July 14, 2012

4 Tidak Kibarkan Bendera Sewaktu Keputeraan Yang Di Pertua Negeri - Guan Eng Memang Biadap!


Hari ini adalah hari keputeraan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang. Gambar yang diambil oleh Rakyat Pulau Pinang di sekitar bandar Georgetown dan Komtar di mana pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berada, tidak menunjukkan ada satupun bendera Pulau Pinang yang dikibarkan bagi menghormati Hari Keputeraan Yang Di Pertua Negeri. Juga tiada "bunting" ucapan tahniah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini pernah biadap apabila tidak mengibarkan bendera Malaysia sewaktu Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agung. Hari ini, perbuatan biadap Lim Guan Eng diulangi semula. Memang benarlah, DAP mahukan sistem Republik di Malaysia. DAPig mahu menghapuskan sistem kesultanan Melayu yang telah bertapak sekian lama di Malaysia. Inilah Kerajaan yang dimahukan oleh Rakyat Pulau Pinang. Kerajaan yang biadap dengan Yang Di Pertua Negeri sendiri!

1 Mak Bapa Gila Bawa Anak Tengah Panas Di Himpunan Buah Oren







Satu saja perkataan dari CTS - BENGONG!

Published with Blogger-droid v2.0.6

12 Himpunan Buah Oren Gagal Capai Puluhan Ribu-Ribu Lemon




Hanya 3,000 - 5,000 orang yang berarak ke Masjid Negara diketuai Komander Mat Sabu. Tidak mendapat sambutan nampaknya seperti Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Hampir 100% orang Melayu Islam. Tiada kaum Cina kelihatan. Hanya beberapa kaum India kelihatan.
Published with Blogger-droid v2.0.6

3 Himpunan Buah Oren Masjid Negara-Istana Negara 2.20 Petang









Published with Blogger-droid v2.0.6

0 Live Himpunan Buah Oren Di Masjid Wilayah-Istana Negara (2.00 Petang)









Published with Blogger-droid v2.0.6

July 13, 2012

3 Mesti Baca - Khalid Samad Mula Edarkan "Flayers" Janji-Janji PAS Shah Alam Menjelang PRU13




PAS Shah Alam mengorak langkah menjelang PRU13 yang bakal diadakan bila-bila masa dengan menghantar "flayers" atau risalah-risalah dari rumah ke rumah. "Flayers" ini dihantar kepada semua pengundi muda yang baru sekitar kawasan terpilih di Selangor. Setelah janji-janji bulan dan bintang yang diberikan kepada penduduk yang sebahagian besarnya tidak tertunai sehingga ke hari ini, PAS mengorak langkah dengan mengemukakan 12 janji baru yang dikenali sebagai "12 Jaminan PAS Terhadap Keupayaan Bangsa".

Bagi sesiapa yang masih mengantuk kesan dari makan malam yang berlebihan sebentar tadi, CTS ulang kembali manifesto PRU13 PAS, "12 Jaminan PAS Terhadap Keupayaan Bangsa". Huh! Sejak bila pula PAS mementingkan bangsa? Sejak bila bangsa Melayu mendapat tempat di dalam manifesto PAS sebelum-sebelum ini? Bukankah di dalam PRU12 dahulu, PAS pernah mengkufurkan UMNO kerana memperjuangkan BANGSA MELAYU? Apa PAS sudah bertebiat nak mampus? Jika kita lihat jaminan nombor 1, 2, 4, 8, 9,10 dan 12 di dalam manifesto di atas, kesemuanya menekankan peri pentingnya BANGSA MELAYU. 

Di mana hilangnya "PAS For All", slogan yang selalu mereka laungkan di kalangan bukan Melayu? Kenapakah Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS telah menandatangani manifesto PAS Shah Alam yang separuh daripadanya berpaksikan kepada BANGSA MELAYU? Bukankah selama ini beliau bencikan UMNO kerana memperjuangkan BANGSA MELAYU??? Inilah wajah sebenar PAS. Mereka boleh menjadi biawak, ular sawa dan siamang dengan sekelip mata. Mereka boleh berubah warna kulit dan asas perjuangan semata-mata untuk berkuasa.

Wahai YB Khalid Samad, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya akan berusaha sehabis upaya saya dengan kudrat yang sedikit yang Allah berikan untuk berusaha bagi memastikan anda tidak lagi menjadi Ahli Parlimen kami di Shah Alam, sekiranya anda masih berani bertanding di sini. InsyaAllah, Allah bersama orang-orang yang benar.

1 Malacca Gain - Penangites Loss For Voting Him



Are there no Penangites within the Penang DAP to be the Chief Minister? When there are capable leaders like Chow ? Who is also the Chairman of Penang DAP ? Why do they allow a Parachuted Lembu rejected by Malaccans to be the CM of Penang?

He is the most trustworthy, most honourable and most cleverest man in Penang now. Shame on all you Penangites! You Penangites need a Batu Pahat-born, Malaccan to be the Chief Minister of Penang and a Perak-born, Selangorean Dr P.Ramasamy as his deputy. Shame on Penangites that the DAP is telling you that none of you people are as smart as him to lead the state.

He thinks he is the most trustworthy but ask Betty! She surely don’t trust him! “Ask Betty” is also the next favourite and most famous phrase in Penang. Many people are echoing what Ng Phaik Kheng aka Rainbow has responded, when asked by reporters. She would only reply: “Ask Betty.” 

She has not denied the passionate affair between her and Dear Leader despite his denial. We believe someone out there – has kept the many hot hot hot SMS that went between Dear Leader and Rainbow. That will prove what a LIAR Dear Leader has been!

We also know why the Dear Leader abandoned his Cina Ah Pek-Pyonyang hairstyle for the modern layer cut hair style but abandoned it after Jealous Betty discovered this middle aged man was behaving suspiciously, looking at himself like a vain pot 1,000 times at the mirror and often caught moving away from Jealous Betty to send out those hot text messages!


Published with Blogger-droid v2.0.6

July 12, 2012

5 Himpunan Oren - Mazlan Aliman Kemaruk Letak Gambar Pak Lah & Ku Li Atas Poster



Macam-macam cara dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk menarik perhatian ramai terhadap program mengarut anjuran mereka termasuklah yang terbaru gambar Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah digunakan oleh PAS untuk mempromosikan Himpunan Oren Anti FGV dengan tujuan mengabui mata khalayak. Si empunya diri langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk hadir, memandai-mandai pula dimanipulasi gambar kedua-dua tokoh tersebut demi untuk meramaikan hadirin dalam majlis anjuran PAS itu.

Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap penganjur himpunan tersebut sepatutnya berasa malu bila program anjurannya terpaksa menumpang nama dan gambar orang lain. Alasan kononnya penggunaan gambar Pak lah dan Ku Li sebagai daya tarikan langsung tak boleh diterima akal. Itu namanya alasan yang kebudak-budakan dan menipu. Kita tahulah tabiat menipu dan membohong sambil lidah berbelit-belit sudah jadi amalan pemimpin PAS sejak tahun 1950-an lagi, tapi kot kalau terdesak sangat pun janganlah sampai ditarik sekali nama orang lain untuk bergelumang dengan penipuan. 


Dahlah menipu dan memanipulasi nama dan gambar pemimpin UMNO, himpunan yang kononnya untuk kumpulkan peneroka kini dah jadi himpunan ahli PAS pula bila surat pekeliling dihantar mengarahkan kehadiran ahli dari seluruh peringkat untuk ramaikan majlis. Nampak sangat majoriti golongan peneroka memboikot himpunan sia-sia tersebut, itu pasal terpaksa dikerah ahli sendiri untuk mengelakkan dari menjadi bahan gelak tawa orang ramai. Akhbar Harakah juga tidak terkecuali menyiarkan amanat Presiden.

Dua kali menipu bermakna bab-bab menipu ini sudah sebati dalam sanubari pemimpin PAS. Satu menipu orang ramai dengan memanipulasi gambar pemimpin UMNO dan kedua menipu masyarakat dengan mengatakan ahli PAS yang akan hadir semuanya peneroka. Terdesak sangat nak cari laba politik, maka langkah desperado sedemikian rupa diguna pakai, langsung tak menepati ciri-ciri sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Jenis manusia munafik dan perangai macam musyrikin Mekah saling tak tumpah macam perangai Abu Jahal dan Abu Lahab. Patutlah lebih 60 tahun PAS hidup atas muka bumi, hanya kecelakaan dan perpecahan sesama umat Islam saja yang berjaya dibawa oleh PAS.

Laknatullah punya perangai.

3 Isu "Rompak Emas Kelantan" - Penyakit Tak Tahu Ustaz Azizan Dah Melekat Kat Nik Aziz


Memang senang betul kerja Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Haram. Siang malam keluar ceramah. Kantung tabung derma harus dipenuhkan. Negeri terbiar dan pembangunan terbantut. Masalah Rakyat tidak diperdulikan. Sekiranya ada berlaku penyelewengan dan skandal, Menteri Besar atau Ketua Menteri tiba-tiba mendapat penyakit insomnia atau penyakit pelupa.

Begitu juga dengan skandal curi emas di Kelantan yang berlaku berleluasa. Adalah tidak masuk akal seorang Menteri Besar tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah kawalannya, sedangkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram telah beroperasi sekian lama di beberapa daerah di negeri itu. Tidak seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, setiap soalan yang ditanya oleh wartawan akan dijawab dengan fakta. Tiada istilah "Saya tak tahu".

Nampak gayanya, penyakit "Saya tak tau" yang dialami oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan sudah berjangkit dengan Menteri Besar Kelantan ini. Ustaz Azizan ketika ditanya kenapakah Kelab-Kelab Bogel dengan penari tiang berleluasa di Kedah mengalahkan Danok, beliau hanya menjawab, "Saya tak tau". Nik Aziz ketika ditanya tentang kecurian emas di Kelantan, beliau menjawab, "Ambo tak tahu. No komen. Tanya Husam". Lim Guan Eng kita tak payahlah tanya pasal skandal Rainbow, pasti dipusingnya 180 darjah. Cuma CTS puji dengan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Beliau tidak akan menjawab tak tahu, sebaliknya "ki kita aaakan siasat", kiii kita aa aakan kaji" dan sebagainya.

July 11, 2012

10 Cybertroppers Facebookers Pakatan Haram Kantoi Menipu Lagi

Kalau tidak menipu bukanlah namanya pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Sudah menjadi "trend" perangai buruk pemimpin-pemimpin mereka iaitu berbohong dan menipu akan diikuti oleh juak-juak mereka yang menjadi cybertroopers berbayar sama ada di blog, laman sosial Facebook maupun di Twitter.

Terbaru, pembohongan dan spin jahat yang cuba dilakukan ialah gambar sebuah jambatan gantung yang kononnya terdapat di Malaysia yang kononnya membahayakan pelajar-pelajar kita yang hendak ke sekolah.

Kalau melihatkan posting di atas yang dibuat oleh facebookers "Jom Lawan UMNO", sememangnya Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional amat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Pihak cybertroppers pembangkang terlupa bahawa maklumat di zaman maklumat hanya di hujung jari, bantuan Google adalah semudah ABC. Cuba lihat realiti di bawah:


Haish! Semakin hari lawak yang dibuat oleh Pakatan Haram sudah mencapai tahap lawak bodoh gaban!

0 Blogger Milosuam Perlu Jelaskan Hubungan Dengan Lelaki Amuk Di JPM


Setelah negara digemparkan dengan amukan samurai di Jabatan Perdana Menteri, kini blog-blog mula mempersoalkan tentang kaitan blogger pembangkang, terutamanya Blogger nombor 1 Pakatan Haram, Milosuam dengan arwah Khalil. Milosuam dikatakan blogger yang pertama memuatnaik video amukan tersebut dan kehadirannya di waktu dan tempat kejadian dengan siap sedia membawa kamera video amatlah mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila kedengaran percakapan telefon yang disyaki sebagai jurukamera sendiri, yang seolah-olah melaporkan kepada seseorang apabila arwah telah ditembak.  

Melayari blog Milosuam selepas kejadian menambahkan lagi kecurigaan kita apabila beliau seolah-olah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan persepsi kononnya arwah Khalil adalah penyokong kerajaan berdasarkan hanya satu ayat di blog arwah yang memuji Tun Dr. Mahathir sebagai seorang berjiwa besar. Sedangkan jika diteliti keseluruhan post arwah di blog beliau, mahupun kedua-dua akaun facebook beliau, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa arwah lebih cenderung kepada pembangkang. Lihat saja senarai perkara yang diminati seperti yang dinyatakan di facebook beliau: 
“MRSM Pengkalan Chepa, Dr. Mahathir bin Mohamad, Lim Guan Eng, MiLo SuaM, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Jomsedut.Org, Sultan Johor, Pertubuhan Kerabat Raja Jembal ( Wilayah Tengah), Harian Metro Online (HMO Blog), HarakahDaily Blog, Dr. MAZA for PM, Bersih 3.0 [Official ], Kami Benci Saiful Bukhari!, A. Samad Said, Aku sependapat dengan orang kat atas ni 100%, KELAB SAYANGI DYMM SULTAN SELANGOR, Sukatilah, Anak Johor Sayang Sultan, Aku-Macjay Blogspot, General Mahdi and the Last Generation Army, Blog Redzuan-Ridzand 7 more..”
Malah, blog Milosuam sendiri turut tersenarai. Justeru, mana mungkin Milosuam boleh mengelak mengatakan bahawa arwah adalah peminatnya. Blog paperwaris kemudiannya mengaitkan Milosuam dengan seorang yang bernama Hambali Idris yang juga merupakan orang yang ‘disayangi’ oleh arwah.  Ini adalah antara komen arwah kepada Hambali difacebooknya: 
“Patutlah aku sayang kamu Hambali Idris..... sebab kamu ni berani mengatakan kebenaran walaupun kebenaran itu sendiri pastinya membunuh kamu.”
Jika benar Milosuam adalah Hambali maka ini bermakna blogger pembangkang ini agak kerap berhubung dengan arwah melalui facebook sebelum kematian beliau.  Tidak mustahil mereka juga ada berjumpa kerana dalam salah satu komen arwah, beliau ada mengajak Hambali berjumpa dan berborak. Dan tidak mustahil juga Milosuam mengetahui tentang rancangan ‘serangan-bunuh-diri’ oleh arwah. Dengan kepantasan Milosuam memuatnaik video tersebut dan kemudian mengaitkan arwah dengan Tun Dr. Mahathir, kita merasakan bahawa tidak mustahil juga bahawa arwah telah dipergunakan oleh blogger pembangkang ini untuk mencipta isu bagi mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi pihak pembangkang.  

Selain itu, jika kita melayari blog arwah, kita akan mendapati bahawa dalam beberapa tulisan beliau, boleh dikatakan beliau seolah-olah kecewa kerana segala kepercayaannya telah dikhianati oleh seseorang. Dan beliau kemudiannya mengutuk fatwa bai’ah PAS. Maka, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau antara ahli-ahli taksub PAS yang terlalu kecewa dengan sikap cacamarba, fatwa sesat dan pendirian tunggang-terbalik PAS hari ini? Apapun punca kecelaruan pemikiran arwah dan apapun motif arwah menyerang JPM kini sudah tidak begitu penting lagi kerana arwah sudah tiada. Yang penting kini ialah mencari kaitan arwah atau pemikiran arwah dengan mana-mana pihak yang mungkin mempunyai kepentingan dengan insiden amuk ini.  

Dan yang penting juga, ialah untuk kita mengetahui apakah kaitan Milosuam dengan arwah dan apakah peranan Milosuam dalam kejadian ini. Apakah beliau merupakan sahabat, dalang, atau pemerhati yang sengaja tidak menghalang arwah menempah maut serta membahayakan kakitangan JPM, sedangkan beliau mengetahui akan rancangan arwah sejak awal lagi.

1 Rakyat Selangor Serbu Bangunan SUK Selangor Serah Memo Kepada MB Gagap




Satu bantahan diadakan oleh Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang diketuai oleh Saudara Armand Azha di depan bangunan SUK Selangor pagi tadi untuk menyatakan bantahan rakyat Selangor terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Haram. Ratusan Rakyat Selangor turun menyatakan bantahan mereka terhadap isu UNISEL, isu Yayasan Selangor, isu Padang PKNS dan beberapa penyelewengan yang berlaku di Selangor. Satu memorandum telah diserahkan kepada kerajaan negeri Pakatan Haram Selangor oleh Saudara Armand Azha.

1 Pengerusi JKKK Penang Mempamerkan Kemewahannya Di Facebook


Di sebelah kiri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Prof. Dr Ramasamy Palinasamy, adalah merupakan Pengerusi JKKK Penang. Beliau dikenali sebagai Siva Teluk Indah. Sumber CTS memberitahu, Siva adalah seorang penganggur dan diberitakan sebagai "samseng upahan" yang menjaga keselamatan Timbalan Ketua Menteri.

Baru-baru ini di laman sosial Facebook beliau, meliau telah mempamerkan anak kecilnya sedang memegang dan bermain-main dengan sejumlah wang. Terdapat 3 "pack" duit RM50 di tangan si kecil. Sekiranya satu "pack" wang berkenaan bersamaan 100 keping, maka terdapat RM15,000 kesemuanya. Beliau menamakan album di dalam Facebook berkenaan sebagai "My Little Boy Start Holding Money". 



Seorang ahli DAP berstatus Pengerusi JKKK Penang memaparkan kemewahan secara terbuka sedangkan beliau seorang penganggur? Masihkah kita yakin bahawa DAP Pulau Pinang tidak mengamalkan kronisme? Sekiranya seorang ahli DAP biasa boleh memiliki wang sebanyak itu untuk ditunjuk-tunjuk di khayalak ramai, berapakah pula pendapatan Bossnya yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak kita ketahui? Dari mana datangnya wang berkenaan sedangkan Siva tidak bekerja dan hanya menerima elaun sebagai Pengerusi JKKK? Masihkah kita merasakan DAPig bersih? Haishh!

July 10, 2012

0 Bekas Pegawai Mahu Dedah Hubungan Phaik Kheng-Guan Eng


Memandangkan pihak Guan Eng, Betty Chew dan Phaik Kheng sendiri enggan memberi penjelasan mengenai krisis yang melanda mereka, kebanyakan rakyat telah membuat kesimpulan sendiri bahawa skandal Guan Eng dengan Phaik Kheng adalah benar dan Betty Chew menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng juga benar.  

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap mereka yang mengelak malah Betty Chew yang meroyan apabila ditanya mengenainya. Namun, rakyat mungkin ada satu alasan lagi untuk mempercayai kisah skandal ini iaitu apabila seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan akan tampil untuk menceritakannya secara terperinci.  

Pegawai ini dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng dan bersimpati dengan nasib beliau. Sumber-sumber menyatakan yang pegawai tersebut ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty Chew. Menurutnya, Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng.  

Malah Lim Guan Eng juga dikatakan sudah berhenti berusaha untuk menghubungi Phaik Kheng yang mana menyebabkan Phaik Kheng terpaksa menanggung cemuhan ini sendirian. Bila pendedahan akan dibuat dan bagaimana ia akan dibuat oleh pegawai tersebut tidak dapat dipastikan. Mungkinkah ia bakal menjadi kejutan di saat-saat akhir sebelum pilihanraya berlangsung? Sukar untuk diramalkan kerana pegawai tersebut juga dikatakan begitu bimbang akan tindakbalas dari pejabat Ketua Menteri sekiranya beliau benar-benar tampil membuat penjelasan.  

Bagaimanapun, sumber juga menyatakan bahawa pegawai tersebut adalah seorang yang berpendirian dan tidak mudah mengaku kalah. Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja dengan tenang. Kita harap, Betty Chew dan Guan Eng juga dapat bertenang dengan berita ini.

July 9, 2012

26 JPM Diserang Lelaki Samurai - Sudah Adakah Pihak Mahu Menggulingkan Kerajaan Melalui Kekerasan?


Hari ini, sekitar 2.30 petang, Putrajaya menjadi heboh apabila Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diserang. Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. Kedua-dua suspek yang bersenjatakan pedang samurai telah di kaki dan tangan setelah diberi amaran oleh pihak Polis. Beberapa kereta kakitangan JPM telah dipecahkan akibat daripada kejadian berkenaan. Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid  berkata lelaki yang meninggal dunia setelah cedera ditembak dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47 manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun.

Motif sebenar penyerang berkenaan masih belum dikenalpasti. Apakah ini pengikut fanatik mana-mana parti potik atau adakah mereka terdiri daripada penagih morphin tegar seperti Uncleseekers? Apakah golongan Al Maunah telah mula bertapak kembali di Malaysia. Apakah kedua-dua orang ini merupakan sebahagian kecil daripada kumpulan besar di luar sana yang berhasrat untuk menggulingkan Kerajaan secara kekerasan? Apakah ahli-ahli politik pembangkang Pakatan Haram akan menangguk di air yang keruh dengan memanipulasikan dan menjaja isu kematian lelaki berkenaan sepertimana isu Teoh Beng Hock dan isu Kugan. Di bawah adalah gambar rakaman CCTV mengenai kejadian tersebut.

 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates