June 1, 2012

6 Himpunan 100K PAS: Penentu Arah Tuju PAS dan Nasib Azizan


Hari ini, 1 Jun 2012, PAS dijadualkan mengadakan Himpunan 100,000 di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam. Antara aturcara yang diwar-warkan di internet ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman. Mulanya program  ini disebut sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS, pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini adalah mustahil sama sekali. Justeru, bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal.  

Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran sememangnya berasas. Ini kerana, program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin. Malah pemimpin ‘selebriti’ mereka seperti Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin. Ditambah dengan  pendedahan yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar tertekan sehingga memaksa ‘ulama-ulama’ mereka mengeluarkan berbagai-bagai jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut. Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram.  


Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau pembangkang dalam PRU yang akan datang. Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk menghadapi pilihanraya ini. Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, hanya masa yang akan menentukan. Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi. Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang.  

Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4–5 buah bas di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar. Beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima ‘tetamu’ dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini. PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih awal. Masjid-masjid dan surau-surau juga rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan. Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, “Stadium kita punya, saya Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita, depa halau macam samseng. Sekarang kita pegang.”

Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk mengadakan Pilihanraya. Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin ‘cuak’ dengan perkembangan poolitik akhir-akhir ini. Hakikatnya, Azizan tersangat  ‘cuak’ dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya. Jika tidak kerana bimbang atau ‘cuak’, tidak mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini. Desas-desus dari dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi kali ini.    

Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan Anwar ataupun Kit Siang. PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang. Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS  dalam Pakatan Rakyat.  

Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka. Antara langkah tersebut juga mungkin termasuk pengunduran Azizan. Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS tetapi juga Azizan.

1 K-Pop Dibayar RM2.04 Juta Guna Duit Rakyat?


Heboh juak-juak cybertroopers Pakatan Haram membuat fitnah usaha Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) membawa kumpulan penyanyi anak muda dari Korea yang dikenali sebagai K-Pop menggunakan wang Rakyat! Malah Keldaian Daily turut melaporkan bahawa seorang pesara kakitangan kerajaan yang menghubungi pejabat Keldaian Daily mendakwa Kerajaan UMNO/BN telah berbelanja sebanyak RM20Juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Memang benar jumlah RM20 juta digunakan untuk penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012. Memang benar RM2.04 juta digunakan untuk membawa dan membayar artis-artis dari Korea yang menjadi kegilaan masyarakat masa kini. Fakta yang diputarbelit adalah bukan wang Rakyat yang digunakan, sebaliknya wang tajaan daripada syarikat-syarikat korporat. KBS menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei hingga 27 Mei lepas. Antara penaja program ini termasuklah TM, 100 Plus, Genting Malaysia dan lain-lain. Sila rujuk Sinar Harian, di sini dan Utusan Malaysia, di sini.

CTS nasihatkan juak-juak Pakatan Haram semak kembali berapa juta Kerajaan Selangor telah belanjakan untuk membayar artis-artis antarabangsa ini untuk membuat persembahan di MTV World Stage di Selangor? Ini senarai artis antarabangsa yang membuat persembahan dari tahun 2010 sampai 2012 - Katy Perry, Tokio Hotel, Wonder Girls (South Korean girl band), 30 Seconds to Mars, Neon Trees, BEAST (South Korean boy band), Justin Bieber, Jay Park (South Korean singer) dan KARA (South Korean girl band). Agak-agak Kerajaan Selangor guna duit Rakyat atau duit tajaan?

May 31, 2012

0 Pemimpin DAP Selangor Bergaduh Untuk Rasuah Sekecil RM5,000!



Bukanlah suatu perkara yang mengejutkan apabila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kampung Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang. Kisahnya pada pandangan penulis, mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM5,000.  Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit.  Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat. Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu. Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti. Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang penulis terima menyatakan bahawa, wang RM5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi ‘jasa’ Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor. Sumber yang sama turut menyatakan kepada penulis bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din. Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa. Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbukti di Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP. Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah. Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak? Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut. Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut. Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?

2 Huh! Apek Di Bangunan UMNO Selangor! Nak Hantar Borang Ke?


Apa ceritanya penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek kelihatan di ruang lobi Bangunan UMNO Selangor? Hendak hantar borang keahlian kah? Setahu CTS tak ada pula pejabat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di bangunan berkenaan. Nak dikatakan makanan di cafe di ruang lobi bangunan berkenaan sedap, sedap lagi CTS rasa makanan di kedai mamak.

Kalau betul kehadiran Apek di situ ada kena mengena dengan UMNO, itu merupakan tamparan hebat kepada Menteri Besar Kelantan yang menganggap beliau sebagai "anak emas" Kelantan sehingga Kerajaan Negeri menghadiahkan sebuah banglo kepada beliau sebelum ini.


2 Selain Janji Lebuhraya Ke Syurga, Banyak Lagi Janji-Janji Kerajaan Kelantan Belum Tertunai


Kesian Rakyat Negeri Kelantan. Pagi-pagi buka paip keluar air teh susu, lagi sedih buka keluar air kopi. Bertambah sedih bila buka paip keluar angin sahaja. Antara air dengan lebuhraya, mana satu yang lebih utama? Utamakanlah benda yang menjadi Keperluan Rakyat dan bukan Kehendak. Hendak mandi, hendak masak, hendak ambil air sembahyang, semuanya memerlukan air bersih. 22 tahun pemerintahan masih gagal memeberikan perkhidmatan asas kepada Rakyat. Sekarang sibuk berjanji untuk membina lebuhraya percuma dengan memerah hasil keringat Rakyat atas nama sumbangan dan derma untuk bekalan pahala ke syurga Nik Aziz.


Apalah diharap dengan janji-janji Kerajaan PAS Kelantan ini untuk membina lebuhraya percuma? Sedangkan banyak janji-janji terdahulu yang masih belum dikotakan oleh mereka. Sekadar memberikan beberapa contoh. Masih ingatkah lagi dengan batu asas di bawah sebagai penanda aras satu projek? Batu asas projek jambatan PAS (merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Palekbang - Kota Bharu) yang diletakkan 16 tahun dulu disempurnakan oleh KDYMM Sultan Kelantan. Sampai sekarang tidak nampak tanda-tanda akan dibina. Batu Asas Jambatan Palekbang yang dijanjikan oleh Nik Aziz 16 tahun yang lalu, kini hanya tinggal batu. Jambatannya entah ke mana.


Mana pula Stadium yang kononnya ingin dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan di Bukit Merbau, Pasir Puteh? Menteri Besar Kelantan telah mengeluarkan kenyataan ini yang dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011. Sehingga sekarang jangan katakan stadium, batu asas pun tak nampak lagi.


Bagaimana pula dengan senarai janji-janji Kerajaan PAS Kelantan yang dinyatakan sendiri oleh pemimpin PAS Kelantan di dalam Sidang DUN untuk dilaksanakan? Apakah kesemuanya sudah tertunai atau adakah ianya seperti lirik lagu penyanyi yang baru menyertai PAS iaitu Aishah yang sering mendendangkan lagu "Janji Manismu"? Ada sesiapa boleh jawab status projek-projek di bawah?

Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion

Nota kaki: Sehari selepas pecah tanah Lebuhraya Tipu Kota Bharu - Kuala Krai, rakyat digegar dengan akaun derma lebuhraya atas nama Tetuan Rowstead dan bukannya Baldah Toyibah. Hari ini, heboh pula mengenai SATU LAPORAN POLIS SUDAH DIBUAT OLEH SEORANG WARGA PERANCIS (MOHD ESIS) DAN SEORANG WARGA JEPUN (TAKAO KONO) TERHADAP SEORANG YANG BERNAMA OMAR CADILOO DI ATAS PENIPUAN DINAR EMAS DI KELANTAN. Sesiapa yang mempunyai info ini boleh dikongsi bersama. Isu Dinar Emas ni sebenarnya sudah lama senyap. Janji hendak bayar gaji MB, EXCO dan ADUN dalam dinar Emas pun hanya tinggal janji. Ini sebenarnya yang membuatkan rakyat rasa muak dengan Kerajaan PAS Kelantan. Oh ya! CTS juga mencadangkan agar batu asas di bawah digunakan untuk setiap perasmian projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.


0 Ahli Majlis MPSJ "Char Kway Teow" Kena Maki Sebab Perli Bahasa Tamil - Padan Muka!


Venue : Perkarangan Bangunan MPSJ

Event : Demonstrasi oleh penduduk Puchong Batu 14 mengenai kerosakan keatas rumah mereka

Date : 30/5/2012 @ 2.00 pm

PANAS! Mesti tonton. Ahli Majlis MPSJ cuba mempersendakan bahasa Tamil kena maki hamun di depan kakitangan sendiri. Itulah akibatnya kalau ahli majlis tak ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dianggap enteng seolah mengedalikan perniagaan char kway teow.

Saksikan video ini yang cukup untuk menceritakan isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Melor, Batu 14, Jalan Puchong dan kelemahan dalam pentadbiran MPSJ. Jika ada maruah letak jawatan sajalah sebagai Ahli Majlis MPSJ kalau orang awam boleh maki hamun disebabkan hilang rasa hormat dan keyakinan.

Kredit - Minaq Jinggo.

video


5 Masa Kelas BM Patut Dipendekkan: Sikap Rasis Dong Zong


Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang ke-61 sekali lagi menunjukkan sikap kiasu mereka. Selama ini, organisasi ini telah menuntut segala permintaan yang tidak munasabah, tidak praktikal dan juga perkara yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk memenuhi semangat perkauman mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga tuntutan mereka dipenuhi sepenuhnya. Toleransi dan persefahaman, ataupun rasa hormat seakan-akan tidak wujud dalam kamus mereka. Patriotik, pembinaan negara, praktikal dan juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan didengari oleh mereka.

Dan kita hanya boleh menggelengkan kepala apabila mereka kini tidak puas hati tentang tempoh kelas pelajaran Bahasa Malaysia (BM) bagi pelajar darjah 4-6 di sekolah-sekolah rendah Cina. Pada masa ini, mata pelajaran BM mengambil masa 6 slot bagi jadual waktu dan akan ditingkatkan kepada 9 slot pada tahun 2014. Dong Zong sudah tentu akan menentang cadangan ini, dan mendakwa bahawa ianya terlalu banyak. Terlalu banyak daripada apa? Terlalu banyak Malaysia? Adakah mereka takut bahawa anak-anak mereka akan menjadi rakyat Malaysia sejati?

Pihak Kementerian semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam membuat cadangan untuk peningkatan slot BM di sekolah-sekolah Cina, dan ia tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab-sebabnya. Cuba anda bertanya kepada orang ramai tentang soalan-soalan seperti berapa kali mereka perlu ulang soalan mereka setiap kali mereka kepada pekerja Cina di salun rambut, hanya kerana pekerja tersebut tidak mahir berbahasa melayu, dan juga Bahasa Inggeris. Dan penulis masih ingat akan pengalaman penulis menemani rakan ke showroom kereta dan jurujual Cina tersebut tidak dapat memberikan kami maklumat yang cukup terhadap kereta tersebut dan juga prosedur pembelian hanya kerana dia tidak menguasai BM dan Inggeris!

Itulah gambaran yang penulis ingin sampaikan tentang orang Cina di Malaysia. Berani mereka mengangkat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan juga mahu mendapat hak Bumiputera! Dan Dong Zong masih lagi berdegil dan tidak mahu ada sebarang pertalian dengan Malaysia. Guru Cina, Sekolah Cina, Bahasa Cina, Cina sini, Cina sana. Rasis hardcore. Negara China pun sedar bahawa mereka perlu bekerjasama dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain untuk memperluaskan perniagaan mereka. Walaupun negara tersebut telah berjaya 'menawan' dunia, mereka kini masih lagi bermasalah.

Percaya atau tidak, syarikat-syarikat di China mungkin berjaya meraih keuntungan yang banyak daripada perniagaan di seluruh dunia. Namun, mereka mungkin boleh mendapatkan lebih jika mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam pembelajaran bahasa-bahasa lain dan budaya luar. Orang-orang Cina tidak boleh menerima perkara ini, tetapi terdapat hebat tawaran banyak yang hilang kerana masalah bahasa. Penghantaran yang salah, arahan salah, terjemahan salah, tafsiran yang salah adalah sesuatu yang agak besar. Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai peluang untuk menyaksikan sendiri sikap kiasu orang Cina. Masalah yang timbul dari sikap 'kiasu' atau sombong adalah anda lebih cenderung untuk hilang dari dunia realiti dan akhirnya akan menjadi rugi.

Dong Zong mungkin rasakan bahawa orang Cina kini cukup kuat dan tidak perlu orang lain untuk membuat keuntungan, tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak akan kehilangan apa-apa tetapi boleh mendapatkan lebih banyak keuntungan jika mereka bercampur dengan masyarakat. Sebagai contoh, rakan penulis yang ingin membeli kereta sebentar tadi akhirnya membeli kereta di syarikat Bumiputera kerana kecewa dengan sikap jurual Cina dari syarikat yang sebelumnya. Kesimpulannya, Dong Zong perlu memilih samada mereka mahu kekal dengan kepercayaan mereka terhadap China atau mula bercampur dengan budaya Malaysia. Dalam erti kata lain, Dong Zong tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi kurang Cina dan lebih Malaysia, atau berhenti berjuang untuk mendapatkan hak sama rata, atau lebih baik lagi, melepaskan kerakyatan mereka.

May 30, 2012

0 Krisis Air Selangor - Khalid Ibrahim Cakap Guna Kepala Lutut


Ramai yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014. Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut. 

Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas. Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.

Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor. Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang. Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan.

Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan. Yang perlu dilakukan Khalid sekarang ialah meneruskan projek penyaliran air dari Sungai Pahang ke Selangor (Loji Langat 2) seperti yang telah dimulakan kerajaan BN terdahulu, itu saja. Projek itu pun sudah separuh jalan dan hampir siap kalau bukan kerana pelbagai masalah dan tekanan yang diberikan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sehingga menyebabkan projek tersebut terhenti.

Ini menunjukkan tahap kepimpinan Khalid yang sebenarnya. Berlawanan dengan pendapat ramai penyokong Pakatan Rakyat, Khalid terbukti tidak sebijak mana dan hanya layak menguruskan estet, bukan sebuah negeri yang ada banyak masalahnya sendiri. Memang kalau dilihat kebelakang, sejak 4 tahun lepas Khalid mengutarakan banyak cadangan, tapi dalam banyak-banyak cadangan itu, hampir tidak ada satu pun yang dilaksanakan hingga kini. Ambil contoh cadangan menggunakan air lombong sebagai sumber alternative bekalan air di Selangor.  

Setakat hari ini, sudah berapa banyak lombong yang dikenal pasti mampu menjadi sumber alternatif air seperti yang dicadangkan Khalid? Satu hal yang lain, sudahkah Khalid menjumpai jalan terbaik merawat air lombong yang dicemari dengan sisa logam berat (heavy metal contamination) yang biasa dikaitkan dengan kegiatan perlombongan seperti Boron dan sebagainya bagi membolehkan air tersebut selamat diminum?

Adalah sebab kenapa tidak ada negeri-negeri di Malaysia yang menggunakan air lombong sebagai sumber minuman, kerana ia tidak selamat. Yang sebetulnya bukan air lombong sahaja yang tidak selamat di Selangor, air sungai di Selangor juga dikenalpasti sudah tidak boleh dirawat untuk dijadikan air minuman kerana teruk tercemar oleh sisa industri yang tidak terkawal di negeri tersebut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Pendek kata, ada banyak masalah berkaitan dengan air ini di Selangor kalau nak dikisahkan. Kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, rakyat Selangor hanya tinggal 2 pilihan – tukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan Barisan Nasional semula atau menghadapi risiko penyakit yang disebabkan oleh minum air dari sumber tercemar.

6 Alahai Pakatan Haram! Rantai Kesihatan PM Najib Razak Pun Nak Jadi Isu Ka?


CTS pun tak faham kenapakah isu rantai Perdana Menteri Najib Razak masih menjadi tohmahan juak-juak Pakatan Haram terutama dari cybertroopers mereka. Isu pemakaian rantai berkenaan bermula ketika kunjungan PM Najib Razak melawat ke Temerloh untuk agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Di dalam majlis tersebut dua beranak yang terpisah lebih dua dekad  berjaya ditemukan dalam majlis agihkan BR1M.

Laporan Buletin Utama bertarikh 07 April 2012, mengenai perkara di atas, boleh ditonton di bawah:

video



Juak-juak Pakatan Haram mula jadikan isu berkenaan dengan mendakwa PM DS Najib Razak memakai rantai emas, selepas sahaja melihat gambar dan rakaman Buletin Utama seperti di atas. Namun, pada waktu itu rata-rata masih ragu-ragu untuk mempercayai tentang dakwaan tersebut kerana paparan video serta gambar tidak berapa jelas.

Keadaan kembali hangat apabila PM DS Najib Razak hadir untuk merasmikan Himpunan Jutaan Belia 2012 (HBN2012) pada Hari Sabtu lepas. Ini disebabkan oleh gambar yang diambil oleh beberapa blogger termasuk rakan blogger Jawa Bernam lebih jelas kelihatan rantai tersebut. Imej PM DS Najib Razak pada HBN2012 jelas menunjukkan beliau memakai rantai. Namun, apa yang pasti, ianya bukan bukan rantai emas.


Kini terdapat trend di mana kebanyakkan dari kita memakai rantai kesihatan. Antara yang popular dan mendapat testimoni positif dari pengguna adalah rantai kesihatan ‘LOKET QUANTUM SKALAR ENERGY. Loket Quantum Skalar Energy diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. Kualiti yang paling utama dalam Loket Quantum adalah bagaimana lahar menyerap tenaga sekeliling semasa letupan gunung berapi. Loket berkenaan dapat menukarkan tenaga sekeliling kepada 4-12u gelombang Tanaga-Bio yang berhubung dengan gelombang tubuh manusia pada 36 ke 37 darjah Celsius. Loket berkenaan mengandungi lebih 70 unsur tenaga bahan mineral. 

Loket berkenaan adalah salah satu projek NASA yang disimpan bertahun-tahun dan akhirnya dibongkar untuk kebaikan manusia. Loket berkenaan dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit. Diiktiraf tokoh agama dan doktor perubatan. Ianya amat berkesan untuk darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga, depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol, gout, masalah kesuburan, insomnia dan lain-lain. Malah The Star turut laporkan kesahihan produk LOKET QUANTUM SCALAR ENERGY, di sini

CTS tidak berhasrat untuk mempromosikan loket berkenaan, cumanya apa yang CTS ingin sampaikan PM DS Najib Razak tidak berdosa memakai rantai untuk tujuan kesihatan. Salahkah PM DS Najib Razak untuk memakai rantai kesihatan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak? Ini berdasarkan Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 28 Februari 2008 seperti berikut:
Keputusan: 
Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :
a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.
b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.
iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.
c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

6 Panas! Raja Bahrin Pula Mahu "Lepas Tangan" Dengan Menyuci Dosa Di Dalam PAS


Berita yang tidak mengejutkan berkenaan Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah di dalam konteks situasi politik semasa ini CTS perolehi daripada "Media Terengganu" yang bersumberkan kepada sumber asal blog "Penyulawo". Mungkin bagi generasi baru mereka agak kurang mengenali siapa Raja Bahrin Shah ini. Raja Bahrin pernah mengemparkan negara di dalam usaha menyelamatkan anak-anak beliau yang dibawa lari bekas isterinya ke Australia pada tahun 1992. Beliau yang kemudiannya "menyeludup" anaknya di Australia untuk dibawa pulang ke Malaysia melalui Malaysia dengan menggunakan bot. Kes ini ada sikit-sikit ala kisah tragis Natrah. 

Raja Bahrin juga bersama syarikat arkiteknya Seni Bahri adalah pihak yang secara langsung membina Stadium Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM292 juta yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Tiada istimewanya stadium ini sehinggalah bumbung stadium ini runtuh dan menjadi bualan Rakyat. Ikuti kupasan mengenai watak talam dua muka yang cuba dimainkan oleh Raja Bahrin.


Barangkali bagi arkitek terkenal Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah tampil lantang di pentas ceramah politik PAS salah satu cara untuk membasuh dosanya akibat runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jun 2009 seperti yang dicanang pembohong bersiri iaitu ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. Tatkala pemimpin PAS berlumba-lumba menjadi juara ‘runtuh’ dengan melontarkan pelbagai tuduhan kepada Kerajaan Terengganu serta UMNO, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis jazz Malaysia, Noryn Aziz pula menjadi ‘cacing kepanasan’.

Jika sebelum itu, Raja Bahrin tersengih kepuasan setelah berdiri megahnya stadium yang bernilai RM292 juta yang mendapat pujian yang melambung, Raja Bahrin dan syarikatnya, arkitek di Seni Bahri hebat! Selepas runtuhnya bumbung stadium yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud itu, Raja Bahrin mendahului panel penyiasat dengan mengatakan beliau tiada kuasa penuh mengawal projek tersebut. Maknanya, Raja Bahrin mahu memberitahu dunia runtuhnya bumbung stadium itu bukan silapnya sebagai arkitek, tetapi silap orang lain walaupun setiap bulan pihaknya mengaku menghadiri mesyuarat berkaitan perjalanan projek kebanggaan rakyat Terengganu itu.

Mungkin, ini sikap orang yang mahu lepaskan diri dengan harapan rakyat akan mencari orang lain untuk dipersalahkan termasuklah UMNO. Raja Bahrin yang menjadi arkitek projek berkenaan tidak segan silu menyalahkan pihak lain apabila bumbung stadium itu runtuh dengan alasan menggelikan lubang telinga iaitu pihak lain tidak amanah! Begitu mudah pengikut PAS diperbodohkan! Seorang arkitek yang pakar dalam dunia senibina menggunakan alasan ‘tidak amanah’ sebab bumbung stadium itu runtuh. Kenapa Raja Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu tidak menjawab secara teknikal, sebaliknya propaganda politik juga yang diminati.

Adakah Raja Bahrin mahu menunjukkan dia pandai bermain politik setelah dikhabarkan mahu diangkat sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Ladang pada PRU ke-13 nanti? Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan memberi laluan kepada Raja Bahrin kerana terlalu banyak komitmen hingga mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan itu. Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri merungut, Wahid Endut tidak buat apa-apa untuk Parlimen Kuala Terengganu dan hanya menerima elaun setiap bulan dan setiap tahun. 

Di DUN Ladang pula, ADUN PAS kawasan itu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ditolak rakyat. Buktinya, pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2008, kiraan undi di DUN Ladang menyaksikan PAS tewas. Walaubagaimanapun, ada juga pemimpin dan penyokong PAS sudah mula mempertikaikan cadangan itu dengan alasan status keahlian Raja Bahrin dalam PAS. Bagi yang mengenal parti PAS, status keahlian dalam PAS tidak penting, kerana Tun Salleh Abbas yang menang di DUN Jertih pada tahun 1999 dan dilantik EXCO Kerajaan Negeri bukan ahli PAS pada ketika itu. 

Bagi yang pandai membaca rentak politik, mereka mahu melihat sejauh mana Raja Bahrin akan diheret oleh pemimpin PAS untuk memenuhi agenda politik parti itu. Ada yang melihat, penampilan Raja Bahrin bersama PAS dek kecewa kerana tidak mendapat habuan beberapa projek kerajaan termasuklah pembinaan Masjid Negeri. Jujurlah Raja Bahrin! Menghambur kata dusta di pentas ceramah bersama PAS dan Pakatan Rakyat belum tentu dapat ‘lepas kepala’ daripada dipersalahkan dalam tragedi bumbung stadium runtuh.

1 Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli?


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007. Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini. Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang. Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.

Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan. Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik. Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari. Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah kerajaan terdahulu’. Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli  konon tidak tahu menahu mengenainya.  

Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had. Ada Azizan kisah? Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa. Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa.    

Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan. Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu. Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan.  

Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu. Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut.  

Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan. Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu. Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum. Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah.  

Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik - mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut. Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina? Apakah sudah menjadi ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina?   

Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang  membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu. PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya.

May 29, 2012

18 @mbnizar Lambai Lupa Dia Pernah "Membida" 16 Nombor Plat Kereta Camry!


Mudah sangat si pencacai saki baki komunis yang masih bertapak di Perak, YB Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih "meroyan" mengekalkan nama MB pada "tweet handle" beliau, sehingga beliau merasakan beliau maksum dari segala kesalahan. Mungkin Nizar ada penyakit mudah lupa ingatan sehinggakan beliau terlupa atau beliau buat-buat lupa, beliau pernah membeli 16 buah Toyota Camry 2.4V sebaik sahaja Pakatan Haram memerintah Perak. Mungkin juga beliau turut lupa bahawa beliau juga turut "membida" untuk mendapatkan nombor-nombor plat istemewa untuk 16 kereta Toyota Camry 2.4V berkenaan. 

Kita ingin bertanya kepada Mantan Menteri Besar Perak berkenaan, masih ingatkah beliau dengan nombor-nombor kereta-kereta berkenaan yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606, yang semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009. Berapakah harga bidaan nombor-nombor kenderaan berkenaan? Sekiranya beliau tidak membida nombor-nombor berkenaan, adakah ini tertakluk sebagai salah guna kuasa? Berapa pula duit Rakyat yang beliau gunakan untuk membeli 16 Toyota Camry 2.4V berkenaan sewaktu itu? Bukankah lebih baik duit itu digunakan untuk membina rumah PPRT seperti yang disarankan oleh beliau sekarang?



Oh ya! Jangan pula kita lupa. Plat di bawah merupakan plat kereta Mursyidul Am PAS, "Tuan Guru" Nik Aziz. Berapa banyak duit rakyat yang digunakan untuk membida nombor plat berkenaan bagi memuaskan nafsu Tok Guru kita ni?


5 Alhamdulillah! Nik Aziz Ambil Duit Rakyat Bina Jambatan Ke Syurga



Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.  

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai  bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km. 

Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya.   Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya. Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan. Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?   

Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram? Apakah mereka juga mendapat pahala? Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan? Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz? Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?  

Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti. Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu. Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.   

Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol. Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.” Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.  

Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala?   Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain? Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.     

Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan.  Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat. Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.   

PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula. Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran. Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga jika kufur? Apakah hanya dengan mengundi PAS?   

Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir? Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya.

0 Ng Paik Kheng Perlu Tampil Jelaskan Apa Yang Berlaku


Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang. Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng. 

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi. Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah? 

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu. Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.

Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu. Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng. Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai

May 28, 2012

51 Panas! Nizar Lambai Kena "Sound" Dengan Tengku Mahkota Johor Kes Nombor Kenderaan WWW1


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Inilah akibatnya apabila Mantan Menteri Besar Perak, Nizar "The Puppet" Jamaluddin telah memfitnah keluarga DiRaja Johor di dalam ruangan sosial Twitternya, bahawa Keluarga DiRaja Johor telah menggunakan duit Rakyat untuk membida nombor kenderaan "WWW1" yang diberitakan melebihi setengah juta. Berikutan Twitter biadap di atas Tengku Mahkota Johor telah mengeluarkan kenyataan Baginda di dalam ruangan sosial Twitter Baginda seperti berikut:


Walaupun CTS bukan Rakyat Johor, CTS merasa terhiris dan terhina dengan kenyataan biadap seorang barua komunis ini. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan kau pasti binasa wahai Nizar "Lambai". Selepas ketiadaan jawatan sebagai Menteri Besar, baru sibuk bercakap perihal hal kebajikan Rakyat. Semasa menjadi Menteri Besar, berapa banyak rumah untuk orang miskin yang telah kau bina?


Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor membeli plat nombor kereta guna duit Rakyat. CTS berpendapat kalau orang biasa yang mampu membeli nombor plat mahal dikatakan orang itu berkerja keras, sebaliknya kalau pemerintah beli nombor plat mahal dikatakan pemerintah itu makan duit rakyat? Mana keadilannya.

Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8 juta sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa hendak membeli kereta atau nombor plat menggunakan duit rakyat?

Dan pembaca CTS juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya", pembaca dapat melihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". CTS merasakan Rakyat Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.

1 Belia Negeri Selangor Tolak PR





Tanggal 26 Mei 2012 yang baru saja berlalu tentu saja meninggalkan detik hitam untuk kerajaan negeri Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang, untuk entah ke berapa, realiti semasa sama sekali tidak menepati propaganda yang mereka sering war-warkan. Jika selama ini mereka gah mendakwa perjuangan mereka mendapat sokongan kuat daripaga generasi muda, apa yang terjadi pada Sabtu lalu membuktikan sebaliknya apabila Himpunan & Konvensyen Belia Selangor 2012 yang dianjurkan oleh kerajaan PKR Selangor di Seksyen 7 Shah Alam gagal sepenuhnya.

Mengikut perancangan asal, sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh lebih 20,000 belia, mahasiswa dan remaja Selangor, namun yang berlaku ialah hanya sekitar 100 orang sahaja yang hadir. Malah Anwar Ibrahim yang pada mulanya dijadulkan merasmikan Konvensyen tersebut akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir selepas jumlah peserta yang hadir terlampau sedikit. Malu & segan agaknya.

Sedari awal penganjuran Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor matlamatnya untuk divert golongan belia daripada memenuhi Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kerajaan Pusat yang di langsungkan di Putrajaya, lain yang diharap malu pula yang dapat. Kegagalan Konvensyen Belia anjuran kerajaan negeri Selangor itu sekaligus membuktikan majoriti belia dan mahasiswa menolak dasar perjuangan pakatan pembangkang.

0 Scorpene's Commission: Opposition's Constant Lies To Rakyat


The scorpene issue that was raised by the opposition in 'the last minute' right before Tun Abdullah Ahmad Badawi's resignation was used as their last weapon to ensure that Dato’ Seri Najib would not be taken as the next Prime Minister. After failing to change the fate where Dato’ Seri Najib went up to be the next Prime Minister, this issue was then replayed by the opposition in hopes to shorten his service period.

As how we are all aware of, the opposition had used various disguises to attack BN, few of them include the Bar Council, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram and many others, with the objective of bringing down the government. In the case of scorpene, they had used Suaram to launch an early attack on their behalf. In the beginning, Suaram filed a complain report on DCNS, a company that builds and sells submarines to third world countries including Malaysia in France court because they 'suspected' that there was curruption involved during the purchasing process of the submarine. The issue was said to have its connections with the murder of Altantuya Sharibuu, a Mongolian model who was later connected to a scandal with the Prime Minister.

Suaram's Coordinator, Cynthia Gabrie was reported to have said,"this case is specific to a commission in value of 114 million Euro that was given to a company, Perimekar.” Like what was mentioned earlier, we are not certain that Suaram was acting for the opposition where they want to bring Dato’ Seri Najib down in any way possible. But, what was done by them this time around is just too much where they accused the Prime Minister for being involved in a murder and they discussed the topic of the country's defense cost to the world.

The country's defense cost is something that is confidential where the details should not be discussed in open. Every government around the world should hide a few facts as a security measure for their respected countries. If this matter is discussed in open, it could lead the country to various risks. The fact that the government did not hide from rakyat was that the cost of the contract for the sub was valued at EURO 1.084 billion. From that amount, EURO 969.15 was paid to DCNS (France) and NAVANTIA (Spain) as the cost of procurement for two of Scorpene subs, Integrated Logistics Support (ILS) package and trainings for submarine staff.

The rest, EURO 114.96 million were paid in stages for six years to Perimekar Sdn Bhd as coordination and support service costs to the team of Kapal Selam TLDM project in Cherbourg, France and Cartagena, Spain and submarine instructors in Brest, France. All of those were written in details in the contract that was signed in June 5, 2002. Refering to the complain that was made by Suaram saying that,"this case is specific to a commission in value of 114 million Euro that was given to a company, Perimekar.” From there, the question here is, if EURO 114 million was the commission, did it mean that Perimekar was providing coordination and support service for free? This is because, the transaction document clearly showed that the payment that was involved with Perimekar was only EURO 114.96 million, no more, no less.

In a way, Perimekar was responsible to prepare services as such:
- to prepare accommodations for the families of 27 officers in France and Spain for the period of 6 years.
- to prepare management offices and accommodations for TLDM crew ship members, 156 crews and 30 base coordinators in France and Spain for the period of 6 years.
- Paying daily allowance and submarine crews' allowance worth of EURO50 daily for everyone for the first three years and EURO60 daily to each crews for the next three years.
- to cover the cost of flights for submarine crews to go back to Malaysia every four months.
- this company is also responsible to ensure the involvements of Malaysian companies in building and assisting companies to join offset programs.
- Assisting main contractor regarding government procedures in implementing the contract.
- Coordinating trainings between crews, contractors and the government.
- Preparing coordination reports and others.

So, we would like to ask once again, if it is true that EURO 114 million was used for commission, how can Perimekar cover all of those service costs? The fact is, the EURO 114 million was not a commission but it was to pay for the service that was given by Perimekar. There is nothing odd about the payment. The only weird part was the accusation that was made by Suaram and the opposition. Their consistency in bringing Dato’ Seri Najib down that they even hired a writer who has a history of mental problems, Raja Petra Kamaruddin (RPK) for them to create stories about the involvement of the Prime Minister in the murder of Altantuya which was said to haev related to the purchase of the sub for the country, had began to raise various questions. From such talks, is it possible that the opposition themselves have anything to do with the murder?

With RPK admitting that he only created stories is enough to prove that other parts in his stories, such as the issue of Scorpene were lies. That is why we would like to invite France or anyone to make an investigation to reveal the issue of Scorpene. It is not impossible that we might find something bigger than lies that were made by the opposition. 

5 Apa Tindakan Ahli PAS Setelah Fatwa Pemimpin PAS DiSahkan Sesat?



Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir. Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr.Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat? Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.  

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr.Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr.Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.    

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka.  Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya. Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat. Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.  

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman. Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah. Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.  

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR. Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.  Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.  

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah.  Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.  

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama. Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.   Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.    

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar. Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.  

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan. Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T.  Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak. Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia. Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.  

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama. Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya. Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya? Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab.  Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah. Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates