May 7, 2012

1 Pertikai Fatwa : PAS Hina Ulama



Apabila Ulama memfatwakan agar jangan berpolitik di dalam Masjid, PAS menentangnya dengan mengambil beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan tiada salahnya berpolitik di dalam masjid. Apa yang PAS enggan bincangkan dengan terperinci ialah politik yang dibawa oleh PAS di masjid bukanlah politik sihat tetapi politik yang membawa kepada pecah belah, benci-membenci dan kata-mengata yang mana amat dimurkai oleh Allah S.W.T. 

Apabila Mufti Perak memfatwakan bahawa tarian poco-poco adalah haram kerana mempunyai elemen Kristian, PAS menempelak konon perkara itu perkara kecil dan tidak wajar diperbesar-besarkan. Bagi PAS, taraf ulama dan agama Islam itu sendiri hanyalah milik mereka dan sesiapa sahaja yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak kira bertaraf Ulama atau tidak, adalah jahil dan tidak Islam belaka. Oleh itu, tugas memfatwakan sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka dan mereka boleh menolak dan menerima mana-mana fatwa orang lain mengikut hati dan mengikut suasana politik semasa.     

Fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama PAS bagaimanapun, jauh lebih menyimpang dari ajaran Islam.  Antaranya, ialah ‘Undi PAS Masuk Syurga’, ‘Undi UMNO jadi kafir’ dan bermacam-macam lagi.  Namun, semua penyokong-penyokong PAS memegang fatwa-fatwa sesat ini tanpa banyak soal. Dan hari ini, apabila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa demonstrasi jalanan yang berniat tidak baik dan melanggar undang-undang adalah haram maka PAS sekali lagi bangun memperlekehkan semua Ulama yang terlibat memutuskan fatwa tersebut.   

Semata-mata kerana ingin sangat membela tindakan ganas peserta BERSIH 3.0, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang video seksnya bakal disebarkan, mengikut sumber-sumber tertentu, menuduh bahawa  ke semua 24 ahli jawatankuasa termasuk 14 mufti dalam Majlis Fatwa sebagai tidak faham apa-apa mengenai BERSIH. Kata-kata Mustafa Ali itu dilihat sebagai menghina para ulama ini seolah-olah mereka hanya budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa mengenai isu dunia, isu politik semasa mahupun agama. 

Sebenarnya, semua orang faham apa itu BERSIH 3.0, yang tidak faham hanyalah para peserta demonstrasi itu sendiri.  Jika mereka faham, mereka tidak akan sanggup turun berdemonstrasi. Mustafa Ali tidak mungkin boleh menafikan bahawa BERSIH mempunyai niat tidak baik dan melanggar undang-undang.  Ini kerana amat jelas sekali dalam laungan “Tumbangkan Kerajaan!” “Jatuh BN!” dan “Mampus PM!” oleh peserta demonstrasi, bahawa mereka sememangnya mempunyai niat tidak baik iaitu ingin menggulingkan kerajaan yang sah.  

Mereka juga jelas melanggar undang-undang dan menipu sejak dari mula lagi iaitu dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium tetapi sebaliknya berarak serta merusuh di sekitar Kuala Lumpur sedangkan janji mereka pada mulanya hanyalah untuk “Duduk Bantah”. Dan apabila mereka mengganas dan memukul pihak berkuasa, itulah kemuncak ‘haramnya’ BERSIH 3.0 di sisi Islam. Justeru, kita ingin bertanya, apa yang Mustafa Ali tidak faham mengenai Islam sebagai agama yang aman? Apa yang PAS tidak faham mengenai dosa melakukan kerosakan di muka bumi?  Dan apa yang Mustafa Ali dan PAS tidak faham mengenai haram menentang pemerintah? 

PAS sering merujuk kepada pemerintah, iaitu kerajaan, sebagai zalim, namun memetik soalan seorang Pak Cik kepada seorang peserta BERSIH yang lari dari ditangkap polis dan bersembunyi di dalam LRT pada 28 April lalu, “jika kerajaan begitu zalim, berapa ramaikah rakyat yang telah dibunuh oleh kerajaan tanpa sebab?” Untuk pengetahuan semua, peserta BERSIH tersebut tidak mampu menjawab dan turun tersipu-sipu apabila semua penumpang dalam LRT berkenaan memberi sokongan kepada Pak Cik itu. Oleh itu, bahawa adalah berdosa bagi umat Islam menafikan nikmat di depan mata. Adalah berdosa memfitnah kehidupan sendiri yang aman damai dan senang lenang, sebagai susah, derita, tertindas dan teraniaya. 

PAS sudah terlalu amat keterlaluan dalam mempermainkan fatwa dan agama Islam. Kita yakin, Mustafa Ali sendiri cukup maklum betapa jauh terpesongnya PAS hari ini. Tetapi seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain, beliau tetap tegar mempertahankan PAS mungkin kerana inginkan jaminan syurga seperti yang difatwakan oleh Nik Aziz. Fatwa Undi PAS Masuk Syurga pasti amat tinggi nilainya bagi Mustafa Ali terutamanya jika skandal video seksnya benar-benar wujud dan bakal disebarkan tidak lama lagi.

0 Bukti MB Khalid Gagap Gadai Tanah Yayasan Selangor Kepada Pusat Kebudayaan Cina




Baca pendedahan RPK dalam Malaysia Today, di sini. Antara yang bakal mengemparkan di dalam artikel beliau:

"So, Malaysia Chronicle a.k.a. Suara Tian Chua, do we continue? What more shall we talk about? Shall we talk about how Desi YL Chong was rejected by Malaysiakini and Free Malaysia Today before he joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team? Shall we talk about how Wong Choon Mei was sacked from Malaysiakini for misconduct before she joined Malaysia Chronicle to become a member of Tian Chua’s team?

Yes, what more shall be talk about?

Shall we talk about that Malay girl, the daughter of an opposition leader, who Tian Chua made pregnant and later had to have an abortion to get rid of the unwanted baby? I do not want to mention her name so as not to shame the girl or her father. Dr Syed Husin Ali knows about this matter so he is aware of what I am talking about. So let’s leave it at that, at least for the meantime, unless Tian Chua or Malaysia Chronicle a.k.a Suara Tian Chua wants to take this to the next level."

3 Apasal Kosmo Menyiarkan Gambar Bogel Demi Moore? Agak-Agaklah Kalau Nak Naikkan Rating

Sebagai sebuah suratkhabar yang dibaca oleh sekian lapisan masyarakat, CTS agak terkilan dengan tindakan akhbar portal terbitan Utusan, Kosmo Online yang menyiarkan gambar aktress Hollywood yang bertelanjang bulat tanpa dibaluti seurat benang sekalipun. Gambar di bawah terpaksa CTS siarkan sebagi bukti, takut link berita, baca di sini, akan dibuang kemudian hari.


Gambar di atas yang disiarkan di dalam Kosmo Online seolah-olah ada pakaian tapi sebenarnya berbogel kerana artis berkenaan mengecat tubuhnya seolah-olah berpakaian. Nampak jelas payu dara artis berkenaan. CTS merupakan blogger mesra Kerajaan namun dalam hal sebegini, tindakan akhbar portal online berkenaan agak melampau dan keterlaluan. Tidak ada gambar lainkan bagi artis berkenaan untuk disiarkan?

3 Fitnah Terbaru Pembangkang Ke Atas PM Najib Razak Kantoi!



Benarkah DS Najib Razak ada mengeluarkan status di laman sosial Facebook (FB) nya berbunyi "pada pendapat saya pakai rantai perkara biasa"? Cuba pembaca taip:

www.facebook.com/najibrazak

Anda tidak akan berjumpa status berkenaan. Sekarang taip pula:

www.facebook.com/najibrazakk

Anda akan melihat status berkenaan. Buat pengetahuan semua pembaca kenyataan FB di sebelah kiri adalah PALSU. Oleh itu, Jangan mudah terpedaya dengan permainan pembangkang. Selagi boleh memburukkan pemerintah, mereka akan lakukan!

6 Respons Dari Azmin Ali : Kasih Anak - Saya Tidak Pernah Derhaka


PEJABAT TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

ISNIN 7 MEI 2012

Kasih Anak: Saya Tidak Pernah Derhaka

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.

Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.

Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan UMNO janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik UMNO yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.

Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.

Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh UMNO dan media yang ditunggangi mereka.

Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah UMNO. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Ini pula salah satu "tweet" daripada Azmin Ali bagi membuktikan bahawa belaiu adalah insan maksum seperti mana saudaranya Anwar Ibrahim.


Cukup-cukuplah dengan drama keluarga ini. Tidak perlu kita memberikan publisiti lagi. Banyak lagi agenda Negara yang perlu diberi perhatian daripada memberikan perhatian kepada keluarga 69 ini. Sudah-sudahlah dengan berita anak beranak Ali. Baik mak, anak perempuan, anak lelaki, anak separuh jantan separuh betina, sama sahaja. Pergilah selesaikan masalah keluarga sendiri. Tidak perlulah sidang akhbar bila ada saja hal. Adik mintak maaf dengan kakak tidak perlulah panggil orang akhbar. Menyampah tahap gaban sudah!

May 5, 2012

8 dearambiga.com Diwujudkan Oleh Penyokong Bersih Sebagai Bantahan Campurtangan PR?


Sebuah laman web baru diwujudkan hari ini, dearambiga.com, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan penyokong tegar Bersih bagi mendesak Ambiga S agar menghentikan campurtangan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Di dalam laman web berkenaan tertera video Benjy Lim membelasah Anwar Ibrahim sebelum beliau dihalau keluar. 

Ruangan petisyen dalam bentuk e-mail juga disediakan bagi penyokong-penyokong Bersih untuk menyatakan bantahan mereka ke atas campurtangan Pakatan Haram. Penyokong Bersih juga disediakan mesej "standard" yang disediakan seperti di bawah atau menulis sendiri isi hati mereka:
Dear Ambiga,
        
        I, like you, believe Bersih should be an independent NGO by the People for the People - of all races, areas, and political views. Our aim is to constantly improve the Election in this country, not support any particular person or group. But, it's disappointing how we have let politicians hijack our movement for themselves.
        
        Just look at what happened at Bersih 3.0 when some Pakatan Rakyat bosses took advantage of our noble cause for their own political interests.  First, they tried to rally the crowd with partisan speeches and chants like 'tumbang BN' which we had decided not to allow. Then, far more seriously for our reputation, they picked a fight with the police by urging their supporters to force their way into Dataran Merdeka!
        
        Because of their petty actions PR has dirtied the name of Bersih and diluted our message.  Enough is enough! It's time to claim back our movement from the politicians. Please reassure me and all other Malaysians who support Bersih that you and the steering committee will do everything possible to make this happen.
        
        Kind regards,
        
        A Bersih supporter   
Apakah ini bermakna berakhirnya hubungan cinta di antara penyokong-penyokong Bersih dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram. Hanya masa yang akan menentukannya.

6 Vigil Untuk Khalid Ismath Di Penjara Pudu Tanpa Menghormati Hari Wesak

Seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Jurusan Undang-Undang Tahun Pertama, Khalid Mohd. Ismath ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut.

Khalid ditahan selepas dipercayai mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh.



Semenjak beberapa jam lalu, beberapa "tweet"dari laman sosial Twitter telah mewar-warkan agar satu perhimpunan diadakan untuk membebaskan Khalid Ismath dari tahanan polis.



Beberapa jalan di Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi memberikan peluang kepada penganut Agama Buddha untuk meraikan perayaan Hari Wesak. Namun, puak-puak Solidariti Mahasiswa a.k.a juak-juak Pakatan Haram memang tidak tahu bahasa. Apa sahaja akan mereka lakukan demi untuk mencapai matlamat mereka. Tidak hormat langsung kepada perayaan penganut Agama lain di Malaysia.

7 Apa Perlunya Wanita Secantik Nora Danish Beraksi Seksi Dalam Majalah GLAM?



CTS agak terkejut melihat gambar seksi aktres popular Nora Danish dalam ruangan majalah GLAM edisi Mei 2012. Ini kerana baru-baru ini kita baru sahaja dikhabarkan Nora telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah, dan telah memuat naik gambarnya bertudung ketika di sana di dalam ruangan media sosial Twitter beliau.

Menurut beberapa blog hiburan tempatan, photoshoot ini dijalankan sebelum Nora berangkat ke tanah suci. Dalam ruangan tersebut, Nora yang dikenali sebagai 'hot mama' membicarakan tentang lelaki pilihannya kelak. Dalam ruangan tersebut juga Nora menjelaskan bahawa dia akan lebih mementingkan kerjaya dan keluarga.

Kita berharap artis-artis kita agar dapat menjaga tingkah laku memandangkan mereka adalah 'public figure' dan menjadi ikutan peminat-peminat mereka terutama di kalangan golongan remaja. Janganlah menutup aurat sekadar di Tanah Suci atau di masjid semata-mata, sedangkan di luar berpakaian sebaliknya. Nora Danish sudah cukup cantik, lebih cantik dari Fasha Shanda yang menjadi pilihan Jejai. Beliau tidak perlu untuk membuktikan apa-apa.

3 Fitnah Komedi Suaram - Najib Meminta Bayaran Suapan USD1 Billion Melalui Fax Untuk Baginda

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebuah pertubuhan hak asasi manusia kononnya, tidak perlu diperkenalkan lagi. Lupakah kita bagaimana SUARAM dan ALIRAN merupakan dalang pencetus peristiwa pergaduhan kaum di Kampung Medan, 13 tahun lalu. SUARAM juga merupakan penyokong kuat pergerakan HINDRAF dan BERSIH. Dengan latar belakang sebegitu, tidaklah susah kita membuat kesimpulan, SUARAM merupakan satu NGO bergerak memperjuangkan suara Pakatan Haram menentang Kerajaan. Jadi tidak hairanlah SUARAM mempunyai satu suara, satu fitnah dengan apa yang dilakukan oleh Malaysiakini, Free Malaysia Today dan Haprakdaily dalam isu fitnah lama isu pembelian kapal selam Scorpene.

Terbaru, SUARAM kononnya mendedahkan salah seorang pendakwa dari Perancis mempunyai bukti bahawa DS Najib Razak, pada 01 June 2001, yang pada waktu itu merupakan Menteri Pertahanan telah menghantar fax, saya ulang, telah menghantar FAX untuk mendapatkan bayaran sebanyak USD1 billion untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dipunyai oleh Abdul Razak Baginda. Tak tahulah sama ada pendakwa dari Perancis atau SUARAM yang mereka-rekakan cerita. 

Adakah logik dalam zaman sains dan teknologi, seorang Bekas Menteri Pertahanan Malaysia begitu bodoh untuk menghantar bukti hitam putih melalui FAX untuk meminta balasan dan suapan. Apalah bingai sangat SUARAM ini? Apakah pada masa tersebut (2001) tiada cara komunikasi lain untuk dilakukakan, terutama yang melibatkan satu perkara yang hendak dilakukan yang bertentangan dengan undang-undang?

Free Malaysia Today (FMT) tidak kurang komedinya di dalam membuat fitnah di dalam isu ini. Di dalam laporan FMT, mereka menuduh pembelian dua buah kapal selam Scorpene itu berjumlah RM7.3 billion. Hakikat dan faktanya adalah kos pembelian dua buah kapal selam Scorpene berkenaan hanyalah berjumlah €1.084 billion. Mengikut kadar pertukaran pada masa itu, jumlah di dalam Ringgit Malaysia adalah RM3.4 billion, iaitu mengikut kadar pertukaran pada tahun 2002. DS Najib sebagai Menteri Pertahanan telah meminta USD1 billion sebagai balasan kepada perjumpaan dengan Perimekar sedangkan kos pembelian kapal selam Scorpene berkenaan hanya berjumlah €1 billion. Logik akalkah? 

SUARAM semenjak 2009, mengakui memiliki bukti-bukti penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Kalau benar SUARAM memiliki bukti-bukti berkenaan, kenapa berdiam diri. Kenapa tidak kemukakan bukti tersebut di Mahkamah Tribunal Antarabangsa Perancis? Mungkin SUARAM dan Pakatan Haram beranggapan Rakyat Malaysia sebodoh mereka dalam menangani isu-isu fitnah yang mereka lemparkan. Manakah tidak, kecuali juak-juak Pakatan Haram yang benak seperti keldai, apakah mungkin pembelian cincin yang berharga USD24 juta yang kononnya dibeli DS Rosmah Mansor, dilakukan melalui pos dan rasuah sebanyak USD1 billion yang kononnya diminta oleh DS Najib Razak, dilakukan melalui fax. Saya ulang fax? Akai ada ka?

May 4, 2012

6 Hadi Awang: Islam Bukan Agama Rasmi Negara Jika PR Memerintah



Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya. Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Haram ditakdirkan memerintah negara ini.  

Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup". Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.  

Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat. Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.” 

Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Haram malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Haram mengenai perkara ini. Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.  Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.  

Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP. Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia. Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.  

Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Haram.   Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP. Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP. Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.  

Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam? Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid? Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan? Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.  

Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam. Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka? 

Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.  Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan. Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

5 Bersih 3.0 - Akhbar Cina Cuba Bermain Api Sekali Lagi



Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily hari ini menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0. 

Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Pook Ah Lek berkata akhbar tersebut bertindak sedemikian kerana ramai pekerja media termasuk jurugambar telah dipukul ketika perhimpunan tersebut. Ketua Pengarang, Nanyang Siang Pau, Chong Choong Nam pula berharap agar dengan ini pihak berkuasa diingatkan bahawa pekerja media perlu diberi perlindungan oleh pihak polis.  

Akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah kepada mana-mana organisasi yang menentang kerajaan. Walaupun hakikatnya mereka terus wujud, dan bebas untuk menghasut para pembaca bagi mempercayai bahawa korupsi dan kekejaman kerajaan BN sudah tidak dapat diperbaiki lagi, mereka tetap melaung-laungkan bahawa tiada kebebasan media di Malaysia. Jelas bahawa akhbar-akhbar ini hanya mengikut gerak langkah pembangkang dan telah dibutakan oleh sifat prejudis terhadap kerajaan.  Bukanlah keterlaluan jika dikatakan bahawa laungan mereka sebagai media yang bebas, terbuka dan telus adalah karut semata-mata.  

Sebelum kita terbawa-bawa dengan sentimen dan emosi seperti mereka, eloklah jika kita mengimbas kembali tujuan sebenar BERSIH 3.0. BERSIH 3.0 sepatutnya adalah berkenaan 8 tuntutan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil. Jika akhbar-akhbar cina tersebut benar-benar bebas dan tidak berat sebelah maka mereka pasti telah berkali-kali mewar-warkan fakta di mana 7 dari 8 tuntutan BERSIH telah pun diluluskan. Tinggal satu tuntutan sahaja yang tidak dapat dipenuhi iaitu tempoh berkempen selama 21 hari dalam Pilihanraya Umum. 

Bagaimanapun SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh kempen dari 7 ke 10 hari. Ini kerana tempoh kempen yang panjang mampu membawa kepada scenario terburuk sepertimana ia menjadi punca tragedi 13 Mei 1969. Begitupun, bukan kita tidak tahu bahawa pihak pembangkang telah lama dan sentiasa berkempen, dan untuk mereka menuntut tempoh kempen selama 21 hari kelihatan seperti satu lawak jenaka yang menyedihkan. 

Tentu sekali, dalam kes ‘membersihkan senarai undi’ terutamanya 42,051 nama yang dibangkitkan oleh BERSIH, SPR memerlukan kerjasama dari individu tersebut sendiri. Ini adalah proses berterusan yang mana, seperti juga semua negara yang mengamalkan demokrasi tiada jaminan dapat diberikan bahawa senarai pengundi adalah benar-benar bersih ‘sehingga menciutkan’.  

Tetapi bagi BERSIH untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan hanya kerana 42,051 nama ini, adalah satu lakonan yang keterlaluan. Jadi, BERSIH tidak berpuas hati dan masih ingin mengadakan bantahan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti rakyat yang mendambakan pilihanraya yang bersih bersinar-sinar.  

Baiklah, maka mereka diberi Stadium Merdeka untuk ‘duduk dan bantah’ sepertimana yang dijanjikan. Malangnya, atas sebab yang tidak diketahui, penganjur BERSIH 3.0 telah menolak tawaran ini. Dan di sinilah puncanya kekecohan di mana akhbar-akhbar cina ini telah dengan sengaja, terlepas pandang. Akhbar-akhbar ini patut bertanya kenapa BERSIH tidak menerima tempat yang ditawarkan?  Dan kenapa ‘tempat’ menjadi isu penting jika benar mereka hanya ingin menunjukkan kekuatan jumlah penyokong?  Akhbar mereka juga langsung tidak bertanya kenapa para peserta perlu berarak di jalanan dan mencabar pihak berkuasa?

Bukankah lebih mudah untuk mengira jumlah penyokong jika mereka duduk dengan tertib di dalam stadium?  Bukankah ia akan lebih aman dan teratur?  Jika ini dilakukan, tentunya pihak media tidak akan melaporkan perbezaan yang jauh dari segi angka sokongan sepertimana yang berlaku hari ini. Dan akhbar-akbhar ini juga tidak bertanya kenapa harus para peserta mencuba menceroboh Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu ia telah diharamkan?  Dan kenapa mereka terus merempuh sedangkan mereka dapat mendengar dengan jelas arahan polis agar bersurai?

Kenapa mereka perlu melanggar undang-undang? Tidakkah akhbar-akhbar ini tahu bahawa dalam situasi huru-hara, polis ada hak untuk menundukkan perusuh yang tidak terkawal jika mereka enggan mematuhi arahan untuk bersurai. Dalam BERSIH 3.0 arahan dan amaran diberi bukan sekali, tetapi tiga kali bagi mengawal keadaan. Dan telah menjadi pengetahuan umum bahawa polis punya hak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar arahan. Tidak mungkin pihak akhbar cina ini begitu naïf sehingga tidak tahu bahawa pihak media dan pemerhati juga tertakluk kepada arahan polis dalam situasi sedemikian?

Kesimpulannya, akhbar-akhbar ini tidak pun berminat dengan punca kekecohan tetapi hanya berminat untuk menghentam polis dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerajaan. Seolah-olah, bagi Sin Chew,  Nanyang Siang Pau, China Press, Guong Ming Daily dan Oriental Daily, profesionalisme dan etika atau mungkin juga undang-undang boleh dipersetankan, asalkan mereka dapat menembak sasaran yang amat dibenci mereka, iaitu, kerajaan.

2 Bersih 3.0 - 10 Foto Terbaru Bukti @PDRMsia Ganas


Kalau dibaca Akhbar Harakah versi PDF bil 1739 Edisi Jumaat ( 4-6Mei 2012), memang terbukti Polis Di Raja Malaysia (PDRM) ganas, penyebab berlakunya rusuhan dan punca segala-galanya sewaktu Bersih 3.0 minggu lepas. Berikut CTS sertakan 10 lagi gambar-gambar menunjukkan kekejaman PDRM. Kejam. Amat kejam!











1 Bersih 3.0 - Wajah-Wajah Perusuh Buruan PDRM!


Polis semalam mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin. Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.

Hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau email azmiazizi@rmp.gov.my. CTS menyeru pembaca-pembaca yang prihatin agar membantu pihak polis membawa suspek-suspek ini ke muka pengadilan.





May 3, 2012

3 BERSIH 3.0: 3A Perlu Didakwa



Sehingga ke hari ini, rakyat masih belum puas bercakap mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang paling kotor walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya.   Rata-rata meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.  

Tindakan peserta-peserta BERSIH 3.0 yang cedera dan ingin memohon simpati juga dipandang sinis oleh majoriti rakyat. Menurut mereka, bukan peserta-peserta tersebut tidak diberi amaran mengenai risiko berdemonstrasi malah mereka juga telah ditawarkan tempat yang selamat untuk berdemonstrasi.    Kenapa mereka dengan sengaja ingin mencederakan diri?

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0.  

Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya.  Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka. Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa.  

Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab. Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa. Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga.  

Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya. Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan. Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat.  

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan. Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969. 

Tindakan tegas terhadap 3 A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap.  Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka. Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes ‘Duduk Bantah’ tetapi kemudiannya langsung tidak ‘duduk’ tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan.  

Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis. Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya.  Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan.  

Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini. Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan.  

Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya. Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap.   Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan.  

Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar. Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan.

0 Umi Hafilda Mengesahkan 'Aiskrim' Azmin Ali Di Cemari Bakteria E-Coli?

Mengikut satu kenyataan rasmi Azmin Ali sehari lepas, dia menafikan yang dirinya terlibat dalam 'projek aiskrim' sepertimana yang tersiar dalam banyak blog ketika ini.

Logik jugalah penafian tersebut, selaku Timbalan Presiden PKR merangkap wakil rakyat bergelar Yang Berhormat tentu sahaja jatuh 'kemaluannya' bila terdedah foto-foto sedang 'jual beli aiskrim' sambil mengukur baju dan seluar dalam tandas.

Dalam tandas pula macam-macam bakteria ada; salmonella, serratia, shigella juga e.coli (sebutan: e-kolai, jangan salah sebut). Takkanlah seorang yang berprestij, berpendidikan dan berjawatan tinggi seperti Azmin Ali tak pernah mengambil tahu soal kebersihan, ye tak?

Masalahnya sekarang, rupa paras dari bawah sampai ke atas dah sahih serupa dengan tuan badan yang menafikannya. Tengok kot manapun sama tiada beza walau sekelumit pun. Alasan segelintir pihak yang mendakwa ianya babun dua serupa, payah nak diterima akal.

Kalau nak dikata fitnah, dari segi mana? Superimposed? Barang tentu mustahil disebabkan foto tersebut asal usulnya di ekstrak (screen capture) dari beberapa video. Video pula diperolehi dari beberapa rakaman kamera tersembunyi yang tentu sahaja sengaja diletakkan oleh orang yang rapat dengan si empunya diri ataupun perempuan tersebut. Maknanya, fikir kot manapun ianya melibatkan orang dalam yang mereka kenali.

Bagaimanapun satu kepastian yang kita perolehi hari ini, pengesahan rasmi adik kandung Azmin Ali yang mengakui lelaki tersebut adalah abang kandungnya. Perakuan Umi Hafilda ada meritnya. Adik kandung sendiri dah tentu mengenali abangnya. Jadi tinggal lagi sekarang yang ingin diketahui ramai adakah 'urusan jual belia aiskrim' itu berlandaskan hubungan halal ataupun haram. Maksudnya suami isteri atau sebaliknya.

Ikut pada logik, kalau dah laki bini buat apa bercemolot dalam tandas yang diketahui penuh dengan pelbagai bakteria yang membahayakan kesihatan. Tak gitu? Apa-apa halpun kita tunggu ajalah apa langkah seterusnya dari Azmin Ali. 

Manalah tahu kot tetiba nanti dia buat sidang akhbar kata perutnya tak boroi, telinganya tak capang semata-mata untuk pertahankan diri - jangan pula ada yang gelak besar, cukuplah menerima hakikat 'jual beli aiskrim' dan 'makan aiskrim' dah sinonim dengan P"Gay"R.

3 Bersih 3.0 Penipuan Pakatan Haram Terbongkar


Semalam, sebuah laman web pro Pakatan Rakyat, suarapakatanrakyat.com disini telah memaparkan beberapa imej yang diambil dari beberapa lokasi dalam negara bagi menggambarkan seolah-olahnya perhimpunan ganas Bersih 3.0 mendapat sokongan rakyat dari serata pelusuk negara ini.

Setelah membuat beberapa penyelidikan, ternyata asemua gambar-gambar tersebut adalah gambar-gambar yang diubahsuai menggunakan perisian Photoshop.

Di bawah ini  adalah perbandingan antara gambar sebenar dengan gambar yang telah diubahsuai laman web pro pembangkang tersebut. Ternyata puak-puak ini semakin terdesak untuk mengangkat demonstrasi ganas itu mendapat sokongan rakyat.

Georgetown


Palsu
Asli
Johor Baharu


Palsu
Asli
Kota Bahru


Palsu

Asal
Kuantan


Palsu

Asal
Melaka

Palsu

Asli

May 2, 2012

5 Semua Salah R Thangam, Anwar Suci Lagi Menyucikan


Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?

Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.

Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

4 Terkini - Warga Syarikat Insuran ING Pula Buat Demo Aman






Bertempat di hadapan Menara ING, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, berpuluh-puluh pekerja-pekerja ING sedang mengadakan demonstrasi secara aman, meminta agar diberikan pampasan yang adil kepada pekerja-pekerja ING. Tidak dapat dipastikan sama ada demonstrasi dan tuntutan berkenaan ditujukan kepada Kerajaan atau pihak majikan iaitu ING sendiri.

Ini merupakan demonstrasi ketiga di Ibu Kota dalam beberapa hari. Selepas rusuhan, demonstrasi jalanan dan huru hara yang ditimbulkan oleh Bersih 3.0 Sabtu lalu, semalam, demonstrasi jalanan turut dilakukan oleh berpuluh-puluh pendemo daripada Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank SeMalaysia (NUBE) , hari ini giliran pekerja ING membuat demo. Kenderaan yang lalu lalang di jalan yang terkenal dengan "jam"nya turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Kelihatan beberapa polis traffik berada di situ untuk mengawal keadaan lalu lintas.

Published with Blogger-droid v2.0.4

May 1, 2012

3 BERSIH 3.0 - Rally of the Innocent Devils


BERSIH 3.0 riot is finally over, leaving the DBKL to clean up the mess, the policemen in hospitals, the traders in anger, the tourists in shock and the naïve Malaysians in disappointment for finally realized that BERSIH is actually dirty. It also made the rational Malaysians hating the Oppositions even more, gives the non-partisans a renewed confidence in BN while the Opposition supporters continue living in dreams.  

Their leaders however, are forced to stage a denial in order to hide the shame. For this, they had to lie to themselves and to their supporters but even their lies didn’t rhyme anymore. Malaysiakini, Harakah, Anwar, Ambiga all quoted different figures which varies in hundred thousands, when asked about the number of demonstrators.     

All that is left to do is blame the BN, the government, the police and everything else. So, this, is what Datuk Seri Anwar has to say about the mess that he had created:  “We shall not be intimidated by continuous lies spawned by the state and Umno-controlled media. This is the classic response of authoritarian regimes. Innocent masses, victims of oppression, now deemed as criminals. Just like in the time of Hitler, Stalin and the dictatorship in Myanmar previously, the ones who protest are criminals, the oppressors are clean from any allegations,”- the Malaysian Insider -

Maybe Anwar is just unaware or has forgotten history like he has forgotten everything else.  Well, this is what history has to say about Stalin: One of the most powerful and murderous dictators in history, Stalin was the supreme ruler of the Soviet Union for a quarter of a century. His regime of terror caused the death and suffering of tens of millions. And Hitler is recorded as one of the most evil people in history. He was responsible for starting World War II and for killing more than 11 million people during the Holocaust.

Comparing UMNO or Dato’ Seri Najib, the Prime Minister with Hitler and Stalin shows how close Anwar is to insanity. Dato’ Seri Najib has never killed a single person, he is not even a harsh leader, what more a dictator. He listens to the people, cares for us, serves us, and hands out aids and support through his many transformation programmes. 

When Anwar wanted to hold BERSIH 3.0, he offered the stadium in order to ensure peace and safety of everybody including, or especially, the demonstrators. When Anwar chose to ignore the law and took the rally to the streets, Dato’ Seri Najib made sure that the medical team, hundreds of them, in actual, were there just in case things went wrong.        

Therefore, the only way to explain why did Anwar see Dato’ Seri Najib as another Hitler or Stalin, is that he must have been hallucinating. It must be the unbearable shame for failing to get a ‘reasonable’ number in BERSIH 3.0 plus the pressure from the ‘serial exposure’ of his scandals that had triggered the lunacy. 

Hitler and Stalin are leaders of the ‘dark’ world.  Just like any leaders from the ‘dark’ world, like the mafias, mobsters, gangsters, yakuzas or whatever we call them, are known to have no problem in sacrificing or even murder their own people in cold blood when they see the necessity. In their world, they are not subjected to any law but their own. 

But leaders from the good sides of the world such as the army or the police, will never risk their mens’ lives without a good enough reason. And in whatever situation, they will never, ever leave a man behind.  The leaders from the good sides of the world will have to answer the law should their mens’ lives are put at risk in any way. Now where do BERSIH’s leaders fit in? The dark side or the good side?

BERSIH’s leaders – Anwar and Ambiga were given two stadiums to choose to hold the ‘Sit Down Protest’ where there was a guarantee of no chaos and no terror. But did these leaders accept the divine offer? No. Did the demonstrators sit down as they said they would? No. Did they walk in peace towards the forbidden Dataran Merdeka? No. 

In fact, Anwar and Ambiga had intentionally put their supporters at risk of getting hurt, injured or even die by rejecting the stadium, by not sitting down in peace and by ordering them to occupy the Dataran Merdeka. Why in the hell must they occupy the forbidden place if all they really wanted is a clean election? Do they seriously think that getting involved in a fight with the police or even killed or get killed, then they would finally get a truly squeaky clean election? 

The truth is, they election is clean enough and that’s just where Anwar’s problem lies. He doesn’t want to go through another election, we wanted to stage a coup but he couldn’t get enough people who are either evil, stupid or crazy enough to get themselves killed for him. And so the coup didn’t happen. For that, we can’t thank you more to Dato’ Seri Najib for what he had done to keep us safe from Anwar Ibrahim. And we can never thank you enough to the police force who had sacrificed themselves for us.  

In the end, who sounds more like Stalin or Hitler here? Who is willing to kill his own people in order to get what he wants? None other than Anwar ‘Hitler’ Ibrahim. - Beruang Biru.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates