March 23, 2012

9 Mahasiswa Hadiah Batu Nesan Kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi




Hanya kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT.

Mungkin mereka tidak sedar, mereka hanyalah sekadar pepijat yang tidak berguna di kalangan Mahasiswa. Atau mungkin mereka terlupa bahawa lebih 10,000 orang Mahasiswa telah hadir dari seluruh negara untuk memberikan sokongan kepada Kerajaan di bawah pimpinan DS Najib Tun Razak tempoh hari di UiTM, Shah Alam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 Ekstremis Dong Zhong Semakin Melampau Dengan Agenda Kecinaannya

Sebagai negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, tentulah bukan sesuatu yang pelik,dan jauh sekali satu kesalahan jika majoriti rakyat hanya fasih kedua-dua bahasa ini sahaja. Walaupun kaum Cina dan India mewakili kaum yang kedua dan ketiga ramai di Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Tamil tidak pernah dinobatkan sebagai sama taraf dengan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Kedua.

Ini adalah amalan biasa bagi mana-mana negara yang bermasyarakat majmuk agar negara dapat mencapai matlamat perpaduan yang jitu. Berdasarkan hakikat ini, maka memenuhi kehendak ektremis Dong Zhong agar semua guru-guru yang dihantar ke sekolah Cina wajib fasih berbahasa Mandarin tentulah sukar dipenuhi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kaum Cina sendiri kurang berminat menjadi guru dan begitu sedikit sekali yang menghantar permohonan untuk menjadi guru.

Justeru, bagi memastikan anak-anak Cina tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran Malaysia, guru-guru yang tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Mandarin terpaksa juga dihantar ke sekolah Cina untuk mengajar beberapa matapelajaran lain, terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu. Namun, sudah menjadi kelaziman mana-mana ektremis seperti Dong Zhong untuk tidak dapat berfikir secara rasional dan enggan menerima penjelasan yang diberikan kerajaan. Sebaliknya mereka mengambil sikap degil dan keras kepala inginkan tuntutan mereka dipenuhi walaupun ianya mustahil.

Oleh yang demikian, inilah disarankan agar kerajaan membenarkan Dong Zhong membuang sahaja semua guru-guru di sekolah Cina yang tidak boleh berbahasa Mandarin dan tidak perlulah membekalkan guru-guru Bahasa Melayu kepada mereka lagi selepas ini. Biar mereka memaksimakan masa pengajaran beberapa kerat guru-guru yang fasih berbahasa Mandarin yang ada dalam negara bagi memenuhi keperluan pengajaran semua matapelajaran di sekolah-sekolah mereka.

Jika perlu, mungkin mereka perlu menimbangkan kemungkinan seorang guru perlu mengajar di dua atau tiga buah sekolah. Dan kemudian, kita lihat sahaja bagaimana anak-anak mereka akan membawa diri di Malaysia setelah tamat sekolah kelak. Bagaimana mereka berurusan dengan pelanggan Melayu, pekerja Melayu, kerajaan, pihak berkuasa seperti polis, imigresen dan sebagainya terutama apabila mereka menghadapi kesulitan.

Mungkin Dong Zhong terlalu yakin yang mereka boleh hidup dalam dunia terasing mereka sendiri, membawa aspirasi negara asal nenek moyang mereka dan tidak mengambil bahagian langsung dalam pembentukan Bangsa Malaysia. Hari ini, bukan sedikit warga Cina Malaysia yang tidak fasih berbahasa kebangsaan mahupun bahasa Inggeris. Lihat sahaja bagaimana begitu banyak perniagaan kaum ini yang meletakkan iklan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang hancur lebur.

Penulis sendiri pernah beberapa kali ‘naik angin’ dan menghempaskan telefon apabila pegawai berbangsa Cina yang menjawab telefon tidak dapat berkomunikasi dengan baik sehingga menimbulkan kekecewaan dan kemarahan penulis sebagai pelanggan. Sikap ini menunjukkan keangkuhan atau ‘chauvinism’ yang tegar di mana kaum Cina merasakan yang mereka tidak lagi memerlukan kaum lain untuk hidup di Malaysia.Sedangkan masalah komunikasi yang buruk mampu menggugat sesebuah syarikat sehinggalah ke sebuah negara.

Contohnya, walaupun ekonomi Negara China sedang berkembang pesat, tetapi masalah komunikasi kekal menjadi masalah berat bagi syarikat-syarikat dari negara itu. Dari pengalaman kerja penulis sendiri, penulis menyaksikan bagaimana pegawai-pegawai dari syarikat negara itu diketawakan atau dicemuh kerana tidak memahami apa-apa di dalam mesyuarat dan akhirnya gagal menepati syarat dan prosedur yang dikenakan. Keadaan ini menyusahkan, menambahkan kos serta membuang masa semua yang terlibat.

Menyedari hal ini, Negara China akhir-akhir ini juga telah berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat mereka. Walaupun ia masih menjadi masalah sehingga kini tetapi kita boleh memaafkan mereka kerana masalah ini berakar umbi dari dasar negara mereka. Tetapi, kita tidak boleh memaafkan mana-mana warga Malaysia yang sepatutnya fasih berbahasa kebangsaan dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik tetapi mempunyai masalah komunikasi yang sama sepertimana warga China. Sedangkan dasar negara ini tidak pernah meletakkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama dan tidak ada sebab kenapa seseorang yang mengaku sebagai warganegara Malaysia lebih fasih berbahasa Mandarin dari bahasa kebangsaan negaranya sendiri.

Kadang-kadang kita merasa letih mengenangkan walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka, soal bahasa Mandarin tidak habis-habis menjadi isu. Masalah ini tidak lain tidak bukan berpunca dari kewujudan ektremis seperti Dong Zhong yang enggan berpijak di bumi nyata dan enggan mengiktiraf langit yang dijunjung. Selagi wujud ektremis seperti Dong Zhong, eloklah kaum Cina berhenti bermimpi yang Malaysia akan menerima mereka sebagai rakyat setaraf dengan bumiputera selama-lamanya. - Beruang Biru.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Video Propaganda Anwar Ibrahim Sedang Tersebar


Anwar Ibrahim nampaknya telah mula merasakan kesan dari pelbagai program turun padang bertemu dengan rakyat yang dijalankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Mahyudin Yassin. Maka itu Anwar Ibrahim tidak mahu ketinggalan juga dengan menerbitkan video propaganda bagi menggambarkan yang dia juga seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti mana Datuk Seri Najib.

Konsep yang dipilih untuk penerbitan video tersebut juga sama dengan program turun padang yang dijalankan Datuk Seri Najib.Kalau Najib naik LRT, dalam video itu Anwar juga naik LRT, Najib minum teh dengan rakyat, Anwar juga minum teh dengan rakyat, Najib salam-salam dengan rakyat, Anwar juga begitu dalam videonya.

Semua ini nampak usaha Anwar Ibrahim untuk menyaingi apa yang dibuat Datuk Seri Najib. Tapi nak tanyalah, apa dah takde idea lain ke, melainkan tiru apa yang dilakukan pemimpin tersohor Barisan Nasional (BN) dan UMNO tersebut? Cubalah cari idea sendiri gamaknya. Naik beca ke, naik basikal ke, tak pun naik kuda. Jangan naik atas punggung orang lain sudahlah!

Semua ini timbul, dikala macai Anwar dibawah sedang sibuk memperkatakan soal BN meniru banyak benda yang dicadangkan mereka dalam Buku Jingga. Sehingga ada idea supaya Buku Jingga itu dipatenkan, untuk mengelak dari terus ditiru BN. Idea bodoh siapalah itu ya, lupa pulak tapi tak salah asal dari orang PAS jugaklah.Ya, yang penting isunya itu sementara macai dibawah galak menuduh kita meniru mereka, Anwar sendiri meniru bulat-bulat apa yang diperbuat Datuk Seri Najib. Why?

Itu menunjukkan bahawa apa yang dibuat Datuk Seri Najib itu ada kesan mendalam kepada rakyat dan ia diakui Anwar serta para penasihat dan perunding imej yahudinya iaitu masing-masing National Democratic Institute (NDI) dan Konrad Adenaeur Foundation (KAF) yang penulis percaya menjadi tulang belakang penerbitan video tersebut.

Kalau tiada kesan, kenapa Anwar perlu tiru ye tak?Itulah dia Anwar pun dari dulu sampai sekarang pun, mana pernahnya yang datang dari diri sendiri. Kalau tak penasihat dan perunding Yahudi maklumkan kepada dia, dia akan tiru apa yang baik dibuat pemimpin BN dengan sedikit pengubahsuaian di sana sini.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 Anwar Ibrahim Sedang Merancang Menjatuhkan Ustaz Azizan Di Kedah?


Siri ceramah "Demi Rakyat" apa kejadah tah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Kedah telah mempertemukan YB Dato Amiruddin Hamzah dan Ketua Umum P"Gay"R itu di dua ceramah di dua tempat yang berlainan. Ceramah pertama mempertemukan dua pemimpin Pakatan Haram ini di Dewan Dato Syed Shahbuddin, Bandar Baru dan ceramah kedua mempereratkan lagi pertemuan mereka di Stadium Mini Keladi, Kulim.

Apakah satu kebetulan mereka digandingkan bersama di dalam dua ceramah yang berlainan di dua tempat yang berbeza? Khabar angin sepoi-sepoi bahasa membisikkan ke telinga memberitahu, YB Amiruddin merupakan parasit Anwarinas terbaru yang ditanam di dalam pentadbiran Ustaz Azizan untuk menjadi mata dan telinga Anwar Ibrahim. Apakah khabar angin ini satu kebenaran? Umum mengetahui YB Amiruddin merupakan orang kanan baru yang dilantik oleh Ustaz Azizan. Apakah Menteri Besar Kedah ini telah melakukan kesilapan atau apakah parasit Anwarinas berada di mana-mana?

Maklumat terbaru yang kami perolehi juga mengesahkan YB Kamaruddin Jaafar Wal Erdogan Fil Artaturk kini telah berada di Alor Setar. Atas tujuan apa dan kenapa beliau sibuk-sibuk di sana, tunggu pendedahan kami seterusnya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 Mesti Baca - Teks Ucapan Ketua Pembangkang : 32 Dosa Kerajaan Selangor















March 22, 2012

0 P"Gay"R Kata Undi Kaum India Tidak Diperlukan Di Kedah


Radio Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih. Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut. Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang.

Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang.

Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil. - Beruang Biru.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 Salman Rushdie, Anwar Ibrahim & P"Gay"R Serasi Bersama

Muqadimah

Kehadiran Anwar Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012)  mudah untuk di fahami kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran Anwar yang diketahui umum agak liberal.


Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012.

Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang mengundang kemarahan & bantahan di seluruh dunia Islam.


Antara isi kandungan buku itu ialah:

1. Salman menulis, wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran.

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah.

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

Boikot ITC 2012

Tatkala Anwar Ibrahim selesa menjayakan ITC 2012 bersama-sama Salman Rushdie, lain pula halnya dengan bekas pemain kriket popular Pakistan, Imran Khan yang mengambil langkah berbeza.

Imran Khan yang juga pemimpin pembangkang Pakistan tegas & tekad memboikot acara tersebut sebagai tanda bantahan langsung di atas penyertaan Salman Rushdie ke ITC 2012.

Pendirian itu bagaimanapun mengundang cemuhan Salman Rushdie apabila menggambarkan Imran Khan sebagai tindakan ahli politik yang bakal menjadi pemimpin diktator.
New Delhi, March 17:
Writer Salman Rushdie, the author of the controversial "The Satanic Verses", Saturday evening hit out at Pakistan politician Imran Khan describing him as a "dictator in waiting" at the India Today 2012 conclave in the capital.
- Salman Rushdie, Author of The Stanic Verses.
Namun demikian dalam satu undian internet di tribune.com.pk, reaksi positif umum menyebelahi Imran apabila lebih 70% menyokong ketegasannya mengasingkan dirinya dari majlis yang turut membabitkan Salman Rushdie.

Pandangan ramai yang menyokong Imran Khan itu menunjukkan majoriti khalayak umum khususnya umat Islam, tidak pernah mengambil mudah atau melupakan saja penghinaan yang pernah dilemparkan oleh Salman Rushdie terhadap Rasulullah S.A.W dalam buku karangannya The Satanic Verses.

Najeeb Kashgari Hina Rasulullah S.A.W

Pada pertengahan Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengambil langkah segera menghantar pulang semula ke negaranya untuk menghadapi pendakwaan menghina keperibadian Rasulullah S.A.W.

Najeeb, juga dikenali sebagai Hamza Kashgari dalam twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian Rasulullah S.A.W melalui beberapa penyataan yang jelas menghina dan merendahkan martabat Baginda:
On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more.
On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more.
On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.
Tindakan penghantaran pulang Hamza ke Arab Saudi bagaimanapun mengundang kecaman pembangkang khususnya dari P"Gay"R apabila melabelkan langkah tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia  melanggar undang-undang.
“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia”.

- N Surendran, Naib Presiden P"Gay"R.
“Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas”. 

 - Fadiah Nadwa Fikri, Aktivis P"Gay"R & Lawyer for Liberty.
Serasi Bersama

Dalam isu Najeeb A Kashagari dan Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki aliran pemikiran yang hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal terhadap keperibadian Rasulullah S.A.W.

Sedar atau tidak, dalam isu membabitkan kedua-dua individu tersebut, baik Anwar mahupun P"Gay"R seakan memandang sepi penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit.

Anwar tidak kekok bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang berorientasikan pemikiran liberal dan terbuka, manakala pemimpin P"Gay"R yang lain lebih mengutamakan hak asasi Najeeb A Kashgari berbanding penghinaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah S.A.W.

Titik temu di antara Salman, Kashgari, Anwar dan pemimpin P"Gay"R yang lain ialah semangat liberalisme yang tersemat di hati masing-masing.

Corak pemikiran mereka bebas dan liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama. 

0 @AnwarIbrahim Panas Bontot - PM DS @NajibRazak Bersama 10,000 Pelajar Universiti

Anwar Ibrahim pastinya panas bontot apabila mengetahui 10,000 mahasiswa Universiti dari seluruh Malaysia berkumpul di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Seksyen 1, Shah Alam bagi bersama-sama dengan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abdul Razak pada malam tadi. 

Perdana Menteri sebentar tadi melapangkan masa untuk merasmikan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Turut hadir di majlis berkenaan adalah Menteri Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), DS Khaled Nordin, Timbalannya, Dato Saifuddin Abdullah dan Menteri Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, DS Noh Omar. Menteri KPT dalam ucapannya mengumumkan 82 orang Mahasiswa dilantik sebagai Duta Universiti untuk mengerakkan aktiviti kesukarelaan di seluruh negara.

DS Najib pula antara lain menghargai Mahasiswa dan beliau berterima kasih kepada Mahasiswa. Antara kata-kata beliau yang mendapat tepukan gemuruh Mahasiswa-Mahasiswa, "Kalau ada 1 siswa turunkan gambar saya, ada sepuluh ribu lagi yang akan menaikkan gambar saya." Menangis berguling-guling budak-budak SMM seperti Adam Adli yang menurunkan bendera yang mempunyai gambar DS Najib apabila mengetahui 10,000 Mahasiswa-Mahasiswa Universiti menyambut DS Najib dengan laungan "Kami Sayang PM" dan "We Love PM!"


Kesimpulan di antara pertemuan Mahasiswa dengan Perdana Menteri semalam adalah DS Najib menyeru dan mendidik Mahasiswa supaya menjadi insan yang berguna sedangkan Anwar Ibrahim mendidik dan mengalakkan Mahasiswa supaya turun berdemonstrasi dan merusuh di jalanraya.

March 21, 2012

0 Pergabungan P"Gay"R & DAP - Apa Kata PAS

Berikut adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat).  Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.

Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung.  Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini.  Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.Tambahnya lagi, adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.  

Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini.  Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.  Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.

Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.  Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.  

Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu.  Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan. Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan.  

Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.  Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat?   Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?

Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS.  Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam.  Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya.  Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.  Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka.  

PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.  Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS.   Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini.  PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak.  Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.  

Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini.  Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.  Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus.  

Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.  Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.  Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara.  

Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya.  Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.  Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini.

Published with Blogger-droid v2.0.4

1 Pakatan Haram Main Wayang Cina DAP Isu PSC Lynas

Penulis sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?

Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.

Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.

Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.

Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.

Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.

Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.

Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.

Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?

Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.

Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.

Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagiah dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.

Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas.

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 20, 2012

3 Godfather Tunjuk Kuasa - Kaum India Tiada Tempat Dalam DAP

Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAPig mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti. Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni. Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.
Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.
- Malaysiakini, 29 Disember 2011 -
Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati. Sudah tabie agaknya, keadilan hanya diakui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah Godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia. Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal Singh dan DAPig yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.

Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India diperkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang. Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin dan ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh. Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.
- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -
Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat. Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan 'diktatorship' Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang. Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.

Lim Kit Siang dengan agendanya meng'dinasti'kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti. DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup. Hari ini drama menjadi semakin menarik. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merayu Karpal Singh (baca sebagai memberi arahan tutup mulut atau 'gag order') supaya pertelingkahan ini diselesaikan di dalam parti dan tidak dilakukan secara terbuka. Mari kita capai 'popcorn' masing-masing dan sama-sama tonton episod seterusnya apakah Godfather DAPig ini akan mendengar cakap Lim Guan Eng atau tidak.

1 PAS Kedah Bagi RM500 Untuk Orang Mati, BN Bagi RM500 Untuk Orang Hidup

Inilah Skim Kafalah Kedah yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kedah. Kalau mati dapat RM500. Tapi bukan semua orang dapat. Skim ini hanya diberikan kepada golongan fakir miskin sahaja. Bukan pada semua.


Lebih baik skim yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). BN berikan pada orang hidup. Ada juga faedahnya. Tak perlu tunggu mati. Kalau ikut statistik Negeri Kedah, hampir 80% jumlah rumah di negeri Kedah dapat menikmatinya.


Mana yang lebih baik?


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 19, 2012

0 Khalid Ibrahim Mengkianati Rakyat Selangor!


Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor semalam mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa - Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari United Kingdom. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan pandangan pengurusan air yang cekap sebagai persediaan Kerajaan Negeri mengambilalih industri air.

Jika ini bukan bukti mentaliti dijajah yang masih membelenggu fikiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), maka ia adalah bukti bahawa PR mempunyai agenda tersembunyi dan dengan sengaja menolak mentah-mentah penyelesaian yang boleh dicapai yang ditawarkan oleh kerajaan pusat tetapi meminta ‘nasihat’ pakar asing bagi mengatasi masalah ini.

Pakar asing tersebut dikatakan bersedia berkongsi kepakaran dalam pengurusan air bagi memastikan model kerajaan Negeri bukan saja cekap dan berkesan malah boleh dibekalkan pada tarif yang munasabah.

Logiknya, tidak mungkin mereka tidak ‘bersedia’ untuk apa saja jika ia bermakna membawa keuntungan kepada syarikat mereka.

Tindakan Khalid ini bukan sahaja menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat Selangor tetapi ia juga dilihat sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana beliau secara terang-terangan menggambarkan kepada pakar luar tersebut bahawa kerajaan pusat bersikap tidak telus dan syarikat pengurusan air yang ada di negara ini tidak mahir belaka.

Malah beliau dengan ‘khianatnya’ berkata “kes di Selangor bukan soal apa yang anda boleh lakukan tetapi siapa yang anda kenal."

Pakar-pakar tempatan telah membentangkan masalah air yang bakal melanda Selangor jauh lebih awal sebelum ini. Lanjutan dari itu, kerajaan pusat telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani masalah ini.

Untuk tujuan itu, fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Kerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM5.7 bilion?

Kerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat dari Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor dan syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Tetapi, ini pasti bermakna tariff air akan meningkat dengan drastik sekali. Tidak mungkin kerajaan negeri dapat membekalkan air dengan murah setelah menghabiskan RM20 billion untuk tujuan itu?

Kerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.

Kerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor tetapi masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor.

Khianatnya kerajaan negeri Selangor ini sehingga mereka sanggup mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.

Kerana ingin mengaut keuntungan licik, sama ada melalui perlantikan pakar asing atau apa saja, Khalid sanggup membiarkan rakyat Selangor menderita sedangkan beliau tahu yang bekalan air akan terus susut sehingga 13.4% jika penyelesaian tidak dilakukan dengan segera iaitu menyiapkan projek kerajaan pusat tersebut sebelum Jun 2014.

Justeru, tidak ada cara lain untuk rakyat Selangor menyelamatkan diri dari terus dikhianati oleh Menteri Besar sendiri. Caranya ialah mengembalikan Selangor ini kepada kerajaan pusat melalui pilihanraya nanti.

Mungkin ada yang menganggap artikel ini sebagai bahan kempen pilihanraya namun, sama ada ia bahan kempen atau tidak, ia hanya membawa fakta kebenaran semata-mata. Sesungguhnya nasib rakyat Selangor berada di tangan sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 Obama Dan Anwar Ibrahim Bercakap Lingo Yang Sama Dengan Menyokong Israel


Pada 4 Mach lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama, ketika berucap pada Persidangan Dasar AIPAC di Pusat Konvensyen mengatakan Washington terus komited mempertahankan keselamatan Israel, walaupun negara itu melakukan penindasan ke atas penduduk Palestin.Obama, bahkan menganggap isu keselamatan Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau 'sacrosanct'. 

Awal daripada kenyataan Obama tersebut yang dibuat dihadapn ribuan tokoh Zionis-Yahudi dari seluruh Amerika Syarikat dan Israel, Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan yang 100 peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi. Ketika ditemuramah dan ditanya mengenai pendapat beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks konflik Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar dengan bangganya berkata:"I support all efforts to protect the security of the state of Israel...," yang bermaksud "Saya menyokong semua usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel..."

Apa yang disebut oleh Obama mempertahankan negara haram Israel sememangnya telah dijangka kerana Israel adalah negara satelit Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah. Amerika Syarikat yang bertindak sebagai 'ayah angkat' kepada Israel akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan negara itu dari segenap aspek kewujudannya termasuk kewangan, subsidi, ketenteraan, bantuan ekonomi dan sebagainya.

AIPAC pula merupakan satu badan pelobi Zionis-Yahudi yang berpusat di washington bagi menjamin segala dasar Amerika Syarikat terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara itu.Jadi apabila dikaji kenyataan Anwar yang saling tidak tumpah dengan apa yang disebut oleh Obama maka timbul persoalan asas dalam fikiran umat Islam di Malaysia, apakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat mempertahankan Israel?

Jawapannya boleh dilihat daripada sikap yang diambil oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak bertalu-talu oleh umat Islam di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.Bukan hanya beliau terlalu bongkak dan sombong untuk memohon maaf kerana melukakann perasaan umat Islam di Malaysia, Palestin malah diseluruh dunia, bahkan Anwar tetap mempertahankan pendirian menyokong Israel, walaupun 'Israel menindas penduduk Palestin' seperti mana yang disebut oleh Obama dalam ucapannya.

Yang lebih mengejutkan ialah sikap Anwar ang menolak mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang mendesaknya menarik balik kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan beliau tersebut telah disalahertikan oleh akhbar itu. Anwar tidak mahu menarik balik kenyataannya mahupun menyaman WSJ.Kini terbongkar pula dakwaan bahawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR menerima dana dan bantuan kewangan daripada badan-badan bukan kerajaan yang berpengkalan samada di Amerika Syarikat atau Eropah.

Apakah hubungkaitnya sebuah parti yang didaftarkan di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya mempromasi demokrasi, keadilan dan ketelusan. Tidak lain tidak bukan NGO-NGO ini adalah pertubuhan yang didalangi oleh gerakan Zionis antarabangsa untuk melemahkan negara-negara Islam seperti Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai demokrasi ala Barat.Pertubuhan yang melimpah ruah  dengan dana ini dengan mudahnya sekali menyalurkan bantuan kewangan untuk mendokong aktiviti-aktiviti mana-mana organisasi di negara ini untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.

PKR adalah antara penerima dana-dana tersebut sejak ia bergerak aktif pada 1998.Oleh sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan tujuan dana yang diterima oleh PKR dan parti-parti politik pembangkang adalah dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan. Agenda menjatuhkan kerajaan bererti rancangan untuk membinasakan sistem politik negara yang berteraskan kepada dominasi politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.

Nyata kenyataan Obama dan Anwar berhubung Israel merupakan skrip lumrah yang mesti diucapkan oleh mana-mana tokoh yang pro-Israel apabila memperkatakan tentang isu keselamatannya."...support all efforts to protect the security of the State of Israel" adalah mantra suci yang mesti dilafazkan samada oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang tergolong dalam kategori 'friend of the West'. - Beruang Biru.

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 Lagi Himpunan Haram Diadakan - Himpunan Bebaskan 'Imam' Biadap


Selepas Himpunan Hijau 2.0 dan semalam Himpunan Wanita Suara Perubahan, Pakatan Haram meneruskan tradisi dengan mengadakan kebih banyak perhimpunan dan perarakan haram dengan bertujuan untuk melumpuhkan ekonomi Negara dan menghilangkan kepercayaan Rakyat kepada Kerajaan yang sedia ada.

CTS menjangkakan lebih banyak perhimpunan haram akan terus diadakan untuk tujuan ini. Kemuncak perhimpunan haram adalah Himpunan BERSIH 3.0 yang dijangkakan akan diadakan bilamana Parlimen dibubarkan.

Pada 24 Mac 2012 ini, Pakatan Haram akan sekali lagi mengadakan perhimpunan haram. Kali ini mereka akan cuba berhimpun dan berarak secara haram dari Masjid Negara hingga ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum untuk pembebasan 'Imam' kurang ajar, Hoslan Hussin dari penjara.

Bayangkan apa akan jadi kepada negara sekiranya setiap penjenayah boleh dibebaskan dengan diadakan himpunan haram dan demonstrasi jalanan secara haram. Apakah undang-undang Negara tertakluk kepada keputusan minoriti menetukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak. Siapa yang layak dipenjarakan dan siapa yang tidak. Pakatan Haram akan menjalankan undang-undang rimba sekiranya mereka memerintah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 18, 2012

2 Wakil Rakyat Pakatan Haram Kalau Tak Berdemo Tak Boleh Hidup Kot?

Apabila sesuatu perhimpunan NGO di Malaysia melibatkan penglibatan aktif pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya wakil-wakil Rakyat mereka. pastinya ada agenda udang di sebalik mee. Begiru jugalah dengan Himpunan Wanita Suara Perubahan yang diadakan pada petang tadi, yang disyaki didalangi oleh Pakatan Haram.

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan untuk mewujudkan seberapa banyak himpunan jalanan yang boleh sehinggalah PRU13 yang akan datang, bertujuan untuk memberi tekanan, kononnya kepada Kerajaan yang sedia ada. Sambil berpakaian serba ungu kebanyakaanya dan sarung tangan putih sebelah seperti yang selalu dipraktikkan oleh isteri Ketua Umum P"Gay"R, mereka berkumpul di dua tempat yang berlainan iaitu Masjid Tun Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Masjid Bulat di Seksyen 14 dan Tasik Taman Jaya.

Dengan melaungkan slogan-slogan yang selalu kita dengar seperti "Tolak, tolak, tolak rasuah" dan "Hidup, hidup, hidup wanita" beserta "trademark" mereka membawa sepanduk, kain rentang dan poster, memang sahih ini kerja si dalang Pakatan Haram. Kalau tidak takkan Puteri Ketua Umum P"Gay"R turun padang. Ini ditambah dengan beberapa Wakil Rakyat Pakatan Haram seperti di bawah:

Hannah Yeoh

Fong Poh Kuan
Zuraidah "Mak Lampir" Zakaria
Fuziah "Tembam" Salleh"
Tian Chua
Gobind Singh Deo & Others

14 Nurul Izzah Jangan Panik Lihat Gambar-Gambar Ini - Teruskan Bertanding Di Lembah Pantai




Nurul Izzah tidak perlu panik.

Nurul Izzah tidak perlu bimbang.

Ribuan manusia membanjiri Stadium Titiwangsa untuk majlis pelancaran Jentera UMNO/BN Wilayah Persekutuan.

Semoga semangat yang ditunjukkan diteruskan sehingga PRU13 akan datang untuk memberikan kemenangan besar di Wilayah Persekutuan.

Published with Blogger-droid v2.0.4
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates