August 16, 2012

10 Kenyataan Media Ustaz Nasharudin Bagi Meringankan Keresahan Nik Aziz



Kenyataan Media 
Nasharudin Mat Isa
16 Ogos 2012

Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati utk pertahankan pendirian nya , maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost 'untuk pertahankan agama saya. Terpulang lah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah  kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan , nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba tiba dikaitan dengan saya akan masuk umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Nasharudin Mat Isa.

2 "Confirmed" Hari Raya Puasa Tahun Ini Jatuh Pada 19 Ogos - KPN Sudah Istihar!



Nampak gayanya tahun ini kita tidak perlu menunggu pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilakukan berdasarkan melihat anak bulan dan juga kiraan hisab dan rukyah. Ini memandangkan Ketua Polis Negara sudahpun mengumumkan bahawa tarikh 1 Syawal 1433 adalah pada 19 Ogos 2012.

Oleh sebab itulah Ketua Polis Negara dengan yakin menjemput orang ramai untuk hadir ke rumah terbuka PDRM pada tarikh berkenaan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman. Agak-agaknya bagaimana kalau raya Ahad ini tidak jadi ek? Pasti ramai yang tidak puasa pada hari tu agaknya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

August 15, 2012

9 Ribuan Hadir Di Majlis Iftar Bersama MB Selangor Dan Ketua Umum P"Gay"R

CTS pernah 4 - 5 kali menghadirkan diri atas jemputan untuk berbuka puasa atau panggilan glamour tahun ini "Iftar" bersama-sama Menteri atau tokoh-tokoh politik daripada UMNO, untuk Ramadhan tahun ini. Namun, majlis yang CTS hadiri hanya bersifat sederhana. Tidaklah sampai ribuan seperti mana Rakyat Selangor yang turun untuk berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dan Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim. Keadaan rumah Menteri Besar menjadi penuh sesak. Keadaan surau di rumah Menteri Besar juga tidak dapat menampung hadirin yang datang.

Majlis yang diadakan semalam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam adalah anjuran ABIM. Banner-banner telah diletakkan di beberapa tempat strategik di Shah Alam beberapa hari sebelum itu menjemput Rakyat Shah Alam untuk hadir beramai-ramai. Di dalam majlis berkenaan juga Anwar Ibrahim turut melancarkan (Anwar Ibrahim memanggil "meluncurkan", bunyi macam pelacur saja) buku karangan idola beliau Syed Yusuf Al Qaradawi. Di bawah disertakan gambar-gambar kemeriahan majlis berkenaan yang dihadiri ribuan Rakyat Shah Alam.




August 14, 2012

11 Bukti Bergambar Pakatan Haram Selangor Tidak Pernah Menggunakan Masjid Dan Surau Untuk Tujuan Politik






Kalau sudah titah Sultan sendiripun yang mengkehendaki Masjid dan Surau tidak digunakan untuk ceramah politik kepartian, tidak mahu didengari, sememangnya MB Khalid Gagap ini jenis yang tidak makan saman dan keras kepala. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Kemungkinan besar ini adalah penggal terakhirnya sebagai Menteri Besar, dengan izin Allah. Allah maha kaya. Persoalannya, kenapa hendak mencemarkan Rumah Allah dengan tazkirah kepartian? Mungkin golongan-golongan ini sedang membayar zakat fitnah!

Walaupun dengan kehadiran seorang Menteri Besar, seorang Ketua Umum Parti dan EXCO Kerajaan Negeri, masih tidak dapat menarik hadirin yang hadir. Haprakdaily dan Keldaiandaily pasti akan melaporkan ribuan bersesak membajiri rumah Allah. Tuan-tuan kira sendiri sajalah. Kalau yang memberi tazkirah Al Hafiz Datuk Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul PAS, tidaklah terasa panas sangat. Ini yang memberi ceramah memang seorang yang terkenal dengan akhlak dan budi pekerti yang tinggi, dihormati oleh kaum sejenis maupun golongan China Dolls. Haish! Apa hendak jadi Selangor ni!

1 Anwar Ibrahim Tidak Menyokong "14 August 2012 - Internet Blackout"?

Bermula 12.00 tengah malam semalam selama 24 jam, juak-juak Pakatan Haram telah menjalankan satu boikot terhadap penggunaan internet yang dikenali sebagai "14 August 2012 - Internet Blackout". Ini berikutan bantahan juak-juak Pakatan Haram terhadap cadangan Kerajaan untuk menambahbaikan Seksyen 114A - Akta Keterangan 1950. Berikutan daripada boikot berkenaan, juak-juak Pakatan Haram kononnya akan tidak menggunakan sebarang komunikasi bersandarkan kepada penggunaan internet. Ini termasuklah melayari internet, menggunakan kesemua laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Whatsapps malah penggunaan e-mail. Pendek kata, juak-juak Pakatan Haram seharusnya menutup "data line" yang terdapat pada telefon, tabs dan modem mereka serta menjauhi dari terdedah kepada "wi-fi" selama satu hari.

Malangnya, apa yang berlaku, dalam usaha juak-juak Pakatan Haram meneruskan Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012, Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim kelihatan masih lagi membuat posting-posting beliau di laman sosial Twitter pagi ini. Apakah ini tandanya beliau tidak ambil peduli atau tidak turut menyertai dan menyokong Hari Internet Blackout yang disertai oleh juak-juak Pakatan Haram? Atau apakah tidak ada sesiapa yang sempat memberitahu beliau mengenai hari ini.



Berikut adalah sedikit gambaran apakah yang menjadi ketakutan juak-juak Pakatan Haram mengenai pindaan Seksyen 114A - Akta Keterangan 1950. Seksyen baru 114A 3. Akta ini dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 114 seksyen yang berikut:

“Presumption of fact in publication
114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.

(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.

(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.

(4) For the purpose of this section -
(a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and

(b) “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical,
acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.

Huraian
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Keterangan 1950 (“Akta 56”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 56 untuk menyelaraskan takrif “komputer” dengan takrif “komputer” dalam Akta Jenayah Komputer 1997.

4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 114A ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.

Apakah Bantahan Terhadap Seksyen 114A?

Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain. Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Secara umum, CTS merasakan tidak ada apa yang perlu ditakutkan mengenai pindaan akta berkenaan kerana ianya memupuk sikap keterbertanggungjawaban setiap warganegara dan tidak meletakkan kesalahan di bahu pihak lain seperti apa yang dilakukan oleh pembangkang sekarang. Pindaan akta berkenaan dapat mengawal fitnah dilakukan secara berleluasa dan seringkali pelaku fitnah bebas dari sebarang pertuduhan sedangkan orang yang difitnah telah mendapat bahananya. Kesimpulannya, sekiranya kita di pihak yang benar, kenapa perlu takut?

August 13, 2012

8 Bukti Bergambar Haprakdaily, PAS Hadapkan Artis Dan Pinggirkan Ulama






Bukan menjadi rahsia lagi sindrom kegilaan pemimpin-pemimpin PAS mengangkat artis untuk diletakkan di tempat tertinggi di dalam parti. Kalau P"Gay"R pada masa sekarang tengah gila meroyan membeli katak-katak veteran yang "rumah kata pergi, kubur kata mari" di Sabah, PAS sudah dilanda sindrom artis! Gambar-gambar artis menjadi topik utama portal Haprakdaily, bukan aktiviti-aktiviti ulama-ulama PAS. 

Mungkin CTS kekurangan info, tapi boleh tak juak-juak PAS bagi tahu, pernah tak dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Sallehuddin Ayub, Khalid Samad, Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar atau Mat Sabu menjemput ulama-ulama di dalam PAS untuk berbuka puasa atau nama glamour beriftar bersama? Adakah? 

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada lensa kamera majlis buka puasa bersama artis dan Ustaz Azhar Idrus di Wang Maju anjuran DPPP. Kalau dilihat dari gambar-gambar di atas, ada pula meja VIP. Selalunya marah gila juak-juak PAS dengan UMNO kononnya layanan dua darjat la, apa la. Kalau pemimpin-pemimpin PAS yang buat, dibolehkan pula. Pemimpin-pemimpin PAS tak pula mengikut sunnah Rasulullah makan dengan tangan dan makan tidak gelojoh sehingga nasi lekat di bibir. Sudu dan garfu tetap juga di tangan ala-ala barat gitu.

0 Seekor Katak Pencen Yang Melompat Parti Di Sabah Hanyalah Senator Yang Tidak Diperbaharui Kontrak - Anti Klimaks Betullah!


CTS ingatkan apabila Ketua Umum P"Gay"R membuat pengumuman bahawa seekor lagi Katak akan melompat parti dan menyertai Pakatan Haram, terbayang di fikiran bahawa tokoh yang dimaksudkan pastinya seorang tokoh Sabah yang berwibawa dan mempunyai pengaruh yang amat besar di Sabah sehingga boleh menumbangkan Barisan Nasional. Sesungguhnya, Anwar Ibrahim seorang yang kaki propa dan kaki gebang besar. Katak yang dimaksudkan adalah Senator Maijol Mahap, seorang Senator yang kurang dikenali dan juga diberitakan tidak akan disambung lagi jawatannya sebagai Senator apatah lagi untuk menamakannya sebagai calon PRU13!

Senator Datuk Maijol telah mengistiharkan secara rasmi keluar dari Barisan Nasional dan UPKO dan menyertai Pakatan Haram di Kampung Kokobuan di Goshen, Kota Marudu, Sabah. Selepas ini sekiranya Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau akan membuat pengumuman besar yang boleh mengegarkan Sabah, kita perlu ingat satu sahaja. Itu semua hanyalah sekadar kentut kosong yang berbunyi kuat. Tidak lebih daripada itu. Samalah seperti mana beliau mengumumkan akan mengambilalih Kerajaan pada 16 September. 16 September datang dan pergi setiap tahun dan Anwar Ibrahim kekal dengan watak kaki temberangnya. Pemimpin tidak laku seperti Anwar Ibrahim hanya layak untuk pemimpin-pemimpin tua dan veteran yang tidak berguna lagi seperti MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, MP Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan juga Senator Datuk Maijol Mahad. Itu sahajalah!

0 17,441 Siswazah Tidak Perlu Bayar Hutang RM486 Juta - Siapa Kata BN Tidak Beri Pendidikan Percuma?


Siapa kata Kerajaan BN tidak beri pendidikan percuma? Seramai 17,441 pelajar inilah buktinya! Mereka ini terdiri daripada golongan yang rajin belajar sehingga mencapai Ijazah Kelas Pertama yang melayakkan  mereka untuk menukar pinjaman PTPTN mereka kepada biasiswa sepenuhnya. Tidak perlu berdemo, tidak perlu menakluk Dataran Merdeka. Apa yang diperlukan adalah belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan yang cemerlang. 

Inilah keistimewaan Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan BN tidak sewenang-wenangnya memberi pendidikan percuma kepada kesemua siswazah-siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT). Sekiranya semua pelajar diberi keistimewaan yang sama, apa perbezaan di atara pelajar cemerlang dengan pelajar cukup makan? Apa pula bezanya pelajar yang belajar bersungguh-sungguh untuk merubah nasib keluarga dan mendapat keputusan cemerlang dengan pelajar yang berdemo untuk mendapatkan publisiti sehingga mendapat keputusan yang tidak berkualiti seperti Ijazah Am dan Ijazah Kelas Tiga?

Terima kasih Perdana Menteri Malaysia. Inilah namanya "Janji Ditepati" yang susah sangat pembangkang hendak memahaminya.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates