April 7, 2012

7 BN Tenat! Ratusan Ribu Hadir Munajat PAS di Stadium Malawati, Malam Ini

Kalau mengikutkan gambar-gambar yang diambil oleh sahabat blogger, Be De Man, seperti di bawah, pasti Barisan Nasional dan UMNO khususnya akan gulung tikar di Selangor. "Ratusan ribu" membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam malam ini semperna Program Munajat PAS. Hujan lebat yang turun semenjak petang tadi tidak mematahkan semangat pengikut-pengikut LGBT Anwar Ibrahim untuk mengikuti ceramah daripada tokoh-tokoh besar seperti Khalid Samad, Azmin Ali, Tony Pua dan pastinya Anwar Ibrahim. Oh ya! Tony Pua juga turut dalam Munajat ini beb! PAS For All! Baca pengalaman sahabat blogger Be De Man, di sini.









0 Kenapa TS Khalid "Gagap" Ibrahim Berkuasa Penuh Dalam Pemberian Geran Selangorku?


Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim telah mengumumkan Geran Selangorku bernilai RM 300 juta di dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini. Tujuan geran ini ialah untuk menjayakan projek infrastruktur mengikut DUN. Terdapat 56 DUN di Selangor yang bakal memperolehi projek untuk geran RM300 juta.

Sewaktu mengumumkannya di dalam sidang DUN itu juga, Khalid Ibrahim menyatakan bahawa segala urusan akan dijalankan secara telus dan memastikan tiada ketirisan. Pada fahaman Rakyat biasa tentulah proses mengenalpasti projek infrastruktur dan juga pemberian kontrak akan dilakukan secara terbuka dan telus. Malahan kenyataan media Pejabat Menteri Besar juga menyatakan, "Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR)."

Namun, apa yang peliknya, berdasarkan carta aliran pemberian Geran Selangorku bernilai RM 300 juta seperti yang diluluskan seperti di atas, Menteri Besar Selangor berkuasa secara berseorangan untuk memutuskan siapa yang akan mendapat kontrak. Jika ia berdasarkan sebut harga terendah mengapa pula kelulusan bergantung kepada Menteri Besar? Bukankah Kerajaan Selangor sekarang mendakwa ia merupakan sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Justeru mengapa dalam menentukan siapa yang akan mendapat kontrak-kontrak bernilai RM 300 juta secara keseluruannya ini ditentukan oleh Menteri Besar secara bersendirian? 

Jika dilihat senarai Jawatankuasa Pengurusan Geran Selangorku ini juga dianggotai sebahagian besar oleh para pegawai Khalid Ibrahim di Pejabat Menteri Besar dan Menteri Besar Incorporated (MBI). Adalah sangat aneh dan luar biasa bagi satu peruntukan yang menyamai 20% bajet kewangan negeri dilakukan tanpa pembabitan para pegawai kanan kerajaan negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Bukankah ini satu bentuk penyelewengan yang terancang?

0 Azmin Kata Orang Buta Tuli Saja Tak Tahu Cerita Anuar Dan Shamsidar


Baik Azmin mahupun Shamsidar kedua-duanya cuba membuat pekak badak dengan cabaran-cabaran yang dilemparkan terhadap mereka dengan harapan kisah jelik keluarga mereka akan dilupakan begitu saja. Tidak sekali pun Azmin tampil menjelaskan mengenai saham-saham luarbiasa yang dimilikinya dan isterinya dan tidak sekali pun Shamsidar membela dirinya apabila dikaitkan dengan Anwar.
  
Malah Anwar sendiri tidak pernah menyentuh isu Shamsidar secara langsung. Tetapi, apabila diasak oleh media tanpa henti, Azmin akhirnya terpaksa bersuara juga walaupun suara yang keluar terdengar nyaring bercampur garau dan sengau semacam. Azmin menjawab lebih kurang begini, “orang buta, tuli saja yang tak tau cerita I ... Aauuww!”
   
Pihak yang mencabar, termasuk ahli-ahli Pakatan Haram sendiri tidak berpuas hati dengan jawapan Azmin dan mempertikaikan bilakah masanya Azmin menjelaskan kepada rakyat berkenaan semua tuduhan yang dilempar kepadanya dan isterinya.  Kerana seingat semua Azmin tidak pernah menjelaskan apa-apa selain menafikan sahaja. Mungkin mereka tidak faham maksud Azmin itu. Sebenarnya, maksud Azmin ialah, semua orang tahu kisah kronisme, nepotisme dan skandal keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Justeru, sesiapa yang tidak tahu, masih tertanya-tanya dan tidak habis-habis bertanya adalah orang yang benar-benar pekak, buta dan tuli.
  
Dan penulis amat bersetuju dengan Azmin. Hanya orang yang pekak, buta tuli dan benak sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran. Azmin dan Shamsidar tidak pernah bangkit menjelaskan apa-apa kepada orang ramai berkenaan setiap tuduhan ke atas mereka. Sedangkan pihak yang menuduh telah pun mengemukakan bukti dokumen-dokumen yang menunjukkan pemilikan saham Shamsidar yang luar biasa banyaknya. Malah, Azmin dan Shamsidar juga tidak pernah secara lantang dan besertakan bukti menafikan tuduhan bahawa anak mereka Afifa adalah sebenarnya anak Anwar dengan Shamsidar.
  
Kedua-dua mereka juga tidak membalas cabaran Nallakarupan sama ada melalui lisan mahupun saman walaupun maruah mereka telah lunyai dibelasah oleh Nalla. Berdasarkan semua ini, inilah diulangi bahawa hanya orang yang pekak, buta, tuli dan benak sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran. Kebenarannya ialah Azmin adalah seorang dayus lagi pondan yang sanggup berkongsi isteri dengan boss biseksualnya, Anwar Ibrahim. Tidak mustahil, kebenarannya  adalah Azmin juga seorang biseksual berdasarkan hubungan akrab yang pelik antara dirinya dengan Anwar Ibrahim.
  
Umum tahu bahawa Anwar jauh lebih mempercayai Azmin dari isterinya sendiri, Wan Azizah dan ini boleh dilihat dalam keputusan-keputusan yang dibuat oleh P"Gay"R berkenaan pentadbiran dan pengurusan parti. Anwar juga jauh lebih menyayangi Azmin dari Wan Azizah berdasarkan kisah-kisah dalaman yang diceritakan oleh bekas-bekas rakan dan pemimpin P"Gay"R sendiri. Kini, Azmin sudah menjawab segala pertanyaan dan memberi respon kepada semua cabaran.  Sudah sampai masanya ahli-ahli P"Gay"R, terutamanya P"Gay"R Ampang menerima jawapan Azmin seadanya. Kita pasti, tidak mungkin semua ahli-ahli P"Gay"R buta tuli belaka.

1 Satira Hujung Minggu - Anwar Ibrahim & Mahfuz "Mr Bean"



Petang Selasa, keadaan dalam bilik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sibuk sekali. Semuanya gara-gara masa Anwar untuk mengagihkan tugas membuat sidang media berhubung  2 kisah  dongeng rekaan Pakatan Rakyat, sudah sampai. Wartawan khabarnya dah tak sabar menungggu, jurugambar juga begitu.

Antara yang mencuri perhatian Anwar ialah, kepada siapa kisah dongeng bertajuk “Task Force Pengundi Warga Asing Didedah”, nak diserahkan, untuk dimaklum kepada wartawan di luar. Kisah dongeng NFC, Anwar tidak pening kerana  budak jambu kesayangannya, Rafizi bila-bila boleh diharap untuk mengadakan sidang media tersebut, walaupun ada cadangan Tony Pua ambil alih untuk mengelakkan ‘contempt of court’. Tapi Anwar kata ‘contempt of court’ untuk BN sahaja, untuk Pakatan Rakyat, bila-bila masa boleh tuduh hakim dan sistem tidak adil. Yang beri cadangan langsung terdiam, “Betul jugak”, fikirnya.

Anwar tanya kepada pembantunya (semua lelaki), “Siapa nak diserahkan kisah dongeng ‘Task Force’ ini?”.  Semua kata cerita dongeng ini sesuai untuk diserahkan kepada Mahfuz. Anwar tanya semula, “Boleh ke Mahfuz sebut perkataan ‘Task Force’ ni sebab dalam bahasa Inggeris. Takut-takut insiden Mahfuz tersasul cakap ‘lunch’ dengan ‘launch’ dalam twitter nya tempoh hari berulang? Jadi bahan gelak kita nanti”, kata Anwar. “Takpelah, panggil Mahfuz masuk”, sambung Anwar.

Mahfuz terkejut apabila dipanggil masuk kerana jadualnya petang itu sepatutnya kosong, kenapa pula Anwar panggilnya? “Mungkin nak angkat beg kot”, fikir Mahfuz berkerut. “Saya Datuk Seri”, kata Mahfuz terketar-ketar. “Ini, aku ada cerita dongeng pasal ‘Task Force’ untuk bagi kad pengenalan pada pendatang asing supaya mengundi BN ni, kau handle lah ya”, kata Anwar, serius. “Task Force? Apa tu Datuk Seri?”  “Handle” tu bala apa pulak lagi?”, kata Mahfuz tercengang-cengang.

“Ya Israel, apa punya bebal Ahli Parlimen macam ni nih?” kata Anwar dalam hati. “Takkan itu pun tak tahu?”, laung Anwar dalam nada marah. “Baby Boy (Rafizi), tolong ajar Mahfuz ni ‘Task Force’ dan ‘handle’ tu apa benda”, laung Anwar, manja. Dalam  penuh kelembutan, Rafizi datang juga walaupun terpaksa. Nak minta Anwar tepuk punggung, segan, orang ramai. Setelah hampir setengah jam, akhirnya Mahfuz berjaya juga menyebut perkataan ‘Task Force’ dengan betul. “Dahlah bodoh, lidah liat pulak tu”, kata Rafizi dalam diam.

“Bukti Datuk Seri?” tanya Mahfuz kepada Anwar. “Bukti apa?”, kata Anwar marah. “Ni nak tuduh dan sebut nama-nama semua orang ni, takkan takde bukti, dokumen ke, apa ke?” sambung Mahfuz lagi. “Sejak bila kau pandai tuduh bagi bukti?” tempelak Anwar. “Kalau ada bukti, taklah kisah dongeng namanya”, sambung Anwar lagi. “Tapi Datuk Seri, nanti orang-orang ni saman saya, siapa nak bayar?  Saya mana ada duit, anak saya baru keluar pusat serenti, satu hari 3 paket heroin tak kurang Datuk Seri” Mahfuz merayu.

“Soal tu kau jangan bimbang, kau bukan bijak mana pun, orang yang sama bodoh macam kau saja yang nak saman kau”, bentak Anwar. “Aku nak kau reka-reka sikit cerita tu, paling penting jangan sebut pasal mahkamah, sebut Suruhanjaya Diraja, faham?”, tambah Anwar. “Eh, kenapa pulak Datuk Seri, tuduhan serius ni?”, kata Mahfuz penuh bimbang. 

“Kau ni bila nak bijak Fuz?  Kalau kau sebut  mahkamah, siapa yang kau nak panggilkan jadi saksi pasal kes ni?  Kalau suruhanjaya diraja tu, kita boleh goreng lebih sikit macam kes TBH tu” kata Anwar panjang lebar. “Oooohh, ya, ya Datuk Seri, saya lupa tu, saya silap, saya bodoh, maaf Datuk Seri”, kata Mahfuz, menekup punggungnya, takut ‘dihukum’ Anwar. Sedar pun bodoh, dah pergi buat kerja” bentak Anwar.

April 6, 2012

3 Buta & Tuli - Hinanya Ahli P"Gay"R Di Mata Azmin Ali

Ahli P"Gay"R Juga Turut Mahu Tahu Siapa Bapa Biologi Afifa

Marah betul Timbalan Presiden P"Gay"R, Mohamed Azmin Ali apabila wartawan memintanya menjawab persoalan berkaitan pemilikan saham seperti yang ditimbulkan oleh ahli dan pemimpin P"Gay"R Cabang Ampang baru-baru ini. Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan tuli sahaja yang percayakan dakwaan sedemikian. Kasar dan biadap sungguh tutur kata seorang Timbalan Presiden apabila berdepan dengan isu yang menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihaknya.

Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli P"Gay"R di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali. Mereka cuma ingin penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yang dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan. Dalam keadaan yang baru sekadar memegang jawatan kedua tertinggi parti tapi pembawaan sikap Azmin Ali sudah cepat melenting, biadap dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan P"Gay"R memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya. 

Azmin Ali agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi. Bukankah di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yang dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden. Malang bagi ahli dan penyokong P"Gay"R kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yang tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan yang meyakinkan. Eloklah ahli dan penyokong P"Gay"R di Cabang Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam P"Gay"R. Tak payah buang masa berjuang dalam parti yang hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.

0 Anwar & Adi Sasono - Pembaziran Wang Rakyat Negeri Selangor




Kerajaan Pakatan Haram Selangor terpaksa menerima seorang kawan baik Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim sebagai tetamu kerajaan negeri.  Adi Sasono yang merupakan kawan baik Anwar Ibrahim terpaksa dilayan sebagai tetamu kerajaan negeri atas arahan Penasihat Ekonomi Negeri. Beliau akan berada selama tiga hari di Malaysia. Semua kos kunjungan beliau terpaksa di tanggung oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).  Ini adalah satu bentuk pembaziran dan mencuri wang rakyat negeri Selangor.

Ini memandangkan Adi Sasono bukanlah tokoh VIP yang sepatutnya menerima layanan sedemikian oleh kerajaan negeri. Beliau hanya pernah menjadi Menteri Koperasi Indonesia selama satu tahun sewaktu Habibie menjadi Presiden lebih 10 tahun yang lalu. Hanya kerana beliau kawan baik Anwar Ibrahim yang juga berfahaman Islam Liberal, maka beliau telah diberi layanan VVIP.

7 Gambar Ahli PAS Dan P"Gay"R Memekik Di Ceramah Hassan Ali Didedahkan



Pakatan Haram telah menghantar dua orang untuk menganggu ceramah Dato Dr Hassan Ali di Desa Mentari, Kelana Jaya, semalam. Gambar pertama merupakan seorang ahli PAS yang terjerit-jerit bila Hasan Ali hendak memulakan ceramah beliau. Ingatkan berani bebenar. Selepas menjerit-jerit seperti kehilangan akal, cepat-cepat lari balik dengan menaiki kereta yang dipandu oleh isterinya. Tidak cukup dengan itu, di penghujung ceramah, muncul pula wira LGBT Anwar Ibrahim yang turut memekik-mekik. Taksub sungguh mika-mika ini dengan Pakatan Haram ye.

April 5, 2012

2 Panas!! AJK P"Gay"R Ampang Desak Azmin Ali Berundur



Walaupun situasi ini agak jarang berlaku – ahli P"Gay"R sendiri mendesak pemimpin tertinggi berundur, kita janganlah dilalaikan kononnya demokrasi yang sebenar sudah wujud dalam P"Gay"R.  Kenyataan media semalam oleh beberapa ahli jawatankuasa P"Gay"R Ampang yang diketuai Ketua Penerangannya,  Mohd Isa Mohd Saidi sebenarnya adalah permulaan kepada perebutan kerusi mana yang patut ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam kes Mohd Isa, beliau sedang mengintai kerusi Bukit Antarabangsa yang kini diduduki Azmin Ali. Justeru tidak hairan kenapa Mohd Isa berani mengambil kesempatan dari pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pemilikan saham sehingga hubungan seks antara isteri Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu untuk mendesak Azmin menjelaskan situasi sebenar atau meletakkan jawatan! Mohd Isa tahu, inilah masa yang sesuai untuk pencalonan bagi kerusi Bukit Antarabangsa yang diidamkannya itu jatuh ke tangannya kerana maklumat menunjukkan dia telah mempromosikan dirinya sebagai bakal wakil rakyat di kawasan tersebut sejak beberapa tahun sudah.

Dengan P"Gay"R akan mengamalkan konsep satu calon untuk satu kerusi, Mohd Isa rasa dia berhak dan layak untuk bertanding disitu, tapi apabila Azmin Ali dilantik mengetuai P"Gay"R Selangor (permulaan kepada meletakkan Azmin Ali sebagai MB Selangor), kedudukkan Mohd Isa sudah mula tergugat.  Maka itu seperti yang diterangkan di atas, Mohd Isa mengambil kesempatan dari kekecohan yang berlaku sekarang untuk kepentingan dirinya dan segelintir ahli jawatankuasa Cabang Ampang yang telah diperalatkannya.

Kita semua perlu difahamkan, pertandingan kali ini berbeza dengan 2008.  Pada 2008, hanya segelintir sahaja yang menjangkakan BN akan kalah teruk,  hilang beberapa negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.  Tidak terkecuali pembangkang.  Sebab itu ntah siapa-siapa diangkat menjadi calon tapi akhirnya menang! Pendek kata, dulu tak siapa hairan nak jadi calon pembangkang tapi sekarang berbunuhan pun sanggup, kalau diperlukanlah.

Jadi tidaklah mustahil untuk situasi yang tidak menyebelahi Azmin Ali kali ini, digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam P"Gay"R sendiri untuk menjatuhkannya.  Penulis tidak hairan kalau apa yang dilakukan Cabang Ampang ini adalah satu kepada permulaan yang lebih besar.  Malah telah juga disebutkan semalam, beberapa cabang lain dalam negeri Selangor juga akan mendesak Azmin Ali berbuat perkara yang sama. Azmin Ali terlupa, dia tidak boleh selamanya menjadi ‘untouchable’ dalam P"Gay"R.  Dulu mungkinlah kerana kurang sangat orang yang nampak potensi P"Gay"R ini pada satu ketika akan berjaya juga membentuk kerajaan.  Tapi tsunami 2008 mengubah keadaan itu.  

Semut mana yang tidak tertarik kepada gula ya tak. Penulis tahu, Azmin Ali tidak mungkin tampil menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada dia dan isterinya Shamsidar.  Ambil yang mudah cukup, saham.  Tak sampai 1 hari dia mencabar supaya bukti pemilikan sahamnya didedahkan, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tampil dengan bukti tersebut. Silap-silap, kalau dia mengulangi cabaran supaya Nalla atau Ummi mengemukakan bukti yang isterinya pernah melakukan zina dengan Anwar (dalam pengetahuannya), berkeping-keping gambar dan video akan ditunjukkan kedua Nalla dan Ummi untuk menyahut cabaran Azmin.

Kalau itu berlaku, apa pilihan yang Azmin Ali ada?  Sudah tentu tidak ada pilihan lain, melainkan mengundurkan diri atau memujuk Anwar Ibrahim tampil dengan kenyataan yang sebenarnya tidak menjawab persoalan yang dikemukakan. Dalam isu pemilikan saham ini pun, sehingga sekarang Azmin tidak berbunyi apa-apa, ini pulak lagi nak cakap soal zina isterinya dengan Anwar? Jadi Mohd Isa sebenarnya mengambil tindakan yang betul dalam mendesak Azmin kerana Mohd Isa pun tahu Azmin tidak akan berbunyi apa-apa mengenai dakwaan zina Anwar dengan isterinya.  

Soal saham itu mungkin, sebab dokumen boleh dinafikan ketulenan dan apa lain yang berkaitan sehingga memakan masa bertahun-tahun. Lagipun apa masalah dapat saham? Berbeza pula dengan tuduhan yang satu lagi.  Itu boleh menjadi persepsi yang besar yang bukan sahaja menjatuhkan imej dirinya, tapi keluarganya dan Anwar juga sebab bukti kepada perlakuan tersebut sudah menjelma menjadi seorang gadis dewasa kini. Nak lari kemana?

4 Isu Anuar Musa-FAM : Sultan Dan Kerabat Di Raja Seharusnya Tidak Terlibat Dalam Persatuan Sukan


Berikutan kemelut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan Timbalan Presiden, Tan Sri Anuar Musa, CTS merasakan sudah tiba masanya idea yang terpendam sekian lama iaitu persatuan-persatuan sukan di Malaysia seharusnya tidak dikendalikan oleh Sultan-Sultan atau kerabat di Raja sesebuah negeri, diberikan perhatian yang amat serius. Kenyataan atau tindakan ini bukanlah bermaksud Tuanku-Tuanku tidak cekap atau tidak berpengetahuan atau tidak cinta kepada dunia sukan, tetapi atas dasar untuk menjaga taraf, kedudukan dan institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia.

CTS dapat membayangkan bagaimana susahnya sesuatu keputusan hendak dibuat di dalam persatuan-persatuan sukan di mana Presiden/Pengerusinya terdiri daripada Sultan-Sultan dan kerabat di Raja. Ini memandangkan kedudukan dan taraf Sultan-Sultan yang tidak membolehkan mereka dikritik atas sifat dan darjat mereka sebagai Ketua dan Payung sesebuah Negeri. Walaupun sesuatu kritikan adalah bertujuan baik dan membina, namun sekiranya ianya ditujukan ke atas sesebuah persatuan sukan di mana  Presiden/Pengerusi persatuan berkenaan diterajui oleh Sultan dan kerabat di Raja, ianya nampak seperti penderhakaan.

Oleh itu, yang selalunya menjadi mangsa adalah orang-orang yang "vokal" atau berani bercakap seperti Anuar Musa dan beberapa individu-individu lain sebelum ini. Kesan daripada ktitikan pedas beliau ke atas badan induk bolasepak negara itu telah menyebabkan Timbalan Presiden FAM ini dikenakan tindakan pergantunggan selama 30 bulan. CTS amat kecewa dengan keputusan ini. Malaysia memerlukan ramai tokoh-tokoh sukan yang berani bercakap dan mempunyai idea untuk memajukan sukan di negara ini. Kenapakah Sultan menghukum bunuh si bijak pandai Hang Nadim yang berani mengemukakan idea meletakkan batang pisang untuk memerangkap ikan todak?

Sukan di Malaysia terutama bolasepak dan hoki berada di dalam di dalam kelompok dan tahap yang amat memalukan sedangkan Malaysia suatu waktu dahulu pernah menjadi jaguhan dunia di dalam sukan berkenaan. Untuk mengelakkan perkara ini dari berulang lagi, patik pacal yang hina ingin mengusulkan Presiden/Pengerusi mana-mana Persatuan Sukan di Malaysia diambil dari kalangan rakyat awam, yang tidak kebal dari kritikan dan bebas dibuang pada bila-bila masa.

2 Kempen 21 Hari Punca Rusuhan Kaum - BERSIH Tidak Belajar Dari Sejarah


Walaupun 7 daripada 8 tuntutan BERSIH 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan BERSIH 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. Sedangkan, kerajaan  telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan BERSIH khasnya, ataupun mana-mana pihak.  

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya.  Namun, seperti  juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.  Dan BERSIH telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.  

Begitu juga dengan undi pos di mana BERSIH telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos.  Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali. 

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut BERSIH walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini.   Motif BERSIH ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua.  Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, BERSIH masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi BERSIH 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini. 

Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila BERSIH bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari.  Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih?  Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi? Tidakkah BERSIH tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?   

Apakah BERSIH tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah? Maka tepatlah tekaan kita bahawa BERSIH hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata. Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh BERSIH, Reformasi, 901, Himpunan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan.   Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.  

Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar. Dan inilah sebenarnya matlamat BERSIH. Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi  bersama BERSIH kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.  

Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, BERSIH telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih. Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat.  Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.  

Rasuah politik yang konon ditentang BERSIH juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan. Bagaimana BERSIH akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali?   BERSIH seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut.  Atau mungkin juga BERSIH boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru, tidak usahlah BERSIH berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor.   Dengan pengakuan Pengerusi BERSIH sebelum ini iaitu BERSIH menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.      Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu BERSIH adalah pengkhianat negara. Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia. - Beruang Biru.

0 Mahfuz "Mr Bean" Omar Returns - Konspirasi Timbalan Pengerusi SPR


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terutama Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sepatutnya mengambil tindakan saman ke atas Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Mahfuz "The Bean" Omar, yang menuduh beliau terlibat dalam 'pasukan petugas' yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Ini adalah satu dakwaan yang berat dan "cerita karut" rekaan Mahfuz "The Bean" Omar bertujuan untuk "merosakkan integriti SPR". Pakatan Haram semakin terdesak untuk memenangi PRU13 dengan cara terkotor dengan membangkitkan kemarahan Rakyat dengan cerita merapu mereka. Adalah wajar Mahfuz "The Bean" Omar diheret ke mahkamah untuk membuktikan tuduhannya itu.

April 4, 2012

5 90% Kolej Swasta Akan Tutup Tanpa PTPTN


Saranan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN mendapat reaksi pelbagai di kalangan masyarakat.   Ada yang marah, terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah Anwar sudah gila akhirnya? PTPTN adalah skim yang ternyata baik untuk rakyat dan kerana adanya PTPTNlah maka kita melihat begitu ramai anak Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi tidak kira awam mahupun swasta.  

Menurut Anwar Ibrahim, beliau sedia maklum akan implikasi dari menghapuskan PTPTN tetapi pembangkang memegang kepada prinsip pembelajaran percuma kepada semua rakyat Malaysia.   Namun, Anwar juga mengakui yang pihaknya belum lagi memikirkan secara terperinci mengenai perlaksanaan cadangan tersebut. Anwar juga menegaskan bahawa beliau memahami angka-angka yang terlibat.  

Kita merasa amat sangsi akan kemampuan Anwar Ibrahim memahami angka, bukan hanya kerana beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Pengajian Melayu dengan kelulusan atas pagar (Ijazah Am Kelas 3) tetapi kerana seorang yang mampu memahami angka tidak mungkin akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal seperti menghapuskan PTPTN. Sedarkah Anwar Ibrahim bahawa bukan sahaja pelajar, tetapi Insititusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia, terutamanya swasta juga bergantung kepada PTPTN.  

Sebanyak lebih kurang RM40-RM50 billion diperlukan untuk menampung kos Pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia yang mana termasuk bayaran pensyarah, penyelenggaraan dan operasi keseluruhan.  Kabinet baru-baru ini telah meluluskan dana tambahan sejumlah RM6 billion untuk PTPTN 2012/2013.  

Dengan kos yang begitu tinggi, kolej atau Universiti swasta akan terjejas teruk jika PTPTN dihapuskan kerana pelajar-pelajar mereka yang majoritinya terdiri dari bukan Melayu, amat bergantung kepada dana ini untuk melanjutkan pelajaran.  Kaum Melayu mungkin masih mempunyai alternatif lain seperti MARA ataupun pinjaman JPA tetapi ia pastinya terhad dan tidak mampu menampung kesemua pelajar yang layak mendapat bantuan.  

Oleh itu, PTPTN adalah satu-satunya opsyen terbaik bagi pelajar-pelajar ini mendapatkan bantuan kewangan. Terdapat 21 IPTA dan 49 IPTS (termasuk dengan kolej universiti dan cawangan universiti luar negara) di Malaysia.  Kesemua mereka dianggarkan menerima 200,000 lebih pelajar setiap tahun. Tanpa PTPTN, dianggarkan 90% dari IPTS akan tutup kerana kolej-kolej ini amat bergantung kepada yuran yang dibayar oleh pelajar-pelajar bagi membolehkan mereka terus beroperasi.  Jika kemasukan pelajar merosot akibat tiada kemampuan, pastinya IPTS juga akan akhirnya terpaksa gulung tikar.  

Seterusnya, ia akan membawa kepada masalah pengangguran dan akhirnya masalah sosial di dalam masyarakat kerana ramai lulusan SPM dan STPM tidak mampu melanjutkan pelajaran dan sukar mendapat pekerjaan. Begitu juga dengan para pensyarah dan pekerja-pekerja di IPTS yang telah ditutup.  Bagaimanakah dengan nasib mereka? Nampaknya Anwar Ibrahim tidak berfikir panjang apabila menyarankan agar PTPTN dihapuskan. Tidak mungkin kerajaan mampu memberi pendidikan 100% percuma kepada ke semua 200,000 pelajar di semua 70 IPTA dan IPTS di seluruh negara dan menanggung kos operasi secara keseluruhannya.

Bukankah dengan memberi pinjaman PTPTN maka pelajar-pelajar juga secara tidak langsung dapat belajar memikul tanggungjawab dan mengatur perbelanjaan sendiri sebagai persediaan menjadi seorang dewasa yang berguna? Mungkin Anwar Ibrahim terlepas pandang semua ini kerana terlalu sibuk memikirkan bagaimana beliau boleh termakan umpan Nallakarupan baru-baru ini.  

1 Kecoh Soal Laporan Minoriti - Pembangkang Menafikan Demokrasi


Pembangkang sentiasa menangani isu dengan cara bikin kecoh, kelam-kabut dan huru-hara.   Menghentak meja, membaling kerusi, menjerit-jerit, memaki hamun, malah membaling Molotov cocktail semuanya merupakan ‘trademark’ khas operasi pembangkang. Pendek kata, sikap mereka langsung tidak menunjukkan sikap manusia waras, bijak, matang, professional, rasional mahupun bertamadun.  

Semalam, dalam sidang Dewan Rakyat sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak bersetuju dengan 4 dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihanraya.  Selain itu, mereka juga mempersoalkan penolakan terhadap cadangan agar Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir pada 29 Mac 2012.   

Sedangkan, penolakan tersebut adalah berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi bersetuju. Nampaknya pembangkang mempunyai masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan keputusan melalui pilihan majoriti.  Hanya kerana keputusan majoriti tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan membuat kecoh atau pun huru-hara.  

Sikap pembangkang ini menjadikan rakyat semakin ‘cuak’ dengan mereka.  Walaupun pembangkang cuba mencari ‘kredit’ dengan membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan mereka bukannya memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  

Rakyat mungkin mengangkat pembangkang sebagai juara jika sekali sekala bangun membuat kecoh atas isu-isu yang kononnya membela rakyat.  Tetapi jika terlalu sering membuat kecoh, walaupun isu tersebut telah diselesaikan melalui undian secara demokrasi maka rakyat mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap  pembangkang. Rakyat mula tertanya-tanya, apakah ini sikap pejuang demokrasi tulen?  Juara hak asasi dan hak bersuara?  Bagaimana pejuang demokrasi tidak boleh menerima keputusan majoriti?

Sebenarnya, pembangkang hanya ingin mencari publisiti kerana telah benar-benar ketandusan isu yang signifikan untuk mempromosi diri.  Lebih dari itu, pembangkang juga, terutamanya Azmin Ali yang begitu lantang di Dewan Rakyat semalam sebenarnya hanya ingin mengalih pandangan rakyat dari isu kedayusannya dan persundalan isterinya, Shamsidar Taharin yang kembali hangat akhir-akhir ini.  

Tetapi, apa yang lebih besar dari ini semua ialah pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan awal sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang.  Kerana itu, mereka perlu membuat kecoh seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus.  Untuk tujuan ini juga, segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan digerakkan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem pilihanraya.  Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara besar-besaran, ia mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui proses demokrasi dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.  

Oleh itu, sama ada kesemua 22 syor tersebut diterima atau tidak, yang mana ia telah pun diterima kemudiannya, atau laporan minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir atau tidak, bukanlah jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada bila-bila masa mereka suka. Ini kerana hayat parti mereka bergantung kepada kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu ketenangan, dan seterusnya keamanan negara.  Apapun, kita wajar bersyukur kerana sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat Malaysia membuat pilihan dalam pilihanraya yang akan datang. - Beruang Biru. 

1 Gerai Ibu Tunggal Diroboh, Tanah Rizab Melayu Dilelong Pakatan Haram Selangor


Zalim! Kerajaan Pakatan Haram Selangor melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan 29 buah gerai milik ibu tunggal di Kompleks Muhibbah, Seksyen 24, Shah Alam. CTS tahu benar kawasan berkenaan kerana ianya terletak bersebelahan dengan kediaman CTS di Seksyen 23, iaitu di sebuah tanah lapang di "Uptown" Shah Alam ini. Perkara ini tidak sewajarnya dilakukan oleh pihak MBSA memandangkan  Sultan Sharifuddin Idris Shah sudah menganugerahkan kawasan lapang berkenaan kepada golongan anak yatim, ibu tunggal dan warga tua untuk menjalankan kegiatan perniagaan dan sara hidup. Inilah nasib bangsa Melayu di Shah Alam, ditindas oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

Itu cerita di Shah Alam. Berlainan pula dengan cerita di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya, salah sebuah penempatan yang majoritinya masyarakat Melayu. CTS difahamkan bahawa EXCO Kerajaan Pakatan Haram Selangor, Elizaberth Wong telahpun menerima wang sebanyak RM2 juta bagi mengurus/memproses penukaran status tanah daripada tanah rezab Melayu kepada status tanah bagi projek kondo mewah. Beliau bertanggungjawab penuh dalam proses penukaran status tanah berkenaan. Semua kawasan di Kampung Kayu Ara, asalnya merupakan kawasan tanah rezab Melayu kini hampil "dilelong" oleh Kerajaan Pakatan Haram Selangor melalui Pejabat Tanah Negeri (di bawah kuasa Kerajaan Negeri).

Rakyat Selangor Bencikan Kezaliman Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

1 Kerajaan Selangor Kerajaan Drakula




Sejak Kerajaan Pakatan Haram memerintah selama 4 tahun daripada 2008, tidak ada satu kemudahan yang dibina untuk kemudahan belia di Selangor. Apa yang ada hanyalah menumpang ehsan daripada apa yang dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Sudahlah tidak ada kemudahan baru yang disediakan seperti pembinaan pusat sukan seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PRU12 yang dahulu, malah apa yang menyedihkan, banyak kemudahan yang sedia ada tidak diberi penyelenggaraan yang sempurna.  

Walaupun Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak membina mana-mana pusat sukan mini dan rekreasi, mereka seharusnya bertindak lebih matang, dengan membaikpulih mana-mana gelanggang futsal, atau pusat sukan yang memerlukan penyelenggaraan atau baik pulih.  Ini adalah demi kepentingan bersama, untuk anak muda Selangor.

Lebih zalim lagi, kerajaan Pakatan Haram Selangor menambah kelukaan warga belia dan anak muda Selangor apabila bertindak merampas hak rakyat terhadap padang PKNS, yang selama ini menjadi mercu tanda kebanggaan anak Selangor kerana padang tersebut telah melahirkan nama-nama lagenda bolasepak negara.  Terbaru, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, bangunan milik NGO yang tidak berteraskan sebarang keuntungan pula menjadi mangsa. 

Kadar Sewa dinaikkan sewenang-wenangnya sedangkan Kompleks ini adalah hasil pembinaan oleh kerajaan Barisan Nasional demi memenuhi aspirasi belia yang mahukan satu pusat pentadbiran yang tersusun, dalam proses merangka aktiviti atau program untuk anak muda Selangor. Tindakan menaikkan sewa di Kompleks Kebudayaan Negeri Selangor yang menempatkan Pejabat Majlis Belia Selangor daripada RM1,977 sebulan kepada RM5,280 sebulan diibaratkan seperti Drakula yang menghisap mangsanya sehingga mati.

DS Noh Omar menerangkan serba sedikit berkenaan isu berkenaan:

video

1 Hambuih! Anwar Ibrahim Akan Sula Perasuah Bila Berkuasa

Lihat gambar Anwar Ibrahim di bawah:


 Lihat pula gambar Anwar Ibrahim yang seterusnya:


Tonton video ceramah Anwar Ibrahim seperti di bawah:

video

Hebat betul Pak Syeikh kita ni. Apa saja perbuatan dan percakapannya memang tidak lari dari menggunakan belakang tubuh. Susah nak menggelakkan 'main belakang' kalau sudah sebati dengan diri. Terbaru kenyataan Anwar Ibrahim, jika PR memerintah pemimpin rasuah akan disula. Beliau mungkin terlupa bahawa beliau sendiri telah dipenjarakan disebabkan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa. Lagipun, zaman moden sekarang mana ada lagi hukuman sula. Jadi apakah maksud sula itu? Atau sula dengan apa? Sula dengan 'anu' bengkok?

April 3, 2012

0 49 Hari Lagi Himpunan Jutaan Belia 2012


Seramai dua juta belia dijangka memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya. Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10 karnival terbesar di dunia. Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian, kreatif, teknologi, hiburan dan sukan.

“Sehingga hari ini kita mendapat penyertaan lebih 20,000 belia yang akan menyertai pertandingan futsal pada karnival ini,” katanya kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini. Ahmad Shabery berkata, lebih 500 gerai telah ditempah oleh pelbagai pihak namun sehingga hari ini pihaknya masih menerima permohonan daripada orang ramai yang ingin menempah gerai-gerai tersebut. - Utusan Online.

4 Rasis!!! 16 April Guru Bukan Cina Akan Dihalau Dari Sekolah Cina

Dong Zong, Jawatankuasa Sekolah-sekolah Cina atau lebih tepat, Jawatankuasa Pelampau Rasis Cina, seperti yang dijangka, tidak akan berganjak walaupun seinci dari tuntutan mereka walaupun sedar bahawa ianya adalah merepek, mustahil serta bersifat ekstrem. Malah, mereka kini menetapkan tarikh iaitu 16 April 2012 di mana semua guru-guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin, atau lebih tepat, guru bukan Cina, dikeluarkan dari Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Sekali gus, ia juga bermakna, bermula tarikh tersebut, murid-murid beragama Islam di Sekolah Cina tidak lagi boleh belajar Agama kerana hampir tiada guru agama yang fasih berbahasa Mandarin. Nasib yang sama juga akan menimpa murid-murid Kristian di Sabah-Sarawak dari kaum Iban, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain apabila tiada guru-guru Kristian yang fasih berbahasa Mandarin.

Tidak lain tidak bukan, Dong Zong sebenarnya ingin melakukan ‘pembersihan etnik’ di sekolah-sekolah mereka kerana jika ini berlaku, maka murid-murid dari kaum lain pastinya tidak dapat meneruskan persekolahan di sekolah Cina. Selain matapelajaran agama, tindakan mengeluarkan guru-guru tersebut juga dijangka akan menyebabkan Sekolah-sekolah Cina berhadapan dengan kekurangan guru bagi subjek Bahasa Melayu (Kebangsaan) dan mungkin juga Matematik, Sains dan lain-lain akibat dari kekurangan guru yang fasih berbahasa Mandarin.

Walaupun menyedari akan kesan dari keputusan ini, Dong Zong tetap berdegil dan tidak menghiraukan akibat yang bakal menimpa murid-murid sekolah mereka. Kemungkinan besar mereka sudah pun mempunyai perancangan tersendiri untuk mengatasi masalah tersebut iaitu dengan mendesak kerajaan mengimport lebih ramai guru dari Tanah Besar China untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah mereka, hatta memperkukuhkan lagi identiti bangsa dan ikatan kesetiaan terhadap negara nenek moyang mereka.

Tentu sekali, dalam masa yang sama, patriotisme dan identiti Malaysia di kalangan murid-murid sekolah Cina akan pudar dan terhapus terus dengan lebih pantas. Mungkin ramai yang masih enggan mempercayai bahawa Dong Zong sememangnya mempunyai agenda tersirat yang melampaui agenda pembelajaran Bahasa Cina semata-mata. Namun, apa yang diperlihatkan oleh Dong Zong hari ini sudah terlalu nyata iaitu mereka menentang keras pembentukan Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Sudah sampai masanya kita belajar membaca apa yang tersirat selain yang tersurat mengenai Dong Zong dan kaum Cina secara keseluruhan. Sedangkan Lee Kwan Yew sendiri mengakui bahawa kaum Cina tidak boleh dikawal dengan cara diplomasi serta mengharapkan mereka mengikut peraturan serta bertolak ansur. Kaum Cina tidak akan senang selagi mereka tidak memonopoli dan menguasai orang lain tidak kira dalam apa jua bidang terutama yang melibatkan wang.

Satu-satunya cara untuk ‘mengajar’ kaum Cina adalah dengan cara yang keras seperti yang dilakukan di Singapura. Jika tidak selama-lamanya mereka akan bersikap samseng yang suka menindas dan pentingkan diri. Buktinya, bukankah hanya di Negara China kita boleh melihat bagaimana mangsa kemalangan termasuk anak kecil dan orang tua, tidak dibantu? Bukankah ini bukti bahawa mereka adalah jenis yang tidak berhati-perut?

Bukan sesuatu yang ganjil bila dikatakan bahawa kebanyakan kaum Cina tidak percaya kepada Tuhan, tetapi hanya percaya kepada wang. Oleh itu, mereka tidak takut kepada dosa sekiranya menindas atau menipu orang lain. Penulis memperkatakan tentang sikap kaum Cina ini kerana ingin mengingatkan kita semua tentang bahayanya Dong Zong. Apa yang dituntut dan diperjuangkan oleh Dong Zong itu bukan bersifat sementara atau kecil. Tetapi, ia merupakan satu pelan jangka panjang yang mampu menghancurkan keunikan toleransi masyarakat Malaysia serta identiti Malaysia secara total. Malah budi-bahasa yang menjadi tunjang kebanggaan masyarakat kita juga berisiko untuk musnah sama sekali dan diganti dengan budaya samseng dan kurang ajar.

Kesimpulannya, Dong Zong adalah satu pertubuhan yang tidak sihat lagi merbahaya. Pakatan Rakyat sendiri sudah semakin ‘cuak’ dengan Dong Zong kerana enggan terpalit dengan sikap angkuh, rasis dan ekstemis mereka. Maka, adalah bijak jika MCA juga mengambil sikap demikian iaitu menjauhkan diri dari Dong Zong. Kita percaya, bukan semua kaum Cina bersetuju dengan agenda Dong Zong. Masih ramai kaum ini yang bersikap rasional, terutama yang bersekolah di sekolah kebangsaan dan bercampur dengan rakan-rakan Melayu serta kaum lain sejak kecil.

Usah dilayan permainan tarik tali oleh Dong Zong. Usah diturut segala kemahuan mereka dan usah dipenuhi segala tuntutan mereka kerana apa yang mereka inginkan itu hanya akan membawa kepada kegagalan kepada pembentukan 1Malaysia iaitu konsep perpaduan yang jitu dengan semangat patriotik yang tulen terhadap negara ini. Sedarkah kita bahawa sesungguhnya, Dong Zong sedang mempermainkan perlembagaan dan aspirasi kerajaan. Justeru, perlukah pertubuhan sebegini terus dilayan? Apakah mereka akan mencetuskan huru-hara jika tidak dilayan? Jika ya, maka layanlah mereka sepertimana mana-mana pengganas atau ektremis kerana sememangnya itulah diri mereka yang sebenarnya. - Beruang Biru.

0 Notis Dari Ahli Majlis MBPJ Macam Budak Sekolah

Ini adalah Notis bagi menghalang penduduk Blok H, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang dari menghadiri pemilihan semula Ketua dan AJK Blok H yang baru. CTS tidak pasti apakah punca permasalahan di sini sehinggakan ada pihak berhasrat untuk mengadakan pemilihan semula Ketua dan AJK Blok G dan H yang baru. Notis ini dikeluarkan oleh Ahli Majlis Zon 4 MBPJ, Khairul Anuar Ahmad Zainudin. Sayugia diingatkan, seseorang Ahli Majlis dilantik oleh Kerajaan Negeri iaitu Kerajaan Pakatan Haram Selangor. Kebiasaannya Ahli Majlis yang dilantik adalah  di kalangan ahli parti sama ada PAS, P"Gay"R, DAPig  atau kuota NGO berdasarkan beberapa kriteria tertentu yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Apa yang ingin ditekankan oleh CTS adalah surat rasmi yang dikeluarkan oleh seorang Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran yang terkenal di Selangor, iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang berbunyi keanak-anakan dan budak sekolah.  Sebagai seorang Ahli Majlis, tulislah surat yang matang dan formal sedikit dan bukannya seperti budak tadika. Cuba lihat di ruangan tandatangan. Apa yang dimaksudkan beliau dengan, "Terima Kasih Daun Keladi". Adakah sambungan ayat tersebut sepatutnya berbunyi, "Lain Kali Anda Semua Kena Tipu Lagi"?

7 Apa Gunanya Gereja Di Kawasan 95% Penduduknya Melayu Di Bandar Puncak Alam?


Di saat-saat terakhir pemerintahan PAS di negeri Selangor, Bandar Puncak Alam yang terletak di Kawasan Parlimen Kuala Selangor (Dr.Zulkifly Ahmad - PAS) yang mempunyai lebih 95% penduduk Melayu, tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan sebuah mini Gereja berhampiran dengan kawasan mereka.  Lokasi gereja berkenaan adalah di Jalan PPAJ 1/1. Apakah tujuan gereja ini dibina? Persoalannya adalah siapa pula yang memberi kebenaran supaya gereja tersebut beroperasi di kawasan yang majoritinya Umat Islam? 

Motif mereka cukup jelas, apabila tertulis perkataan "Pembaktian Dalam Bahasa Malaysia" menerangkan siapakah golongan sasaran doktrin Kristianisasi ini. Pembaktian bermaksud ibadah, atau upacara, atau khutbah. Ia juga berhubung kait dengan upacara pembaptisan. Bahasa mudahnya, proses kristianisasi. Menyelusuri peristiwa "bersejarah" di dalam kawasan yang dikelilingi dengan majoriti Melayu ini, apakah ia dibangunkan berdasarkan kenyataan sokongan Ahli Parlimen Kuala Selangor terhadap pluralisme agama? 

Tentunya gerakan ini secara strategiknya melihat kebarangkalian penerimaan dari kuasa politik, dan sokongan PAS serta YB Dzul Ahmad terhadap penggunaaan kalimah Allah menyerlahkan lagi kemungkinan ini yang akhirnya menjadi kenyataaan. Hubungan haram di antara PAS dan Ambiga semakin menunjukkan perubahan yang "menarik" di perjalanan politik PAS. Gereja yang menggunakan bahasa Melayu kini sudah ada di Kuala Selangor atau lebih tepat, di kawasan kejiranan orang Melayu beragama Islam.

Ambiga adalah pejuang murtad tersohor, dengan kes murtad Lina Joy sebagai tapak perjuangannya yang kemudian membuat tuntutan melampau terhadap Islam melalui gerakan IFC. PAS pula bersekongkol dengan Ambiga. Lebih menarik, rakyat dihidangkan dengan kenyataan bahawa dari YB Dr Dzul Ahmad bahawa PAS sudi menerima bukan Islam untuk mengisi Timbalan Presiden. 

Cakap-cakap politik "mencalonkan" Ambiga sebagai sekutu yang paling layak. Pendedahan gerakan murtad oleh Hasan Ali dianggap "perkara kecil berbanding banyak lagi perkara besar" oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Rani Osman. Maka, tidaklah menjadi satu masalah untuk Gereja ini wujud di kawasan kejiranan 95% Melayu Islam. Kebetulan, lokasi gereja berbahasa Melayu ini berjiran dengan DUN Meru. Wallahuallam!

Dikhabarkan 'khutbah' mereka akan dibuat dalam bahasa Malayu. Inilah jasa terbesar YB Zulkifly Ahmad, salah seorang daripada golongan pluralisme agama Anwarista, selama 4 tahun menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Masa menang hari tu pun dia 'berkhutbah' di dalam gereja di Kuala Selangor. Elok sangatlah waktu nak kalah dalam PRU13 ini beliau memberikan 'khutbah' yang terakhir..sebelum berambus.

April 2, 2012

2 Pengusaha Sarang Burung Walit Berbangsa Cina Perlu Berterima Kasih Kepada Perdana Menteri

Mungkin laporan penarikan semula larangan penjualan sarang burung dari Malaysia oleh kerajaan China yang diumumkan semasa lawatan Perdana Menteri ke Nanning, China, Sabtu lepas, kelihatan kecil pada sesetengah pihak.  Maka itu tidak hairan kenapa tidak banyak portal berita yang mahu menyiarkan berita ini apatah lagi memberikan ulasan yang bersesuaian mengenainya.  

Itu mudah difahami kerana dalam keadaan semua pihak menanti tarikh pembubaran parlimen bagi membuka laluan kepada pilihanraya umum, berita yang tidak ada sensasi politik memang kurang mendapat perhatian pembaca. Hakikat yang sebenarnya, berita ini mempunyai impak yang besar kepada semua pengusaha burung walit (majoriti masyarakat cina) di Malaysia ini kerana China adalah pasaran terbesar dunia untuk produk sarang burung yang dikatakan mempunyai khasiat dari segi perubatan di kalangan orang cina.

Pendek kata, banyak manfaat yang boleh diperolehi pengusaha sarang burung tempatan dengan penarikan semula larangan ini. Berapa besar manfaat itu? Sukar nak dinyatakan kerana tidak ada satu angka rasmi yang boleh dijadikan petunjuk, tapi dengan nilai sarang burung tersebut yang mencecah harga antara RM 2,000 hingga RM 12,000 sekilogram, impaknya memang besar.  Apatah lagi dilihat dari ramainya yang menjadi jutawan dalam senyap melalui perusahaan ini.

Kerja keras Perdana Menteri ini selayaknya mendapat penghargaan dari semua lapisan masyarakat cina, sama ada yang mengusahakan perusahaan burung walit ini atau tidaknya.  Setidak-tidaknya, kerja keras Perdana Menteri ini berjaya memastikan ekonomi masyarakat cina terbela kerana perniagaan sarang burung ini mempunyai kaitan rapat dengan banyak industri berkaitan yang lain. Paling tidak industri pembinaan (untuk membina rumah burung walit).  

Semua ini adalah hasil usaha dan hubungan baik Perdana Menteri dengan kerajaan China yang telah terjalin sejak ayahanda beliau memulakan hubungan diplomatik dengan negara tembok besar tersebut pada 1971 lagi. Walaupun penarikan semula import burung walit ini bersyarat (jumlat nitrat perlu dikurangkan), tapi itu adalah isu operasi yang boleh diselesaikan oleh semua pengusaha.  Yang utamanya ialah meyakinkan kerajaan China bahawa Malaysia mampu menyelesaikan semua isu yang membawa kepada pengharaman tersebut.  Ini bukan perkara mudah kerana sebagai negara pengguna, China mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan bekalan sarang burung, tidak semestinya dari Malaysia sahaja.

Tapi itulah yang dilakukan Perdana Menteri, sesuai dengan jawatannya yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, tidak kira keturunan dan agama anutan. Sepatutnya sekarang tidak ada lagi cakap-cakap politik yang mengatakan kerajaan BN tidak membantu masyarakat cina di Malaysia.  Perdana Menteri tidak sahaja menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat cina dalam soal-soal tempatan sahaja malah dalam soal perniagaan di peringkat antarabangsa juga.

Kalau helah pembangkang dijadikan panduan, sepatutnya kerajaan BN membiarkan sahaja pengusaha sarang burung walit di Malaysia menyelesaikan sendiri masalah ini atau membiarkan parti-parti pembangkang yang kononnya prihatin dengan nasib pengusaha burung walit ini, menyelesaikannya mengguna apa saluran yang termampu oleh mereka.

Tapi ternyata tanggapan itu meleset, Perdana Menteri rupa-rupanya memandang serius nasib pengusaha sarang burung yang terjejas ini dan berusaha mencari jalan penyelesaiannya – walaupun tanpa gembar gembur yang hebat, mahupun publisiti yang meluas. Kalau ini bukan budi seorang pemimpin kepada rakyatnya, apa lagi yang layak kita gelarkan?

1 Ku Li Sebagai Menteri Besar Kelantan - Pelengkap Misi Gelombang Merah

Bagi sesetengah pemerhati politik, kelibat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam dunia politik nasional mungkin dilihat telah berakhir namun tiada siapa yang dapat menafikan pengaruh pemimpin berdarah raja itu masih memainkan peranan penting dalam arena politik tempatan negeri Kelantan. 

Menyedari pengaruh Ku Li masih berbekas di kalangan rakyat Kelantan dan kekuatan peribadinya masih berupaya menggugat kekuasaan PAS telah membawa kepada usul untuk membina hubungan mesra antara Pas negeri dengan Ku Li khususnya melalui perkongsian pandangan dalam isu royalti minyak.

Sejak itu ramai pemimpin PAS seboleh mungkin cuba mengelakkan diri daripada mengkritik atau menghentam secara terbuka keperibadian Ku Li dengan harapan langkah sedemikian mampu mempengaruhi penyokong-penyokong Ku Li untuk mendekati PAS sekaligus membantutkan percubaan UMNO untuk menawan kembali Kelantan.

Pilihanraya kecil DUN Galas tahun 2010 merupakan titik tolak penting dalam sejarah politik Kelantan khasnya UMNO apabila buat pertama kalinya semua 'warlords' UMNO negeri telah mengetepikan kepentingan masing-masing dan bersatu hati di atas semangat Gelombang Merah untuk menumbangkan penguasaan PAS. PAS yang pada mulanya begitu yakin strategik mengumpan Ku Li berkongsi pentas dalam isu royalti minyak sebelum itu akan menyebabkan UMNO mengetepikan peranan Ku Li dalam pilihanraya kecil DUN Galas bagaimanapun terpaksa berputih mata apabila perkara sebaliknya berlaku dan calon BN berjaya menawan kembali DUN tersebut dengan undi dan majoriti kemenangan yang lebih besar.

Suka atau tidak, PRK Galas menjadi saksi penting betapa pengaruh Ku Li masih berbisa dan keberkesanan peranannya dalam mengendalikan jentera pilihanraya nyata berjaya menyatukan semua kekuatan 'warlords' UMNO Kelantan yang sebelum ini kerap kali saling cah keting sesama sendiri. Mungkin mengambil teladan dari situ telah membawa kepada desas desus yang menyebut kemungkinan Ku Li diangkat sebagai calon MB mewakili BN pada pilihanraya umum akan datang yang jika benar menjadi kenyataan ianya adalah pelengkap untuk misi UMNO menawan kembali Kelantan dari PAS.

Sementelah lagi kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada 1990 itu sendiri banyak bersangkut paut dengan sejarah politik Ku Li semasa mengetuai gabungan pembangkang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Sebagai orang lama dan otai politik yang sudah masak dengan sepak terajang politik, Ku Li ternyata calon MB yang tepat dan sesuai dalam usaha UMNO menandingi kekuatan PAS yang banyak bergantung kepada pengaruh peribadi Nik Aziz.

Kekuatan Ku Li tidak terhad pada pengaruh peribadinya yang dekat dengan khalayak dan sikapnya yang cakna rakyat, lebih dari itu perwatakannya yang mudah mesra dengan kawan mahupun lawan merupakan satu aset berharga yang boleh menyatukan semua pihak berkepentingan dalam UMNO Kelantan untuk fokus kepada misi menjayakan Gelombang Merah. Tambahan pula di saat kekuatan pengaruh Nik Aziz dan PAS yang kian merudum sejak kekalahan mereka di PRK Galas tempohari, sekurang-kurangnya memberi satu kelebihan tambahan kepada Ku Li untuk merintis jalan ke arah memacu kejayaan untuk UMNO menawan kembali Kelantan dari PAS.

Kesilapan akibat perpecahan dalam UMNO sekitar tahun 1988-1990 yang memberi ruang kepada PAS merampas Kelantan dari BN perlu menemui noktahnya demi kebaikan rakyat. Selama 22 tahun pemerintahan PAS dan Nik Aziz di Kelantan sudah lebih dari mencukupi bagi rakyat menilai kelemahan urus tadbir PAS dan Nik Aziz yang ternyata hanya lebih banyak retorik berbanding kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

Ku Li sebagai Menteri Besar Kelantan adalah jawapan terbaik untuk merealisasikan hasrat Gelombang Merah, pastinya jika ianya benar menjadi kenyataan sebagaimana hangat diperkatakan ramai di negeri Cik Siti Wan kembang sekarang ini,  tentu sahaja peluang untuk menghumban PAS jauh ke dasar laut bakal terbentang luas di depan mata. - Beruang Biru.

3 Ijazah Palsu: Dong Zhong Kantoi, PR Jauhkan Diri

Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran "Dr" hasil dari membeli ijazah palsu.

Sekurang-kurangnya tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.

Rata-rata komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah blog stopthelies.my.
"He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.
But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet". - stopthelies.my.
Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.



Malah pemimpin pembangkang PR yang sebelum ini kerap berdamping erat dalam mana-mana acara anjuran Dong Zhong juga cuba mengelak diri dari menyentuh isu tersebut kerana khuatir imej buruk yang sudah terpalit pada Dong Zhong akan turut mempengaruhi sokongan pengundi Cina untuk PR.


Sikap pemimpin PR itu tidak sukar untuk difahami memandangkan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini pun lebih kepada usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup sensitif berkaitan isu pendidikan Sekolah Cina.


Dalam pada itu, adalah wajar untuk Dong Zhong segera tampil menjelaskan kepada umum bagaimana seorang yang menipu taraf pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang cukup keras mempertahankan pendidikan kaum Cina?


Jika Dong Zhong menganggap penipuan sebegini sebagai perkara yang remeh temeh atau cuba menutup kebenaran, ianya adalah satu perbuatan biadap yang menghina kaum Cina yang selama ini ramai antara mereka telah menyokong gerakan yang dilaksanakan oleh Dong Zhong.


Kita harap selepas ini masyarakat Cina akan lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan tidak mudah terpedaya dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. Jika dalam hal taraf pendidikan sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak mustahil agenda yang diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik semata-mata. - Beruang Biru.

4 A Samad "Tok Janggut" Said Dan Banner Salah Ejaan


Rumah kata pergi, kubur kata mari, Tok Janggut masih membiarkan hidupnya dipergunakan orang. Perhimpunan BERSIH, beliau turut serta, perhimpunan Membantah Penyenaraian FGVB ke Bursa Saham Kuala Lumpur, beliau juga turut hadir. Sejak bila pula Tok Janggut ni jadi warga FELDA? CTS rasa sudah cukup usahanya untuk melobi menjadi calon PRU13 nanti. Harap Ketua Umum P"Gay"R tidak akan melupakan jasa-jasa beliau.

Dalam Mazlan Aliman mengusung Tok Janggut ini dalam demonstrasi Membantah Penyenaraian FELDA, Tok Janggut tidak menegurkah ejaan di dalam banner seperti gambar di atas salah! Sebagai seorang Sasterawan Negara, perkara salah ejaan ini tidak patut diambil remeh. Sama ada beliau tidak sedar atau sama ada beliau telah rabun akibat terlalu tua tak pastilah pula CTS. 

Orang nak demo, mereka nak demo. Orang buat banner, mereka buat banner. Apakah maksudnya "Membantah Penyeraian" dalam banner di atas? Apa kata dasar perkataan di atas? "Serai"? Nak memasak ke puak-puak di atas? Kalau "Membantah Penyenaraian" tahulah CTS, kata dasar bagi perkataan "senarai". Di Twitter A Samad "Tok Janggut" Said menulis, "@asamadsaid : Apabila sang mahaguru kencing berlari, mahasiswa akan terpaksa kencing bergari." Mana tak berlari kalau dapat pemimpin macam Tok Janggut yang tak lulus ujian mengeja.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates