March 10, 2012

11 Terkini Dari Melaka - 5,000 Hadiri Ceramah Ketua Srikandi P"Gay"R





CTS yang kebetulan berada di Melaka telah hadir di ceramah P"Gay"R yang menampilkan Ketua Srikandi mereka, Siti Aishah Shaikh Ismail dan ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong. Ceramah dimulakan dengan artis jalanan yang menghiburkan penonton dengan nyanyian sumbang mereka.

Ceramah ini dikatakan pemanas badan untuk ceramah Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Bachang, malam esok. Anwar Ibrahim dikatakan akan membawa 3 orang wakil Hamas untuk bersamanya di dalam ceramah tersebut. Tak tahulah mana Mat Bangla dipunggutnya untuk dibawa ke ceramah di Bachang malam esok.

Tahniah kepada orang Melaka yang memberi sambutan hangat kepada ceramah P"Gay"R. Sesak jalan dibuatnya. Hampir 5,000 hadir termasuk pelesit-pelesit yang gagal masuk ke dalam gambar CTS yang hanya menggunakan kamera dari tab.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 Ahh Pakatan Haram Selangor, Lantik Ahli Majlis Pun Kacau Bilau


Selama penulis hidup dan berkecimpung rapat dalam politik semasa negara, inilah rasanya kali pertama rasanya penulis dengar timbul masalah dalam soal perlantikan Ahli Majlis di negeri-negeri. Tulisan penulis ini merujuk kepada perbalahan terbuka antara Ronnie Liu dan Khalid Ibrahim dalam soal perlantikan Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan di Selangor.

Khabarnya Ronnie Liu telah memadamkan nama 6 orang dari senarai 90 orang Ahli Majlis yang dikemukakan oleh partinya sendiri DAP tanpa mendapat ‘perkenan’ pimpinan tertinggi parti tersebut terlebih dahulu dan menggantikan dengan nama pilihannya sendiri.

Bercakap soal Ronnie Liu ini, dia adalah orang yang dituduh melindungi kegiatan haram pelacuran yang berselindung di sebalik rumah-rumah urut yang semakin bersepah di Selangor sekarang ini. Tidak ada siapa dalam pentadbiran Selangor yang berani menegurnya, menyebabkan kegiatan tersebut semakin capai tahap tidak terkawal sekarang, sehinggakan nak dapat kebenaran buka panggung wayang pun lebih susah dari rumah urut. Semuanya adalah atas pengaruh kuat Ronnie Liu ke atas PBT-PBT di Selangor yang terletak dibawah bidang kuasa portfolionya.

Mudahnya soal pelacuran di Selangor, sehinggakan ketua umum sebuah parti politik tidak payah bersusah payah ke luar negara melepaskan gian, dalam negara pun boleh tapi terakam pula secara tidak sengaja. Kalau DAP pusat pun dibelakangkan Ronnie Liu, maksudnya Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar pun tidak dimaklumkan jugalah mengenai perubahan ini. Walhal mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor, dia adalah orang yang paling berhak dalam soal perlantikan ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Kalau Khalid dimaklumkan, tidaklah upacara angkat sumpah ahli Majlis, Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Rabu dibatalkan!!

Sementara Ronnie Liu dilaporkan sebuah portal berita pro pembangkang mendakwa dirinya mempunyai hak dalam soal perlantikan ahli majlis berikutan portfolionya yang berkuasa ke atas pentadbiran PBT di Selangor.
Soal siapa yang berhak atau tidak itu bukan persoalan, persoalannya sekarang ialah bagaimana ‘hal yang bukan hal ’ di negeri-negeri lain ini boleh menjadi isu yang besar di Selangor?

Baru cakap soal nak lantik ahli Majlis, bukan nak cakap soal lantik jawatan yang lebih besar dan penting lagi. Tidak hairan kenapa 3 jawatan penting dalam pentadbiran semua kerajaan negeri adalah terletak di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan iaitu Setiausaha Negeri, Pegawai Kewangan dan Pegawai Undang-undang. Kalau diberi kepada puak-puak ini untuk menentukannya, nescaya kelam kabutlah.

Seperti yang kita lihat dalam soal perlantikan ahli Majlis di Selangor inilah, kecil punya masalah pun boleh berlarutan, sebab semuanya nak tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Penulis pernah dimaklumkan oleh seseorang, setiap Exco DAP di negeri Selangor adalah berkuasa mutlak ke atas portfolio masing-masing kerana ‘saham’ mereka yang besar di Dewan Undangan Negeri dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Penulis lihat, cakap-cakap itu sudah mula menjadi kenyataan sekarang.

Memang benarlah seperti yang sering diwar-warkan, kelompok ini tidak layak memimpin kerajaan negeri kerana pakatan yang dikatakan sangat kukuh itu sebenarnya sangat rapuh, serapuh dahan kayu yang sudah lumat dimakan anai-anai. Kerana itu tidak ada yang berani mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan yang sah kerana tahu masing-masing tidak boleh berkongsi matlamat perjuangan yang sama dek idealogi masing-masing yang jelas berbeza.

Cuba bayangkan bagaimana puak-puak ini nanti kalau rakyat meletakkan mereka sebagai pemerintah kerajaan persekutuan? Baru cerita nak lantik ahli Majlis pun dah berebut-rebut macam orang sasau, nak lantik menteri cabinet lagilah. Agaknya itu adalah antara sebab kenapa sehingga sekarang Pakatan Rakyat masih tidak berani membayangkan ‘kabinet bayangan’ mereka kepada rakyat Malaysia seperti yang sering di desak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Takut yang itu nanti boleh menyebabkan masing-masing berbunuhan sesama sendiri pulak gamaknya. - Beruang Biru.

March 9, 2012

4 Pejabat PM Minta Rafizi Mohon Maaf

Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.

Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.

“Majlis pertunangan tersebut tidak langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.

Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 MBPJ: Miscommunication or Misadministration or Simply Bad Attitude?



Selangor Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim today admitted that there had been a lot of miscommunication behind the decision to withdraw the list of nominees from local councils.
He was referring to the cancellation of the swearing-in ceremony for MBPJ councilors at the eleventh hour last Wednesday. He assured that the Petaling Jaya mayor, Datuk Mohamad Roslan Sakiman would accept the new list of councilors that would be issued in the next few days.
It was reported that the trouble started when Ronnie Liu, exco for Local government, Research and Development, had amended 6 out of 90 names from DAP’s recommended list without the party’s knowledge. As such, those who were strike-out went berserk when found that their names were missing from the list of nominees. This had forced the ceremony to be rescheduled for another day.
It might not be an exaggeration to refer to Ronnie Liu as a trouble-maker. In fact, it is common talk among the rakyats that Ronnie Liu is behind all the dark and secret night lives in Selangor – the Godfather of the mobsters.
But the actual trouble in Selangor’s administration couldn’t have started with just one figure. Ronnie Liu wouldn’t be able to cause trouble if Khalid Ibrahim is a better leader. And Khalid Ibrahim wouldn’t be facing any trouble if he receives the respect that any MB deserves from all parties.
The fact is, Ronnie Liu is just another typical DAP leader who simply has trouble respecting others, especially other races. He is so used to get things his way that he didn’t see the necessity to seek anybody’s approval on the amendments and he didn’t care less if Khalid is embarrassed by his doings. Why? Perhaps, that’s just how the DAPs were brought up.
This attitude problem of DAP leaders is what causes the whole mess in Pakatan Rakyat. It is said that DAP is also behind the trouble in PAS Kedah today.
But then, to blame DAP and their brought-up alone isn’t fair. PKR and PAS must also share the blame for being so weak that DAP could make a fool out of them. PKR’s and PAS’s weaknesses combined with DAP’s arrogance is what led to a total misadministration.
An organization or a political party can never function well with the members and leaders and top leaders not respecting each other, which is exactly what the problem is, with Pakatan Rakyat.
Anwar Ibrahim, the supposed chief of PR is just another tool of DAP in reality. PAS’s President, Dato’ Seri Hadi Awang is reluctant to recognize Anwar Ibrahim as a leader but yet he obliged for the sake of his personal ambition. Chairman of DAP, Karpal Singh or their parliamentary leader, Lim Kit Siang are known to have zero respect for PAS’s President. And Nik Aziz? Who cares about Nik Aziz? That old man can babble all he wants, but as long as he’s there, the blind supporters will always be there for Pakatan Rakyat.
And that’s just the way it is in Pakatan Rakyat where courtesy and respect is seen as ancient as the Malaysian Law on homosexuals. Which is why, Ronnie Liu didn’t even think twice to bypass his masters in amending the nominee list or why Phahrolrazi didn’t think at all when he shouted rudely at Azizan.
The truth is, should these badly brought-up people made it to Putrajaya, we will forever have to deal with their confusion of who has more power than who and who has no power at all. And we can be rest assured that the country will definitely be in a total chaos in the hands of the ‘powerfools’. - Beruang Biru.

0 Menteri Besar Selangor Akui Banyak Janji PRU12 Tidak Akan Tertunai


Sebelum PRU12, Pakatan Haram yang membentuk Kerajaan Selangor berjanji bulan dan bintang kerana mereka tidak menjangkakan mereka akan berjaya membentuk Kerajaan selepas Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12). Hari ini Menteri Besar Selangor DS Khalid Ibrahim mengakui Kerajaan Pakatan Haram Selangor gagal melunas beberapa janji-janji di dalam PRU12 yang lepas dan tidak mungkin berjaya menjadikan janji-janji tersebut sebagai realiti kerana ianya hanyalah janji-janji manis Kerajaan Pakatan Haram Selangor untuk mengaburi mata Rakyat. Berikut adalah petikan temuramah beliau hari ini dengan akhbar portal "Selangor Times" milik Kerajaan Pakatan Haram Selangor.
What are some of the promises that were made during the elections but have not been fulfilled yet?
There are three major areas. One is the reduction of assessment rates. We looked at it. We are now trying to stretch the payments but we cannot afford to reduce the rates. Second, we also wanted to provide support to help children from poor families go to kindergartens. We are trying to work out the numbers and will start introducing some schemes.
Third, we indicated, we didn’t promise, to recognise the role of homemakers. That means allowances for housewives. But we saw the numbers were quite big. So I think these are the things we have to work on. But as for the rest, we have given a lot more than promised during the election.
We also planned to have (limited) local council elections (in PJ) since last September. We stopped it because there were rumours that we were going to have the general election (GE) in December. So why should we have local elections and also GE at the same time. But December didn’t happen.
Then it was going to be in February, after Chap Goh Meh. Then after the oranges were finished, Chap Goh Meh was over, it didn’t happen either. We are caught – to the extent that there were some who argued that we should defer the appointment of councillors.
Now we have appointed councillors for the next two years. There are groups who argued we shouldn’t do it. Just extend the councillors until GE. But my answer is we won’t know when that will happen because the GE is not determined by us. If you can tell me that the GE will be in September or November, then I can assure you, before June, we will have local council elections for Petaling Jaya.  
Lain kali jangan berjanji sekadar untuk mengemis undi Rakyat. Masihkah kita percaya dengan janji-janji manis yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor bernilai RM1, Anwar Ibrahim yang berjanji bulan dan bintang sekiranya Pakatan Haram kekal memerintah Selangor dan kononnya bakal memerintah Malaysia dengan majoriti 2/3? Sampah yang berlonggok di Selangorpun tak dapat nak diselesaikan sehingga sekarang!

2 Flashback - Gambar Dewa Anwar Ibrahim Sekitar Majlis Ponggal 2011 Di Batu Gajah









4 Kartun Zunar Yang Menghina Mahkamah


Kartunis Zunar terkenal dengan kartun satiranya yang seringkali menghina pemimpin-pemimpin Kerajaan serta ahli keluarga mereka. Sebelum ini Zunar pernah menghina mahkamah dengan menggunakan unsur humor di dalam kartun untuk menghalalkan sokongannya kepada Pakatan Haram. 

Terbaru, beliau juga turut menghina sistem kehakiman melalui satira kartunnya. Kartun ini diadaptasi daripada kes baru-baru ini di mana seorang imam telah membaling kasutnya kepada seorang hakim kerana tidak berpuas hati dengan keputusan hakim berkenaan yang tidak memihak kepadanya. Bukankah satu tindakan menghina mahkamah apabila kita membuat tuduhan waima melaui kartun satira sekalipun bahawa seseorang hakim gembira menerima suapan?

March 8, 2012

1 Salahkah DS Noh Omar Mengelarkan SELCAT Sebagai Mahkamah Kanggaru?

Kenyataan Speaker DUN, Dato Teng Cha Khim supaya Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, DS Noh Omar menulis surat untuk hadir sebagai saksi baru-baru ini hanyalah sebagai satu helah untuk menyelamatkan tengkuk mereka sendiri. Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mempunyai 2 prosedur dalam memanggil saksi untuk memberi keterangan. Pertamanya adalah saksi boleh disapina. 


Sepina dalam istilah bahasa bermaksud sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorang saksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina:


1- Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan.


2- Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah.


Semalam, DS Noh Omar mengatakan bahawa SELCAT ini seperti "mahkamah kanggaru" atau dalam satu istilah lain ialah mahkamah yang tidak telus. Ini berikutan SELCAT hanya menyiasat tanpa menjatuhkan hukum. Satu persoalan yang kita kena fikir adakah SELCAT ini umpama mahkamah?


Kalau prosiding yang dijalankan seperti sebuah mahkamah, kenapa hanya individu berkepentingan politik sahaja yang terbabit di dalam SELCAT? Kenapa tidak diletakkan bekas hakim atau majisterit yang kelayakannya tidak boleh dipertikaikan lagi. Mengapa tidak diletakkan pegawai tinggi kerajaan yang jelas memahami dasar-dasar kerajaan ataupun prosedur-prosedur tertentu. Betul apa yang dikatakan oleh DS Noh Omar, SELCAT adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri.

0 Saifuddin Rampas Kuasa Dari Azmin Di Kuantan

Satu e-mail menarik CTS terima dari seseorang yang mengelarkan dirinya Beruang Biru:

Jika para penganalisis politik menganggap PAS Kedah sedang menghadapi krisis kepimpinan yang runcing, Parti Keadilan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim bertambah lagi kepincangan dalamannya. Kejadian khalwat yang didakwa membabitkan Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrolamin Bahron dengan isteri orang di Kuantan, 25 Februari lalu, bukan sahaja telah melenyapkan peluang orang kuat Anwar itu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, tetapi juga secara tidak langsung telah membongkar satu skandal politik yang bakal menggugat masa depan parti reformasi jalanan itu. 

Ketika Dr Badrolamin yang dipanggil 'ustaz' di kalangan penyokong PKR, di tahan dalam serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang di sebuah hotel di Kuantan, beliau dikatakan berada di ibunegeri Pahang itu kerana menghadiri satu perjumpaan dan taklimat parti. Maklumat yang tidak diketahui oleh kebanyakan pimpinan PKR peringkat samada di peringkat negeri mahupun di peringkat cabang ialah perjumpaan itu bersifat rahsia dan mereka yang hadir adalah atas jemputan khas sahaja. Sumber dalaman PKR memberitahu taklimat tersebut dianjurkan di bawah pengawasan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Amat mengejutkan perjumpaan yang turut dihadiri oleh Anwar dan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail serta Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar TIDAK disertai oleh Timbalan Presiden, Azmin Ali. Sumber PKR memberitahu, Saifuddin sengaja mengadakan taklimat khas itu tanpa pengetahuan Azmin dan mengambil peluang keemasan ketika bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar itu berada di luar negara. Lebih mengejutkan mereka yang hadir pada perjumpaan iu adalah individu-individu yang berpotensi besar dipilih sebagai calon pada PRU ke-13 nanti. 

Satu kesimpulan boleh dibuat daripada perjumpaan tersebut iaitu pengaruh Azmin di dalam PKR semakin berkurangan dan nampaknya beliau kian disisih. Ini jelas terbukti apabila Anwar dan Wan Azizah merestui taklimat yang dipanggil oleh Saifuddin khas melalui SMS sahaja tanpa sebarang jemputan rasmi secara bertulis. Di kalangan ahli PKR, menjadi satu rahsia terbuka bahawa Saifuddin dan Azmin tidak sebulu dan Setiausaha Agung itu dilihat sebagai pencabar berpotensi mengugat jawatan Timbalan Presiden yang dipegang Azmi kini pada pemilihan parti tahun depan.

Azmin kini dikatakan sedang 'mengamuk' kerana majoriti mereka yang dijemput Saifuddin ke perjumpaan rahsia itu bukan kroni atau pilihan Azmin sebagai calon yang akan bertanding samada kerusi Parlimen atau DUN. Azmin dikatakan akan menyuarakan ketidakpuasan hatinya pada mesyuarat Biro Politik parti dalam masa terdekat. Kehadiran Wan Azizah juga seolah-olah dilihat mengabsahkan teori bahawa beliau sebenarnya tidak sukakan Azmin sejak era Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Apatah lagi pada pemilihan parti 2010, anaknya Nurul Izzah pada satu ketika menimbang untuk turut serta dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Kini apa yang berlaku di Kuantan dua minggu lalu mengesahkan kumpulan Wan Azizah telah melakukan rampasan kuasa terhadap Azmin. Kumpulan Wan Azizah dikatakan terdiri daripada Nurul Izzah, Saifuddin,  Khalid Ibrahim, Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Mustafa Kamil Ayub. Mereka ini secara terang-terangan menunjukkan rasa tidak puas hati dan setuju dengan tindakan dan dakwaan penyelewengan berleluasa yang didalangi oleh pihak yang didokong Azmin pada pemilihan parti lalu. Azmin pula di sokong oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ADUN Batu Caves dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Mat Shafiei.

Dalam pertelingkahan dua puak dalam PKR ini, Anwar memainkan peranan pecah dan perintah. Tindakan beliau merestui taklimat rahsia itu seolah-olah mahu mengekang kuasa dan pengaruh Azmin di dalam parti dan memastikan Nurul Izzah satu hari nanti akan mewarisi PKR dari ibunya. Yang menarik dalam masa terdekat apakah bentuk tindakan politik yang bakal diambil oleh Azmin bagi menyerang balas gerakan Saifuddin bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh sebelum beliau kehilangan kedua-duanya.

3 Perbualan Remaja Sekarang Di Laman Sosial

Amat menjelekkan membaca perbualan remaja kita di laman sosial Facebook. Sebelum ini CTS pernah menyiarkan gambar remaja perempuan dengan botol arak dan berbangga di dalam posting beliau. Hari ini pulak CTS terbaca perbualan beberapa anak muda Melayu yang kelihatan bebas dan terbuka dalam soal seks. Hukum haram Agama letak ketepi. Buat ibubapa yang ada anak remaja terutama remaja perempuan, awasilah pergaulan mereka waima di media-media sosial. Anak-anak merupakan amanah Allah yang amat berat buat ibubapa. Sekadar renungan di waktu petang. 

7 SBPA Dimansuhkan, Ketua Setiausaha Negara Harus Letak Jawatan!


Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Khas Pejawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) umum pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM). Perdana Menteri telah mengumumkan penambahbaikkan sistem sedia ada, SSM. 

Pelarasan gaji untuk pejawat awam gred 1-54 (13%), utama C, B dan A (9%), turus 3 dan 2 (8%) dan turus 1 dan KSN (7%). Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250 dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan. Pengumuman Perdana Menteri ini turut disambut baik oleh CEUPACS.

Buat pertama kali dalam sejarah, apa yang Perdana Menteri telah umumkan di dalam Belanjawan 2012 terpaksa ditarik balik gara-gara kerja "half cook" yang dilakukan oleh kakitangan harapan beliau. Sebagai Ketua Setiausaha kepada Kerajaan, ketua kepada kakitangan awam dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam, adalah elok sekiranya Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan agar meletakkan jawatan kerana gagal menyelami aspirasi Perdana Menteri agar "Rakyat Didahulukan"! 

Umum mengetahui kakitangan awam peringkat bawahan dan pertengahan mewakili 80% daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan awam. Apa akan berlaku sekiranya Perdana Menteri tidak bertindak pantas bagi mengawal keadaan dan mengikut sahaja kehendak KSN beliau dan "ahli-ahli Kelab KSN" dengan meneruskan sistem SBPA yang terbukti menekan dan mendikriminasikan kakitangan awam peringkat pertengahan dan bawahan dan mengkayakan KSN dan kroni? Sudah pasti mereka akan membuat undi protes di dalam PRU13. Jadi KSN wajar disingkirkan kerana membuat keputusan yang merugikan Kerajaan ini. Penat bloggers hendak menangkis keputusan "flip flop" yang dibuat Kerajaan selepas ini kesan dari idea bodoh dari KSN & Co.

2 Projek Mana Yang Depa Beghebut? RM600 juta Atau RM60 Juta?


Ni yang dok sibuk-sibuk bergaduh pasai projek ni pasai pa? Projek mana yang depa dok beghebut? RM600 juta atau RM60 juta? Yang pasti depa dok berkelahi pasai dok beghebut projek. Projek didahulukan, Rakyat diabaikan. Pharaohrazi kata projek RM600 juta. Lagi sorang EXCO, Amirudin kata projek RM60 juta. Hangpa ni berkelahi projek mana pun tak tau yang mana. Tak kiralah yang mana. Yang pasti hangpa berkelahi sampai satu Malaya riuh sebab projek! 

Yang dok dengaq-dengaq, projek RM60 juta selenggaraan jalan memang lumayan. Kalau dapat 5 tahun pun dah cukup besaq, 5 tahun X RM60 juta = RM70 juta. Sebenaqnya duit selengaaraan jalan sebanyak RM60 juta tu datang dari Kerajaan Persekutuan. Waktu zaman Tok Det jadi Menteri Besaq, nilai yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan adalah RM70 juta. Kerajaan Kedah masa tu bagi GLC buat RM60 juta dan selebihnya bagi kat Jabatan Kerja Raya (JKR). Sebelum Tok Det kena tendang dari Menteri Besaq Kedah, dia ada minta tambahan RM70 juta jadi RM120 juta, tambahan RM50 juta kerana banyak jalan tak masuk bawah perancangan. Bila puak-puak ni memerintah, depa dapat RM120 juta, depa masih belanja RM70 juta dan lagi RM50 juta depa songlap masuk akaun lain. 

Lagi satu, yang hat projek Jalan Persisiran Pantai tu, zaman 5 tahun dulu kosnya RM480 juta, la ni dah naik jadi RM600 juta. Mungkin harga barang naik la kot no? Kalau sudah nama manusia ni kira sama saja. Lagi teruk kalau yang mengaku ulama tapi dok buat benda-benda macam ni. Pada CTS, apa yang Ustaz Azizan buat tu betul. Bukan sebab CTS nak bodek Ustaz Azizan sebab dia ada pertalian saudara dengan CTS, bukan. Projek yang mana patut bagi dekat yang berkelayakan, bagilah, walaupun berbeza dari segi fahaman politik. Kalau bagi dekat ahli PAS pun, kalau dok sibuk mengali-babapun tak guna jugak. CTS dok dengaq syarikat yang Pharaohrazi sibuk nak bagi projek berkenaan kepunyaan DAP. Anak Pharaohrazi yang duduk dalam syarikat berkenaan hanya jadi balaci atau pemegang "proxy" saja. Nama syarikat hangpa cari sendirilah no. Nanti tak pasai-pasai CTS kena saman.

March 7, 2012

0 PAS For All - 6 Calon Bukan Islam Wakil PAS Dalam PRU13 ... Ohh Yeahh!

Kepimpinan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU-13 nanti. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura. Keenam-enam negeri tersebut, katanya mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan. 
Sumber: Haprakdaily.
CTS amat keliru. Siapa sebenarnya mahu menerajui Kerjaan Pusat apabila Pakatan Haram memenangi PRU13 dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Belum sempatpun isu Timbalan Presiden PAS hendak dibuka keahliannya kepada Bukan Islam, seperti yang diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad, yang juga MP Kuala Selangor, timbul pula isu baru. Isu kerusi Parlimen PAS akan diwakafkan atau disedekahkan kepada orang-orang Bukan Islam!

PAS benar-benar dalam keadaan terdesak sekarang di dalam mengemis undi Bukan Islam. Di dalam Muktamar PAS kali ke 56, PAS bersetuju untuk memberikan 3 kerusi kepada Bukan Islam yang bernaung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Sebaliknya, menurut kenyataan Dr Mujahid Yusof Rawa seperti di atas, PAS bermurah hati untuk memberikan 6 kerusi kepada Bukan Islam di negeri-negeri Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Di Malaysia, syarat membentuk Kerajaan adalah sekurang-kurangnya separuh daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. PAS cuma bertanding 66 kerusi Parlimen. 6 kerusi akan dan bakal diwakafkan kepada DHPP. PAS hanya bertanding tidak sampai separuh daripada kerusi Parlimen. Patutlah piagam negara Islam yang dilaungkan selama ini telah terhapus dari kitab PAS dan diganti dengan konsep Negara Berkebajikan ala Buku Jinggay. PAS tahu mereka telah melakukan pembohongan besar kepada Umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia hanya digula-gulakan dengan segala janji palsu mereka. CTS amat bersetuju Majlis Syura PAS mengubah nama parti mereka daripada Parti Islam SeMalaysia kepada Parti Adat dan Sukan, sesuai dengan slogan mereka, PAS For All. Ooooo Yeahhh!!!

5 Bestnya Jadi Pemimpin Pakatan Haram - Kena Tangkap Khalwat Boleh Buat Tour Kutip Derma


Alangkah bestnya jadi pemimpin parti Pakatan Haram. Sudahlah ditangkap khalwat dengan isteri orang. Boleh buat kering dan muka tebal buat roadshow sekeliling Malaya dok jaja cerita dalam kain kononnya beliau tidak bersalah, beliau dianiaya atau UMNO memerangkap saya. Bayangkan kalau Rakyat biasa ditangkap basah. Mahu dikutuk masyarakat beberapa keturunan. 

Sudahlah mendapat malu, kena denda pulak tu. Lepas tu kena paksa kahwin pulak. Lainlah kalau Ostat Pakatan Haram, dalam dok buat roadshow keliling Malaya, dapat bayaran pulak tu sebagai penceramah. Yang kong kalikong dan bodoh alang adalah juak-juak Pakatan Haram yang hadir ke dalam ceramah yang mengeluarkan duit poket untuk disumbangkan kepada tabung derma kononnya untuk perjuangan.

March 6, 2012

0 Pembaca Prihatin - Sila Hubungi Pihak Polis Sekiranya Menemui Anak Ini



Kanak-kanak berusia 5 tahun, Nurul Adhirah binti Abdullah, ini hilang dan dipercayai diculik pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.


Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422. Semoga Allah memelihara anak ini dan mengembalikannya ke pangkuan keluarganya. Amin.

4 Mana Kompleks Sukan Dan Stadium Di Bukit Merbau Yang Dijanjikan Kerajaan PAS Kelantan?


Pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Mei 2011, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan  projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau yang akan menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk. Kompleks yang berharga sekitar RM159 juta ini akan dibina di atas tanah seluas 123 ekar milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan.

Perincian projek kemudiannya dinyatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, semasa Sidang DUN Kelantan (Bajet 2012) pada bulan Oktober tahun yang sama. Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) telah menerima cadangan pembangunan yang berasaskan BOT (Bina, Urus dan Pindah) daripada empat (4) buah syarikat. Syarikat yang akan menjalankan projek berkenaan yang dijangka bermula pada Mac 2012, akan turut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos.

Sekarang sudah masuk 6 hari di dalam bulan Mac 2012. Tiada tanda-tanda upacara pecah tanah akan dilakukan dalam masa terdekat. CTS merasakan semasa Kerajaan PAS mengumumkan projek berkenaan tahun lepas, Kerajaan PAS Kelantan menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Dewan Rakyat dalam bulan Mac 2012. Oleh itu, mereka menjangkakan mereka boleh menipu Rakyat Kelantan dengan janji-janji manis mereka untuk mengundi PAS dan Pakatan Haram di dalam PRU13. Sekarang, tembelang dan kelentong mereka sudah pecah. Rakyat Kelantan seharusnya mendesak Kerajaan PAS Kelantan menunaikan janji-janji mereka. Jangan biar tertipu lagi!

0 Kriteria Golongan Parasit Di Dalam PAS


Ada sesiapa yang hendak mengetahui ciri-ciri dan kriteria yang digariskan sebagai golongan parasit di dalam Parti Adat & Sukan (PAS). YB Gombak Setia, Dato'Dr. Hasan Ali di dalam ceramahnya di Gombak Setia malam tadi telah menyatakan ada 5 sifat ataupun ciri-ciri pemimpin Parasit dalam PAS, iaitu: 

1. Mendesak kepimpinan PAS menggugurkan nama Islam di dalam perjuangan PAS.

2. Sanggup diperkudakan oleh DAP dan PKR.

3. Menobatkan pejuang yang mengiktiraf negara Yahudi-Israel sebagai Perdana Menteri Malaysia.

4. Berfahaman liberalisme politik yg membolehkan bukan Islam menjadi Timbalan Presiden PAS.

5. Hendak menjadikan PAS seperti DAPig dan P"Gay"R yang diterima oleh orang-orang Cina dan India; dan,

6. Sentiasa berzikir Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar, Putrajaya, Putrajaya, Putrajaya.

March 5, 2012

2 Ustaz Azizan - Saya Tak Kelahi, Dia Orang Cari Gaduh

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur kepada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat mahukan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dilantik semula sebagai Exco walaupun mereka menentang kepimpinannya. Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat. “Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya.  

Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Manakala Phahrolrazi dan Ismail pula kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri. 

Pas selain itu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut. Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

“Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya. Dengan nada sedih, Azizan berkata, “Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya.” Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini.

Nota Kaki: Begitu hebatnya peranan yang dimainkan oleh juak Anwarinas Pharaohrazi ke atas kepimpinan PAS Kedah sehinggakan Menteri Besar yang ada sekarang kehilangan kuasa mentadbir. Hari ini dalam sejarah apabila seorang Menteri Besar kehilangan kuasanya diuruskan oleh Jawatankuasa Memandu. Apakah Rakyat Kedah mahukan perkara ini berterusan selepas PRU13. Orang PAS sendiri tidak menghormati pemimpin mereka. Orang PAS sendiri menjatuhkan pemimpin mereka yang tidak mempunyai salah apa-apa.  Dimanakah konsep wala' kepada pimpinan seperti yang diamalkan di dalam parti berkenaan? Pharaohrazi , Ismail dan juak-juak mereka gilakan kuasa dan tamak serta tidak sabar. Inilah juga ciri-ciri utama golongan Anwarinas.

12 Natasha Loffa - Inikah Remaja Pewaris Anak Bangsa?


Tak tahu bagaimana perasaan CTS membaca komen seorang rakan laman sosial Facebook di atas. Sedih, kecewa dan hampa berkecamuk apabila melihat gambar dan membaca status Facebook di atas. Inikah remaja pewaris anak bangsa Melayu? Ditangan merekakah terletak masa depan negara kita? Seorang remaja yang melakukan maksiat dan berbangga dengannya serta mendedahkannya untuk tatapan rakan-rakan di laman sosial. Nauzubillah hi minzalik. Marilah sama-sama kita doakan agar terbuka hati perempuan ini untuk kembali ke pangkal jalan. 
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates