March 31, 2012

3 Rakyat Selangor Bakal Minum Air Lombong

Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.
Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.
Sumber: Berita Harian.
Inilah bahananya kalau mendapat Kerajaan yang merasakan diri tahu semua perkara, degil dan keras kepala. Dalam Kerajaan Pahang menawarkan sumber air bersih untuk kegunaan Rakyat Selangor, Kerajaan Selangor memilih untuk memproses dan menggunakan air lombong yang umu tahu lebih kotor, lebih tercemar dan lebih mempunyai bendasing dan bahan kimia yang boleh membahayakan.

Bagi Rakyat Selangor yang ingin meneruskan kehidupan mereka pada masa akan datang untuk meminum air lombong, teruskanlah dengan menyokong Pakatan Haram. Bagi Rakyat Selangor yang cintakan kehidupan yang lebih normal dan selesa, marilah kita menukar Kerajaan Selangor yang sedia ada. Kerajaan Pakatan Haram Selangor sudah mula merapu dan gila iseng.


0 Hubungan Istimewa Anwar-Rafizi Resahkan Pemimpin P"Gay"R


Pengarah Strategik P"Gay"R, Rafizi Ramli kini menjadi anak emas Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Apa tidaknya, saban hari ada sahaja berita mengenai anak muda berusia 34 tahun ini mencuri berita sensasi muka depan media, blog-blog dan laman web-laman web pembangkang. Di kalangan pemimpin PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.

Nama beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan 'Mr NFC'. Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji yang dikatakan mencecah lebih RM30,000 sebulan.

Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk, sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan Rafizi. 

Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu. Rafizi mula mendapat perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1995 atas biasiswa Petronas.

Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat "panggilan cemas" dari anak muda kelahiran Terengganu itu.

Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu tidak pula diketahui. Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak "cute" dan pria yang manis mukanya. Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar.

Namun timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis makan sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5 bulan lalu. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, "Aku kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!" begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli P"Gay"R.

Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah. Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya. Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.

Sejak itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan sebagai jurucakap parti. Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi. Mungkin juga Anwar sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke posisi yang lebih tinggi di dalam parti.

Dengar khabarnya, kawasan parlimen Pandan yang sekian lama menjadi idaman Zakaria atau Zek (bekas pengurus bolasepak Selangor sehingga dipecat oleh Khalid Ibrahim) telah dengan senangnya diberi kepada Rafizi. Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus membina kekuatan dan sokongan parti di kawasan itu, semua jasa dan sumbangan Zek dicampak oleh Anwar begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima kasih dan pengiktirafan kepada seorang pejuang parti.

Inilah cara PKR menghargai sumbangan dan penat jerih penyokong-penyokongnya - guna dan buang!

March 30, 2012

0 Skandal KBB-HLFB: Bakal Tamatkan Riwayat Politik Anwar


Bala lagi ... mungkin itulah sahaja yang Anwar mampu katakan apabila satu lagi skandal yang mengaitkan dirinya terdedah. Kali ini, bukan skandal seks tetapi skandal rasuah atau kroni atau lebih tepat salahguna kuasa - yang mana butirannya hanya akan terjawab di mahkamah. Tetapi yang pastinya, Anwar sememangnya dikatakan terlibat. Kerana itulah Anwar telah menolak mentah-mentah sapina yang dikemukakan terhadapnya. 

Kes ini timbul berikutan saman oleh Hong Leong Bank Bhd terhadap ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM445 juta pada 1998. Untuk makluman, Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB) mempunyai hubungan yang baik dengan Anwar. Dan pada ketika itu, Anwar adalah di dalam keadaan terdesak untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir sebelum mantan Perdana Menteri tersebut selesai menyiasat skandal seks dan homoseksnya. 

Selain itu, pemilik asal KBB, iaitu syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah pula merupakan penulis ucapannya. Melalui hubungan antara kroni inilah maka Anwar telah memastikan yang wang sebanyak RM445juta telah diluluskan oleh HLFB sebagai pinjaman kepada Low bagi mengambil-alih KBB. Wang tersebut kemudiannya, dipindahkan kepada AMC tanpa melalui prosedur biasa, yang memerlukan proses pengambilalihan selesai terlebih dahulu. Akhirnya, setelah pemindahan wang berlaku, pengambil-alihan tidak pula berlaku sepertimana sepatutnya. 

Anwar tahu bahawa sukar untuknya melepaskan diri dari isu ini apatah lagi apabila semuanya dibongkar di mahkamah. Tidak mustahil ‘perjalanan’ dan ‘aktiviti’ wang tersebut akan dijejak semula yang mana akhirnya akan membongkar lebih banyak rahsia hitamnya. Silap haribulan, akan timbul kes baru yang akan membawa Anwar ke mahkamah sekali lagi sebagai tertuduh. Jika tahun 1998 menyaksikan begitu banyak drama hebat yang melibatkan Anwar, maka pastinya kisah di belakang tabir drama ini adalah jauh lebih hebat lagi. 

Bayangkan, dengan wang sebanyak itu, dan mungkin juga lebih lagi dari sumber yang lain, apakah yang telah dilakukan Anwar bagi memastikan skandal homoseksnya ditutup dari pengetahuan Tun Dr. Mahathir dan Rakyat. Bayangkan, berapa ramaikah yang telah disogok dan diupah oleh Anwar untuk tujuan ini. Dengan wang sebanyak itu juga, bayangkan apa yang Anwar boleh lakukan dengan petugas media asing terutama yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Kota Singapura. Membayangkan semua ini, tidak hairanlah Anwar menolak sapina terhadapnya. 

Dengan pilihanraya yang semakin hampir serta Datuk S. Nallakarupan yang tidak sabar-sabar malah ‘teruja’ sekali untuk disaman, sungguh Anwar tidak sanggup menerima satu lagi bala. Walaupun Anwar tahu pihak pendakwa pasti akan memohon perintah mahkamah agar beliau hadir, tetapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau melambat-lambatkan proses perbicaraan. Lagipun melambatkan proses bicara sudah menjadi kepakarannya. Penulis yakin, Anwar amat berharap agar kes ini dapat dilengah-lengahkan sehingga selepas pilihan raya umum, dengan andaian jika beliau menjadi Perdana Menteri, kes ini boleh dibuang begitu sahaja.

0 Isu Rumah Pangsa Kampung Kerinchi Selesai - Nurul Izzah Panas Bontot

Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,  Dato Raja Nong Chik berkaitan baki 35 penghuni rumah pangsa 4 tingkat, Kampung Kerinchi yang memberi maklumbalas yang positif untuk berpindah. Kesediaan baki penduduk rumah pangsa ini untuk berpindah membolehkan projek pembangunan dan menaiktaraf kawasan berkenaan dapat dipercepatkan. 

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Kerajaan Pusat tetap mementingkan kesejahteraan Rakyat sesuai dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Pembangkang terutama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini kehabisan modal untuk berkempen. Mahu tidak mahu, beliau terpaksa mencari kawasan baru yang lebih selamat di dalam PRU13 nanti.




0 Jual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila

Sudah diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana rasis dan chauvinisnya DAP, khasnya Lim Guan Eng dalam memerintah Pulau Pinang. Begitu juga dengan sifat kuku-besi dan tidak telusnya sehingga suatu ketika dahulu membawa kepada perletakan jawatan Tan Boo Chang, kounselor MPPP yang mewakili PKR, akibat tidak puas hati dengan isu sPICE. 

Kini, satu lagi bukti ketidaktelusan dan sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta. Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid. Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy. PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini. 

Namun, entah atas alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion. Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion. Selain itu, perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc. (CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri. 

Jika Guan Eng ikhlas ingin membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri, tentu beliau tidak akan membuat keputusan sebegini. Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang. Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi erti. Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid. Dengan penjualannya, maka tapak masjid tersebut juga dijual bersama. Lanjutan dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri. 

Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta. Maka satu lagi persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini? Tidakkah mereka juga sensitif mengenai penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini? Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini? Yang pastinya, skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam. 

Selama ini juga PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat mahupun syariat. Buktinya, selama 22 tahun memerimtah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO. Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian semata-mata. Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi PAS. Dengan sikap DAP yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan Haram. 

Secara tidak langsung, kaum-kaum lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan. Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd? Tetapi jangan lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negeri dan juga negara.

5 Gambar Noh Omar Bersama Keluarga Didedahkan

Ini gambar DS Noh Omar bersama isterinya tercinta yang menjadi bahan fitnah juak-juak Pakatan Haram sejak seminggu lepas:


Sementara di bawah pula, dilampirkan gambar DS Noh Omar dengan isteri dan anak-anak beliau di dalam majlis yang sama. Perhatikan gambar bawah baik-baik. Sama tak pakaian suami isteri itu seperti gambar di atas? Salahkah suami isteri ini hendak bergembira di dalam rumah mereka sendiri? Bertaubatlah buat pemfitnah-pemfitnah keluarga ini. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kalian.

March 29, 2012

1 Presiden GB4B Kesal Dengan Tindakan Kerajaan Selangor Menaikkan Sewa


Berikut adalah kenyataan daripada Presiden, Gerakan Belia 4B Malaysia yang kesal dengan tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang menaikkan sewa bangunan yang diduduki oleh mereka. Apakah Kerajaan Selangor tidak prihatin dengan golongan belia? Katanya banyak kecairan tunai dengan berbillion di tangan, kadar sewaan dengan majlis belia pun nak berkira ke TS Khalid Ibrahim?
"Tindakan menaikkan sewa keatas pejabat Majlis Belia Selangor amat mengecewakan para belia negeri khususnya Belia 4B Selangor yang juga bernaung di bawah Majlis Belia Selangor (MBS).
Saya selaku Presiden Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia merasakan bahawa tindakan ini amat tidak wajar dilakukan oleh kerajaan negeri, ini kerana Majlis Belia bukanlah sebuah badan yang mempunyai keuntungan seperti sebuah syarikat perniagaan.
Majlis Belia juga menjadi tempat bernaung kepada persatuan-persatuan belia yang mana ianya secara tidak langsung membabitkan kebajikan belia di semua peringkat.
Saya mewakili seluruh ahli-ahli belia khas nya 4B melahirkan rasa kekecewaan dalam hal sebegini, Saya juga berpendapat bahawa, sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir sebuah negeri yang paling kaya didalam negara ini, adalah mustahil untuk kerajaan mengalami kerugian jika tidak menaikkan sewa bangunan tersebut.
Akhir kata dari saya, saya menyeru semua belia-belia di Selangor membuka mata dan melihat apakah sebenarnya yang dimahukan oleh kerajaan Selangor sekarang ini dengan tindakan mereka ini, ternyata mereka tak perlukan sokongan Belia secara keseluruhannya. Wallahualam."
Published with Blogger-droid v2.0.4

1 KBBGate Buat Anwar Tak Tidur Malam


Selama hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.

Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.

Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.
Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.

Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku. Di mana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Di samping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.

Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting. Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.

Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.

Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang. Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.

Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup. Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun. Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen. Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak? 

Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya. Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita. - Beruang Biru.

2 The Man From U.N.C.L.E - Nik Aziz Nik Mat

Bagi penggemar siri lama tahun 60an pasti tahu cerita ajen perisikan yang terkenal dari ajensi penguatkuasa undang-undang, U.N.C.L.E, lakonan David Vaughn dan David McCallum. Melihat kepada gambar-gambar Dato Nik Aziz seperti di bawah, terasa seram sejuk. 

Itulah pasal, ini mesti gara-gara bloggers mesra Barisan Nasional yang sering mengutuk Dato Nik Aziz. Sekarang Menteri Besar Kelantan ini sudah mempersiapkan diri dengan latihan menembak. Siap mana-mana bloggers yang kutuk beliau selepas ini. Banggg!!




March 28, 2012

3 Betulkah Kredibiliti Anwar Ibrahim Melebihi Najib Razak Dalam Jurus Ekonomi?

Pemilihan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, adalah tindakan sewajarnya berdasarkan pengalaman beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan selama lima tahun. Itulah yang cuba dibodek oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, semasa sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam, semalam. Katanya lagi, pemilihan Anwar itu tidak perlu dipertikaikan lagi.
“Anwar dipilih berdasarkan kepada pengalamannya dalam soal ekonomi serta kecemerlangannya dan beliau telah berusaha bersama-sama memastikan pengurusan negeri Selangor ini dari segi ekonomi dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya,” katanya. Katanya, Anwar bukan sahaja berjaya memacu ekonomi Selangor, namun kredibiliti Anwar itu melebihi DS Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.
Hebat sungguh bodek yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor ini, CTS tidak nampak apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sepanjang lima tahun beliau memegang tampuk pemerintahan sebagai Menteri Kewangan. Sebagai seorang yang berada di dalam institusi kewangan selama berbelas tahun, apa yang CTS nampak adalah penderitaan Rakyat ketika zaman beliau menjadi Menteri Kewangan ketika beliau cuba mengurangkan kredit dengan menaikkan kadar faedah yang keterlaluan ketika era 1998 dahulu. Ramai peniaga yang gulung tikar dan ramai individu yang jatuh bangkrap kerana kadar faedah pinjaman terutama pinjaman runcit dan kad kredit yang terlalu tinggi. 
Nasib baik Mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad tidak mengikut perancangan Anwar Ibrahim untuk memohon pinjaman daripada IMF. Kalau tidak, tak tahulah apa yang berlaku kepada Malaysia hari ini. Berbalik pula kepada sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, semasa Anwar Ibrahim dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, apa yang telah beliau lakukan untuk Rakyat Selangor amnya? Kalau betul Selangor hebat sangat dengan kecairan tunainya, kenapakah janji-janji manis ketika PRU12 masih tidak mampu ditunaikan untuk Rakyat? CTS sendiri layak untuk menjadi Penasihat Ekonomi Selangor kalau setakat hanya menjual tanah-tanah di Selangor dan mengadai beberapa bangunan PKNS di Selangor kepada REIT untuk menunjukkan kepada Rakyat bahawa Kerajaan Selangor mempunyai kecairan tunai yang tinggi.
Memandangkan perbandingan telah dibuat di antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak, apa kata kita melihat pula pencapaian DS Najib Razak sepanjang 3 tahun (genap 3 April ini) beliau memegang tampuk Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, antaranya:
  • Untuk Rakyat, DS Najib Razak telah membelanjakan 36.7 billion sepanjang Januari 2010 hingga Julai 2011 untuk bantuan tunai, subsidi dan lain-lain perkhidmatan. Inisiatif untuk membantu Rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Bantuan Rakyat 1Malaysia telah diberikan.
  • 2,465 rumah yang terbengkalai telah diambilalih oleh Kerajaan dan dibaikpulih untuk Rakyat, 14,365 rumah orang miskin telah dbina dan dibaikpulih dan 2,500 Rumah Mesra Rakyat telah dibina.
  • 66,243 miskin tegar telah dibantu di dalam Skim Akhiri Zaman Miskin (1AZAM).
CTS merasakan sudah tiba masanya Rakyat meminta "scorecard" atau apa yang telah Kerajaan Pakatan Haram sumbangkan di dalam 4 negeri yang ditadbir oleh mereka terutama kepada Rakyat. Kita tidak mahu mereka hanya mengula-gulakan Rakyat dengan berbohong dan berjanji bulan dan bintang sedangkan tidak ada apa yang mereka lakukan sepanjang 4 tahun pemerintahan.

March 27, 2012

0 PRU 13 - Berebut Kerusi Petanda Pakatan Haram Mahu Bungkus


Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabungan haram PR (tidak berdaftar) hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama, bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagi berhasrat memajukan negara. Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP & Pas Kedah hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakal menempah maut dalam PRU 13 kelak.

Menurut Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, jika dalam PRU akan datang Pas gagal memberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi DAP, bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru. Kenyataan berbau ugutan tersebut bukan saja menyebabkan ramai penyokong Pas berang naik darah, malah tidak kurang juga yang mula mempertikaikan peranan DAP dalam PR yang dilihat cuba mendominasi arah haluan gabungan tersebut. 

Rupanya penyokong Pas baru sedar sikap sebenar DAP sedangkan dah lama kita ketahui betapa kiasunya DAP dalam menjaga kepentingan mereka berbanding mengutamakan kepentingan bersama. Dalam BN lain halnya. Konsep pembahagian kerusi jikapun terkadang ada kesulitan dan masalah antara komponen BN, jalan penyelesaiannya tetap dirundingkan bersama kerana tertubuhnya BN itu adalah kesinambungan dari parti Perikatan yang lahir atas niat & hasrat murni untuk membela rakyat & memerdekakan negara. Bagaimana mungkin untuk PR layak memerintah negara bila dalam hal pembahagian kerusi antara anggota gabungan pun wujud budaya ugut mengugut? 

Pantang bertelingkah pendapat masing-masing berkeras dan enggan mengalah, mahu jahanam negara dibuatnya kalau PR yang memerintah nanti. Gabungan PR itu sendiri hingga sekarang tidak didaftarkan pun sudah cukup untuk menyebabkan keyakinan umum terhadap PR tergugat ditambah lagi dengan isu perebutan kerusi, jadi tidak sukar untuk kita menjangkakan dalam PRU 13 nanti ada kemungkinan untuk PR bungkus dan gulung tikar.

2 EXCO BN Selangor Keluar Sidang DUN Sebab Speaker Dewan Berat Sebelah


Semua ADUN BN Selangor bertindak keluar Sidang DUN hari ini sebagai tanda protes sikap speaker yang disifatkan menyebelahi EXCO Kerajaan Negeri. Ini berikutan sistem pesanan ringkas (sms) yang dihantar oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Dato Teng Chang Kim, yang menggunakan senarai "broadcast" telefon Balckberry beliau telah berjaya diperolehi oleh ADUN BN Selangor. Sms yang dihantar oleh Teng Chang Kim kepada semua EXCO berbunyi,
"This is possibly the last winding up sessions for exco, opportunity should be fully used to talk about our success in the past 4 years like whay Yaacob is doing now." 

Isu berkenaan telah disentuh oleh Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) yang menuntut penjelasan dari Speaker. Mereka juga menuntut Speaker memohon maaf kepada DUN kerana mendakwa tindakan itu sama sekali tidak adil. Teng Chang Kim enggan berbuat demikian, sebaliknya meminta Mohd Isa memfailkan usul terhadapnya jika tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Pembangkang sekarang tidak lagi boleh membuat tuduhan Speaker Dewan Rakyat berat sebelah selepas ini kerana memang sah dan nyata, Speaker Kerajaan Pakatan Haram Selangor, turut mengamalkan dasar pilih kasih dan berat sebelah. Kantoi sudah! 

0 Geran Selangorku RM300 juta, Ghairahnya Menunggu Jawapan Khalid

Persoalan yang ditimbulkan oleh ADUN Bebas dari Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali berhubung perbelanjaan sebanyak RM 300 juta untuk program geran Selangorku, memang menarik untuk menjadi topik perbincangan kita hari ini.

Pertama untuk menunjukkan bahawa bajet berimbang yang dibentangkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan negeri Selangor November lepas adalah ‘wayang’ semata-mata. Taktiknya, masa bentang bajet, mesti mau tunjuk itu bajet berimbang konon kerajaan Selangor punya standard belanja berhemah, sedangkan sepanjang tahun itu, setiap kali ada sesi DUN, kerajaan negeri akan mengemukakan bajet tambahan.

Hujung tahun nanti, bajet kerajaan negeri akan ditutup dalam keadaan defisit (belanja lebih dari apa yang dibentang dalam belanjawan). Inilah taktiknya yang selalu digunakan Pakatan Rakyat untuk menipu rakyat selama 4 tahun memerintah Selangor ini. Penulis percaya, taktik sama digunakan di negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain juga, melainkan Kelantan sebab negeri itu sentiasa sahaja tak berduit.

Keduanya tentang sumber. Inilah persoalan yang dibangkit Hasan Ali, dari mana sumber wang ini datang kerana ia tidak dalam dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) kerana dalam pembentangan bajet lepas, Khalid mengatakan perbelanjaan untuk geran ini akan ditampung oleh MBI. Sedangkan Khalid telah melancarkan program ini pada Februari lepas, untuk dilaksanakan pada bulan Mac tapi seperti yang dikatakan oleh Hasan Ali, wang tersebut tidak lagi dicatat dalam akaun MBI. Sekarang sudah 27hb Mac tau, mana wang itu sudah pergi?

Jawapan Khalid bahawa Exco telah dimaklumkan Februari lepas, itu tidak memuaskan hati kita atas sebab selain dari tidak menjawab soalan, Rakyat tidak kira latar belakang perlu dimaklumkan sumber pembiayaan tersebut. Kalau segelintir Exco sahaja dimaklumkan, itu adalah satu kezaliman kepada rakyat kerana Exco hanya mewakili pentadbiran kerajaan negeri sedangkan DUN mewakili rakyat. Seharusnya DUN dimaklumkan terlebih dahulu, bukan setakat Exco sahaja. Lagipun dalam Exco semua ‘yes’ man. Tiada bantahan walaupun ada yang tidak kena, maklumlah, takut hilang jawatan.

Tindakan mendedahkan butiran sumber mana wang ini datang kepada Exco sahaja menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran Selangorku ini. Apa yang cuba disembunyikan? Adakah geran ini sebenarnya untuk menampung perbelanjaan pilihanraya Pakatan Rakyat dalam kempen PRU akan datang? Bukankah Pakatan Rakyat Selangor selalu mencanangkan bahawa mereka adalah kerajaan yang telus dan terbuka, tiada noda walaupun seinci? Kenapa pula dalam hal menjelaskan sumber wang RM 300 juta ini, mereka tidak bersikap telus dan terbuka?

Kita perlu ingat, Selangor pada tahun ini baru sahaja mendapat durian runtuh kerana kerajaan persekutuan telah meluluskan pembayaran sebanyak RM 800 juta sebagai pampasan untuk pengambilan tanah bagi tujuan pembinaan Putrajaya. Tapi wang ini telah dimasukkan Khalid Ibrahim ke dalam akaun simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat itu kerana pertama kali dalam sejarah Selangor mempunyai simpanan mencecah RM 1.9 billion.

Justeru penulis tidak rasa Khalid akan menggunakan wang ini untuk tujuan pembiayaan program tersebut kerana itu akan hanya mengurangkan simpanan kerajaan negeri yang dibanggakan sangat tu. Selain itu, dari segi prinsipnya, hanya kerajaan yang nak bankrap sahaja menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan pengurusan. Ini menjelaskan kenapa soalan Hasan Ali ini penting untuk dijawab Khalid Ibrahim, bukan mencari jalan untuk mengalihkan isu (divert). Rakyat tidak mahu tahu sama ada Exco sudah dimaklumkan atau tidak, ini bukan wang Exco tapi wang rakyat.

Jadi Khalid, kami menanti jawapanmu. - Beruang Biru.

0 Hassan Ali Ubahsuai Pejabat RM300,000, Xavier RM100,000, Yang Lain Berapa Pula?


Mereka fikir dengan menjadi ADUN dan EXCO, mereka boleh membelanjakan duit Rakyat sesuka hati. Ubahsuai ruang pejabat Dato Dr Hassan Ali sahaja mencecah RM300,000. Semalam, Xavier pula mengaku ubahsuai ruang pejabatnya RM100,000. Kalau Dr Hassan Ali dan Xavier boleh ubahsuai ruang pejabat ratusan ribu, berapa pula kos untuk mengubahsuai ruang pejabat Menteri Besar Selangor, EXCO Kanan Selangor seperti Teressa Cock dan Azmin Ali? 

Berapa pula kos mengubahsuai pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Puak-puak Pakatan Haram ini sudah melampau. Mereka tahu tak berapa buah rumah kos rendah yang boleh dibina dengan jumlah wang yang digunakan untuk mengubahsuaikan ruang pejabat mereka? Berapa banyak mulut orang miskin yang boleh disuap dengan jumlah ratusan ribu yang telah mereka bazirkan itu? Baca laporan penuh dari Antara Pos di bawah:

SHAH ALAM, 26 MAC : Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata 'hanya' RM100,000.00 digunakan untuk mengubah suai pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan keperluannya melakukan kerja- kerja pengubahsuai yang melibatkan pembahagian dua bilik kecil (partition) dan penggantian permaidani pejabat.

"Ia satu tuduhan jahat. Mengapa beliau mahu mengaitkan orang lain dalam masalah beliau, saya tidak tahu kenapa. Apa yang didakwa Hasan itu hanyalah satu pembohongan," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendakwa Xavier membelanjakan lebih RM300,000 untuk tujuan itu. 
Xavier kemudiannya menyifatkan tuduhan Hassan itu sebagai berniat jahat dan mahu memburuk- burukkan imejnya sahaja.

Hassan membuat dakwaan itu setelah ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali Jumaat lalu mendakwa Hasan membazirkan sejumlah RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabatnya.

March 26, 2012

3 Halau Kanak-Kanak - Manifestasi Keangkuhan Pemimpin Pakatan Haram

video

video


Pertengkaran mulut beberapa orang pemimpin Pakatan Haram yang menyertai himpunan Wanita tempohari dengan seorang jurulatih sukan sebuah sekolah membuktikan sikap angkuh dan ego semakin beraja dalam sanubari ramai pemimpin Pakatan Haram. Walaupun telah berlalu buat beberapa ketika, tapi isu ini masih lagi menjadi bualan hangat di laman-laman sosial seperti Facebook dan Youtube dimana rakaman video kejadian tersebut disebarkan.

Perhimpunan tersebut yang asalnya mahu menuntut perubahan sebaliknya menjadi medan menonjolkan wajah sebenar pemimpin PR yang tidak segan untuk menindas hak orang lain demi kepentingan sendiri. Tian Chua, Latheefa Koya, Tony Pua, Maria Chin, Lim Lip Eng dan Ambiga yang turut hadir menyokong perarakan jalanan ini. NGO Wanita Suara Perubahan (WSP) itu sepatutnya berasa malu kerana gagal menonjolkan sikap kepimpinan yang baik malah bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri, walaupun dengan kanak-kanak sekolah.

Malah sehingga hari ini masih tidak mahu mengaku kesilapan tersebut atau meminta maaf kepada guru dan murid-murid terbabit. Jika hak kanak-kanak untuk menggunakan padang bagi latihan sukan sanggup dinafikan demi menjayakan agenda sendiri, tidak sukar untuk kita bayangkan bagamana nanti rupa wajah pemimpin PR sekiranya di beri peluang mentadbir negara.

Sejak hampir seminggu lalu telah banyak kedengaran suara-suara bantahan daripada ibubapa dan guru yang menuntut PR tampil ke depan menjernihkan keadaan dan memohon maaf di atas sikap tidak cermat beberapa pemimpin Pakatan Haram dan peserta di himpunan wanita tersebut. Ini baru merasa secebis kuasa saja, itupun dah berani menafikan hak orang lain. Padang yang luas terbentang di depan mata, kawasan latihan sukan juga yang di pilihnya untuk berarak.

Entah apa jenis hati budi yang bersarang dalam jiwa manusia yang bergelar pemimpin dan penyokong Pakatan Haram. Patutlah ramai orang kata siapa saja memimpin atau menyokong Pakatan Haram, automatik jadi bangang "by default". Cerdik tak boleh di ajar, bodoh menyusahkan orang. 

0 Setelah 46 Tahun Baru DAP Mahu Bela Melayu?

Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46. Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdarah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, UMNO" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.

Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.

Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya. Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu. Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu? Kalau tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.

Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu menyertai parti itu. Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja? Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan tertentu sahaja.

Sejak bila pula DAP bercakap mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu? Di mana DAP selama ini apabila orang Melayu memerlukan pembelaan dalam segenap aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sebagainya? Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka. Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut. 

DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang. Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN. Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.

Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik Melayu. DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun. Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini. Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat. - Beruang Biru.

3 Dong Zhong’s Racist And Ridiculous Demands

New Communist Leaders In The Making?
We begin to see that there is something more about Dong Zhong than just an academic-related organization. Dong Zhong is almost like a ‘religion’ where the Chinese would just echo every song and every beat it makes without thinking twice about the practicality or its consequences.
With the recent protest by Dong Zhong, the Chinese can no longer deny that Dong Zhong or they, themselves in majority, are hard-core racists. No other organization ever makes race separation in schools as their main objective, but Dong Zhong.
And to take ‘race separation’ even further, Dong Zhong is now insisting that no teachers without the fluency of Mandarin be supplied to the Chinese schools. In other words, the organization refuses to accept teachers from other races because it is only natural that only Chinese are fluent in Mandarin.
Dong Zhong is making all these protest even when they know that only few Chinese are interested in teaching, which makes it impossible for the government to fulfill its demands. So, what is the real motive behind all these drama that eventually goes to the extent of punching Deputy Education Minister, Wee Ka Siong? Is Dong Zhong purposely putting some pointless and inane pressure on the government for the sake of showing its power - the Chinese gangster way?
And why does Dong Zhong think that the Chinese schools deserve some kind of special treatment or be given special privilege that are not given to Tamil Schools or even Agama Schools? Note that not all Tamil school teachers can speak Tamil fluently, especially teachers who are there to teach Bahasa Kebangsaan. And not all Agama school teachers can speak Arabic fluently. So what is so special about the Chinese anyway?
On top of this, Dong Zhong is also aware that there are 60,000 non-Chinese students in Chinese schools. Many of them are Malays or Muslims. As Chinese schools are also subjected to standard Malaysian syllabus and examination, religious teachers are also appointed to these schools to teach Agama Islam subject. Now, if the government is to kow-tow to Dong Zhong’s demands, how many can we find Ustazs or Ustazahs who are fluent in Mandarin to send to these schools?
Or is this Dong Zhong’s cunning way of getting rid of non-Chinese students in Chinese schools? Obviously, Dong Zhong only concern is that it doesn’t want to have anything to do with other races. Schools are just a part of the whole racist agenda. The bigger agenda is making sure that no other races be employed or be given opportunities to work in the Chinese dominated economy. For this, they make sure that they clearly state the requirement of Mandarin in most of their job advertisements.
In view of this, it may not be an exaggeration to say that the ultimate goal of Dong Zhong is to ‘overhaul’ Malaysia by erasing any traces of other races, especially the original settlers and claim the country as theirs entirely with the Chinese as the Master and others, as slaves.
Should Dong Zhong keeps harping on their racist and ridiculous demands, we can only suggest for it to privatised the Chinese Schools. Dong Zhong cannot be asking for more contribution or allocation from the government when it has rubbished all that the government had done for the Chinese schools. 


Allowing the Chinese or other races to have their own schools is already considered as an extraordinary practice by a country, which in itself proved of Malaysian government’s toleration and sincerity. Asking for anything more than this, is called pure greed and evil. We can only ask why is there so much hatred in Dong Zhong towards other races? Why don’t they want to blend in and live with others in harmony?


Unfortunately, I have no answer to that. Perhaps, it’s just their communist’s blood.

4 Alhamdulillah! Anak Mat Sabu Kahwin Ikut Budaya Melayu Juga


Alhamdulillah! Dalam penuh-penuh mulut si bapa menyumpah seranah dan menghina Bangsa Melayu, akhirnya kembali juga dengan adat dan istiadat Bangsanya sendiri. Segak bergaya si anak memakai baju Melayu lengkap bertanjak, lebih menyerlah dengan sebilah keris, lambang keagungan Melayu tersisip di pinggang. Inilah adat istiadat orang-orang Melayu yang tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan.

Ingatkan dalam sibuk-sibuk si bapa mengutuk bangsa Melayu, Mat Sabu akan menjalankan perkahwinan anaknya dengan upacara kebaratan kalau tidakpun mengikut tradisi turun temurun Lim Guan Eng. Bila bercakap lupa diri. Itulah Mat Sabu yang sering menghina bangsa dan adat Melayu. Akhirnya budaya itu menjadi amalan. Rasanya kalau Mat Sabu ingin naik pelamin kali ketiga, rasanya, inilah pakaian yang akan disarungnya.

March 25, 2012

1 Panas!! Gambar Noh Omar Menari Dengan Perempuan Seksi Tersebar


Memang puak-puak "cybertroopers" Pakatan Haram memang haram jadah! Kerja mereka setiap hari menaburkan fitnah. Terbaru, di Facebook puak-puak pemfitnah ini mula menyebarkan gambar Menteri Pertanian & Industri Asas Tani yang juga merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Ini adalah kerana juak-juak Pakatan Haram agak panas dengan pembongkaran penyelewengan Selangor yang saban hari didedahkan oleh DS Noh Omar. Pada masa posting ini disiarkan, artikel di dalam Facebook berkenaan yang bertajuk "Noh Omar Sedang Stim" telah dikongsi oleh 50 orang.


Buat pengetahuan semua, gambar di atas diambil di dalam majlis tertutup DS Noh Omar semperna majlis sambutan hari lahir beliau. Perempuan yang menari bersamanya pula adalah isterinya sendiri. Salahkah DS Noh Omar menari dengan isterinya sendiri. Salahkah beliau stim dengan isterinya sendiri? Apakah salah DS menari dengan isterinya sendiri di dalam majlis tertutup. Nasib baik isteri DS Noh Omar gembira menari dan berpelukan dengan suaminya. Kalau melihat kepada Kak Wan Azizah, jangan kata nak berpeluk, nak berpegang tangan dengan suaminyapun dia geli. Itu pasal dia pakai sarung tangan!

Juak-juak Pakatan Haram kalau hendak memfitnah, cermin-cerminlah diri dulu. Bukan seperti pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, dengan isteri sahabat karib pun boleh stim sehingga melahirkan anak luar nikah. Yang ustaz-ustaz dalam P"Gay"R pula sibuk buat kaunseling pukul 2.00 ke 3.00 pagi kerana stim dengan bini orang. Yang juak-juak Pakatan Haram stim dengan bini orang satu hal, yang Ketua Umum P"Gay"R pi stim dengan lelaki tu apahal? Sundal jalang betul!
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates