March 7, 2012

0 PAS For All - 6 Calon Bukan Islam Wakil PAS Dalam PRU13 ... Ohh Yeahh!

Kepimpinan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU-13 nanti. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura. Keenam-enam negeri tersebut, katanya mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan. 
Sumber: Haprakdaily.
CTS amat keliru. Siapa sebenarnya mahu menerajui Kerjaan Pusat apabila Pakatan Haram memenangi PRU13 dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Belum sempatpun isu Timbalan Presiden PAS hendak dibuka keahliannya kepada Bukan Islam, seperti yang diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad, yang juga MP Kuala Selangor, timbul pula isu baru. Isu kerusi Parlimen PAS akan diwakafkan atau disedekahkan kepada orang-orang Bukan Islam!

PAS benar-benar dalam keadaan terdesak sekarang di dalam mengemis undi Bukan Islam. Di dalam Muktamar PAS kali ke 56, PAS bersetuju untuk memberikan 3 kerusi kepada Bukan Islam yang bernaung di bawah Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Sebaliknya, menurut kenyataan Dr Mujahid Yusof Rawa seperti di atas, PAS bermurah hati untuk memberikan 6 kerusi kepada Bukan Islam di negeri-negeri Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Di Malaysia, syarat membentuk Kerajaan adalah sekurang-kurangnya separuh daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. PAS cuma bertanding 66 kerusi Parlimen. 6 kerusi akan dan bakal diwakafkan kepada DHPP. PAS hanya bertanding tidak sampai separuh daripada kerusi Parlimen. Patutlah piagam negara Islam yang dilaungkan selama ini telah terhapus dari kitab PAS dan diganti dengan konsep Negara Berkebajikan ala Buku Jinggay. PAS tahu mereka telah melakukan pembohongan besar kepada Umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia hanya digula-gulakan dengan segala janji palsu mereka. CTS amat bersetuju Majlis Syura PAS mengubah nama parti mereka daripada Parti Islam SeMalaysia kepada Parti Adat dan Sukan, sesuai dengan slogan mereka, PAS For All. Ooooo Yeahhh!!!

5 Bestnya Jadi Pemimpin Pakatan Haram - Kena Tangkap Khalwat Boleh Buat Tour Kutip Derma


Alangkah bestnya jadi pemimpin parti Pakatan Haram. Sudahlah ditangkap khalwat dengan isteri orang. Boleh buat kering dan muka tebal buat roadshow sekeliling Malaya dok jaja cerita dalam kain kononnya beliau tidak bersalah, beliau dianiaya atau UMNO memerangkap saya. Bayangkan kalau Rakyat biasa ditangkap basah. Mahu dikutuk masyarakat beberapa keturunan. 

Sudahlah mendapat malu, kena denda pulak tu. Lepas tu kena paksa kahwin pulak. Lainlah kalau Ostat Pakatan Haram, dalam dok buat roadshow keliling Malaya, dapat bayaran pulak tu sebagai penceramah. Yang kong kalikong dan bodoh alang adalah juak-juak Pakatan Haram yang hadir ke dalam ceramah yang mengeluarkan duit poket untuk disumbangkan kepada tabung derma kononnya untuk perjuangan.

March 6, 2012

0 Pembaca Prihatin - Sila Hubungi Pihak Polis Sekiranya Menemui Anak Ini



Kanak-kanak berusia 5 tahun, Nurul Adhirah binti Abdullah, ini hilang dan dipercayai diculik pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim.


Sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai kanak-kanak malang ini, hubungi Noor Rubeena Baharuddin ditalian 012-5997705 atau Hotline Kontinjen Johor ditalian 07-2254422. Semoga Allah memelihara anak ini dan mengembalikannya ke pangkuan keluarganya. Amin.

4 Mana Kompleks Sukan Dan Stadium Di Bukit Merbau Yang Dijanjikan Kerajaan PAS Kelantan?


Pada satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 Mei 2011, Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan  projek pembangunan Bandar Baru Bukit Merbau yang akan menempatkan sebuah Kompleks Sukan, termasuk sebuah stadium yang mempunyai 40,000 kapasiti tempat duduk. Kompleks yang berharga sekitar RM159 juta ini akan dibina di atas tanah seluas 123 ekar milik kerajaan Negeri di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Kelantan.

Perincian projek kemudiannya dinyatakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa, semasa Sidang DUN Kelantan (Bajet 2012) pada bulan Oktober tahun yang sama. Menurut beliau, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN) telah menerima cadangan pembangunan yang berasaskan BOT (Bina, Urus dan Pindah) daripada empat (4) buah syarikat. Syarikat yang akan menjalankan projek berkenaan yang dijangka bermula pada Mac 2012, akan turut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos.

Sekarang sudah masuk 6 hari di dalam bulan Mac 2012. Tiada tanda-tanda upacara pecah tanah akan dilakukan dalam masa terdekat. CTS merasakan semasa Kerajaan PAS mengumumkan projek berkenaan tahun lepas, Kerajaan PAS Kelantan menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Dewan Rakyat dalam bulan Mac 2012. Oleh itu, mereka menjangkakan mereka boleh menipu Rakyat Kelantan dengan janji-janji manis mereka untuk mengundi PAS dan Pakatan Haram di dalam PRU13. Sekarang, tembelang dan kelentong mereka sudah pecah. Rakyat Kelantan seharusnya mendesak Kerajaan PAS Kelantan menunaikan janji-janji mereka. Jangan biar tertipu lagi!

0 Kriteria Golongan Parasit Di Dalam PAS


Ada sesiapa yang hendak mengetahui ciri-ciri dan kriteria yang digariskan sebagai golongan parasit di dalam Parti Adat & Sukan (PAS). YB Gombak Setia, Dato'Dr. Hasan Ali di dalam ceramahnya di Gombak Setia malam tadi telah menyatakan ada 5 sifat ataupun ciri-ciri pemimpin Parasit dalam PAS, iaitu: 

1. Mendesak kepimpinan PAS menggugurkan nama Islam di dalam perjuangan PAS.

2. Sanggup diperkudakan oleh DAP dan PKR.

3. Menobatkan pejuang yang mengiktiraf negara Yahudi-Israel sebagai Perdana Menteri Malaysia.

4. Berfahaman liberalisme politik yg membolehkan bukan Islam menjadi Timbalan Presiden PAS.

5. Hendak menjadikan PAS seperti DAPig dan P"Gay"R yang diterima oleh orang-orang Cina dan India; dan,

6. Sentiasa berzikir Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar, Putrajaya, Putrajaya, Putrajaya.

March 5, 2012

2 Ustaz Azizan - Saya Tak Kelahi, Dia Orang Cari Gaduh

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akur kepada keputusan muktamad pimpinan Pas Pusat mahukan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dilantik semula sebagai Exco walaupun mereka menentang kepimpinannya. Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, selaku pemimpin tertinggi Pas Kedah dan negeri, beliau perlu mematuhi arahan yang diputuskan oleh Pas Pusat. “Saya ikut sahaja apa jua keputusan dalam mesyuarat yang diputuskan Pas Pusat, termasuk arahan yang dikeluarkan. Pada awal lagi, bukan saya yang buang mereka, tetapi mereka yang tidak mahu,” katanya.  

Berdasarkan keputusan yang dicapai selepas pertemuan melibatkan semua pihak di kediaman rasmi Menteri Besar, di Seri Mentaloon, malam kelmarin, Pas Pusat memutuskan Azizan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Manakala Phahrolrazi dan Ismail pula kembali sebagai Exco dalam pentadbiran negeri. 

Pas selain itu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk memantau dan memberi pandangan kepada negeri-negeri diterajui Pas dan negeri-negeri di mana Pas adalah sebahagian daripada pentadbiran negeri tersebut. Azizan turut menyerahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk berbincang dengan kedua-dua Exco berkenaan sekiranya, selepas arahan dikeluarkan, timbul masalah lain membabitkan mereka.

“Jika selepas ini pun, mereka masih enggan ikut arahan yang ditetapkan Pas Pusat, saya nak buat macam mana. Selepas ini, saya serah pada Pusat untuk uruskan, lagipun isu ini sudah diambil sepenuhnya oleh Pusat dan mereka akan pantau apa yang berlaku,” katanya. Dengan nada sedih, Azizan berkata, “Saya tak kelahi dengan sesiapa pun, tetapi orang yang cari gaduh dengan saya.” Azizan bagaimana pun berkata, buat masa ini beliau belum berhasrat untuk mengadakan sidang media khas berhubung isu ini.

Nota Kaki: Begitu hebatnya peranan yang dimainkan oleh juak Anwarinas Pharaohrazi ke atas kepimpinan PAS Kedah sehinggakan Menteri Besar yang ada sekarang kehilangan kuasa mentadbir. Hari ini dalam sejarah apabila seorang Menteri Besar kehilangan kuasanya diuruskan oleh Jawatankuasa Memandu. Apakah Rakyat Kedah mahukan perkara ini berterusan selepas PRU13. Orang PAS sendiri tidak menghormati pemimpin mereka. Orang PAS sendiri menjatuhkan pemimpin mereka yang tidak mempunyai salah apa-apa.  Dimanakah konsep wala' kepada pimpinan seperti yang diamalkan di dalam parti berkenaan? Pharaohrazi , Ismail dan juak-juak mereka gilakan kuasa dan tamak serta tidak sabar. Inilah juga ciri-ciri utama golongan Anwarinas.

11 Natasha Loffa - Inikah Remaja Pewaris Anak Bangsa?


Tak tahu bagaimana perasaan CTS membaca komen seorang rakan laman sosial Facebook di atas. Sedih, kecewa dan hampa berkecamuk apabila melihat gambar dan membaca status Facebook di atas. Inikah remaja pewaris anak bangsa Melayu? Ditangan merekakah terletak masa depan negara kita? Seorang remaja yang melakukan maksiat dan berbangga dengannya serta mendedahkannya untuk tatapan rakan-rakan di laman sosial. Nauzubillah hi minzalik. Marilah sama-sama kita doakan agar terbuka hati perempuan ini untuk kembali ke pangkal jalan. 

March 3, 2012

2 Dayus! P"Gay"R Protes Tanah SRJK (T) Effingham Bawa Kanak-Kanak


Saya langsung tidak ambil peduli dengan protes daripada tidak sampai 20 orang ahli P"Gay"Y berbangsa India membuat bantahan kononnya MIC telah mencuri 3 ekar tanah milik SRJK (T) Effingham, sebentar tadi. Protes dan demonstrasi yang di adakan di Brickfields ini pastinya mendapat sokongan daripada anak Ketua Umum P"Gay"R, Nurul Izzah.


Lain kali satu nasihat buat Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, kalau tidak berjaya mengumpul ahli-ahli P"Gay"R yang ada telur untuk berdemo, tak perlulah membawa anak-anak kecil yang tidak tahu sepak teranjang politik untuk turut sama menjadi boneka politik sampah P"Gay"R. Biarlah kanak-kanak ini dengan dunia pembelajaran mereka di rumah. Lagipun pada waktu malam sebegini adalah masa untuk mereka berehat, mengulangkaji dan tidur. Jangan jadi sampah dengan melibatkan kanak-kanak dalam politik anda.


2 Mari Kita Baca Budi Bahasa Bakal Perdana Menteri Malaysia


Mahfuz "Mr Bean" Omar ketika ditanya Malaysiakini berkenaan portfolio apa yang bakal dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sambil ketawa besar dan berseloroh:


“Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar. Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet,” katanya.
Lawak bodoh Mahfuz itu pasti mengundang kontroversi bagi penjilat-penjilat tegar Anwar Ibrahim kerana tidak menghormati keputusan Pakatan Haram yang sebelum ini telah bersetuju menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.
Lagipun sudah tidak ada calon lainkah yang lebih berwibawa? Takkanlah seorang yang berkelulusan Lower Certificate of Examination (LCE) dan bekas penjaga stor dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Mari kita baca contoh bahasa penuh sopan santun seorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia di laman sosial Twitter:

March 2, 2012

6 Ahli Majlis MPKj Yang Membuat Kacau Di Majlis PM Semalam Memang Terkenal Kurang Ajar


Cina DAPig di atas yang seperti orang ketagihan candu ini merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang dikenali sebagai Lee Kin Hiong. Beliau yang tiba-tiba menjadi terkenal semenjak semalam apabila beliau dan beberapa pemimpin DAPig tempatan datang ke majlis Perdana Menteri di Bandar Sungai Long untuk membuat kekacauan. Dalam lakonan mereka yang setahap C gred, mereka telah menuduh telah dihalang dan dikasari oleh jentera Barisan Nasional.

Mungkin sesiapa yang tidak mengenai Cina kurus kering seperti ketahihan candu ini mungkin akan bersimpati kepadanya. Namun, sekiranya anda melihat video di bawah, perasaan sakit hati terhadapnya akan timbul. Dengarlah bagaimana beliau mengherdik dan menghina kakitangan Melayu MPKj. Daripada video di bawah kita dapat ketahui betapa biadap dan sombong Cina DAPig ini. Langsung tidak menghormati orang lain. 

video

2 Apa Agenda Farid Redzuan Memperlekehkan Media Dan Blogger UMNO?

Apa agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar  kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya blogger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin, Menteri, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama blogger mempertahankannya hingga ada dari kalangan blogger tersilap arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berikan? Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa, agama dan negara, mereka ini sanggup menelan segala risikonya. Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.

Farid  Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro  dan adakah Farid  sebenarnya sedang bercita-cita  untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan, yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh  milik kerajaan ini.

Farid Redzuan yang dikeluarkan dari TV3 untuk dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dilihat sebagai hilang fokus serta tanggungjawabnya menasihati  apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat tidak banyak membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri.

Baca seterusnya artikel ini yang ditulis oleh rakan blogger, Sanggah Tok Janggut, di sini.

0 100,000 Orang Anak Muda Jinggay 13 Hadir Menyerahkan Memorandum


Bagai melepaskan batuk di tangga untuk menutup tindakan Ketua Umum P"Gay"R yang mengeluarkan kenyataan memberi jaminan keselamatan Negara Israel, selepas Sembahyang Jumaat sebentar tadi, sekumpulan anak muda Jinggay 13 seramai lebih kurang 100,000 orang telah berkumpul di hadapan Kedutaan Palestine untuk menyampaikan memorandum. Buat pengetahuan semua seramai 99,990 lagi tidak kelihatan di dalam gambar kerana mereka terdiri daripada makluk halus dan orang bunian.

March 1, 2012

5 Penyanyi Aishah Akan Menyertai PAS?


Masih ingatkah lagi dengan penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah. Penyanyi ini diberitakan sering berada di pentas-pentas ceramah PAS berkongsi pengalamannya berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik. CTS tidak pasti sama ada penyanyi ini bergiat aktif di dalam PAS dengan menjadi ahli PAS dan berceramah seperti Bob Lokman atau beliau sekadar dijemput untuk berkongsikan pengalaman dan pendapatnya sahaja. Apa-apapun kita ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga sentiasa istiqomah di dalam kehidupan barunya ini.

1 Is There A Chinese Jews In Malaysia? Yes It Is!

I remember one joke told by one of my friends about Jews. The story is like this:

Sid and Al were sitting in a Chinese restaurant. "Sid," asked Al, "are there any Jews in China?"

"I don't know," Sid replied. "Why don't we ask the waiter?"


When the waiter came by, Al asked him, "Are there any Chinese Jews?"


"I don't know sir, let me ask," the waiter replied, and he went into the kitchen. He returned in a few minutes and said, "No, sir. No, Chinese Jews."

"Are you sure?" Al asked.

"I will check again, sir," the waiter replied and went back to the kitchen. While he was still gone, Sid said, "I cannot believe there are no Jews in China. Our people are scattered everywhere."

When the waiter returned he said, "Sir, no Chinese Jews."

"Are you really sure?" Al asked again.

"I cannot believe there are no Chinese Jews."

"Sir, I ask everyone," the waiter replied exasperated. "We have Orange Jews, Prune Jews, Tomato Jews and Grape Jews, but we have no Chinese Jews."

Haha. Funny right? Now here come the serious part. If I post a question, do we have Jews in Malaysia? The aswer will be ...Yes we have. One of them is the Selangor Senior Executive EXCO. Still not believe? Read this:


0 Surat Tun Dr Mahathir Kepada 3 Perdana Menteri Israel Disiarkan Kepada Umum

Berikut adalah surat yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin pada 1993, Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang dipilih pada 1999, dan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini semalam. Anwar Ibrahim dan juak-juak Pakatan Haram pasti panas bontot dengan tersiarnya surat-surat Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Israel yang selama ini menjadi modal fitnah mereka.


Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin!

PERDANA MENTERI MALAYSIA 

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


Surat Mahathir kepada Ehud Barak!

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak

Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama, 

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang.

Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas 

Dr Mahathir Bin Mohamad


Surat Dr. Mahathir kepada Benjamin Netanyahu!

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama 

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates