March 3, 2012

2 Dayus! P"Gay"R Protes Tanah SRJK (T) Effingham Bawa Kanak-Kanak


Saya langsung tidak ambil peduli dengan protes daripada tidak sampai 20 orang ahli P"Gay"Y berbangsa India membuat bantahan kononnya MIC telah mencuri 3 ekar tanah milik SRJK (T) Effingham, sebentar tadi. Protes dan demonstrasi yang di adakan di Brickfields ini pastinya mendapat sokongan daripada anak Ketua Umum P"Gay"R, Nurul Izzah.


Lain kali satu nasihat buat Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, kalau tidak berjaya mengumpul ahli-ahli P"Gay"R yang ada telur untuk berdemo, tak perlulah membawa anak-anak kecil yang tidak tahu sepak teranjang politik untuk turut sama menjadi boneka politik sampah P"Gay"R. Biarlah kanak-kanak ini dengan dunia pembelajaran mereka di rumah. Lagipun pada waktu malam sebegini adalah masa untuk mereka berehat, mengulangkaji dan tidur. Jangan jadi sampah dengan melibatkan kanak-kanak dalam politik anda.


2 Mari Kita Baca Budi Bahasa Bakal Perdana Menteri Malaysia


Mahfuz "Mr Bean" Omar ketika ditanya Malaysiakini berkenaan portfolio apa yang bakal dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sambil ketawa besar dan berseloroh:


“Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar. Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet,” katanya.
Lawak bodoh Mahfuz itu pasti mengundang kontroversi bagi penjilat-penjilat tegar Anwar Ibrahim kerana tidak menghormati keputusan Pakatan Haram yang sebelum ini telah bersetuju menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya.
Lagipun sudah tidak ada calon lainkah yang lebih berwibawa? Takkanlah seorang yang berkelulusan Lower Certificate of Examination (LCE) dan bekas penjaga stor dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Mari kita baca contoh bahasa penuh sopan santun seorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia di laman sosial Twitter:

March 2, 2012

6 Ahli Majlis MPKj Yang Membuat Kacau Di Majlis PM Semalam Memang Terkenal Kurang Ajar


Cina DAPig di atas yang seperti orang ketagihan candu ini merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang dikenali sebagai Lee Kin Hiong. Beliau yang tiba-tiba menjadi terkenal semenjak semalam apabila beliau dan beberapa pemimpin DAPig tempatan datang ke majlis Perdana Menteri di Bandar Sungai Long untuk membuat kekacauan. Dalam lakonan mereka yang setahap C gred, mereka telah menuduh telah dihalang dan dikasari oleh jentera Barisan Nasional.

Mungkin sesiapa yang tidak mengenai Cina kurus kering seperti ketahihan candu ini mungkin akan bersimpati kepadanya. Namun, sekiranya anda melihat video di bawah, perasaan sakit hati terhadapnya akan timbul. Dengarlah bagaimana beliau mengherdik dan menghina kakitangan Melayu MPKj. Daripada video di bawah kita dapat ketahui betapa biadap dan sombong Cina DAPig ini. Langsung tidak menghormati orang lain. 

2 Apa Agenda Farid Redzuan Memperlekehkan Media Dan Blogger UMNO?

Apa agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar  kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya blogger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin, Menteri, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama blogger mempertahankannya hingga ada dari kalangan blogger tersilap arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berikan? Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa, agama dan negara, mereka ini sanggup menelan segala risikonya. Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.

Farid  Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro  dan adakah Farid  sebenarnya sedang bercita-cita  untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan, yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh  milik kerajaan ini.

Farid Redzuan yang dikeluarkan dari TV3 untuk dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dilihat sebagai hilang fokus serta tanggungjawabnya menasihati  apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat tidak banyak membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri.

Baca seterusnya artikel ini yang ditulis oleh rakan blogger, Sanggah Tok Janggut, di sini.

0 100,000 Orang Anak Muda Jinggay 13 Hadir Menyerahkan Memorandum


Bagai melepaskan batuk di tangga untuk menutup tindakan Ketua Umum P"Gay"R yang mengeluarkan kenyataan memberi jaminan keselamatan Negara Israel, selepas Sembahyang Jumaat sebentar tadi, sekumpulan anak muda Jinggay 13 seramai lebih kurang 100,000 orang telah berkumpul di hadapan Kedutaan Palestine untuk menyampaikan memorandum. Buat pengetahuan semua seramai 99,990 lagi tidak kelihatan di dalam gambar kerana mereka terdiri daripada makluk halus dan orang bunian.

March 1, 2012

5 Penyanyi Aishah Akan Menyertai PAS?


Masih ingatkah lagi dengan penyanyi 90an yang terkenal dengan lagu "Janji Manismu", Aishah. Penyanyi ini diberitakan sering berada di pentas-pentas ceramah PAS berkongsi pengalamannya berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik. CTS tidak pasti sama ada penyanyi ini bergiat aktif di dalam PAS dengan menjadi ahli PAS dan berceramah seperti Bob Lokman atau beliau sekadar dijemput untuk berkongsikan pengalaman dan pendapatnya sahaja. Apa-apapun kita ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga sentiasa istiqomah di dalam kehidupan barunya ini.

1 Is There A Chinese Jews In Malaysia? Yes It Is!

I remember one joke told by one of my friends about Jews. The story is like this:

Sid and Al were sitting in a Chinese restaurant. "Sid," asked Al, "are there any Jews in China?"

"I don't know," Sid replied. "Why don't we ask the waiter?"


When the waiter came by, Al asked him, "Are there any Chinese Jews?"


"I don't know sir, let me ask," the waiter replied, and he went into the kitchen. He returned in a few minutes and said, "No, sir. No, Chinese Jews."

"Are you sure?" Al asked.

"I will check again, sir," the waiter replied and went back to the kitchen. While he was still gone, Sid said, "I cannot believe there are no Jews in China. Our people are scattered everywhere."

When the waiter returned he said, "Sir, no Chinese Jews."

"Are you really sure?" Al asked again.

"I cannot believe there are no Chinese Jews."

"Sir, I ask everyone," the waiter replied exasperated. "We have Orange Jews, Prune Jews, Tomato Jews and Grape Jews, but we have no Chinese Jews."

Haha. Funny right? Now here come the serious part. If I post a question, do we have Jews in Malaysia? The aswer will be ...Yes we have. One of them is the Selangor Senior Executive EXCO. Still not believe? Read this:


0 Surat Tun Dr Mahathir Kepada 3 Perdana Menteri Israel Disiarkan Kepada Umum

Berikut adalah surat yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin pada 1993, Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang dipilih pada 1999, dan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini semalam. Anwar Ibrahim dan juak-juak Pakatan Haram pasti panas bontot dengan tersiarnya surat-surat Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Israel yang selama ini menjadi modal fitnah mereka.


Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin!

PERDANA MENTERI MALAYSIA 

21 Disember 1993

Tuan Yang Terutama

Tuan Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.

Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


Surat Mahathir kepada Ehud Barak!

PERDANA MENTERI MALAYSIA

8 Jun 1999

Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak

Perdana Menteri Israel

TEL AVIV

Tuan Yang Terutama, 

Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.

Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang.

Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.

Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.

Yang Ikhlas 

Dr Mahathir Bin Mohamad


Surat Dr. Mahathir kepada Benjamin Netanyahu!

PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997

Tuan Yang Terutama 

Tuan Benjamin Netanyahu

Perdana Menteri Israel Jerusalem

Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.

Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.

Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.

Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.

Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.

Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.

Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.

Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

February 29, 2012

4 Kilang "Rare Earth" Di Selangor? Negeri Di Bawah Pemerintahan Pakatan Haram?

Pendedahan yang dibuat oleh rakan blogger Apanama mengenai kewujudan kilang yang mengeluarkan dan menjual "rare earth" di Selangor, negeri di bawah pemerintahan Pakatan Haram memang mengejutkan. Ya! Terdapat sebuah kilang "rare earth" di Shah Alam, Selangor, lebih tepat lagi di Seksyen 26, berdekatan dengan kilang Proton Shah Alam. Baca butir-butir kilang berkenaan seperti berikut:




Yang menjadi persoalannya Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim pada hari minggu yang lalu sibuk hadir di dalam perhimpunan Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Pahang, sedangkan di negeri beliau sendiri terdapat sebuah kilang "rare earth" yang sedang dan telah lama beroperasi. Munafik dan hipokrit Pakatan Haram tahap tertinggi! Diharap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dapat menasihatkan rakan sejawatnya dari Selangor agar segera menutup kilang "rare earth" berkenaan.

CTS telah tinggal di Seksyen 23, 5 kilometer daripada tapak kilang berkenaan lebih dari 3 tahun. Tinggal di Shah Alam sahaja sudah lebih daripada 10 tahun. Belum ada tanda-tanda CTS telah bermutasi akibat daripada kesan radiasi kilang yang mengeluarkan "rare earth" berkenaan selama bertahun-tahun. Jadi penduduk Gebeng di Kuantan di mana kilang Lynas didirikan tidak perlu bimbang. Sekiranya radiasi daripada kilang yang mengeluarkan "rare earth" atau produk yang bersamaan telah merosakkan penduduk sekitar, kami di Shah Alam akan terkena dahulu. Setakat ini belum ada tanda-tanda CTS akan bertukar atau memiliki kuasa seperti Professor Xavier, Wolverine atau Magneto.

3 Kontroversi Erykah Badu - The Star Harus Diambil Tindakan Keras


Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang akhbar oleh Menteri Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Multimedia, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim di pejabat beliau di Bangunan Sultan Abdul Samad. Antara intipati utama sidang media berkenaan adalah Kerajaan bertanggungjawab untuk membatalkan konsert berkenaan di saat akhir kerana ianya melibatkan sensitiviti Agama dan keharmonian penduduk berbilang bangsa terutamanya Umat Islam di Malaysia. Menurut DSU Rais, Kerajaan juga akan turut mengambil tindakan yang sama sekiranya ianya membabitkan keharmonian agama dan kaum yang lain di Malaysia.


Bagi CTS, The Star seharusnya dipertanggungjawabkan sepenuhnya dan wajar dikenakan tindakan yang keras apabila menyiarkan gambar penyanyi berkenaan bertatoo seperti di atas dengan ruangan di akhbar yang agak besar. Apakah agenda The Star melakukan sedemikian? Apakah akhbar berkenaan cuba bermain api dengan memainkan isu keagamaan. Ini bukanlah kali pertama kontroversi seumpamanya dilakukan oleh akhbar berkenaan. Masih ingatkah lagi sewaktu umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadhan, akhbar The Star tanpa sebarang sensitiviti telah menyiarkan iklan buffet Ramadhan bermenu daging babi yang menimbulkan kemarahan Umat Islam.



Kerajaan tidak harus lagi berlembut di dalam hal ini. Tindakan keras yang sewajarnya wajar diambil oleh Kementerian yang berkenaan, bukan setakat amaran yang keras. Kerajaan juga tidak harus dipersalahkan di dalam pengharaman konsert penyanyi Erykah Badu. Pengharaman adalah berpunca daripada sikap The Star yang tidak sensitif dan prihatin. Pihak penganjur seharusnya menyaman dan meminta ganti rugi daripada The Star kerana menjadi dalang di dalam kontroversi berkenaan sehingga menimbulkan pengharaman oleh Kerajaan.

0 Kurang Ajar Apabila Rejim DAPig Arah Ketua Polis Pulau Pinang Mohon Maaf


Belumpun berkuasa penuh menguasai Kerajaan Persekutuan, Rejim DAPig sudah mula menunjukkan belangnya untuk menguasai dan mengawal pihak PDRM seperti anjing-anjing belaan mereka. Tindakan terbaru Setiausaha Publisiti DAPig Selangor, Janice Lee yang juga ADUN DAPig Teratai, yang mengarahkan Ketua Polis Pulau Pinang untuk meminta maaf kepada Ketua Menteri Rejim Pulau Pinang, Lim Guan Eng, agak keterlaluan dan kurang ajar.

Ini berikutan kegagalan pihak penganjur Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Pulau Pinang gagal untuk mengawal keadaan daripada menjadi huru hara dan disebabkan provokasi pihak penganjur yang cuba bermain api perkauman. Buat pengetahuan amoi Cina Bukit DAPig ini, perhimpunan Himpunan Hijau 2.0 adalah merupakan perhimpunan haram. Tiada permit diperolehi daripada pihak PDRM. Oleh yang demikian, sekiranya pihak penganjur gagal untuk mengawal perhimpunan yang tidak mendapat permit PDRM dan Ketua Menteri Rejim DAPig Pulau Pinang yang tidak memperdulikan undang-undang dengan menghadiri perhimpunan haram, maka adalah tidak menjadi satu bebanan pihak PDRM untuk bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini.

Rejim DAPig Pulau Pinang juga seharusnya tidak menunding jari dan mengambil tindakan yang sama iaitu menganggu hak orang ramai untuk bercuti dan bersiar-siar tanpa diganggu gugat oleh sebarang perhimpunan haram. Untuk apa dan kenapa pihak PDRM perlu meminta maaf kepada Ketua Rejim Pulau Pinang, Lim Guan Eng di atas insiden yang berlaku? Sejak bila pihak PDRM berada di bawah telunjuk Rejim DAPig?

February 28, 2012

3 Sah Badrul Amin Bapa Syaitan! Mempergunakan Nama Tengku Mahkota Pahang Untuk Berbohong!

Laporan BERNAMA mengesahkan bahawa Badrul Amin seorang penipu. Jadi tidak menjadi kesalahan CTS mengelarkannya Bapa Syaitan seperti mana yang beliau telah malukan Dr Muhd Asri Zainal Abidin di dalam ceramahnya dengan gelarannya itu. Kalau Tengku Mahkota Pahang digunakan nama untuk berbohong, masihkah kita percaya cakap-cakapnya mengenai kes khalwat? Baca berita BERNAMA di bawah:
KUANTAN, 28 Feb - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.
Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.
Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.
"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.
Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota. - BERNAMA
Dan bacalah komen beliau di laman sosial Twitter, bagaimana beliau berbohong dengan selamba dengan mengatakan beliau sudah membuat laporan polis mengenai kejadian "dipukul dan dikurung 20 orang" di bilik hotelnya. Munafik!

1 Apakah Badrul Amin Dan Malaysiakini Berbohong Tentang Campurtangan Tengku Mahkota Pahang?

 Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya. Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.
"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya. Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin.
Sumber: Malaysiakini
Apakah Tengku Mahkota Pahang campurtangan di dalam kes khalwat Badrul Amin seperti yang didakwa oleh beliau dan disiarkan oleh lidah rasmi Pakatan Haram, Malaysiakini? Tengku Mahkota Pahang sekarang berada di Korea kerana menjalani rawatan. Kalau betul seperti yang didakwa oleh Badrul Amin, Tengku Mahkota Pahang sudah semestinya telah menelefon orang kanannya dari Korea atau mengadakan sidang video dari sana. Tidak mungkin hari ini Tengku Mahkota Pahang berada di dua tempat pada masa yang sama.

Kes ini melibatkan kes khalwat Badrul Amin dengan pasangannya yang merupakan isteri orang di sebuah bilik di sebuah hotel. Badrul Amin telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Kalau mengikut sejarahnya, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah sesekali mencampuri urusan JAIP apatah lagi untuk mengarahkan JAIP menutup kes berkenaan. Ini adalah satu penghinaan terhadap Tengku Mahkota Pahang sekiranya berita ini tidak benar dan diada-adakan. 

Masih ingatkah kita dengan kes Kartika Sari Dewi Sukarno yang dijatuhkan hukuman sebat kerana minum di khayalak ramai. Apakah Tengku Mahkota Pahang campurtangan di dalam kes berkenaan? Kalau Tengku Mahkota Pahang tidak pernah mencampuri urusan JAIP sebelum ini, apa keistimewaan Badrul Amin sehingga Baginda mahu campurtangan. Sekiranya Badrul Amin mengada-adakan cerita ini maka sahihlah beliaulah BAPA SYAITAN seperti mana yang beliau pernah gelarkan kepada Mantan Mufti Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin.

12 Pengakuan Pasangan Khalwat Badrul Amin Berjaya Diperolehi Sinar Harian


Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?

Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!"

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!"

“Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan."

“Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya."

“Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam."

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini."

“Saya memang kenal rapat ustaz dan isterinya sejak mengikuti rombongan umrah pada 1 Mei tahun lalu dan kami sering berhubung antara satu sama lain."

“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini."

“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah."

“Tambah kesal kerana ada pihak menabur fitnah dengan meletakkan gambar palsu dan wajah yang tersebar di Internet bukan saya,” katanya.

Kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.

“Saya nekad mengemukakan tuntutan cerai memandangkan pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga gagal."

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.

Nota kaki: Ye lah Cik Puan. Lambat atau cepat, video CCTV hotel akan terkeluar sedikit masa lagi. Hanya masa akan menentukan siapa yang berkata benar dan siapa yang berbohong. Cumanya, saya ingin bertanya Cik Puan, Cik Puan sebatang kara kah di dalam dunia ini? Tiada ibu bapa, adik beradik dan saudara mara tempat mengadu dan menumpang tinggal? Dari Rompin Cik Puan datang semata-mata untuk mendapatkan kaunseling dari bukan muhrim pukul 3.00 pagi, waima di luar bilik hotel seperti yang didakwa. Logikkah?

Published with Blogger-droid v2.0.4

5 Betulkah Laporan Polis Dibuat Oleh Isteri Badrulamin Baharom Sebab Dipukul?


"Saya larikan diri bersama anak saya yang berusia 2 tahun daripada suami kerana bimbang keselamat kami."

"SAYA TERDESAK!"

"Nyawa saya terancam."

Isu tangkap khalawat bersama Dr Badrolamin. Wanita mengaku lari daripada suami kerana keselamatan. Perempuan ini tak takut ke dengan manusia yang laporan polis telah dibuat oleh isteri beliau sendiri?

Aishah binti Abu Bakar merupakan isteri kedua Badrulamin yang telah diceraikan sebelum Badrulamain berkahwin dengan pasangannya yang terbaru. Di bawah ini adalah dokumen buktinya. Kuingat dua, rupanya tiga!


Published with Blogger-droid v2.0.4

February 27, 2012

5 Kes Khalwat Badrul Amin & Zatiwani - Kenapa Berlaku Percanggahan Fakta?

Semalam Badrul Amin memberitahu media bahawa beliau ditahan ketika berseorangan. Ini disebabkan suami Zatiwani sudah membawa balik Zatiwani dan anak secara paksa. Tetapi hari ini lain pula cerita yang disampaikan oleh lidah rasmi PAS, Haprakdaily. Menurut akhbar tersebut, JAIP berkata ketika serbuan dibuat, yang ada dalam bilik itu adalah Badrul Amin, Zatiwani dan beberapa orang lagi.

Maksudnya du sini, Zatiwani masih di dalam bilik tersebut ketika serbuan dibuat, bukan? Nampak tak penipuan demi penipuan yang semakin terserlah? Satu lagi, hari ini Badrul Amun berkata beliau mempunyai saksi bahawa beliau tidak melakukan apa-apa dengan Zatiwani. Mungkin saksinya adalah anak Zatiwani yang berumur 2 tahun itu kot?


Hari ini di perkarangan Majlis Agama Islam Negeri Pahang, kelihatan kelibat beberapa orang yang dipanggil untuk memberikan keterangan. Gambar di sebelah kiri adalah Badrul Amin bersama isteri pertamanya, Zumrah Husni. Manakala gambar di sebelah kanan yang cantik ayu adalah Zatiwani. Mungkin wanita berkenaan sahaja yang tahu apa yang berlaku di dalam bilik 6385, Hotel Swiss Garden, Balok, Kuantan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 Hanya 1,000 Orang Hadir Pelancaran Jentera PRU13 P"Gay"R Pahang

Lebih kurang pukul 8.00 malam pada 25 Februari 2012, sehari sebelum Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan, bertempat di Ibu Pejabat P"Gay"R Pahang, Dataran Rakyat, Jalan Berserah, Kuantan, Pahang telah berlansungnya Pelancaran Jentera PRU13 P"Gay"R Peringkat Negeri Pahang.

Hanya dua penceramah sahaja yang hadir iaitu Chegubard dan Ketua Umum P"Gay"R, Anwar Ibrahim. Kehadiran dianggarkan antara 700 sehingga 1,000 orang dengan pecahan 250-350 di hadapan pentas utama dan baki bertaburan terutama di tapak jualan di pintu masuk.

Ceramah Chegubard hanya tertumpu sekitar isu FELDA dan isu jalinan perniagaan antara Malaysia-Israel. Selainnya tiada isu yang baru. Ceramah Anwar Ibrahim pula tidak langsung menyentuh isu yang baru dan ironinya, TIADA MENYEBUT LANGSUNG MENGENAI ISU LYNAS yang akan diadakan pada keesokan harinya. Inilah drama Pakatan Haram terutamanya P"Gay"R yang memanupulasikan hampir kesemua isu untuk kepentingan politik sempit mereka.







5 8 Fakta Mengenai Lynas Yang Perlu Pakatan Haram Ketahui


Dr. Che Rusli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Berlangsungnya satu sessi penerangan mengenai isu Lynas bersama bloggers dan pengamal media online yang diadakan di tingkat 11 MITI yang turut dihadiri AELB dan DOE pada Julai 2011.


Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.

Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. 

Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA. Pakar-pakar lain iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.


Berikut diringkaskan 8 fakta asas penting yang perlu kita ketahui tentang Lynas:

Perkara 1

- Kilang Lynas bukan kilang nuklear. Ia hanya kilang kimia biasa- Mengikut Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa, bahan mentah Lynas adalah bukan bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya rendah.
- Dedahan Radiasi kepada orang awam adalah teramat rendah.
- Pelepasan air dan udara dari kilang Lynas tidak ada bahan radioaktif.
- Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan Malaysia.

Perkara 2

- Dedahan radiasi kepada paru-paru bila merokok sekotak sehari selama setahun (150mSv).
- Dedahan radiasi kepada krew penerbangan selama setahun (9mSv).
- Dedahan radiasi setiap kali membuat x-ray dan pegigian (0.1 - 0.39mSv)- Dedahan radiasi tinggal dalam rumah baru selama setahun (0.07mSv).
- Dedahan radiasi tidur sebelahan seseorang 8jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi menonton tv 4jam sehari selama setahun (0.02mSv).
- Dedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun (0.002mSv).

Perkara 3

Undang-undang Malaysia dan Antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia:
- Orang Awam (tidak melebihi 1.0mSv/setahun).
- Pekerja Sinaran (tidak melebihi 20mSv/setahun.

Perkara 4

Lynas tidak sama dengan Asian Rare Earth(ARE), Bukit Merah.
- Bahan mentah Kilang ARE di Bkt Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih.
- Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan bahan buangan- Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE di Bkt Merah.
- Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bkt Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.
- Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bkt Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas.

Perkara 5

Kenapa Tidak Australia?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Australia.
- Cadangan pembinaan kilang di Australia Barat didapati tidak komersial kerana kos yang tinggi dan kekurangan kemudahan asas seperti air, gas asli dan bahan kimia.

Kenapa Tidak China?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di China.
- China telah mengenakan had eksport yang ketat dan rendah ke atas produk 'logam nadir'.

Kenapa Tidak Kemaman?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Kemaman- Sementara menunggu tanah dari Kerajaan Negeri Terengganu, MIDA telah mencadangkan Lynas bertukar ke Kaw Perindustrian Gebeng, Kuantan.

Kenapa Gebeng?
- Lynas telah mendapat kelulusan bina kilang di Gebeng- Kemudahan pelabuhan yang berdekatan.
- Bekalan gas asli yang sedia ada- Bekalan bahan kimia yang sedia ada.
- Bekalan air yang mencukupi.
- Wujud tenaga kerja mahir.
- Kos operasi yang kompetitif secara global.

Perkara 6

Pengurusan Bahan Sisa.

- Bahan sisa Lynas mengandungi kadar radioaktif yang sangat rendah dan tidak bahaya pada orang awam, alam sekitar dan pekerja- Dedahan sinaran dari bahan sisa ke atas orang awam adalah teramat rendah.
- Walaupun bahan sisa ini tidak berbahaya, pihak berkuasa mewajibkan ia disimpan di tempat khas sama seperti industri-industri kimia yang lain.
- Lynas melalui makmal antarabangsa telah berjaya menurunkan lagi kadar radioaktif di dalam sisa.
- Negara seperti Amerika Syarikat telah menggunakan kaedah ini untuk pembuatan jalan.

Perkara 7

Selain China, Kilang-kilang seperti Lynas yang sedang beroperasi di Negara Maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain.
- Prosesan Sepenuh (Molycorp di California, Indian Rare Earths di India dan Solikampsk di Rusia dan Silmet di Estonia di Eropah).
- Prosesan Separa (Rhodia di Perancis, Shin Etsu di Jepun dan Nippon Yttrium di Jepun).
- Kilang-kilang dalam perancangan ( Avalon Rare Metals dan Great Western Minerals di Kanada).

Perkara 8

Faedah:
-KewanganPelaburan Langsung Asing (FDI) dengan modal RM2 billionKos operasi adalah RM350 juta setahun (Servis Luar dan Tenaga Kerja).
- Tenaga KerjaLynas mengambil 350 pekerja pakar dan separa pakar dan 100 pekerja kontrak. Hanya 4 orang pekerja asing iaitu pakar dalam pemprosesan nadir bumi dari ChinaLynas mendapat sokongan teknikal dari Rhodia, Perancis yang telah mengendalikan loji nadir bumi semenjak tahun 60anIndustri sokongan akan menjana 200 peluang pekerjaan tambahan.
-Fasa PembinaanLebih 2000 orang diambil bekerja pada kemuncak fasa pembinaanMenyediakan peluang pekerjaan perniagaan untuk kontraktor dan pembekal tempatan.
-Aktiviti PerintisBesar kemungkinan, syarikat-syarikat yang menggunakan produk Lynas akan mendirikan kilang di Malaysia.

Sumber:
Tuan Hj Arazmi Juhari (Pengurus Kanan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran)
Puan Mimi Afzan Afza (Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Komuniti)

2 Dr Badrul Amin Dinasihat Bercuti Sebulan Untuk Bersihkan Nama


Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.

Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar.

Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Nota kaki: Dahulu masa gambar bogel Eli Wong tersebarpun, beliaupun turut diarahkan bercuti. Selepas mendapat penyucian dosa daripada Dato Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS, semuanya kembali seperti sedia kala. Mungkin Dr Badrul Amin perlu juga melakukan konsep penyucian dosa yang sama seperti yang dilakukan oleh Eli Wong.

February 26, 2012

5 DS Adnan Yaakob Yang "Cool" Menyambut Pelancong Himpun Hijau


Menteri Besar Pahang "cool" hari ini. Beliau menyokong Perhimpunan Hijau dengan memakai baju hijau. Beliau mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan pelancong-pelancong ke Kuantan, Pahang. Berikut adalah ucapan beliau:


Himpunan Hijau telah selesai. Ada 3 perkara boleh dilihat jelas di sini.


Pertama, proses dan amalan demokrasi sihat di negara ini. Sesiapa sahaja boleh bersuara dan berhimpun asal tidak melanggar undang-undang.


Kedua, pihak berkuasa terutama PDRM dan MPK telah bertindak adil dan penuh profesional mempastikan perhimpunan berjalan lancar.


Ketiga, gerakan anti lynas yang berselindung di bawah nama hijau nyata tidak laku. Rakyat tidak percaya dengan pembangkang yang menabur cakap bohong pada setiap masa dan setiap tempat. 


Kerajaan Negeri mengalu-alukan demo secara aman ini kerana ia menjana kegiatan ekonomi khususnya untuk pengusaha dan peniaga di Kuantan. ..... Saya namakan ini Demo-Tourism. Demo-Tourism ini patut digalakkan.


Salam 1 Malaysia. 
DS Adnan Yaakob 
Menteri Besar Pahang.

10 Cerita Khalwat Versi Ostad Badrul Amin Baharum Yang Perlu Diberi Perhatian Serius!

Enta ingat enta seorang boleh dapat bini orang ye Pak Syeikh. Ana pun hebat lah!
Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh Penasihat Agama kepada Menteri Besar Selangor, Ostad Badrul Amin Baharum yang ditangkap khalwat dengan isteri orang pukul 3.00 pagi di bilik 6385, Hotel Swiss Garden, Balok, Kuantan:
Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga. Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat JAIP esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya".
Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri. Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian. "Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam. 
Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya. "Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," katanya lagi. Oleh itu jelas Badrul Amin, atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa. Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka," katanya sambil menambah, "namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Dalam kenyataannya, Badrul Amin juga berkata, hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahannya berseorangan dalam bilik. Sehubungan itu, Badrul Amin juga berkata, kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. 

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini." Katanya, dengan penjelasan itu beliau berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya," katanya lagi.

Ostad Badrul Amin Baharum memberi penjelasan bahawa isteri orang yang ditangkap khalwat bersamanya itu pada jam 3 pagi di Swiss Garden Hotel, Balok, Kuantan Pahang sedang mengalami masalah rumahtangga dan kerap lari dari rumah. Kalau betul pun takkanlah Ostad Badrul Amin mengambil kesempatan untuk memberi nasihat pada jam sebegitu dan dalam bilik hotel seperti itu. Hotel bertaraf 4 bintang itu tiada lobi hotel atau coffee house untuk berbincang apa masalah yang dihadapi sekalipun. Selalu sangatkah Badrul Amin berikan khidmat nasihat seperti ini dan ditempat serta waktu sebegini kepada isteri-isteri orang yang mengalami masalah rumahtangga. Senang betullah kerja Jabatan Agama Islam selepas ini. Ada pula insan yang sanggup memberikan khidmat nasihat di dalam bilik hotel berdua-duaan dengan isteri orang pukul 2.00 ke 3.00 pagi. Senang sungguh Ostad Badrul Amin memberikan alasan bahawa beliau telah diperangkap dan teraniaya. Bukan pekerja hotel yang meletakkan beliau dengan isteri orang dalam satu hotel. Salah suami wanita berkenaan kah yang menangkap isterinya bersama bukan muhrim di dalam bilik hotel? Dari sududt mana beliau diperangkap?


Ostad Badrol Amin Baharum memberi alasan bahawa beliau dipukul oleh beberapa lelaki dari sebelah pihak suami pasangan khalwat beliau dan dikurung selama 20 minit dalam bililk hotel secara berseorangan. Bagaimana agaknya bilik hotel dikunci dari luar? Pengusaha hotel bertaraf 4 bintang tu tak ada kunci simpanan ke untuk membuka pintu bilik tu? Bagaimana orang luar boleh mengunci bilik Badrol Amin dari luar sedangkan Badrol Amin miliki kunci bilik hotel tersebut? Buka sajalah bilik hotel tersebut atau buat panggilan kecemasan meminta pertolongan pekerja-pekerja hotel berkenaan. Takkan Ostad Badrul Amin tidak mempunyai handphone yang membolehkannya meminta tolong pihak polis akibat dipukul dan dikurung secara paksa? Kenapa perlu tunggu 20 minit di dalam bilik setelah kononnya setelah dipukul? Drama sinetron sungguhlah Mat Indon seorang ini.

0 Ratusan Ribu Hadir "Himpunan Hijau" Di Kuantan Mendesak Selamatkan Balok Dari Badrul Amin





Semalam seorang pemimpin P"Gay"R telah membuat "Himpunan Biru dan Kuning" dengan isteri orang. Hari ini pula ratusan ribu pula hadir di Bandar Kuantan untuk membuat "Himpunan Hijau" kononnya menyelamatkant Bandar Kuantan dari "sinar radioaktif" Lynas. Antara agenda tergempar yang turut diputuskan hari ini adalah menyelamatkan anak-anak gadis dan juga isteri orang daripada pemimpin P"Gay"R, Ostad Badrul Amin. 

Hati-hati orang Kuantan. Ketua Umum P"Gay"R turut sama hadir hari ini. Dengar kata, bukan saja setakat bini orang, remaja lelaki yang berdahi licin juga turut dibelasahnya. Untuk adik-adik yang menaiki basikal seperti di atas, hati-hati belakangmu ye Dik! Laporan terkini dari Padang Kamunting, hanya 800 orang luar Pahang dan 100 orang kaum Cina Kuantan membanjiri memberi sokongan kepada "Himpunan Hijau". Ketua Umum P"gay"R telah kembali ke ibu kota kerana malu dengan Penasihat Agama Islam Menteri Besar Selangor, Badrul Amin Baharum yang ditangkap basah semalam dengan isteri orang.

Pengumuman: Persatuan hotel-hotel Semalaysia telah mengumumkan bilik 6385, Hotel Swiss Garden Kuantan, Pahang, telah diumukan sebagai "bilik paling selesa dan bertuah" bagi tahun 2011/12. Berita ehsan: Suara Keldaian.
 

Cucu Tok Selampit Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates