June 7, 2012

16 Mesti Baca! Nik Aziz Kecil Hati dengan Tindakan NGO TUKAR Semalam


Sayu pilu CTS dengan tersedu sedan membaca reaksi balas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di rungan sosial media Facebook beliau, hari ini mengenai laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita dan gambar Rakyat Kelantan berhimpun bagi menderma bermacam peralatan dan bahan binaan untuk menyiapkan semua janji projek-projek Kerajaan PAS Kelantan kepada rakyat negeri ini sejak 22 tahun lalu hingga kini. Nik Aziz dengan nada jauh hati dan juga berkecil hati menulis seperti berikut:




Nik Aziz jelas terpalit rasa malu apabila kononnya dihina oleh Rakyat Kelantan. Sememangnya beliau memang mudah lupa. Beliau lupa bahawasanya orang yang menyarankan supaya Rakyat Kelantan menderma peralatan bagi membantu Kerajaan PAS Kelantan adalah EXCO beliau sendiri, yakni oleh Datuk Husam Musa. Husam kata, kalau tak dapat sumbang dalam bentuk kewangan, derma dalam bentuk barangan juga diterima. Sekarang apabila Rakyat Kelantan menderma dalam bentuk barangan, kenapa pula Menteri Besar Kelantan ingin berkecil hati? Apakah cangkul, penyodok dan barangan binaan yang lain tidak boleh digunakan sebagai dana PRU13?

1 Bukti Bergambar Lata Chelak Hancur Dek Kerakusan Kerajaan PAS Kedah

Inilah nilai yang harus dibayar oleh Rakyat Kedah terutama kepada penduduk Kampung Iboi, Kupang, Baling. Sumber bekalan air harian mereka telah dicemari dengan selut dan lelehan air dari tapak pembalakkan. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti keperitan penduduk kampung menghadapi masalah air akibat aktiviti pembalakan yang menggila. Ini adalah air dari Lata Chelak yang bercampur selut. Percayakah anda suatu ketika dulu ianya pusat perlancongan?




Penduduk kampung sudah tidak sabar dengan masalah yang mereka hadapi. Aduan demi aduan yang dibuat dipandang sepi oleh Kerajaan PAS Kedah. Keuntungan hasil pembalakan lebih utama dan penting daripada keselesaan dan keselamatan penduduk. Hari ini mereka turun untuk membantah pembalakan yang menggila di Gunung Inas. Hari ini penduduk-penduduk kampung turun untuk menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah harus bertanggungjawab ke atas masalah yang mereka hadapi.




Demi keperihatianan dan rasa tanggungjawab sosial kepada penduduk-penduduk di sini, krew Aduan Rakyat, TV3 turut turun padang untuk menyampaikan masalah penduduk-penduduk di sini. Penduduk-penduduk di sini sudah banyak bersabar. Sudah sampai masanya suara mereka didengari oleh Kerajaan PAS Kedah.



2 GEMPAR! Tiada Perbicaraan Tentang Kapal Selam Scorpene di Perancis


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.   

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.” Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. 

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu. Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.   

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis. Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.  

Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis. Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.  

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata. Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat  kukuh sekali.   

Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita. Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai. Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!  

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja - sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai. Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.

0 Gagal Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Akan Bertanding Di Nibong Tebal?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak nyenyak tidur kebelakangan ini. Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil. Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun.

Apa yang berlaku ialah sebaliknya; sokongan rakyat kepada pimpinan Datuk Seri Najib menunjukkan lonjokan yang memberangsangkan, malah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau semuanya diterima baik oleh setiap peringkat masyarakat. Anwar mahu melihat rakyat memboikot program-program anjuran kerajaan tetapi apa yang berlaku rakyat semakin menaruh keyakinan terhadap keikhlasan kerajaan membantu meringankan bebanan hidup mereka terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini.

Anwar pening kepala bagaimana hendak berdepan dengan populariti BN dan Perdana Menteri yang sudah pulih dan semakin meningkat semenjak pilihan raya umum 2008 dahulu. Parti pimpinannya dalam keadaan kucar kacir; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang dalam siasatan kerana didakwa memiliki harta, wang tunai dan aset yang jauh lebih besar daripada kemampuannya sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar satu ketika dahulu.

Rakyat biasa pun boleh membuat kesimpulan sendiri bagaimana Azmin yang bergaji kira-kira RM2,400 sebulan boleh mengumpul khazanah menimbun melebihi RM30 juta. Itu harta yang diketahui, bagaimana pula dengan aset lain yang disembunyi? Kalau anak buah pangkat rendah sudah boleh menjadi hartawan setakat menjadi setiausaha sulit, bagaimana pula simpanan harta bosnya pula? Anwar juga pening memikirkan masa depan politik anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yangg di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu. Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai.

Nurul Izzah gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan di situ. Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh Anwar. Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu. Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi.

Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang. Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ. Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.

Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas. Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu. Apa hal pun Anwar mesti selamatkan keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin PKR yang lain.

June 6, 2012

5 Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena Terbengkalai! Mana Mahfuz Bean & Ustaz Zizan?

Pendedahan di bawah telah dibongkar oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang. Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena adalah sebuah projek yang melibatkan dana sebanyak RM230 juta. Ianya meliputi 1,811 buah rumah termasuk 579 rumah kos rendah. Projek ini dipertanggungjawabkan kepada Seri Temin Corporation, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Projek ini telah dilancarkan oleh Kerajaan pakatan Haram Kedah 30 bulan yang lalu! 

Semasa bulan Januari 2010, Kerajaan Kedah telah mengumumkan sebanyak 128 unit rumah teres dua tingkat telah dapat dijual untuk fasa pertama berjumlah RM140,000. Projek ini sepatutnya dapat menyelesaikan masalah perumahan di Kedah, terutamanya Daerah Kota Setar dan Pokok Sena. Lihat apa yang berlaku sekarang. Uztaz Azizan sama kurang lebih dengan Nik Aziz. Sana sini umum projek. Sana sini buat upacara pecah tanah. Akhirnya semua terbengkalai!





1 Nik Abduh Bukti Kronisme & Nepostisme PAS



Pilihanraya ke 13 yang akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi pastinya menjanjikan banyak peristiwa menarik, antara yang akan menjadi tumpuan ramai ialah politik dinasti. Apabila disebut politik dinasti ia berkait langsung dengan isu kronisme dan nepotisme ataupun boleh juga dikenali sebagai politik suku sakat. Suatu ketika dulu, isu sebegini kerap dipalitkan pada batang tubuh UMNO khususnya di era kegawatan emosi 1998. Antara tuduhan popular tika itu ialah pemimpin UMNO banyak mengkayakan kroni dan ahli keluarga sendiri. Tukang rintis mempopularkan isu pula tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Kebetulannya, tatkala Anwar menikmati puncak kuasa sewaktu bersama UMNO, dialah orangnya yang banyak mempelopori mencipta kekayaan untuk kroni melalui pemilikan saham percuma, jawatan penting parti dan kerajaan serta pembahagian kontrak termasuklah berjaya menjadikan abang kandung dan ayahnya jutawan segera dalam sekelip mata. Kini, Anwar terus mengekalkan reputasinya sebagai pelopor kronisme dan nepotisme sekalipun sudah bertukar sikap menjadi pembangkang tegar. Parti yang di dukungnya, PKR lebih dikenali sebagai parti keluarga berbanding parti untuk rakyat. Anwar adalah Ketua Umum, isterinya Wan Azizah sebagai Presiden, anak perempuannya Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden.

Dalam pada itu, PAS juga tidak lepas dari terjebak dengan masalah kroni dan nepotisme, saling tak tumpah dengan PKR. Ura-ura terbaru dari Kelantan menyebut, ramai pemimpin PAS sedang berusaha mengangkat anak Menteri Besar, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian. Nik Abduh yang kini dikenali sebagai orang kaya baru di Kelantan juga pernah merasa empuknya kerus sebagai Ahli Majlis MPKB selama bertahun-tahun sebelum meletakkan jawatan kira-kira 3 tahun lalu.

Tika ini Nik Abduh adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua tahun lalu Nik Abduh pernah merasa penangan sepak terajang politik apabila terpelanting seketika selepas gagal merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan hasil permainan politik Husam Musa dan penyokongnya. Walau dari kem yang kelihatan sama tapi masing-masing ada fokus dan matlamatnya yang tersendiri. Sekiranya pencalonan Nik Abduh dalam pilihanraya nanti menjadi kenyataan, bermakna Naib Presiden PAS, Husam Musa yang juga anak didik Nik Aziz dan satu ketika dulu pernah di war-warkan bakal menjadi MB mengantikan Nik Aziz sekali lagi terpaksa menjelajah setiap PAS Kawasan untuk mencari kerusi kosong dan selamat. 

Umum mengetahui jatuh bangun Husam Musa berkait rapat dengan Nik Aziz manakala sinar politik Nik Abduh juga hasil dari darah keturunan yang mengalir dalam batang tubuhnya. Dengan kata lain kroni dan nepotisme dah lama mendarah daging bersama PAS, bezanya ia kurang diperkatakan ramai kerana dikaburi dengan label "Islam" yang tercatat pada nama PAS.

June 5, 2012

4 Video Panas - Ahli PAS Terpegun Dengan Tarian Ghairah Di Kepala Batas!

Panas! Panas! Panas! Juak-juak PAS tunjuk alim mengutuk persembahan K-pop di Putrajaya tempoh hari semasa Himpunan Jutaan Belia 2012. Dalam pada masa yang sama mereka lupa tarian China Doll telah mereka nikmati di Majlis Makan Malam P"Gay"R Nite pada 02 June 2012, 3 hari lepas!!!! Mengata dulang paku serpih, mengata orang, awak yang lebih! Acara tarian menghairahkan ini di sajikan di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Angkat tangan ahlul PAS PIS PUS yang hadir. Ahlul PAS pasti terpegun dengan tarian ini. Takebeer! Jom tonton video di bawah:

video

0 Submarines: Who Is Funding SUARAM To Lie?


A straight-forward purchase of military assets has never before been politicized in a way the SUARAM did with the scorpene submarines. The submarines case ‘emerged’ again in Bangkok recently, when SUARAM made a press statement to brief on the progress of the investigation by the French. Admitting that the case sounded like a Hollywood spy thriller, SUARAM continued to precede the court, calling the government corrupt and the Prime Minister, a murderer!

The judge said that the investigations will not complete in 2-3 years, so why can’t SUARAM just sit still and wait for the verdict? Why the press conference? Why the publicity? Why now? In talking about the case, one must have a fair knowledge of SUARAM’s background.  With the General Election around the corner, the motive of SUARAM in bringing back the dead is clear.   

SUARAM is an NGO that has been highly critical of the government. This is understandable as it was formed by families of ISA detainees. In other words, it was formed out of grudges, vandettas, revenge and it breathes on unsettle scores with the government. And working with the oppositions is the best way to revenge the government.  

SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list. It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice. Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder.   

Therefore, as a responsible organization with no hidden or evil agenda, it is only best and sensible for SUARAM to let the case proceed ‘peacefully’ in court. But SUARAM just can’t sit still. They need to tarnish the government’s image and smear the PM’s name in order to help the opposition gain some political mileage, up till the election. Should their lies be exposed later after the election, then be it. Right now, the SUARAM is determined to continue lying that the PM or his wife had murdered Altantuya, a Mongolian model cum an interpreter and a mistress, who asked for her part of the commission from the scorpene’s transactions.  

But their lies have already been exposed. The original ‘hollywood spy thriller’ script has been scrapped-off by the writer himself, Raja Petra Kamaruddin (RPK). In an interview, RPK exposed how he made-up the hearsay story, as ordered by some parties in the oppositions. The script was also way too dramatic that it failed to tally with the facts. The facts remained that at the time of the murder, the PM was attending a ‘buka puasa’ program in Kedah while his wife, Datin Seri Rosmah had a separate ‘buka puasa’ program with the orphanage in Tabung Haji, Kuala Lumpur. There are video, pictures and alibis to confirm that Datin Seri Rosmah was never at the crime scene, as written by RPK, in his original script. 

The PM didn’t know Altantuya, and that’s a fact too. The badly ‘doctored-picture’ by Tian Chua, Vice President of PKR showing them together, is in itself a proof of lie made by the oppositions. To stress the fact that he didn’t know the girl, the PM was more than ready to swear in the name of Allah, as according to the Islamic procedures – and he did, not once, but 4 times. No Muslims in their right minds would swear in the name of Allah should they are not truly innocent.  

The Malaysian court not only could not find anything to connect the PM or the wife with the murder but there were also no commissions or an Interpreter ever mentioned in the murder trial. This is because, Altantuya was not an interpreter as there was no interpreter needed in the scorpene’s transactions since all conversations and documentations are in proper English. So, looking at it all, it is no doubt that Scorpene and Altantuya’s life was nothing but a political game for the Oppositions … and SUARAM too.  

In their statement, SUARAM claimed to have gained full privileged access to the 153 investigation papers from the public prosecutor’s office and now selectively briefing the people from the list. It is obvious that SUARAM is trying to portray itself as an independent board that has the power to determine justice. Whereas, in this case, SUARAM is just a plaintiff a.k.a the complainant, who has no right to draw conclusion as whether corruption did occur, what more link it to murder. Nevertheless, SUARAM admitted that they can’t take any evidence outside of France and that the briefing was based on no hard evidence, but their words alone.  

Well, we have heard enough of their words and the more we hear, the fishier it becomes. How do we take words from the families of the people who were caught under ISA - most probably for potentially imposing danger to national security? How do we take words from the people who are full of hatred and grudges? How do we take their words when most of their words have been proven to be lies?  

In scrutinizing SUARAM’s motive, we must agree that grudges alone do not generate money. So, where does SUARAM get all the money to hire two highly paid French lawyers, namely Joseph Breham and William Bourdon to represent them? Are they paid by the hour, like most western and european lawyers are? Note that these lawyers were taken to Malaysia and then Bangkok just for publicity purposes. And how many of SUARAM’s officers are there in France to monitor the case, and for how long? Who paid for their travelling expenses, lodging, meals, refreshments, documentations? … And how much?  

We know that SUARAM is small organization, almost unknown to ordinary Malaysians. How can they afford all these? I’m sure, by now everybody would agree that it is beginning to look like SUARAM is the one should be under trial, not our government.

2 Hadi & Huda Sebagai Maskot Baru PAS - Apa Fatwa Nik Aziz & Ustaz Azhar Idrus?


Gembira juak-juak PAS dengan kehadiran maskot baru PAS - Hadi dan Huda sehingga mendapat tempat di dalam ruangan kolumnis berita Malaysiakini, Haprakdaily dan juga blog-blog Pakatan Haram. Maskot ini mula diperkenalkan oleh Dewan Pemuda PAS di dalam Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darulaman, Sabtu lepas.

PAS semakin hari semakin kartun. Slogan "Negara Islam" sudah bertukar menjadi "Negara Berkebajikan", hukum Hudud yang selama ini bermain di bibir PAS, sudah dilupakan atas desakan rakan sebantal DAP. Kini timbul pula maskot! Esok lusa entah apa pula. Macam ini caranya mereka mendabik dada mengatakan "PAS Ganti UMNO"? Namun CTS tertarik dengan satu komen di Twitter seperti di bawah:

June 4, 2012

0 Apa Beza K-Pop Kelantan Dengan K-Pop Korea?



Masih riuh rendah penyokong pembangkang khususnya dari PAS mempertikaikan penyertaan kumpulan artis K-pop dalam pertunjukkan pentas semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB2012) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) minggu lalu. Menurut mereka, persembahan oleh artis seksi dari Korea itu tidak sesuai dengan adat resam negara kita selain dianggap akan menggalakkan kemaksiatan serta menyemarakkan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda hari ini.

Jika diterima bulat-bulat kata-kata mereka tentu saja kita beranggapan semua pengkritik itu sama sekali tidak akan membiarkan walau satupun kumpulan artis seksi atau jelik persembahannya seumpama k-pop menjejak kaki di negeri yang diperintah oleh parti pujaan mereka. Realitinya tidaklah begitu, kuman di seberang laut kerap kelihatan dan gajah depan mata selalu kita lupakan. Lumrah alam biasanya begitulah.

Setahun yang lalu kira-kira seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan, satu konsert hiburan dari sebuah kumpulan artis wanita K-pop Korea juga ada dilangsung di Bandar cahaya i-City, Seksyen 7 Shah Alam - MTV World Stage Live in Malaysia 2011. Manakala empat tahun dulu bertempat di Stadium Kelana Jaya sempena perlancaran majlis rasmi yang disokong kerajaan PR Selangor pula, sebuah kumpulan punk tempatan yang dinamakan Carburetors Dung buat pertama kalinya memecahkan rekod melondehkan seluar dalam dan punggung mereka kepada khalayak. Lihat gambar di bawah:


Tika itu tidak pula timbulnya kecaman ataupun kritikan membantah gerak tari yang meloyakan itu sebaliknya ada pemimpin pembangkang misalnya Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta khalayak menghakimi anak-anak muda itu melalui senikata lagu yang mereka persembahkan berbanding tarian londeh memperlihatkan seluar dalam. Demikian halnya dengan kemunculan sebuah kumpulan wanita 'k-pop' (Kelantan-Pop) yang dianggotai oleh empat orang anak jati Kelantan yang bergaya seksi tetapi agak popular nyanyian lagunya hingga ada antaranya menjadi siulan ramai anak-anak muda Kelantan.

Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin pembangkang khususnya dari pimpinan PAS negeri yang memprotes kemunculan 'k-pop' tersebut, kalau adapun komplen cumalah kata-kata penafian enggan mengaku yang keempat-empat wanita seksi dan tembam itu adalah anak kelahiran Kelantan. Mana ada yang nak mengaku, itu biasalah. Apapun, jika dalam kes K-pop di I-City, tarian punggung di Kelana Jaya dan 'K-pop' Kelate, kesemuannya dibiar lepas begitu sahaja tanpa kritikan dan cacian terhadap penganjurnya seolah-olah tiada apa silap pun, jadi apa pula salahnya dengan K-pop di program HJB 2012 anjuran KBS?

Seksi? Tarian ghairah atau jelik? Apa bezanya dengan 'k-pop' Kelantan dan K-pop di I-City? Hakikatnya masing-masing ada kesalahannya, namun jika mahu mengkritik biarlah adil dan tidak bias. KBS sendiri pun menyedari pihaknya terlepas pandang isu penampilan artis luar negara tersebut malah tidak segan untuk merendah diri memohon maaf pada rakyat - satu keterbukaan yang wajar dihargai. Tapi hingga kini tak pula kita kedengaran permohonan maaf dari kerajaan PR Selangor berikutan sokongannya terhadap konsert MTV World I-City kurang seminggu sebelum bulan puasa tahun lepas, walhal ia cukup-cukup menyentak sensitiviti orang Islam. Ini satu gambar rasmi K-pop di I-City:


Apapun, masing-masing kita ada penilaian sendiri, adakala dek kerana perbezaan pandangan menyebabkan kita hanya nampak pada cacat cela pada kerajaan pusat saja hingga dengan sengaja menutup mata pada salah silap puak pembangkang. Bak kata pepatah, kuman berbikini di seberang laut boleh nampak tapi gajah berbogel depan mata buat tak tahu. Rasanya belum terlewat untuk kita baca penjelasan dari KBS dalam isu ini, mana tahu kot-kot ada lagi kalangan pembaca yang masih memandang serong pada KBS setidak-tidaknya biarlah kebenaran perihal kos perbelanjaan K-pop yang sedang dimanipulasi pihak tertentu dapat diketahui. Ini 'k-pop' versi Kelantan buat tontonan juak-juak penyokong PAS totok! gelek bang gelek!

video

8 Macam Mana Juak PAS Kira 100,000 Orang Di Himpunan Hijau? Termasuk Makhluk Halus?

video

Sepertimana mereka mengira jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0 bulan lalu daripada 22,270 orang menjadi 150,00-300,000 orang, begitulah juga kiraan juak-juak ini pada Hari Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darulaman, Sabtu lepas. Entah mana datangnya 100,000 orang? Stadium Darulaman boleh menempatkan kapasiti 32,387 orang pada satu-satu masa. Itupun sekiranya semua orang duduk berhimpit-himpit di kerusi masing-masing. Apakah tempat duduk penuh? Apakah padang bola Stadium Darulaman boleh memuatkan sehingga 70,000 orang? Apakah Himpunan Hijau Ke Putrajaya lebih ramai daripada kehadiran Bersih 3.0?

Kita boleh tonton di video yang disediakan oleh Haprakdaily. Tempat duduk tidak penuh. Jelas kelihatan banyak tempat-tempat kosong antara orang-orang di situ. Di bahagian padang pula, hanya di bahagian tepi kelihatan ramai orang. Itupun tidak duduk atau berdiri rapat antara satu dengan yang lain. Banyak ruangan kosong. Manakala bahagian tengah masih banyak ruangan kosong. Perhatikan betul-betul pada minit 0.08, 0.19 dan 0.37-0.50.

Lihatlah makhluk-makhluk Hijau di dalam video di atas. Inilah makhluk-makhluk yang dulunya mengutuk Tun Dr Mahathir kononnya membazir dan mendirikan "gajah putih" apabila Kerajaan Barisan nasional ketika itu mahu membina Putrajaya. Sekarang, apa sudah jadi? Juak-juak inilah juga yang melahap kononnya ingin ke Putrajaya. Memang muka tembok betul. Tak tahu malu!

0 Isu Padang MPPJ - Apakah Kerajaan Pakatan Haram Selangor Bermain Wayang?






Sesi bantahan penduduk terhadap pembangunan kompleks komersil dan pangsapuri di padang PKNS Kelana Jaya yang diadakan pada jam 10 pagi semalam disertai oleh wakil NGO, parti politik dan penduduk Kelana Jaya. Bantahan dilakukan di tepi Lebuhraya LDP bersebelahan dengan padang PKNS Kelana Jaya. Sedikit kesesakan jalanraya berlaku dalam tempoh 15 minit demonstrasi berlangsung. Isu terbabit dibangkitkan apabila padang PKNS di SS7 Kelana Jaya berhampiran dengan Lebuhraya Damansara Puchong itu ingin dimajukan oleh PKNS dengan projek komersial.

Hal itu menyebabkan penduduk membantah pembangunan itu kerana kawasan itu diwartakan sebagai kawasan hijau. Bagaimanapun, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohamad Roslan mengakui terdapat kesilapan cetak oleh MBPJ dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ2). Oleh itu, Roslan memaklumkan pihaknya akan mengikut buku yang dicetak oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD). Malah, Roslan memutuskan kawasan itu kekal sebagai kawasan rekreasi.

Hari ini, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad di dalam Kenyataan Medianya berkata, sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat. Katanya lagi, projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera.

Persoalannya di sini, kenapa ada kecelaruan di dalam pentadbiran Pakatan Haram Selangor? Apakah pendapat ADUN dan segala bukti yang dikemukakan tidak boleh menamatkan pembangunan projek berkenaan? Mengapakah perlu Kerajaan Pakatan Haram Selangor menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyelesaikan isu padang kompleks Sukan PKNS, seperti yang diumukan oleh Menteri Besar Selangor, di sini? Dimanakah fungsi Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor? 

Bagi CTS, Kerajaan Selangor perlu menamatkan kontroversi isu berkenaan dengan membatalkan projek berkenaan. Tidak perlu satu jawatankuasa baru yang membuang duit Rakyat ditubuhkan untuk menyiasat isu ini kerana ianya "redundant" atau bertindih dengan fungsi SELCAT. Lagipun, penduduk SS7 membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya berikutan penemuan dua buah buku RTPJ2 yang mempunyai fakta berbeza tetang status tanah kompleks berkenaan. Biarlah SPRM yang menyiasat apakah berlakunya salah guna kuasa atau rasuah.

June 1, 2012

6 Himpunan 100K PAS: Penentu Arah Tuju PAS dan Nasib Azizan


Hari ini, 1 Jun 2012, PAS dijadualkan mengadakan Himpunan 100,000 di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam. Antara aturcara yang diwar-warkan di internet ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman. Mulanya program  ini disebut sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS, pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini adalah mustahil sama sekali. Justeru, bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal.  

Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran sememangnya berasas. Ini kerana, program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin. Malah pemimpin ‘selebriti’ mereka seperti Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin. Ditambah dengan  pendedahan yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar tertekan sehingga memaksa ‘ulama-ulama’ mereka mengeluarkan berbagai-bagai jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut. Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram.  


Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau pembangkang dalam PRU yang akan datang. Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk menghadapi pilihanraya ini. Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, hanya masa yang akan menentukan. Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi. Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang.  

Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4–5 buah bas di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar. Beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima ‘tetamu’ dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini. PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih awal. Masjid-masjid dan surau-surau juga rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan. Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, “Stadium kita punya, saya Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita, depa halau macam samseng. Sekarang kita pegang.”

Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk mengadakan Pilihanraya. Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin ‘cuak’ dengan perkembangan poolitik akhir-akhir ini. Hakikatnya, Azizan tersangat  ‘cuak’ dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya. Jika tidak kerana bimbang atau ‘cuak’, tidak mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini. Desas-desus dari dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi kali ini.    

Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan Anwar ataupun Kit Siang. PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang. Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS  dalam Pakatan Rakyat.  

Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka. Antara langkah tersebut juga mungkin termasuk pengunduran Azizan. Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS tetapi juga Azizan.

1 K-Pop Dibayar RM2.04 Juta Guna Duit Rakyat?


Heboh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram membuat fitnah usaha Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) membawa kumpulan penyanyi anak muda dari Korea yang dikenali sebagai K-Pop menggunakan wang Rakyat! Malah Keldaian Daily turut melaporkan bahawa seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keldaian Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Memang benar jumlah RM20 juta digunakan untuk penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012. Memang benar RM2.04 juta digunakan untuk membawa dan membayar artis-artis dari Korea yang menjadi kegilaan masyarakat masa kini. Fakta yang diputarbelit adalah bukan wang Rakyat yang digunakan, sebaliknya wang tajaan daripada syarikat-syarikat korporat. KBS menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei hingga 27 Mei lepas. Antara penaja program ini termasuklah TM, 100 Plus, Genting Malaysia dan lain-lain. Sila rujuk Sinar Harian, di sini dan Utusan Malaysia, di sini.

CTS nasihatkan juak-juak Pakatan Haram semak kembali berapa juta Kerajaan Selangor telah belanjakan untuk membayar artis-artis antarabangsa ini untuk membuat persembahan di MTV World Stage di Selangor? Ini senarai artis antarabangsa yang membuat persembahan dari tahun 2010 sampai 2012 - Katy Perry, Tokio Hotel, Wonder Girls (South Korean girl band), 30 Seconds to Mars, Neon Trees, BEAST (South Korean boy band), Justin Bieber, Jay Park (South Korean singer) dan KARA (South Korean girl band). Agak-agak Kerajaan Selangor guna duit Rakyat atau duit tajaan?
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates