July 7, 2012

6 Betty vs Rainbow - Pusingan Pertama ting ... ting ...



Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah.  Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah. Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah. 

Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain. Hanya Chua Soi Lek yang sanggup mengaku perkara sedemikian dengan penuh kesal dan rendah diri, kerana beliau adalah lelaki sejati yang matang dan cukup kuat untuk mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya. Beliau menerima segala kritikan kerana beliau tahu beliau telah berbuat kesalahan. Dan kerana itu, beliau telah dimaafkan. 

Dari reaksi Betty, yang kelihatan marah, terluka dan malu, kita tidak dapat mengelak dari merasakan bahawa skandal tersebut benar-benar berlaku. Jika Betty mengharapkan orang simpati dan memahami keadaannya, beliau silap. Kaum wanita mungkin merasa simpati tetapi sebagai rakyat, mereka tetap inginkan jawapan yang pasti kerana Betty bukan hanya seorang wanita biasa, beliau adalah seorang ahli politik dan isteri kepada Ketua Menteri. Reaksi Betty meninggalkan dewan dan memarahi pihak yang bertanya, hanya akan memanjangkan isu ini dan menaikkan lagi rasa ingin tahu di kalangan rakyat.  

Lovely Rainbow
Memandangkan Betty telah menyerah kalah, dan Guan Eng memilih untuk mengelak, rakyat kini beralih kepada Ng Phaik Kheng atau lebih mesra dikenali keluarga dan rakan-rakan sebagai "Rainbow" (pelangi)  kerana kecatikannya, untuk memberi penjelasan. Setakat ini, Phaik Kheng bersikap bagaikan seorang ahli politik juga dengan mengelak dan enggan memberi jawapan jelas. Sedangkan Phaik Kheng tidak harus bersikap demikian kerana beliau bukan ahli politik dan tidak lagi bekerja dengan ahli politik. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pendidikan di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang setelah terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai khas Guan Eng,

Ia sepatutnya amat mudah bagi Phaik Kheng untuk memberi jawapan yang telus kepada soalan yang begitu telus juga iaitu, apakah beliau merupakan perempuan simpanan atau pernah menjadi perempuan simpanan Ketua Menteri? Jawapan ‘no comment’ yang diberikan Phaik Kheng berbunyi seolah-olah datangnya dari seorang artis hiburan yang sengaja ingin memanjangkan kontroversi demi publisiti. Kita tidak faham kenapa susah benar untuk beliau menjawab ya atau tidak? Apakah beliau sengaja ingin mencabar Betty sebagai membalas dendam kerana terpaksa meletak jawatan? Apakah Phaik Kheng melihat ini sebagai satu perlawanan? Jika ini perlawanan, pastinya akan ada yang kalah iaitu mungkin Phaik Kheng sendiri, mungkin Betty dan mungkin juga Guan Eng.  

Sudah tentu pembangkang akan menyatakan bahawa isu ini adalah isu peribadi dan tidak akan menjejaskan rakyat atau negeri. Tetapi, jika isu ini melibatkan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri BN, pembangkang pasti akan melihat isu ini sebagai isu ‘keselamatan-negara-antara-hidup-dan-mati’. Malah pembangkang telah pun mereka-reka kisah skandal sulit lengkap dengan gambar-gambar palsu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Jadi, kita semua setuju bahawa skandal tak kira berkenaan seks atau wang, yang melibatkan mana-mana ahli politik adalah isu besar.  

Lebih tinggi jawatan ahli politik itu, lebih besarlah isunya bagi rakyat. Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan beliau juga ada dalam senarai mereka yang berpotensi menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Justeru, beliau, isterinya dan wanita yang dikaitkan dengannya tidak boleh lari dari berhadapan dengan perkara ini secara terus, telus dan terbuka. Jika Ketua Menteri dan isteri tidak mampu menghadapinya, maka Phaik Kheng wajar tampil menjelaskan perkara ini dari sudut dirinya sebagai seorang wanita yang benar dan berani. Tetapi sebelum itu, ini ada sedikit nasihat untuk Betty Chew -   mintalah tips dari Wan Azizah tentang ‘bagaimana untuk menunjukkan muka selamba apabila ditanya mengenai skandal yang melibatkan suami anda’.


July 6, 2012

4 Panas! Gambar Lim Guan Eng & "Rainbow" Bersiar-Siar Tersebar



Waa ... Manyak santek aaa ini amoi. Apa nama? Ng Phaik Kheng atau lebeh dikenali sibagai Rainbow maa. Lu tahu itu rainbow? Aiyaa itu pelangi lah. Manyak cantik woo. No wonder lah itu Khalipah PAS berplaster di dahi. Kalau wa jadi Betty pun wa mengamuk beb. Wa sudah menapous dan ini Rainbow aaa manyak bergetah ooo. Itu kawan wa dekat Penang cakap, Lizal aaa, nanti wa bagi lu gambar lain yang lagi bagus ma. Oklah taukeh. Wa tunggu.
Published with Blogger-droid v2.0.6

10 Aishah Jadi Moderator Kursus Keibubapaan? Layak Ke?


CTS amat menyokong kursus keibubapaan ataupun kursus kekeluargaan. Namun, tidaklah sampai hendak menggalakkan penduduk-penduduk di Daerah Kulai, Johor untuk hadir ke kursus di atas yang dianjurkan oleh PASTI dan PAS. Tidak ada orang lainkah yang lebih berkaliber dan lebih baik yang PAS atau PASTI boleh ketengahkan untuk menjadi moderator atau pemudahcara?

Semalam, CTS ada menonton rancangan TV9, Semanis Kurma yang dimudahcarakan oleh oleh Ustazah  Dato Siti Nor Bahyah Mahmood dan suaminya Ustaz Wan Akashah membicarakan mengenai keibubapaan, keluarga dan hubungan suami isteri. Sejuk menonton rancangan berkenaan. Untuk menjadi seorang penceramah atau pemudahcara yang berjaya, seseorang itu mesti pastikan dirinya dan keluarganya sempurna dan boleh menjadi contoh. Buat Aishah, apa kriteria beliau untuk memudahcara kursus keibubapaan? Rumahtangganya bahgia atau bagaimana? Adakah anak-anaknya cemerlang dari segi cemerlang duniawi dan cemerlang ukrahwi?

Nampak sangat PAS sudah ketandusan tokoh untuk diketengahkan sebagai pencemah dan moderator sehingga terpaksa meng"import" artis-artis yang sudah menapous untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ahli-ahli PAS sendiri. Bukan CTS kata tidak boleh, cuma CTS risau takut-takut moderator atau pemudahcara asyik salahkan perkahwinan beliau yang lepas-lepas dengan Mat Salleh tu. Haishh!

1 Opps! Penang's CM Did It Again - His Photos Again All Over Newsletter

This man is really crazy for publicity. The "cheat" Chief Minister photos are all over the Buletin Mutiara's newsletter. Dear Chief Minister, this is not Pyongyang. Read New Straits Times for detail news:

GEORGE TOWN: It looks like the embarrassment caused by the publication of 51 pictures of Penang Chief Minister Lim Guan Eng in the May edition of the state government's official newsletter, Buletin Mutiara, has not deterred its editorial team from continuing to glorify the DAP politician.


The latest issue of the publicly-funded newsletter is filled with 28 pictures of the chief minister unabashedly splashed across almost every page of the 28-page newsletter. Right on the front page, Lim is seen waving after trekking up to the midway point of Penang Hill to declare that "the hills are alive".

In subsequent pages, Lim is seen braving rising waters to visit a flood-hit area in the Datuk Keramat state constituency and attending various functions. The Buletin Mutiara editorial board had come under fire previously when state Barisan Nasional information chief Tan Cheng Liang described it as a "misuse of the newsletter".

Tan was quoted as saying that the state should consider changing the name of the newsletter to Lim Guan Eng Pau as the DAP secretary-general seemed to have turned the state publication into a personal tool to glorify himself. The criticism led to Buletin Mutiara editor-in-chief Yap Lee Ying issuing a public apology and blaming the faux pas on a "technical slip-up".

4 Khalid Samad Pasti Berbangga Dengan Tawaran Carlsberg Semperna "Ramadhan Sale" Di The Store


Tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini di Selangor maupun Wilayah Persekutuan, sensitiviti Umat Islam di Malaysia telah diperkotak katikkan. Semenjak P"Gay"R dan DAPig memerintah Selangor dan memperolehi sebahagian besar kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan, masyarakat bukan Islam semakin berani mempersendakan dan mempermainkan Umat Islam.

Terbaru iklan tawaran hebat minuman keras Carlsberg di sebuah pasaraya The Store di Seri Petaling. Apa yang menyakitkan hati, tawaran hebat diskaun minuman keras berkenaan adalah semperna "Ramadhan Sale". Agak sukar mempercayai masyarakat Bukan Islam tidak sensitif mengenai perkara ini kerana Malaysia telah dihuni oleh masyarakat berbilang kaum semenjak berpuluh tahun yang lalu. Pasaraya The Store wajib memohon maaf kepada masyarakat Islam secara terbuka.

July 5, 2012

1 DAPig Bertanding 89 Kerusi PRU13 - Siapa Bakal PM Pakatan Haram?



Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan P"Gay"R hanya akan bertanding di 66 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan berbanding sebelumnya. Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi parlimen yang ditandingi P"Gay"R semasa PRU 12 2008 yang lalu. Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi P"Gay"R ini juga berkait rapat dengan tekanan dari DAPig yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap BN.

Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula hanyalah 66 - 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 - 90 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAPig yang berentap menentang BN. Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi P"Gay"R juga bakal ditandingi oleh calon DAPig. Laporan itu juga menyebut P"Gay"R turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi P"Gay"R masih kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili P"Gay"R. Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji. Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi yang ditandingi DAPig 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAPig bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.

P"Gay"R pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya menang di 23 kerusi. Dalam tempoh kurang dua tahun, P"Gay"R kehilangan 5 kerusi parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil. Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAPig, seakan satu kewajaran untuk DAPig menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang.

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari P"Gay"R dan PAS, tidak syak lagi DAPig akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang. Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan. Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam P"Gay"R dan PAS?

5 Panas!!! Uncleseekers Sah Ditahan Reman



Anak penulis politik terkenal tanahair, Syed Hussin Al Attas telah ditahan reman selama 4 hari bermula hari ini atas dakwaan menghina Sultan Johor dan Kerabat Di Raja Johor. Beliau yang terkenal dengan gelaran Uncleseekers telah sempat menulis 64 artikel/posting daripada 66 posting berkenaan Sultan Johor dan kerabat Baginda seperti yang dijanjikan di dalam blog beliau, http://uncleseekers.blogspot.com/

Ibarat kata berani tangan mencincang, berani juga bahu memikul. Berani buat, berani tanggung. Uncleseekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas turut ditahan bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain. Syed Abdullah bersama Siti Nadhirah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru kira-kira jam 3 petang tadi.

July 3, 2012

1 Selepas 2 Tahun Mana Kertas Putih Hutang Talam Wahai MB Selangor?


Ini salah satu janji manis Kerajaan Pakatan Haram Selangor, khasnya Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim:

13/7/2010 - Selangor akan menyediakan satu kertas putih berkaitan kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation menjelang hujung tahun ini - MB Selangor.

Selepas 2 tahun ...

3/7/2012 - Kerajaan Negeri akan menyediakan kertas putih menerangkan penyusunan semula hutang TALAM sebagai lampiran dalam Bajet 2013 - MB Selangor.


Sebagai pembayar cukai pintu, cukai tanah dan cukai pendapatan di negeri Selangor, CTS mendesak janji manis Menteri Besar Selangor untuk mengotakan janjinya menyediakan dengan segera satu kertas putih kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation. Rakyat Selangor perlu tahu sepenuhnya penyelewengan ini. Jangan berdalih dan jangan tergagap-gagap memberi alasan lagi.

3 PAS Berangan Ke Putrajaya Dengan Hanya Bertanding 66 Kerusi Parlimen? Jadi Balaci DAP La!



Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya. Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan P"Gay"R yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang". Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAPig dan P"Gay"R, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan? Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan P"Gay"R khususnya. PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya P"Gay"R, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, P"Gay"R dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan. Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008. PAS akan terus tunduk pada P"Gay"R dan DAPig serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

6 Santai Tengah Malam - Tweets Menarik Ustaz Baru PAS, @hairieothman

CTS kongsikan di bawah beberapa tweet dari laman sosial Twitter Ustaz baru PAS, Hairie Othman.

Tak perlu kutuk. 

Tak perlu ulas. 

Hanya nilaikan sendiri taraf artis pujaan PAS.





July 2, 2012

0 Untuk Penyokong Tegar DAPig - Hadiah Poster Besar Untuk Penduduk Georgetown!


Gambar di atas CTS ambil sewaktu membuat audit di Pulau Pinang minggu lepas. Belum sempatpun Perdana Menteri membubarkan parlimen, Wakil Rakyat DAPig sudah siap sedia memasang poster/billboard gergasi. Inilah sikap kiasu DAPig. Bukankah Guan Eng selalu bermegah mengatakan Pulau Pinang akan kekal di tangan DAPig. Kenapa takut dengan bayang-bayang dengan memasang poster/billboard besar? Agak-agak duit siapakah yang digunakan untuk menyewa dan memasang poster/billboard berkenaan agaknya?

CTS ingatkan DAPig memerintah Pulau Pinang secara bersih, cekap dan amanah berdasarkan prisip "Competency, Accountability and Transparency (CAT)" yang selalu mereka laungkan. Kenapa tidak tunggu SPR mengistiharkan tempoh berkempen baru dinaikkan poster dan banner. Apabila rakan-rakan pejabat di Georgetown, Pulau Pinang menghantar mesej bahawa Georgetown banjir hari ini, barulah CTS teringatkan gambar di atas. Bukan apa, slogannya agak kelakar - "Menjana Georgetown Berdinamik"! Dinamik sungguh sehingga banjir! hahaha. 

10 @abby_abadi112 Sudah Mula Mengeluarkan Fatwa Sesat Sejak Berbaiáh Dengan Nik Aziz


CTS tidak kisah kalau Abby Abadi hendak mendalami ilmu agama.

CTS tidak kisah kalau Abby Abadi hendak berpurdah dan menjadi muslimah sejati. Alhamdulillah CTS bersyukur.

Namun apabila Abby Abadi mula mengeluarkan hukum hakam dan fatwa sesat hanya selepas beberapa hari Abby Abadi masuk PAS dan berbaiáh dengan Nik Aziz, ini CTS tidak setuju. Baca kenyataan beliau di laman sosial Twitter seperti berikut:


Siapa Abby Abadi yang boleh menentukan terbatalnya dua kalimah syahadah seseorang? Siapa dia yang hendak mengkafirkan seseorang (kalau sudah boleh menghukum batal kalimah seseorang samalah macam mengkafirkan orang!)? Baru setahun jagung bertudung litup sudah mula mengkafirkan orang. Jangan ikut perangai pengikut-pengikut PAS lah Cik Kak. Sini kafirkan orang. Sana kafirkan orang. Berdakwah bukan setakat kafir sana, kafir sini.

Mendalami Islam bukan setakat menjadi jaguh di dalam majlis ceramah PAS. Bersihkan diri betul-betul dulu Cik Kak. Tarbiahkan juak-juak Syiah PAS yang ramai terdapat di dalam parti PAS. Kalau Abby Abadi boleh mengeluarkan fatwa di atas, juak-juak aliran Syiah di dalam PAS lagi teruk. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sanggup mereka hina berdasarkan ajaran Syiah. Kenapa berdiam diri? Bukan masuk PAS tu sudah terjamin syurga Cik Kak. Amalan dan taqwa jadi sandaran, Dan siapa pula yang Abby Abadi panggil ulamak? Mungkin orang di bawah kot?

8 Apakah Agenda Tersirat Ketua Pengarang NSTP/BH Dalam Isu Mantan KP Perkhidmatan Awam?


Agak terkilan CTS membaca laporan akhbar Berita Harian/New Straits Times dalam edisi Berita Minggu semalam. Tajuk besar "Saya Sedih Khidmat Ditamat Lebih Awal" adalah mengenai cetusan rasa Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, TS Abu Bakar Abdullah yang telah mengesahkan bahawa beliau tidak bersara tetapi perkhidmatannya dalam Kerajaan telah ditamatkan.

Buat pengetahuan para pembaca, sebenarnya TS Abu Bakar telah diberi tugasan khusus untuk skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), sebaliknya beliau telah menggunakan peluang tersebut untuk mengkayakan diri dan rakan-rakan "kelas atasan" di dalam Perkhidmatan Awam. Beliau tidak mahu mengambil tanggungjawab aabila projek dan tugasan yang diberikan kepadanya telah gagal. TS Abu Bakar tidak mempunyai hak untuk merungut apabila kegagalan dirinya menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) disebabkan jawatan KSN adalah hak, "prerogative" dan kuasa Perdana Menteri.

CTS juga mempertikaikan apakah agenda tersurat dan tersirat Ketua Pengarang Kumpulan NSTP/BH, Dato Jalil Hamid yang menyiarkan berita berkenaan dengan nada simpati dan membangkitkan kemarahan kakitangan Kerajaan. Isunya sekarang kenapa Dato Jalil Hamid memberi ruang untuk TS Abu Bakar menimbulkan keresahan di kalangan pegawai Kerajaan untuk membenci Kerajaan? Dato Jalil Haimd sepatutnya diberikan surat tunjuk sebab kerana membantu TS Abu Bakar untuk memalukan Perdana Menteri dan kononnya beliau diberikan layanan yang buruk.

CTS menjangkakan PAS akan mengambil kesempatan mengenai isu ini. Tidak mustahil PAS akan menangguk di air yang keruh dengan "memancing" TS Abu Bakar menyertai PAS sepertimana PAS memancing mantan kakitangan-kakitangan awam yang lain yang kecewa dan gagal mendapat habuan yang mereka kehendaki di dalam Kerajaan. Contoh terbaru, di dalam Himpunan Hijau Peringkat Negeri Pahang, PAS telah mengesahkan secara rasmi kemasukan Dato Rameli Buyong, bekas Naib Presiden Felcra ke dlm PAS. Anak kelahiran Temerloh, berkhidmat lebih 30 tahun dlm Felcra dan sepatutnya menjadi Ketua Pengarah Felcra kononnya jika tidak 'dipancung' oleh menteri tertentu.

July 1, 2012

3 Kini Giliran P"Gay"R Pula Mengorat Artis-Artis Untuk Menyertai Parti


Setelah sekian lama melihat rakan sebantal mereka, PAS mengorat artis-artis tempatan yang kebanyakkannya sudah lemau dan veteran seperti Wan Aishah, Bob Lokman, Hairie Othman, Leman Raja Lawak dan Abby Abadi, P"Gay"R tidak tunggu lama untuk mendapatkan publisiti dengan menarik perhatian artis-artis supaya menyertai pentas politik mereka.

Hari ini, Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Penduduk di Kampung Melayu Subang Tambahan, penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jefrydeen Imbrom Soekaman, adalah antara 20 penerima surat hakmilik tanah daripada Kerajaan Selangor. Beliau yang menetap di kampung tersebut sejak 1996 mengucapkan rasa syukur kerana impiannya bagi memiliki hak kepada tanah yang diduduki akhirnya tercapai.

CTS menjangkakan perlumbaan untuk menarik artis-artis tempatan sama ada yang masih popular dan veteran akan berterusan di kalangan parti-parti politik. Kita mengharapkan golongan artis-artis ini berjuang dengan asas yang mereka percaya. Bukan sekadar menjadi tunggangan dan boneka pemimpin-pemimpin parti politik.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates