
June 16, 2012
1 Lebuh Raya Rakyat - Realiti Atau Fantasi

June 14, 2012
13 Disco Baru Di Tesco Mergong! Tahniah Kerajaan PAS Kedah
5 Kenali Prebet Ali Tinju Yang Tunjuk Bontot Kepada Ambiga
June 13, 2012
2 Dah Dekat PRU13 Baru ADUN Batu Tiga Nak Pacak Papan Tanda Pusat Khidmat?
Kalau papan tanda di atas dipacak 4 tahun dahulu, pastinya tidak menarik perhatian CTS. Masalahnya papan tanda Pusat Khidmat DUN untuk Batu Tiga ini dipasang beberapa hari yang lalu. Jangan bagi tahu CTS, Kerajaan Selangor tidak ada duit untuk membuat papan tanda Pusat Khidmat semenjak dahulu.
Persoalannya, kenapakah baru sekarang ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail hendak memasang papan tanda ke Pusat Khidamat? Apakah bertujuan memberitahu beliau ingin menabur khidmat? Selama ini tidak berminatkah beliau? Untuk berlaku adil kepada ADUN Batu Tiga ini, CTS tidaklah katakan beliau seorang ADUN yang teruk. Beliau tidaklah rajin dan tidaklah juga seorang pemalas. Cuma, sukar bertemunya di Pusat Khidmat secara individu.
Namun, kalau dibandingkan dengan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, yang jauh lebih hampas, YB Rodziah kira oklah. Mungkin peruntukan dikeluarkan untuk semua ADUN di Selangor untuk kesemua ADUN-ADUN di Selangor kot untuk memasamg papan tanda ke Pusat DUN. Ya lah, menjelang PRU13 inilah baru Rakyat Selangor dapat melihat mereka di Pusat Khidmat DUN. Sebelum ni kan sibuk berceramah!
June 12, 2012
10 Panglima Songlap Dato Abdul Hadi Bin Al Khatab - Pendedahan Askar Setia Siri Kedua
0 Lawatan Sambil Belajar Ke British Virginia Island
1 Anwar Melatih Gerila Pluralisme Di Indonesia?
June 11, 2012
3 Akaun RM3 Bilion - Kenapa Susah Sangat Anwar Ibrahim Nak Jawab Ya Atau Tidak
8 Kenapa Yaman Mempelawa Tun Dr Mahathir Jadi Penasihat Ekonomi Dan Bukannya Anwar Ibrahim?
Yaman Pelawa Dr Mahathir Jadi Penasihat Ekonomi
10 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.
Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'. Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.
Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri. "Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.
Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman. Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama
Oh ya, sementelah itu, disebabkan ramai yang komen gambar pemimpin-pemimpin sebelah sana yang suka sembahyang seorang-seorang di tengah taman dan di dalam hutan semalam, hari ini CTS pamerkan pula gambar pemimpin sebelah sini yang sembahyang di kalangan orang ramai. CTS juga berpengalaman disapa oleh beliau ketika duduk menunggu Khutbah Jumaat di Masjid Negara. I love you Sir.