000 tetamu terawal. Belum pernah dalam sejarah di Malaysia, CTS mendengar bahawa cenderamata atau "door gift" terpaksa diiklankan dengan bertujuan menarik orang ramai untuk hadir di rumah terbuka Aidil Fitri. Begitu terdesak dan kemaruknya juak-juak P"Gay"R ini untuk mendapatkan sokongan dari penduduk di Pulau Pinang!!! CTS menjangkakan Anwar Ibrahim akan bertukar ke Parlimen Nibong Tebal sekiranya sambutan ke atas Rumah Terbuka Aidil Fitri di atas mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

August 21, 2012

2 Sambutan Rumah Terbuka Bakal PM 16 September Mengamit Jutaan Pengunjung




Betul ke Bakal PM 16 September akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh beliau? Ini berikutan sambutan dingin yang diterima oleh Anwar Ibrahim sewaktu mengadakan Rumah Terbuka Aidil Fitri di  Padang Taman Guar Perahu Permatang Pauh, di dalam Parlimen Permatang Pauh. Adakah ini sambutan yang diberikan oleh seorang yang menganggap dirinya Bakal Perdana Menteri Malaysia? Satu penghinaan buat Bakal Perdana Menteri Malaysia sekiranya hanya ribuan sahaja yang hadir berbanding hampir 60,000 pengundi yang terdapat di Permatang Pauh. 

Bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh mendabik dada mengatakan bahawa beliau adalah Hero dan Ikon Rakyat Malaysia sedangkan sambutan di tempatnya sendiri gagal beliau perolehi. CTS sarankan agar Bakal PM 16 September memikirkan semula hasratnya untuk berpindah ke Parlimen Nibong Tebal memandangkan Rakyat Permatang pauh semakin menolak beliau. 

2 Khalid Ibrahim Bodek Anwar Ibrahim Dengan Beli Bas Mewah Untuk Berkempen PRU13


Hebat tindakan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim mengambil hati Boss, Anwar Ibrahim. Beliau sanggup menghabiskan wangnga sendiri (mengikut pengakuannyalah) untuk membeli bas persiaran mewah untuk digunakan untuk berkempen di dalam PRU13 yang akan datang. Bas yang meletakkan gambar Anwar Ibrahim dan gambar beliau dilihat satu tindakan melobi dan mengambil hati Boss yang amat berkesan memandangkan jawatan MB yang dipegangnya dikatakan amat genting sama ada Pakatan Haram kekal memerintah Selangor atau tidak selepas PRU13. Ini gara-gara orang kesayangan Anwar Ibrahim, Azmin Ali dikatakan mengidam jawatan tersebut. Oh ya! Menyebut nama Azmin Ali, beliau balik beraya tak ke rumah Ibunya, Mak Tom???

Bas tersebut turut akan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan serba lengkap. Strategi kempen menggunakan bas seperti ini sebetulnya sudah dibincangkan di kalangan 3 parti komponen Pakatan Haram sejak awal tahun lagi.  Pendekatan kempen ini sebenarnya ditiru bulat-bulat dari pendekatan sama yang digunakan Perdana Menteri Turki, Tayyib Erdogan dalam kempen pilihanraya Turki tahun lepas yang menyaksikannya menang besar. Kita tahu Tayyib Erdogan dan Anwar Ibrahim adalah berkawan rapat dan sama-sama pemuja Mustafa Kamal Artartuk, bapak sekular Turki. Apakah strategi yang sama berkesan di Malaysia? Sama-sama kita tunggu hasilnya.


0 Karpal Singh Kata DAP Tidak Perlukan Undi Melayu - Baca Kenyataan Anak Nik Aziz


CTS tertarik dengan kenyataan yang dilontarkan oleh anak Mursyidul Am PAS, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berikutan kenyataan keras Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa DAP tidak memerlukan undi orang-orang Melayu untuk menang selesa. Baca kenyataan Nik Mohd Abduh yang CTS petik daripada laman sosial Facebook beliau:
Dari sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya, terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Samada itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, ironinya ia bagi saya hampir pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan Rakyat terutama PAS yang terpaksa berdepan tempias hujan api (bukan air) kelancangan mulutnya lantang mengkritik suatu yang telah mendasari perjuangan PAS iaitu;
1) Hak Islam sebagai agama persekutuan untuk melaksanakan sistem dan syariahnya, termasuk hukum hudud. 2) Menolak kepalsuan Islam sekular yang dijunjung oleh umno memisahkan Islam daripada pemerintahan. 3) Terbaru, mula mempertikaikan keupayaan syariat Islam untuk menjamin keselamatan dan keadilan untuk rakyat.
Walaupun berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama hak kesepakatan bersama PR juga untuk tidak memanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti, sepatutnya Karpal Singh menghormati hak keramaian, bukan hak individu. Bukankah PAS setia pada hak itu dengan mempromosikan secara bersama perjuangan menentang kezaliman dan korupsi pemerintahan BN, di samping mengelak berbicara mengenai dasar parti-parti rakan, dengan mengambil dan memberi hak untuk setiap parti berbicara dan berkempen untuk dasar masing-masing?
Samada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal, atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra ugama Islam dan undi Melayu. Saya hairan, sehebat Karpal Singh, masih menari ikut rentak yang umno dan BN mahukan?!
Secara peribadi, jika saya pengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau, walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau. Betulkah DAP selesa tidak perlukan undi Melayu? Atau itu hanya mimpi-mimpi orang tua yang semakin garang? Saya rasa masih memilih yang kedua.
Semua tahu mimpi PAS dan mimpi DAP adalah berlainan. CTS amat hairan kenapa PAS tidak boleh berjuang menegakkan Islam secara bersendirian dan perlu melutut dan menjilat DAP semahunya. PAS berada di kedudukan yang amat daif di mata Pakatan Haram. Kenapa PAS harus merendahkan diri serendah-rendahnya untuk menjadi pencacai DAP? Kerana mabukkan kuasa sehingga menjual maruah dan Agama Islam? 

August 20, 2012

0 CAT Government - The Broken Promises


Penang Malays from PR are fed up with the current political tone in Penang, especially with signs of a looming general election, they said the issues raised should be about the people and not just 'politics' which the ADUNs of Penang are just propagating day and night instead of producing more affordable housing in the state for the people. There were lots of broken promises by the so called Penang CAT Government that can be listed out. Below are some promises left idle. The list is not exhaustive, there might be some that I've left out:
  • Declare personal assets.
  • Hold local government elections.
  • Cancel weekend and night car park charges.
  • Change leasehold to freehold land conversions.
  • Build monorail, subway, skybus and cable car.
  • RM30 million to build elevated highway to improve Green Lane traffic.
  • RM400 million to build Penang Inner Ring Road (PIRR)

Oh ya! And where is the Tiger Park you announce Mr Chief Minister from Batu Pahat? This Penang PR Government is only NATO (No Action Talk Only!).These PR Politicians have ceaselessly continued debating about themselves. They have forgotten about the people here despite genuine cases of them suffering from health, mental, or monetary breakdowns and they failed to notice that the costs of living are shooting up since 308, while the stress levels are also rising due to the severe road congestion gripping Penang due to the inefficiency of the state administration into road expansion program since taking over. 

These PR Malays also wants DAP secretary-general Lim Guan Eng, who is also Penang Chief Minister, to declare once and for all whether the party would be fielding Malay candidates in the next general election as they can see LGE is only interested to field the Chinese whom he trust to be faithful to him distrusting the Malays of being bought over and that DAP MUST become a dominant political force while PKR and PAS have failed the Malays miserably in Penang caused by the action of the CM discarding the interest of the Malays. 

The Malays have no stable channel to express their grievances about socio-economic issues in Penang, particularly about affordable housing and relocation of squatters as LGE pays more attention to his own DAP party and busy over his private affair with Rainbow which created Headline. In the end as Tunku Aziz say LGE cannot be trust and will ignore the Malays when his support increase. Time for the Penang Malays to have a second look into LGE's face and see properly under a microscope and not eventually being played out like the Indians of Kampong Buah Pala. God Bless you.

3 Apalah Jahat Gila Juak-Juak PAS Ni - Duit Zakat Fitrah Pun Nak Sebat?

Salam Aidil Fitri buat semua pembaca-pembaca blog CTS yang disayangi. Maaf sekiranya CTS berhibernasi selama beberapa hari bagi menghormati kedatangan bulan Shawal serta membuat persiapan menyambut Aidil Fitri. Back to business!  Banyak perkara yang hendak CTS coretkan sekembalinya dari bertapa ini, tapi biarlah posting ini kita berbicara mengenai dua perkara sahaja. 


Pertama, perkara yang mengaibkan dan memalukan yang menjadi bualan maysarakat laman sosial Facebook adalah tindakan PAS Teluk Intan yang telah menggunakan wang Zakat Fitrah untuk kepentingan parti. Perkara berkenaan telahpun dibuat laporan polis. Laporan polis terhadap bayaran zakat yang berkemungkinan akan diselewengkan oleh PAS Teluk Intan. Laporan polis telah dibuat berikutan kemungkinan penipuan yang di buat oleh Parti Artis SeMalaysia (PAS) dan sekarang hanya menunggu untuk membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam dan pihak Kerajaan dan Media sahaja. Laporan polis berkenaan berbunyi seperti berikut:
No. Report Polis - Teluk Intan/010597/12
Tarikh: 19.08.2012; Jam 1512
"Pada jam lebih kurang pukul 6.30 pagi pada 19 Ogos 2012 saya bayar zakat fitrah di Masjid Batak Rabit, Batu 3, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, Perak dengan bayaran tunai RM70.00 untuk 10 orang tanggungan. Apabila selesai membayar saya dapati resit yang dikeluarkan atas nama Parti Islam SeMalaysia (PAS) No Resit 9946 bagi pihak Bendahari PAS Kawasan Teluk Intan, Perak sedangkan seharusnya dikeluarkan resit di atas zakat fitrah ini daripada Majlis Agama Islam Perak. Saya telah hubungi salah seorang pegawai pihak Agama Islam dan mereka suruh maklumkan kepada pihak polis dan seterusnya merujuk kepada Jabatan Agama Islam. Inilah laporan saya."
Polis telahpun mengesahkan yang perkara yang berlaku ini adalah satu penipuan dari pihak PAS kepada orang ramai. Komen CTS senang sahaja, memang payah sangatlah PAS ni sampai kerja pejabat agama pun mereka ambil-alih! Kita tidak perlu hairankan semua ini. Sedangkan duit derma anak yatim Memali pun mereka kebas apatah lagi duit Zakat Fitrah. Kalau tak percaya, tanya Abang Mat Sabu.

Perkara kedua yang menjadi kebingungan di kepala otak CTS adalah gelagat Ketua Umum P"Gay"R sejak beberapa minggu ini kembali memakai kaca mata. Agak menghairankan adalah Anwar Ibrahim telah melakukan pembedahan laser ke atas kornea matanya bagi membolehkan beliau melihat tanpa menggunakan kaca mata atau kanta sesentuh (contact lens). Soalan cepumasnya adalah untuk apakah beliau memakai kaca matanya kembali? Gambar di bawah adalah gambar terbaru beliau yang di ambil semasa Rumah Terbuka P"Gay"R Guar Perahu hari ini.

Kak Wan Tak Marahkah Perempuan Di Belakang Memegang Bahu?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates