May 26, 2012

11 Himpunan Belia Selangor Gagal! Hanya Mampu Tarik 150 Juta? ... 150 Ribu? 150 Orang Saja

Apabila Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) mengadakan Himpunan Jutaan Belia Negara 2012, Pakatan Haram Selangor pun sibuk hendak "copycat" atau menciplak hendak mengadakan Himpunan Belia pada hari yang sama iaitu hari ini. KBS menamakannya dengan "Himpunan Jutaan Belia Negara 2012", Pakatan Haram pula menamakannya dengan "Himpunan Dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012". KBS mengadakan Himpunan Jutaan Belia Negara 2012 di Putrajaya, Pakatan Haram Selangor mengadakannya di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. KBS berjaya mengumpulkan lebih sejuta belia setakat petang tadi, Pakatan Haram Selangor hanya dapat mengumpulkan 150 orang!

Ini gambaran kemeriahan majlis belia di Himpunan Jutaan Belia Negara 2012 di Putrajaya.



Ini pula gambaran kesuraman majlis belia Pakatan Haram Selangor!





Pembaca CTS nilaikanlah sendiri. Anda mahukan yang original ataupun yang cetak rompak. Barisan Nasional atau Pakatan Haram!

0 Perdana Menteri Kesayangan Rakyat Disambut Meriah Di #HBN2012






0 Aksi Menarik 3 Pemimpin Hisham, Razali & Khairy Di #HBN2012


















Published with Blogger-droid v2.0.4

0 "Chinese Cultural Village" Wajib Dilawati Di #HBN2012

Semalam CTS berpeluang melawat tapak "booth" Chinese Cultural Village, Himpunan Jutaan Belia 2012, Putrajaya yang memaparkan gerai dan pameran unik masyarakat Cina. Perasmian tapak "booth" berkenaan dirasmikan oleh DS Shabery Chik semalam. Datanglah membawa rakan dan keluarga ke tapak berkenaan dan anda akan terpukau dengan pameran dan acara yang disediakan.





2 Ambiga Akhirnya Mengaku Kalah



Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap, Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas. Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'.

Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH  mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan. Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.

Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat  'keheroan-nya'. Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.

Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya. Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012. Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.

Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan. Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.

Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat. Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat? Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakajn sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga.

Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi. Akhirnya, dia meminta maaf! Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf. Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

May 25, 2012

4 Ratu Kebaya Posing Maut Di #HBN2012













Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Himpunan Jutaan Belia 2012 vs Jom Heboh di Putrajaya - Siapa Lebih Hebat?


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula sejak dua hari lepas turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar. Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara. Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada hari ini, 25 Mei bermula jam 4 petang. 

Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang di antaranya termasuklah dari Negara Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh. Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global.

Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia), Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India).

CTS mengalakkan supaya orang ramai datang meriahkan dan bersama-sama bersantai bersama keluarga di dalam antara 10 acara terbesar di dunia. Kemeriahan Himpunan Jutaan Belia 2012, turut akan dimeriahkan oleh "Jom Heboh TV3" yang akan turut berkongsi lokasi di Putrajaya pada hari Sabtu dan Ahad. Siapa yang lebih hebat antara Himpunan Jutaan Belia 2012 dan Jom Heboh tidak penting. Yang penting Rakyat Malaysia dapat bersantai bersama keluarga di hujung minggu.

0 Krisis Air Selangor - Noh Omar Cabar Khalid Ibrahim


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Menteri Besar supaya meminum air daripada empangan dan sungai di negeri ini sekiranya terus mengelirukan rakyat dengan mempolitikkan isu bekalan air di negeri ini. Cabaran itu dikemukakannya susulan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid menerusi laman web  Selangorku.com, semalam yang mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta para pemimpin BN melawat kawasan empangan di negeri ini. Pelawaan itu dibuat kononnya untuk menunjukkan bahawa bekalan air di negeri ini adalah mencukupi. Bagaimanapun, Noh menyifatkan kenyataan Abdul Khalid itu jelas membuktikan bahawa Menteri Besar sememangnya tidak memahami perkara pokok masalah bekalan air di Selangor selain cuba memutarbelitkan fakta yang sebenar mengenai perkara itu. 

"Masalah bekalan air di Selangor sebenarnya melibatkan air terawat untuk keperluan rakyat dan industri di negeri ini serta kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang sememangnya tidak mencukupi, bukannya air mentah. Setakat ini, Selangor mempunyai tujuh buah empangan dan 34 buah loji rawatan air yang mengeluarkan air terawat untuk diagihkan kepada pengguna di kawasan Lembah Klang. Namun, kesemua loji rawatan air berkenaan hanya mampu menghasilkan kapasiti bekalan air sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di negeri secara purata adalah sebanyak 4,322 juta liter sehari," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini. 

Tambah Noh, apa yang dibangkitkan oleh BN selama ini ialah mengenai masalah bekalan air bersih yang dihadapi di kawasan Lembah Klang memandangkan kadar rizab bekalan air berkenaan di loji-loji rawatan yang sedia ada hanya tinggal 2.4 peratus berikutan perbezaan yang kecil di antara pengeluaran dan penggunaan. Tambah Noh, beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang sebenarnya tahu mengenai masalah tersebut tetapi sengaja menafikannya dengan memutarbelitkan fakta kononnya untuk memberi gambaran sumber air di empangan masih banyak di negeri ini. 

"Kalau Menteri Besar (Abdul Khalid) cabar menteri (Peter) dan pemimpin BN Selangor lawat empangan, kita sedia pergi tapi dengan syarat Menteri Besar minum air dari empangan itu. Selepas itu, Menteri Besar pula kena ikut saya melawat loji rawatan air dan lihat masalah yang sebenarnya. Saya sendiri akan minum air terawat dari loji itu," jelasnya lagi. Pada masa yang sama, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyatkan berdasarkan perangkaan yang diperolehi pihaknya, sebanyak dua buah loji rawatan air berada dalam keadaan yang 'sarat' ekoran beroperasi melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. 

Katanya, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih didapati mengeluarkan melebihi 600 juta liter sehari air terawat berbanding dengan kapasiti pengeluarannya sebanyak 545 juta liter sehari. Keadaan yang sama turut dihadapi Loji Rawatan Air Sungai Langat yang kini mengeluarkan air terawat hampir 500 juta liter sehari sedangkan kapasiti pengeluarannya hanya 386 juta liter sehari. "Begitu juga dengan loji rawatan air di Sungai Batu dan Sungai Selangor Fasa 2 yang dilihat berisiko menghadapi situasi yang sama," ujarnya.

4 Benarkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali. Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang. Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut. Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga. Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut. Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya. Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga. Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini. Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai. Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar. Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai. Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang. Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas. Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini. Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham. Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini. Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri. Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula. Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang. Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 Weaken PERKASA But Strengthen Dong Zong?


Sin Chew Daily, on 18th May reported that Dong Zong had stomped out of a round-table meeting organized by the government to discuss on Chinese education. They claimed that the meeting was only focusing on technical and isolated cases without taking into consideration their protest on ‘teachers unable to speak fluent Mandarin, be sent to Chinese schools’. Sin Chew was suggesting that Dong Zong to strengthen itself in order to tackle this problem.  

There is really nothing new in the rudeness of Dong Zong, in fact, we expected it. Ever since their existence, these extremists have never shown any respect or tolerance to anybody. Their life only revolves around the needs, the wants and the wishes of the Chinese. Other races are irrelevance to their lives except to be their workers. 

The interest of the society and the country too, has nothing to do with them as they live in their own world with the original motherland in their hearts and minds. The government’s aspiration to unite the people is an estranged subject to them. As such, it isn’t wrong if we are to doubt the loyalty of Dong Zong towards the country and it isn’t wrong for us to forever treat them as immigrants.  

It is obvious that what Dong Zong ever wants is to create another China over Malaysia where all other races are being ‘swallowed’ into a Chinese capitalist world. If you want to work, you must be able to speak Chinese and if you want to do business, you can only go so far if you are a Chinese. To do this, they must first make sure that Chinese language and Chinese racial sentiment is as strong. And they can only do this by strengthening the Chinese schools.  

And this is what Dong Zong’s fight is all about which is beyond racism, it is actually colonialism all over again. In order to achieve this goal of ‘building China over Malaysia’, they must first loosen the roots of other races, especially the original settlers, the biggest threat, the most patriotic, that is the Malays. So they harp on ‘Malaysia first, Malay second’, meaning Malays must put their culture behind and push their mother-language aside and be open and accept a new diversified culture, with the Chinese culture and language at the upper-most.  

Their only threat into achieving this goal is UMNO and more so, PERKASA, which is perceived to be a Malay-version of extremist. PERKASA, however, fights for unity. Common-sense and history tell us that unity in a true sense can only be achieved through schools, that is, from young. And PERKASA fights for this, for a one-school-for-all system. PERKASA embraces the government’s aspiration to create one nation, a nation where we can all call ourselves Malaysians and forego the needs to mention our race. But before that, we must first unite in a true sense.  

Sure enough, what Dong Zong is fighting for is in every way against PERKASA’s. And so, PERKASA needs to be weakened - the one nation idea must remain as ‘an idea’ forever. Because there can only be ‘One Chinese’ in this county, other races are mere workers or employees. With Sin Chew calling Dong Zong to strengthen itself, it also means asking the Chinese to take their racism to a higher level. So, all of you peace-loving Malaysians, be very sure that Dong Zong’s constant fight for a permanent and further separation of all races up to secondary schools and universities is just the beginning. Bear in mind that their goal is to conquer or overhaul the whole system to fit their interest alone.    

Dong Zong’s arrogant attitude when dealing with other parties, especially, the government, by refusing to discuss and accept explanation or be open to suggestions, is a clear show of their chronic chauvinism. This chronic chauvinism and racism could tear Malaysia apart and allowing Dong Zong to spread it farther and plant it deeper in the Chinese community makes the clock on the time-bomb ticks even faster. But how do we tell Dong Zong that it is high time for them to learn to be part of Malaysia?  How do we put some sense into the minds of the extremists?  

Sooner or later, Dong Zong will have to accept that you can’t be part of Malaysia when your heart remains in China. You wouldn’t be less Chinese if you don’t go to Chinese school. But being less Chinese should be the least on your mind. You must first worry about whether you are Malaysian enough.

May 24, 2012

8 China Press - Ambiga Setaraf Pencuri Besi Buruk



Lucu sekali melihat bagaimana Ambiga Sreevanesan menggelupur kerimasan apabila terpaksa berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya. Beliau dan kuncu-kuncunya pastinya tidak pernah menjangkakan tindak-balas sebegitu rupa oleh rakyat. Secara dasarnya, Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang. Ini tidak benar. Namun begitu, siapa jua mereka bukan soalnya. Soalnya ialah, kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO, mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia yang telah menyebabkan perniagaan mereka rugi pada 28hb April yang lalu.  

Kini terbuktilah sudah bahawa perjuangan Ambiga dan BERSIH keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak, hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Rakyat.  Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak ada hak untuk berbuat yang sama. Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun di hadapan rumah Ambiga. Antaranya, A.Samad Said yang merayu rakyat agar jangan mengganggu Ambiga. Rakan-rakan dan penyokong Ambiga di alam maya juga berusaha untuk memperlekeh dan meremehkan tindakan berhimpun dan berniaga di depan rumah Ambiga, konon untuk merendahkan moral mereka dan mengharapkan mereka bersurai.    

Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh. Ya, mungkin juga tindakan membalas dendam sebegitu adalah nakal dan kebudak-budakan manakala tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang  dan mengganas pula tidak nakal dan tidak kebudak-budakan. Tetapi ia adalah tindakan manusia dewasa yang jahat, penuh dengan khianat dan sememangnya tersangat bodoh! Kerana BERSIH nama negara tercemar, imej negara tercalar, peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam.  Semuanya kerana Ambiga.  

China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga. Alasan mereka, kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan, maka gantirugi peniaga-peniaga itu sewajarnya dibayar oleh kerajaan, bukan Ambiga. Hujah mereka lagi, tempat untuk peniaga itu berniaga dan mendapat keuntungan adalah disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan cukai yang diperolehi dari rakyat. Entah kenapa kita dapat mengesan sikap perkauman di dalam kenyataan ini. Apakah China Press secara halus ingin memberitahu bahawa  majoriti peniaga yang terlibat adalah Melayu dan pembayar cukai tertinggi adalah peniaga Cina?

Lebih lucu lagi apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya  boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 sekiranya mereka bijak mengambil peluang. Justeru, kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina? Bukankah kerana kaum Cina awal-awal lagi tahu yang perhimpunan sebegitu pasti membawa kerosakan, bukan keuntungan dan  mengambil langkah awal memastikan kawasan kaum mereka berniaga terselamat dari sebarang risiko? 

Contoh yang diberikan pula ialah jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri, maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan, bukan pencuri tersebut. Mungkin China Press terlepas pandang bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat digunakan untuk pembangunan negara, bukannya untuk membayar gantirugi ke atas tindakan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang dan membuat kemusnahan. Cukai juga digunakan untuk melahirkan rakyat yang berguna kepada negara bukan pencuri, pengganas, pengkhianat atau pemberontak seperti Ambiga.  

Kerana itu, untuk pengetahuan China Press, sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap, pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah. Lagipun, apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan pencuri besi buruk? Dalam kes BERSIH 3.0, kita tahu siapa penjenayahnya dan lebih dahsyat lagi, penjenayah itu adalah dari pihak pengamal undang-undang, iaitu bekas Presiden Majlis Peguam. Dia telah diberi peluang untuk berhimpun di stadium di mana keselamatan dan keamanan terjamin. Dia juga telah diberi amaran awal akan tempat-tempat yang dilarang.   

Tetapi, Ambiga memilih untuk menolak kawasan selamat, dan mengambil risiko berarak di jalanan.  Akibatnya, peserta BERSIH telah melanggar undang-undang  dengan menceroboh ke kawasan larangan.  Kerana kedegilan Ambiga, keganasan yang boleh dielakkan telah tercetus, harta awam musnah dan ramai yang cedera. Tidak boleh tidak, Ambiga wajib bertanggungjawab dan memikul kesalahan penyokong-penyokongnya, sebagai seorang ketua yang berprinsip, prihatin dan berintegriti. Adalah memalukan bagi seorang yang telah menerima beberapa anugerah kemanusiaan dari barat untuk bersikap lepas tangan, malah enggan terlibat langsung dalam menangani kesan sampingan perbuatannya!   

Tahukah Ambiga bahawa seorang Ketua yang baik, akan mempertahankan orang bawahannya dan akan memikul kesalahan mereka sebagai kesalahan sendiri apabila berhadapan dengan masalah? Jika ini pun Ambiga tidak tahu, maka sesuai sangatlah China Press menyamatarafkan beliau dengan pencuri besi penutup longkang!

May 23, 2012

1 Hari Belia Negara 2012 - Konvoi Motor Besar Pembuka Tirai Hari Pertama #HBN2012








 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates