July 21, 2012

11 Duit Terbaru Keluaran Bank Negara Malaysia Sama Dengan Duit Cina Bakar Untuk Mayat?


Suratan atau kebetulan. Duit terbaru yang bernilai RM1, RM5, RM20 dan RM100 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sama dengan duit tiruan yang dibakar ketika mengiringi orang-orang Cina yang meninggal dunia. CTS tak tahulah bagaimana pakar-pakar BNM sama ada tidak tahu atau terlepas pandang perkara ini. Agak tidak sesuai bagi negara yang terkenal dengan sistem perbankan Islamnya mempunyai matawang yang menyerupai duit orang mati. Orang-orang PAS jangan ketawa kuat sangat. Sekurang-kurangnya matawang berkenaan mempunyai nilai untuk diperdagangkan, tidak seperti dinar emas di Kelantan.

5 Soalan-Soalan Abby Abadi Semperna Ramadhan Al Mubarak Kepada Para Wanita


Fuhh! Hebat sungguh kata-kata Ustazah PAS, Abby Abadi. Murni dan sungguh bersopan cara beliau berdakwah. Buat pembaca-pembaca CTS yang perempuan, jawablah. Ustazah PAS Abby Abadi tanya tu! Kalau ye pun hendak berdakwah, ikutlah cara berdakwah Junjungan Besar Rasulullah SAW yang penuh diplomasi dan lemah lembut.



Mungkin beliau sudah lupa, beliau sendiri baru 3 bulan bertudung. Beliau juga lupa kisah lampau beliau yang selama ini berpakaian menjolok mata dan berambut "blonde". Bukan lagi menjadi cakap-cakap belakang bahawa beliau juga ada menyimpan "anak ikan" sebelum ditinggalkan seperti sampah. Jadi walaupun kita telah bertaubat nasuha sekalipun, bukanlah menjadi lesen kepada kita untuk mengutuk dan menghina orang lain. Syurga dan neraka milik Allah. Bukan kita yang menentukan penghuninya.

July 20, 2012

0 Krisis Air Bakal Jahanamkan Ekonomi Selangor

Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala. Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah, akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.

Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996, sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat. Namun setelah pembangkang (PAS) mengambil alih kerajaan negeri, kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.

Semacam sudah menjadi badi dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila diberi peluang memerintah negeri, mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu', mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan, tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan. Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah - gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.

Apabila MB Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih, kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa. Para pelabur mula menjauhkan diri, yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka, kini masing-masing mengambil keputusan samaada membatalkan atau menangguhkan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.

Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang. Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan pembangkang yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019. Tapi, kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka?

Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai, sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang. Projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang, ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor. Tapi, perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik. 

Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar. Mahu tidak mahu, loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2. Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat. Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian, masuk angin keluar asap.

Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam, silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.

July 18, 2012

0 Tua Pow Eng's Media Boys (and Girls) – Hated By Journalists in Penang



The newspapers have reported that Lim Guan Eng is surrounded by a bunch of cocky, half baked and juvenile staff on his 28th floor office in Komtar. Well, maybe the papers didn’t quite describe it that way but you know what the papers are like. They are so “takut” of this vindictive man who cannot take even a little bit of criticism. He is so megalomaniac that if you tell him, your hair so nice today, he will say, yesterday not nice ah? Why you so critical of me today? Anyway we don’t want to get sidetracked by his hair which is back to the oily style now that his love affair has ended.

Today we want to talk about LGE’s boys and girls who have caused so much problems for him and the Penang media. According to our reporter friends, these gang of people around Emperor LGE are known as the 28th floor. LGE’s boys and girls are now the most hated bunch of clowns in Komtar. Why? Let us tell you.

They are bloody arrogant. They think that just because their boss is so powerful and loved by Penang Chinese, that means the people also love them. They are strutting around like their arrogant boss. You say their boss, they go for you with a sledgehammer. You criticise their boss, you are finished. Reporters tell us they will send nasty press statements running them down. They are not very smart. We can tolerate some cocky behaviour if you graduated from Harvard or Cambridge. The clowns around LGE have some education, some don’t even go to university.

But half had failed their Form 5, joined DAP and suddenly the tsunami happened and they were lording it over the media from the 28th floor. In fact, state exco member Danny Law cannot even speak English correctly! Another exco, Lim Hock Seng, was a contractor, filling up potholes in Butterworth and he also struggles with his English and BM. They belong to the Dong Jiao Zong gang. That means they speaking little bit England only. As for Bahasa Malaysia, err, what is that language ah? You get our drift? So when they issue press statements, it’s like in Astro Oh My English! Really teruk.

We won’t go into their command of the national language because these guys think they are living in a branch of China. Can you blame the Malay papers for not being able to relate with them and the English media for misunderstanding them? The most powerful man after LGE on 28th floor is Zairil Khir Johari. No need for introduction, he is already famous as the Chinese fella with the Malay name. His power comes from the fact that he is currently LGE’s favourite, most trusted.

He will be made the next Deputy CM to replace that good for nothing Mansor Ismail. Actually he is not as obnoxious as his boss because he is quite blur but say anything about his boss and he will immediately rebut you in press statement, at ceramah or write in his column for the Malaysian Insider. Anyway Zairil, enjoy your place under the Son (pun intended) while it lasts. LGE is like another cuckoo bird Ong Tee Keat, megalomaniac, paranoaic and neurotic. Prone to mood swings, morning happy, afternoon angry, evening sad. One day you are there, next day you are out. Give us a call when you fall, we don’t mind lending you a shoulder to cry on before you are pushed off 28th Floor.

Written by Tan Khai Beng.

1 Isu Campurtangan Masjid Oleh Kerajaan PR Selangor - Memorandum Diserah Pada Sultan



Sebentar tadi telah berlangsungnya bantahan campurtangan politik dalam pemilihan AJK Masjid di beberapa Masjid di Selangor. Dalam pada masa yang sama, wakil kariah Masjid serta beberapa NGO telah menyampaikan memorandum rayuan kepada Tuanku Sultan Selangor memohon campurtangan Baginda dalam isu berkenaan.

Memorandum rayuan ini telah disampaikan kepada setiausaha sulit DYMM Sultan Selangor, petang tadi di Istana Kayangan, Shah Alam. Memorandum berkenaan disampaikan oleh Presiden GAPS, Wakil YDP Perkasa Selangor, serta dua orang wakil dari Masjid Sunway dan Masjid Batu 3.

4 Allah Mahukan Pas Merampas Kuasa Ke Putrajaya - Nik Abduh


Samalah macam bapa dia, Nik Aziz Nik Mat yang banyak mengeluarkan fatwa-fatwa sesat. Sekarang giliran anaknya pula. Cuba dengar ucapan Nik Abduh ini sampai habis. Makin lama makin meluat dengan anak Nik Aziz ni. Katanya Allah mahukan PAS merampas Putrajaya. Katanya lagi orang yang pakai baju biru, hatinya gelap. Tak hairanlah penyokong PAS taksub. 

CTS yang kurang ilmu ini ingin bertanya kepada Nik Abduh, bagaimanakah Allah menyampaikan arahan kepada Nik Abduh yang mahukan PAS merampas Putrajaya? Melalui mimpikah atau secara terus kerana seingat CTS tidak ada ayat-ayat Al Quran dan Hadis Sahih Baginda Rasulullah SAW yang mengarahkan PAS merampas Putrajaya. Harap juak-juak PAS dapat menolong memberi kecerahan minda.

0 Najib & Muhyiddin Must Synchronise Their Act



Barisan Nasional needs to synchronise its act given the political scenario at present is very volatile and precarious. The oppositions are in an all out ‘war’ to tear apart the ruling coalition and bury the BN in history and the BN, on the other hand, particularly chief Datuk Seri Najib Tun Razak is fighting ‘tooth and nail’ to win back lost ground and influence.

The political war is no small matter as this 13th general election is a matter of ‘life and death’ for both sides of the political divide. However, recent acts or speeches or comments by Najib and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin have given rise to various interpretations, not only among the opposition members and the general public, worse is within Umno itself.

Najib had said many times the general election would be called anytime when the ruling coalition was ready, which means anytime from now until March next year. However, last week Deputy Umno president Tan Sri Muhyiddin Yassin said the election could be held anytime even during the fasting month as he planned to meet ‘troubled’ Umno divisions during the fasting month to solve all matters.

When he mentioned ‘troubled Umno divisions’, the beans are spilled as all this while, the oppositions and public at large have only heard among disgruntled party members over the selection of candidates. It is normal during every election  that Umno faces such problem but this time around, the problem is more acute as many party members, particularly the incumbent state and parliament representatives felt they are the winning candidates.

Changes would create resentment and the chain reaction will be boycott duriong campaigns and so on as mentioned by Najib himself. The contradictory statements by the two top leaders have opened up several interpretations which reflects weaknesses in Umno, the backbone of BN that is being seen as the only party that is strong enough to take on the ‘charging enemy’. First, many opposition leaders are now relief as they know now Umno is having problems and as such, they do not expect the general election  to be held ealier or before the party general assembly.

Muhyiddin’s statement to them was like aGod’s sent message – don’t worry – just continue spilling the beans out of the sack as the general election will not be held any much earlier. In short, the oppositions can continue spin and raise issues while at the same time, dig up more dirts among the BN leaders, particularly the Cabinet members.

Secondly among Umno members, who have already read the ‘so-called underlying message’ as though there is a friction, are now weighing the chances of another  challenge in the coming party election. Given such scenario, it is best that Najib and Muhyiddin synchrnise their acts so that their statements and comments would be of same contents no matter how the people try to interpret them as this will reflect unity and one force.

July 16, 2012

2 Seorang Lagi Artis, Yatt Hamzah Bersama PAS



Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor semalam. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor. Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat. 

CTS tidak mengenali sangat artis ini atau apa saja kisah silamnya dan CTS mengalu-alukan tindakan beliau untuk memakai tudung. Tentang perjuangannya di dalam PAS, itu adalah hak beliau. Cuma CTS minta, janganlah menjadi seperti Abby Abadi. Selepas memakai tudung dan menyokong perjuangan PAS, beliau berdiri di pentas-pentas ceramah dengan mengkritik dan menghina Kerajaan yang sedia ada. Beliau sahajalah yang betul dan ilmu Agama beliau sajalah yang tinggi. Contohilah Anna Raffali, walaupun beliau sudah berumahtangga dan memakai tudung, tidak ada satu kritikanpun beliau lemparkan kepada sesiapa dan mendabik dada bahawa beliau seorang penganut Islam yang sebenar.


4 Apa Cerita Anak Syarikat Kerajaan PAS Kedah PKNK Miliki 500,000 Unit Saham Felda Global?


Belumpun sempat penat CTS hilang setelah membuat liputan Himpunan Oren menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung hari Sabtu lepas, CTS dikejutkan dengan liputan Sinar Harian yang bertajuk "PKNK Sahkan Miliki 500,000 Saham Felda Global". Sat no. CTS hendak cuba memahami apakah tujuan Himpunan Oren berkenaan diadakan:


Kalau diikutkan banner yang tersebar luas di Himpunan Oren Sabtu lepas, antara kandungan bantahan Himpunan berkenaan adalah pecat, batal, hapus dan bla bla bla yang kesemuanya negatif-negatif belaka. Tup tup anak syarikat Kerajaan PAS Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), mendedahkan bahawa mereka memiliki 500,000 unit saham Felda Holding. Bukankah PKNK anak syarikat milik penuh Kerajaan PAS Negeri Kedah? Bukankah Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Razak Pengerusi PKNK? (Lihat Di sini)

Apakah DS Azizan cuba mencabar kempen Mazlan Aliman dan Mat Sabu? Apakah beliau cuba melakukan sabotaj kepada propaganda PAS yang beriya-iya menentang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia? Dan yang lebih jelas, apakah DS Azizan sengaja membuktikan bahawa segala usaha Mazlan Aliman dan PAS Pusat itu sebenarnya adalah satu usaha bodoh dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta para peneroka di seluruh negara? Oklah, apa kata kalau CTS cadangkan juak-juak PAS mengadakan Himpunan Kelabu Asap secara besar-besaran di hadapan Pejabat Menteri Besar Kedah kerana gagal menghayati solidariti bantahan penyenaraian Felda Holding ke Bursa Malaysia. Ada bran der?

July 15, 2012

2 Antara Barisan Artis Yang Memeriahkan 1M4U









Published with Blogger-droid v2.0.6

1 Meriah! Memang Meriah Di 1M4U Esplanade KLCC

Jangan lupa datanglah beramai-ramai ke perhimpunan belia dan remaja. Esplanade KLCC. Banyak acara menarik menanti seisi keluarga. Tidak perlu risau untuk memakai baju oren, kuning atau hijau. Juak-juak PAS, DAP dan PGayR dijemput juga. Jangan malu-malu.

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 Bintang Terkenal Di Esplanade, KLCC Sempena 1M4U Hari Ini

Karnival khusus untuk remaja bakal diadakan di Esplanade, KLCC, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang yang dikenali sebagai 1M4U. 1M4U atau juga disebut "I am for youth" adalah slogan Perdana Menteri yang mencerminkan beliau sentiasa mendahulukan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat terutama di kalangan generasi muda di negara ini.

Barisan selebriti terkenal akan turut hadir memeriahkan lagi sambutan pelancaran 1M4U. Antara yang akan hadir adalah bintang Akademi Fantasia, Adira, Stacy dan Hafiz; juara program Mentor, Black; pelawak terkenal tanahair Johan dan Zizan serta kumpulan Osbon. Selain artis, karnival anjuran bersama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini akan turut dimeriahkan dengan 16 aktiviti menarik untuk pengunjung.

Perdana Menteri dijangka menanam pokok semeperna kempen Go Green sewaktu ketibaan sebelum singgah di gerai pameran dan bertemu dua kumpulan sukarelawan. Kehadiran Perdana Menteri juga akan disambut dengan tarian Flashmob oleh lebih 3,000 sukarelawan. Orang ramai dipelawa untuk sama-sama menyaksikan majlis bersejarah ini di samping menyemarakkan usaha mewujudkan Gelombang Kesukarelaan di kalangan Rakyat di negara ini.

3 Petang Pakai Oren, Malam Pakai Hijau, Itulah Ular PAS Yang Kerap Bersalin Kulit



Di sebelah petang, juak-juak ini diusung ke Masjid Wilayah Persekutuan sehinggalah ke Istana Negara kononnya untuk memperjuangkan FELDA. Di sebelah malam pula, mungkin pemimpin-pemimpin parti merasakan rugi untuk menghantar mereka pulang awal setelah berhabis duit untuk menyewa bas untuk membawa mereka ke Kuala Lumpur, maka juak-juak ini diusung pula ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kononnya untuk Himpunan Hijau versi Wilayah Persekutuan.

Nampak seperti ramai yang menyokong perjuangan PAS. Hakikatnya, juak-juak yang sama inilah yang diusung ke hulu dan ke hilir. Bezanya, warna kulit diubah. Bersih 2.0 merekalah, Bersih 3.0 pun merekalah, Himpunan Hijau, Oren dan Kelabu Asap pun merekalah. Jika diperhatikan di dalam dua-dua gambar di atas, masih terdapat juak-juak PAS yang masih tidak sempat menukar baju oren yang dipakai di sebelah petangnya. 

Bagi yang minta daripada CTS bukti peserta Buah Oren petang tadi diangkut dengan bas, lihat gambar di bawah. Bas berkenaan adalah satu daripada beberapa buah bas yang digunakan untuk mengangkut penyokong-penyokong PAS datang ke Kuala Lumpur. Banyak penumpang yang dialek Kelantan. Mungkin di Kelantan paling banyak FELDA kot. Tidakpun, peserta Ladang Rakyat Husam Musa yang turut sama diangkut. CTS juga dihalang dari cuba mengambil nombor plet bas berkenaan. Hanya berjaya mengambil gambar dari jauh.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates