June 23, 2012

0 Isu Menantu Najib - Bukankah P"Gay"R Sedang Memainkan Politik Londeh Keluarga?


Muka depan akhbar Suara Keldaian memaparkan tajuk Bakal Menantu Najib Penipu. Tajuk ini bukan sahaja memperlihatkan yang akhbar tersebut membuat keputusan mendahului sistem perundangan, malah memfitnah secara terang-terangan.

Dalam mengulas berita tersebut, Ketua Wanita Keldaian, Zuraida "Mak Lampir" Kamaruddin pula dengan tidak semena-mena mencabar DS Najib untuk menyaman malu akhbar New York Post yang mula-mula menyiarkan berita mengenai Daniyar Nazarbayev. Begitu juga dengan Ketua Serikandi Keldaian, iaitu Siti Aishah Shaik Ismail menyuruh keluarga DS Najib menjawab isu ini.

Mendesak DS Najib atau keluarga untuk menjawab isu dan menyaman malu akhbar yang menyiarkan berita tersebut amatlah tidak masuk akal. Jika ada pihak yang perlu mengambil tindakan sedemikian ia pastilah keluarga Nazarbayev sendiri. DS Najib dengan mereka tiada pertalian darah pun, dan hubungan mereka adalah sekadar ikatan pertunangan antara anak masing-masing sahaja.

Kita tahu bahawa parti Pakatan Haram amat terdesak untuk mencari isu bagi menghadapi pilihanraya yang semakin hampir. Tetapi, ketahuilah oleh mereka bahawa kisah mengenai bakal menantu Perdana Menteri bukan satu isu kerana ia tiada kena mengena dengan rakyat dan negara. Begitu juga, apabila kisah tersebut tidak benar kerana pihak yang terlibat iaitu ibu kepada Daniyar, Maira, telah pun membuat penafian.

Menurut Maira, beliau masih punya ikatan perkahwinan dengan Bolat Nazarbayev dan tidak pernah dikehendaki oleh Interpol. Malah, pada ketika beliau ditanya, mereka sekeluarga sedang merancang percutian musim panas ke Eropah.

Jelas, Maira dan anaknya bebas bergerak ke mana-mana malah beliau juga boleh dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Jika benar beliau adalah orang yang dikehendaki oleh Interpol, tidak mungkin Interpol tidak dapat menangkapnya sedangkan wartawan juga mampu menghubunginya?

Suara Keldaian harus belajar mengenalpasti yang mana satu isu politik dan yang mana tidak. Jika tidak tahu mengenalpasti isu, janganlah menggunakan nama dan lambang parti untuk menerbitkan akhbar. Lebih elok jika akhbar ini digelar akhbar tabloid yang menyiarkan gossip dan tahyul untuk hiburan pembaca.

Lebih dari itu, parti P"Gay"R sendiri harus belajar untuk mengenalpasti mana isu yang penting dan mana yang tidak untuk dijuarai mereka. Dengan menyerang keluarga, atau lebih tepat, bakal keluarga, menunjukkan yang P"Gay"R sudah hilang pertimbangan. Seolah-olah dendam parti ini kepada BN adalah dendam peribadi dan bukannya antara lawan politik.

Jika isu ini dibawa oleh P"Gay"R ke pentas kempen pilihanraya, ia sekali gus menunjukkan yang benarlah DS Najib adalah seorang pemimpin yang hebat dan BN adalah parti yang tepat untuk rakyat sehinggakan P"Gay"R tidak mampu mencari isu lain untuk menyerang. Kerana itulah P"Gay"R terpaksa memainkan isu bakal keluarga yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan negara.

6 Mubaligh Kristian Berdakyah Di Seksyen 23, Shah Alam, Kenapa @KhalidSamad Berdiam Diri



Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi sehingga 11.20 pagi, penduduk-penduduk Seksyen 23, Shah Alam digemparkan dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan dakyah dari rumah ke rumah. Jumlah mubaligh-mubaligh berkenaan sekitar 14 orang. Mubaligh-mubaligh Kristian berkenaan terdiri daripada warga Barat, Filipina dan Jepun. Terdapat seorang mubaligh yang kelihatan membawa seorang bayi kecil untuk meraih simpati agar penduduk di taman berkenaan membuka pintu. 

Kedatangan mubaligh-mubaligh berkenaan didalangi oleh kaum India dan Cina yang bukan dari penduduk-penduduk Seksyen 23. Penyokong-penyokong PAS yang lantang kononnya mempertahankan Islam kelihatan berdiam diri. Mubaligh-mubaligh berkenaan hanya bergerak keluar dari taman berkenaan selepas penduduk-penduduk tempatan melahirkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara terbuka. 

Tidak pernah terjadi mubaligh-mubaligh Kristian dari luar negara secara terbuka menyebarkan dakyah mereka di Parlimen Shah Alam, kawasan YB Khalid Samad. Adakah mubaligh-mubaligh berkenaan mendapat lampu hijau dari pemerintahan Pakatan Haram yang sedia ada? Apakah kenyataan-kenyataan Datuk Dr Hassan Ali bahawa terdapat agenda memurtadkan Masyarakat Islam di Selangor bukanya satu cerita dongeng?

June 22, 2012

1 PAS Semakin Panas - Sinchew Daily News Turut Mengkritik Boneka DAP Nizar The Puppet


CTS kongsikan di bawah keratan akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 19 Jun 2012, muka surat W3, petikan berita luar yang ditulis oleh Sinchew Daily News. PAS semakin panas. Barua DAP, Nizar "The Puppet" Jamaluddin sekalipun tidak terlepas dari kritikan masyarakat Cina.


Tajuk: Semua Menyalahkan Twitter

Sinchew Daily News - Penganalisa politik Puan Tan Poh Choo (terjemah mandarin) menyatakan bekas menteri besar Perak menyentuh Sultan Johor dengan sebut harga 520 ribut ringgit untuk mendapatkan nombor Plat kenderaan WWW1, Nizar melalui “Twitter”nya mengkritik Sultan Johor, kini telah merosakkan rancangan PRU Pas di negeri Johor.

Kesilapan yang dilakukan oleh Nizar semua sekutu dalam Pakaran Rakyat menyokong penuh terhadap tindakan Nizar itu, lebih-lebih lagi Timbalan Presiden Pas Salahuddin berkata perkara itu adalah perkara kecil, rakyat mempunyai kebijaksanaan untuk membuat penilaian berkaitan perkara itu. Sejak adanya perhimpunan kempen menyokong Sultan Johor pada minggu lepas, dari segi perasaan orang ramai yang hadir boleh dilihat, ia menunjukkan itu sudah bukan lagi satu perkara kecil-kecilan. Mungkin ada sesetengah orang anggap bazirkan 520 ribu ringgit itu terlalu mahal, tetapi selepas Nizar membuat kritikan ia bertukar menjadi makna yang berlainan, lebih ramai rakyat Johor anggap Nizar tidak setia kepada Sultan mereka dan Kerabat Sultan Johor.

Lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahril anggap Nizar tidak tahu selama ini Sultan Johor banyak menabur kebajikan kepada rakyat dan orang ramai, ramai rakyat Johor memang tahu bahawa Sultan Johor banyak membuat kebajikan yang tidak pernah didedahkan kepada umum. Sultan Johor memang sangat kaya raya, Almarhum Sultan Johor yang lepas semasa banjir besar di negeri Johor telah hulurkan bantuan  sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa banjir, pernah menghulurkan wang sebanyak 1 juta ringgit kepada mangsa Tsunami di Aceh.

Ahli politik UMNO pernah menuduh Nizar seorang pembohong, sebelum ini dalam ceramah politik beliau, Nizar menyatakan beliau dapat maklumat dari pasukan tentera di Raja Malaysia, jika negeri Perak jatuh ke tangan pembangkang, Najib akan kerahkan tentera ambil alih kerajaan negeri Perak. Ketua angkatan tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin menafikan berita-berita itu, beliau berkata pasukan tentera lebih profesional menjaga kedaulatan perlembagaan, kini sudah 46 orang buat aduan polis berkatian perkara yang sama itu.

Nizar selalu membuat kritikan yang tidak berasas, terutama sekali beliau sering mengkritik Menteri Besar Perak yang sedia ada sekarang. Beliau menuduh Menteri Besar Perak Dr. Zambry meluluskan projek perlombongan besi di Teluk Rubiah, menuduh projek tersebut melibatkan pencemaran alam sekitar yang amat dahsyat. Tetapi pada mesyuarat sidang Dewan Negeri, menteri besar Perai Dr. Zambry telah tunjukkan sepucuk surat yang berkaitan, menunjukkan bahawa projek tersebut telah diluluskan semasa Nizar sedang memegang jawatan Menteri Besar Perak, ini satu lagi tamparan kuat ke muka serta memalukan ramai orang-orang yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

3 Untuk Sebaran Segera - Bantahan Rampasan Masjid Al-Muttaqin, Seri Kembangan

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

Masjid Al-Muttaqin InsyaAllah akan mengadakan sidang akhbar pada hari ini 22/06/2012 selepas solat Jumaat berkaitan isu rampasan pentadbiran Masjid oleh orang luar kariah di mana rampasan tersebut terdapat unsur dan bermotifkan politik.

AJK lama Masjid telah mengisytiharkan keluar dari PAS sejak kemenangan Mat Sabu, dan hari ini, Masjid mereka dirampas. AJK baru dilantik tidak mengikut prosedor dan dikalangan AJK baru pula mereka semua bukan dari kariah masjid tersebut. Bantahan akan dibuat dan memorundum akan diserahkan kepada Sultan Selangor.

Diharap sesiapa yg berkesempatan dapat menghadirkan diri dan memberi sokongan kepada AJK Masjid paling kurang memberi moral support. Blogger dan wartawan boleh juga datang untuk buat liputan.


Yang telah mengesahkan kehadiran: TV3, TV1, Utusan dan Sinar Harian.

Yang mungkin hadir: Bernama, Mobtv dan bloggers.


Published with Blogger-droid v2.0.4

June 21, 2012

3 Gempar! Rafizi Ramli Letak Jawatan


Berdasarkan kepada "posting" yang dibuat oleh Pegawai Khas Nurul Izzah, Rozan Azen Mat Rasip, insan kesayangan Ketua Umum P"Gay"R, Rafizi Ramli telah meletakkan jawatannya sebagai orang penting di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Rafizi Ramli pernah mencetuskan kontroversi di blog-blog mengenai gaji puluhan ribu yang diterimanya di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Terbaru, pengesahan dari tuan punya diri sendiri.


Terdapat dua tiga khabar angin yang bertiup dari sumber dalaman Pakatan Haram yang CTS perolehi. Satunya, pertembungan peperangan gajah dengan gajah di antara YB Azmin Ali dan DS Khalid Ibrahim yang mencetuskan fenomena mendesak Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin untuk meletakkan jawatan secara besar-besaran di laman sosial Twitter.

Keduanya, terdapat berita panas bahawa Rafizi Ramli bakal diletakkan oleh Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Pandan. Di atas permintaan Rafizi sendiri dan restu Ketua Umum P"Gay"R, surat perletakan Rafizi telah diterima dengan berat hati, bertujuan bagi membolehkan Rafizi menumpukan perhatian kepada pengundi-pengundi di Parlimen Pandan.

Namun CTS lebih percayakan perletakan jawatan Rafizi Ramli ini adalah akibat tekanan daripada Azmin Ali. Isu ini merupakan sebahagian daripada "game" Azmin Ali untuk mengajar MB Khalid Ibrahim untuk mengenakan beliau kerana mendedahkan video "ice cream". Berita semakin menarik dan sensasi. Kita tunggu perkembangannya.

0 Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab!


1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.

2. Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.

3. Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi. Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.

4. Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing-masing. Tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya ‘bercadang’ untuk meneliti setiap proposal yang ada. Hakikatnya, kita semakin kesuntukan masa.

5. Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep ‘Supply vs. Demand’ iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.

6. Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air mentah tanpa memikirkan mengenai cara merewat air tersebut.

7. Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.

8. Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

9. Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah, air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

10. Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.

11. Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahu mengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

12. Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka. Perlu diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.

13. Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti, masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar. Sebaliknya, beliau hanya mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat. Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.

14. Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam. Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.

Dato’ Sri Ir Mohd. Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

1 Bantah Pembinaan Sekolah Agama Rakyat - Pakatan Haram Nak Tutup Isu Padang PKNS Ke?



Dalam sistem demokrasi kewujudan pihak pembangkang bertujuan untuk "check & balance" tadbir urus kerajaan yang memerintah bagi memastikan tiada penyelewengan atau salah guna kuasa berlaku. Sebaliknya di Malaysia, kehadiran parti pembangkang lebih berminat mengadu domba dan mencipta kontroversi tanpa berpaksikan realiti kebenaran. Ambil contoh bangkangan mereka terhadap pembinaan sekolah agama rakyat (SAR) di Taman Pegoh Aman, Perak. Ternampak jelas bantahan oleh PAS dan PKR bermatlamat untuk 'cover issue' yang sedang hangat di Selangor melibatkan pengambilan padang awam PKNS.

Dalam kedua-dua isu tersebut ia kelihatan sama kerana ia melibatkan kawasan padang, hakikatnya banyak beza di antara kedua-duanya. Seakan sama tapi tak serupa. Padang awam PKNS di SS7 Kelana Jaya merupakan kawasan yang diwartakan sebagai tempat rekreasi manakala pembangunan yang mahu dijalankan di situ pula merangkumi pusat komersial seperti kompleks perniagaan dan kediaman kos tinggi. Bantahan pengambilalihan padang tersebut pula datang dari majoriti penduduk tempatan kerana mereka akan kehilangan keseluruhan padang rekreasi tersebut.

Selain itu, penukaran status padang tersebut daripada kawasan rekreasi kepada tapak komersial jelas bertentangan dengan perwartaan asal yang diluluskan oleh Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ). Padang awam di Taman Pegoh Aman pula berbeza situasinya. Daripada keseluruhan luas 1.6 hektar, hanya 0.3 hektar di penjuru padang sahaja dimanfaatkan untuk pembinaan sebuah sekolah agama rakyat. Bermakna sebahagian besar kawasan padang masih boleh digunakan sebagai tempat permainan dan kawasan riadah untuk penduduk sekitar.

Ia jelas berbeza sekali dengan situasi padang PKNS di Kelana Jaya yang bukan sahaja hilang status rekreasinya tanpa gantian malah keseluruhan luas persegi padang menjadi hakmilik pihak lain untuk kegunaan komersial semata-mata. Projek pembinaan SAR di Perak itu juga telah mendapat kelulusan Pejabat Daerah serta turut mendapat lampu hijau dari Jabatan Agama negeri dan jelas sekali ia tidak seperti digambarkan sebaliknya oleh PAS dan PKR. Paling penting, pembangunan sekolah agama di penjuru padang tersebut memenuhi keperluan penduduknya serta disokong oleh majoriti besar penduduk setempat. 

PAS yang suatu ketika dulu cukup gah mendabik dada sebagai pejuang sekolah agama rakyat sepatutnya berasa malu dengan tindak tanduk mereka yang semakin hari kian nampak ketidakmatangannya. Para pimpinan PAS dari serendah-rendah tahap hinggalah ke peringkat tertinggi parti, semacam sudah hilang arah haluan perjuangan. Masing-masing gagal memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan bermanfaat untuk rakyat.

Mereka lebih cenderung membangkang apa saja semata-mata untuk mencapai kepentingan politik kepartian tanpa memperdulikan soal betul atau salah sesuatu perkara - memang sah layak digelar bangkang dari longkang.

June 20, 2012

2 Lagi Projek Terbengkalai Di Kawasan Parlimen Mr Mahfuz Bean

Bandar Tunku Puteri, Pokok Sena, Kedah telah diumumkan pada Februari 2009. Projek ini diumumkan oleh  Menteri Besar PAS Kedah, DS Azizan untuk projek perumahan Daerah Pokok Sena. Projek ini dikendalikan oleh anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Projek ini melibatkan 528 rumah kos rendah dan 400 unit rumah mampu milik. Tetapi selepas lebih dari 3 tahun, tiada apa-apa kerja dijalankan dan tanah hanya sekadar terbiar dilitupi semak samun. Ini gambar papan tanda projek pada tahun 2009.



Hari ini, 20 Jun 2012, lihat apa yang berlaku di tempat berkenaan.





9 Anwar Ibrahim Semakin Ditolak Di Selangor! Ceramah Merdeka Rakyat Gagal Tarik Penonton

"Pictures Speak A Thousand Words". Itu pepatah Inggeris bagi mengambarkan ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Haram di Stadium Mini Sabak Bernam, malam tadi. Kehadiran hanya sekitar 100-300 orang! Antara penceramah yang hadir bagi menjadi pelawak di pentas stadium adalah Badrul "Khalwat Isteri Orang" Amin, Kesavan, Manickavasagam, Zuraidah, Chua Jui Mei, Aziz Bari, Mahfus Omar dan tetamu yang dinantikan, bekas banduan dan raja biseksual, Anwar Ibrahim. 

Isu basi yang sama dimainkan di pentas lawak berkenaan. Antaranya isu PTPTN, gaji minimum, harga barang, RM50 untuk golongan wanita dan beberapa janji Pakatan Haram pada PRU-12 yang lepas. Agak-agak Selangor negeri yang selamat untuk Pakatan Haram PRU13 akan datang?







June 19, 2012

4 Apakah Benar-Benar Nik Aziz Tidak Merestui Expo Syiah Kelantan?


Ramai yang mempersoalkan kehadiran wakil Iran di dalam Ekspo Perdagangan Dunia Islam & Konvensyen Halal di perkarangan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan dari 15 - 21 Jun 2012. Ini disebabkan wakil daripada negara Iran tersebut telah mempromosikan ajaran Syiah, yang diharamkan di Malaysia di "booth" mereka.





Ramai mempersoalkan rasional Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan kehadiran wakil peserta pameran dari Iran untuk mempromosikan ajaran Syiah di negeri yang ditadbir oleh PAS. Adakah wujud unsur-unsur untuk menyebarkan pengaruh Syiah yang telah difatwakan sesat. Mat Sabu kita sudah mengetahui dirinya penganut Syiah. Adakah Nik Aziz juga bertaqiyah dengannya?

Alhamdulillah, semalam Nik Aziz telahpun menzahirkan rasa dukacitanya terhadap peserta Expo yang terlebih lajak untuk mempromosikan ajaran Syiah di Malaysia. Tapi dalam masa yang sama juga khabar angin memberitahu bahawa surat dan kenyataan tersebut bukan datang dari Menteri Besar Kelantan itu sendiri. Surat dan kenyataan tersebut adalah datang dari tindakan SU Akhbar Nik Aziz iaitu Ahmad Fadhli bin Shaari kerana tidak tahan dengan tekanan dari luar dan dalam parti. 

June 18, 2012

11 Lagi Kenyataan Menghina Sultan Johor Dari Gayboy Anwar! cc. @PDRMsia

CTS tidak perlu komen berlebihan. Sekarang seperti ada satu momentum daripada Pakatan Haram untuk menghina Kesultanan Melayu di Malaysia. Umum mengetahui cita-cita Anwar Ibrahim dan DAP khasnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik seperti di Singapura. 

Terbaru, kenyataan-kenyataan daripada salah seorang "gayboy" Anwar Ibrahim yang berjawatan sebagai Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri atau dikenali sebagai @shukri_rembau di laman sosial Twitter. Baca dan buat penilaian sendiri.





0 Penghinaan Pakatan Haram Ke Atas Perak - Bendera Diterbalikkan!


Inilah ciri-ciri komunis DAP di Perak. Cara DAP dan Pakatan Haram Perak menghina kedaulatan sesebuah Negeri adalah dengan menterbalikkan bendera berkenaan. Gambar ini diambil di dalam satu ceramah Pakatan Haram di DUN Sungkai, Perak, Jumaat lepas. Apa kita nak hairankan kalau setakat menterbalikkan bendera, Jalur Gemilang sekalipun puak-puak Pakatan Haram ini nak tukar.

June 17, 2012

13 Kelakuan Munafikun Pimpinan PAS - Nasi Bungkus Hanya Untuk Menunjuk-Nunjuk





Rasulullah saw. bersabda maksudnya:

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku? Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku? Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"

(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi)

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates